Kadangkala hati kita terdetik:
Kenapa Allah zalim dengan aku?”
Kenapa Allah tidak memberi aku kehidupan yang aman, seperti orang lain?
Mengapa ujian Allah berikan ini terlalu berat, sedangkan aku tidak pernah buat perkara jahat?
Jika perpisahan membuatkan kita hilang arah, jadi apa tandanya Allah sayangkan kita? Bukankah ini Allah zalim? Bukankah ini lebih melemahkan?
Ustaz selalu kata Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa, tetapi mengapa Allah tetap menghukum aku dengan musibah yang benar-benar membuatkan aku terduduk?
Kehidupan kadangkala akan menolak kita jatuh ke bawah tanpa belas kasihan..
Tiada siapa yang mampu melindungi kita daripada realiti ini. Tiada siapa dapat mengelak.
Namun percayalah, Allah tidak pernah zalim. Sedikit pun tidak pernah.
Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hambaNya.
Kasih sayang Tuhan itu ditunjukkan dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dengan ujian.
Ujian bertujuan mendidik. Bertujuan melatih jiwa supaya kuat.. tapi ramai yang tidak meyakini perkara ini.
Patah hati akan meninggalkan kesan luka yang sangat mendalam. Saya pernah merasakan apa yang anda rasa. I’ve been there.
Saya tahu memang sangat sukar menerima nasihat apabila anda sedang mengalami patah hati..
Tetapi saya tahu sesetengah nasihat boleh meredakan kesakitan. Ini adalah cubaan saya untuk memberi anda harapan bahawa ujian itu tanda Allah sayang.
Semoga nota dibawah membantu anda move on dan berdamai dengan takdir:
- Jangan takut dengan suasana yang berubah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Roll with it. Betul, ia tidak akan mudah, tetapi ia sangat berbaloi untuk anda.
- Perkara yang paling sukar dalam proses kematangan adalah, melepaskan apa yang telah sebati dengan kita, dan memulakan hidup dengan apa yang kita tidak mahu.
- Move on kadangkala sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita.
- Mungkin Allah akan biarkan hati kita hancur berkali-kali sampai kita rasa tak ada lagi harapan di dunia ini. Dan itu akan membuat kita punya harapan hanya untuk Allah saja.
- Hakikatnya, setiap perkara melukakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya.
- Kadang, proses patah hati lah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini.
- Perasaan sayang yang selama ini mematahkan hati anda, selalunya perasaan itu jugalah yang akan menyembuhkan hati anda, perlahan-lahan dengan masa.
- Sesetengah bab dalam hidup kita harus ditamatkan tanpa penamat. There’s no point in losing yourself by trying to hold on to what’s not meant to stay.
- Bila kita kelihangan seseorang, jangan anggap ia sebagai satu kehilangan, tetapi sebagai satu anugerah yang meringankan beban kita dalam perjalanan.
- Kadangkala bila kita tak dapat apa yang kita mahu, kita harus akur bahawa Allah menetapkan bahawa perkara itu bukanlah yang terbaik buat kita.
- Anda bukan orang yang sama dengan minggu, bulan atau tahun yang lalu. You’re always growing. Experiences don’t stop. Inilah tanda Allah sayang kita, Dia mahu kita lebih matang.
- One of the most rewarding moments in life is when you finally find the courage to let go of what you can’t change. Serius, hati tidak akan tenang bila selalu mengenang.
- Belajarlah untuk ketawa. Sekalipun kau rasa dunia tak lagi berikan sebab untuk kau bahagia. Buka hati untuk terima apa saja yang menduga dengan yakin pasti ada hikmah dihujungnya.
- Jangan pernah memaksa diri. Buat apa yang termampu dan biarkan ia. Jika ia sudah ditakdirkan milik kita, pasti ia tidak kemana-mana. Nothing Allah has written for you goes to someone else. So relax, take a deep breathe and be patient..
- Mungkin kita pernah rasa sesuatu perkara itu sudah berada dalam genggaman. Tetapi bila sampai masa, ternyata bukan milik kita. Namun, tetaplah bersyukur.
- Stand strong. Sometimes you have to experience a low point in life to learn a good lesson you couldn’t have learned any other way.
- Jangan memikirkan sebeberapa malangnya nasib anda, tetapi fokuskan berapa nikmat yang telah anda kecapi.
- Ujian Allah adalah menguji tahap keimanan kita kepadaNya dan sebenarnya ujian Allah kepada kita tidaklah seberat zaman para Nabi dan Rasul.
- Menyerah dan move on adalah dua perkara berbeza.
- Anda harus faham, dalam kehidupan orang datang dan pergi. Lepaskan mereka yang telah lama melupakan anda. Kita tak boleh halang orang dari pergi. Yang kita boleh buat ialah sentiasa jadi baik, untuk diri sendiri.
- Mungkin ada masanya kita akan kecewa, sakit, dikhianati. tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.
- Senyum, walaupun ada rasa semuanya sudah musnah. Senyum bukan untuk melambangkan anda sedang bahagia, tetapi ia menunjukkan dan melatih hati supaya kuat.
- Mereka yang berbahagia bukanlah dia yang hidup tanpa masalah tapi mereka yang mampu mengelola setiap masalah menjadi penuh hikmah. Dan masa merupakan penyembuh terbaik segala luka dihati.
- Kebanyakan orang yang menderita dan sukar untuk merasa bahagia kembali adalah mereka yang gagal menerima hakikatnya pada waktu sekarang. Allah understands your tears and pain. So, spend your time talking to Allah.
- Jika tidak mampu bersangka baik dengan takdir, cukup hanya hiasi bibir kita dengan istigfar. Moga-moga ia akan dapat menyejukkan hati kita kita.
- Tumpukan untuk membuat perubahan kecil. Jangan cuba berenang merentas lautan sekaligus. Jangan cuba meneroka seluruh dunia dengan sekali jalan. Bila kita terus mencari penyelesaian segera, secara tidak langsung kita membuatkan diri kita menderita dan semakin kecewa. Bersabar, ambil masa yang secukupnya.
- Lakukan perubahan kecil tetapi istiqamah setiap masa. Itu adalah lebih baik. Manusia adalah lemah, jadi jangan melampaui batas keupayaan kita.
- Semua perkara dalam kehidupan adalah sementara. Like a rainbow after the rain, there’s beauty in tough test, it’s all in how you see them.
- Parut adalah simbol kekuatan kita. Jangan pernah malu dengan luka kehidupan yang masih membekas. It means you conquered the pain, learned a lesson, grew stronger, and moved forward.
- Kadang kita perlu memaafkan orang lain bukan kerana mereka layak dimaafkan. Tetapi kita memaafkan kerana kita sendiri yang memerlukan ia. We cannot let go and move forward completely without it.
- Orang yang pertama memohon maaf adalah orang paling berani. Orang yang mampu memafkan adalah orang yang terkuat. Dan orang yang terdahulu untuk move on adalah orang yang paling bahagia.
- Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membuka jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.
- Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri. Apa yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan memberi kemaafan kepada semua. Letting go of yesterday’s troubles is your first step towards happiness today.
- Banyak memori di masa lalu yang kita harap dapat dihapuskan, tetapi ia mustahil. Let it be. Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan masa depan yang lebih bermakna dan lebih baik.
- Selalunya, perkara yang yang paling kecil itulah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
- The day you “understood” everything, was the day you stopped trying to figure everything out. Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Dia hanya mahu kita sabar dan solat (berdoa).
- Simpankan dalam hati bahawa tiada penyesalan dalam pilihan, walau pilihan itu nanti menyebabkan kita terluka. Yang ada cuma hikmah & pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa.
- Kadang-kadang Allah tahan permintaan kita kerana sewaktu kita meminta, kita dalam keadaan yang sangat jauh daripadaNya. Oleh itu, semakin kita berkehendak, semakin kita merapat pada Allah
- Ada banyak perkara dalam kehidupan yang diluar kawalan kita. Kita tak dapat mengawal semua perkara dalam kehidupan kita, tetapi kita boleh kawal bagaimana kita berhadapan dengannya. Dan melalui itu lah kita dapat melihat kekuatan sebenar diri kita.
- Melepaskan akan membuat kita berasa LEGA. Kerana kita akan sedar bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa pun di dunia ini. Semua bersebab & semua juga pinjaman, begitu juga perasaan :’)
- Belajarlah untuk lepaskan duka. Sekalipun kau rasa ia seringkali merabakkan di jiwa. Bila kita melepaskan, kita akan membuka ruang kepada perkara yang lebih baik untuk hadir dalam kehidupan kita.
- Keimanan dan ketakwaan selalu diuji dengan cinta. Kadangkala kita perlu memilih melepaskan kecintaan kerana ia melemahkan keimanan, dan itulah ujian paling berat bagi orang yang sedang jatuh cinta.
- Ketika diri dibenci dan dilukai, tanyalah kembali kepada diri; kepada apa kita bergantung harap? Kepada apa kita terikat? Jika jawapan kita adalah Allah, inshaAllah, kita akan tenang, dan menyerahkan kembali hal kelukaan hati kita kepada DIA.
- Kebahagiaan kita yang sebenar apabila Allah tidak hilang dari hati kita.
- Mendekatlah dan genggam dengan kemas – Allah tidak pernah melepaskan kita. Mana mungkin kita jatuh jauh ke lembah yang dalam jika yang menjadi pautan kita adalah penguasa kepada seluruh alam!
- Apabila kesedihan, kita selalu mencari bahu seseorang untuk kita bersandar dan melepaskan tangisan. Akan tetapi kita mungkin lupa, bahawa sejadah dan sujud itu lebih mujarab. Allah itu ada. Selalu.
- Bahagia atau duka– Kuncinya kita yang pegang. Jika kita benarkan kesedihan bersarang dalam jasad dan dada, maka dukalah yang kita bakal hadap. Tapi jika bahagia yang kita pilih, maka tenanglah yang kita akan rasa.
- Jangan sesekali membongkar parut-parut yang lama, biarkan ia. Tinggalkan kenangan itu disana. Berdamai dengan takdir Allah akan membawa ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasakan.
- Another chapter. Another people. Another view. Another eyes. Another world. Another way of life. Will lead you to another you. Allah has promised the believers all these things.
- Kunci ketenangan hati: Balik pada Tuhan. Solat lah sekhusyuknya. Berdoalah setulusnya. Memintalah sedalamnya. Kau akan rasa hati tak sama lagi. Tuhan akan turunkan ketenangan yang tak berbelah bahagi. Apa lagi yang kita inginkan selain ketenangan? :)
- Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon. Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara dengan cara yang keras dan sukar.
Tidak pernah Allah Zalim. Kita Yang Gagal Melihat Kasih SayangNya
Jatuh itu perlu untuk sedarkan kita, yang selama ini terlalu selesa terbang tinggi.
…supaya kita tahu erti bersyukur.
Letakkan sepenuh kepercayaan kepadaNya dan bertenang.
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”
— Al-Maidah:7
Seorang mukmin yang kuat tidak mudah dipatahkan dengan ujian serta dugaan permainan hati dan perasaan. Dia percaya semua yang berlaku ada pengajaran yang Allah ingin tunjukkan.
Walaupun hati kita tidak pulih sepenuhnya, hidup kita tetap akan terus bergerak.
Ia seperti kaki yang patah teruk akibat kemalangan, ia tidak akan kembali sembuh pulih seperti sediakala. Ia akan tetap terasa sakit semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari walaupun kita sedikit tempang.
Tidak mengapa, memang untuk belajar menerima kehidupan baru itu kena banyak sabar. Let it flaw. Let it be.
Keep learning, adapting, and growing. Semoga hati kita semakin kuat. Semoga hikmah yang Allah tunjuk akan membuatkan kita tersenyum nanti.
Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.”
— Surah Al-Hadid, ayat 23
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu.



Saya di uji dgn terukkkkkkkkkk….saya mungkin sangat berdosa….tapi saya xkisah …dah .dah hbs perasaan untuk jadi manusia baik…tertanye2 mana rahmat Allah untuk saya..yg ada cuma sgl macam masalah…..dari umur 10thn smp sekarang ada saja masalah…dlm mencari keberkatan lagi lah terjerumus dgn kecelakaaan……ape yang perlu saya buat doa??? Tunggu balasan di akhirat .klau dpat surga kalau dpt neraka??? Atas dunia neraka di akhirat neraka…pikir2 blk..kenapa perlu tunggu lama2 di bumi ni….kalau dah confirm neraka ..kan ….siapa ada jwpan call wsp saya 01119878978…
Akak cari apa didalam kehidupan ni….pernah ke kenal rasullulah….baca dan teliti sikit siapa itu rasullulah….kisah rasullulah dari kecil sampai wafat nya baginda….nti akak tahu siapa yg lebih beruntung…akak atau rasullulah
Manusia boleh berubah…. Sya xnampak allah bantu kita utk masuk syurga…… Banyak org yg zalim mula dari kebaikan dulu disebbkan kena tindas terpaksa jdi zalim
setakat nk compare mcm tu, masalah tak selesai jibaok.. sembang memang syok.. ada ke patut compare insan yg ada mukjizat,yg maksum, pastu compare dgn kisah org biasa yg takde mukjizat, yg tak boleh direct borak² dgn Tuhan? otak letak mana der?
Kembalilah kepada Allah.. ikhlaskn hati..Allah syg kamu.. berbaik sangkalah.. kerana masih ade lg hambanya yg diuji lebih dr kamu.. kamu diuji qtas kemampuan kamu..☺
Klu kemampuan bagaimana manusia yg di uji smpai bunuh diri
Ayat cliche sgt der.. bila org ada mslh, tgh broken, kenapa kena bg ayat comparison, “kerana masih ada lg hambanya yg diuji lebih dari kamu”.. ayat mcm tu tak membantu pn jibaok.. kalau asyik compare dgn org lain punya ujian je, abis ujian dia pulak sapa nk tlg setelkan anat? ni sikit² compare dgn org yg lg susah.. hak aduh.. semua org susah la mat.. semua org diuji.. sapa² pun tahu benda tu.. tp ayat kau tak membantu.. sampai bila nk sedapkan hati sendiri dgn ayat, “takpe, org lain lg susah dan berat ujian dri aku”? tu yg ramai terjun bangunan tu..
Sayang kepala anjing dye
Tak guna pun kalau Maha Mengetahui, tapi tak pernah rasa sendiri sakitnya jadi manusia, dengan kapasiti manusia. Kalau setakat TAHU buat apa kalau tak pernah RASA. LU pernah kemurungan? LU pernah sakit? Mana LU pernah!!!!
Abang joe ckp kat siapa tu
Lu kat situ merujuk pada Allah laaa…..Tuhan mustahil pernah rasa sakit, sebab dia tuhan. Dia maha mengetahui apa yang manusia rasa. Dia TAHU manusia sakit. Taoi Dia sendiri tak pernah rasa pun sakit tu. Lapar pun Dia tak pernah….
mohn share…terima kasih
50 alasan yg klise…utk setuju sepenuhnye mmg tidak…kebahagiaan yg Allah berikan kenapa perlu ditarik balik? Atas alasan utk berikan yg lebih baik? Sy perlukan yg lbh baik,sy terima jodoh sy yg Tuhan beri dan gigih pertahankan kurniaan itu tp tak sampai 3 taun rumahtangga runtuh…then jwp klise,Allah nk ganti yg lbh baik…jd dimanakah konsistensi Takdir itu??? moral…pekara paling murah dlm hidup ialah bercakap…sembang
Apa yg akak sue rsa baik utk kak sue ye?
Akak rsa semua permintaan ank2 kak sue kak sue akan tunaikan ke?
Yer…citer kt sini mudah…sy mahu urusan sy sekeluarga dipermudahkan dan kekal bahagia sampai mati…easy maa…Penarik Beca takya la acah2 mulia nk tegakkan benang basah kt sini…kalo rase ade nasihat terbaik utk sy adakan rase redha dihati meh pm 0122931766…bwk dtg ustaz paling hebat meh sembang dgn sy…
semua ni mcm haramjadah jer. cth isteri ustaz ebit liew untunglah isteri dia. dah tu masuk syurga. yg kita ni di dunia tak dapat suami mcm tu. masuk syurga pun mana adil si isteri ustaz tu dia pun masuk sorga hdup dunia pun sorga..untung lg bini dia tu.
Saya cuba pm awak, tak reply pun
Perkara paling asas yang puan kena pegang, dunia ini adalah tempat ujian.
Sama ada sedang derita atau bahagia, kedua-duanya adalah ujian.
Musibah, sakit, dan ujian demi ujian tidak menunjukkan bahwa Allah tidak suka atau sedang menghinakan hamba tersebut.
“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku“ (Al-Fajr : 15-16).
Apa pun keadaan kita, semua itu adalah ujian.
Para ulama berbeza pendapat manakah yang lebih utama di sisi Allah: orang kaya yang bersyukur atau orang miskin yang bersabar?
Jawapan tepat yang paling utama di antara keduanya adalah yang paling bertakwa kepada Allah.
Jika mereka sama-sama bertakwa maka akan mendapat balasan yang sama.
Orang yang pertama, Allah mengujinya dengan kekayaan dan dia bersyukur, manakala orang yang kedua Allah uji dengan kemiskinan dan dia bersabar.
Masing-masing dari keduanya telah melakukan bentuk penghambaan kepada Allah sesuai dengan jenis ujian yang dialaminya sehingga keduanya mendapat keuntungan.
Keberuntungan dan kemenangan berupa pahala bagi orang yang bersyukur dan orang yang bersabar.
Berdoalah kak agar kita diberikan kesabaran untuk menghadapi segala ujian
Saya digantung sekolah kerana perkara kecil. Saya juga mangsa keadaan. Namun, kesalahan kecil itulah yang menyebabkan saya dipalau oleh guru guru. Bagai tiada kemaafan buat diri ini :) Pressure dgn family lagi, sedangkan saya jadi begini sbb mereka tapi apakan daya, saya tak mampu melawan. Saya down sangat2 dan selalu pertikaikan kenapa saya yang allah pilih utk hadapi semua ni.
Semangat sangat bila bc ni.
Well said. Thank you for this. Moga ramai lg yg membaca blog ni. Terdetik dihati menyerah & move on dua perkara berbeza. Where i’m at this? Because i did felt to let go but i didn’t do anything. End up I still there. I need courage.
Trima ksh…sy btol2 mmerlukan skongan..sy bru khilangan ank…dlm msa y sama biras2 sy prgnant..y sorg asyk post gmbar bby n siap perli2 lg…mmg sedih bila lhat..harap Allah kuat kan hati sy dan gntikan dgn y lbh baik slpas ni..
Your baby is lucky.
Terima kasih…sy rse down…sbb sy bkal diceraikan…msok ni da kali ke2 sy mjanda….bdan sy lemah..ble sy baca posting ni…sy rasa bsemangat balik..mungkin Allah tnjukkan smua ni..
Ni nukilan hati sendiri atau ada hadis yg boleh support… X mengapa, menulis boleh hilangkan stress…
Kenapa mereka suka malukan saya.nak mengecewakan saya.nk bgi sya sedih.nk bgi rasa marah geram.nk bgi jdi gila sampai sakit kepala otak.pabila sya dh tak tahan sya amuk pastu mereka report polis.
Kau hidup bahagia boleh la kau cakap macam ni. Orang lain ramai lagi yg seksa. Sdah la x dpt apa yg kita nak. Diuji lgi dgn dugaan hari2. X blh nk lepaskan diri. Lepaskan diri ada bala menanti pulak. Hidup terperangkap. Xde orang nak tolong. Tuhan pn xnak tolong. Aku cuma nak mintak lepas dari hidup aku yg skrng..buang hidup aku yg skrng.
Tuhan Maha Mengetahui, tapi aku tak pasti dia rasa kita rasa sakit, lapar, sedih. Dia tahu kita sedang sedih, sakit, cemas menderita, dia tahu tu semua. Tapi dia cuma tahu ja… Dia tak pernah rasa semua jenis derita yang dia sendiri ciptakan untuk manusia ni.
Mohon share admin..jazakilah
Silakan
Terima kasih, semenjak dua menjak saya memang rasa down, kekadang rasa nak bunuh diri je, tapi tuh lah, niat je, tak berani nak buat… Fikir2 balik, sebab Allah sayang??? kita je tak nampak…
Jangan begitu.
Banyakkan istigfar dan muhasabah diri.
Yakinlah semua yang terjadi pasti ada hikmah yang menunggu dihujungnya.
jgn prnh lupakan nya hnya dialah yg satu selama-lamanya yg patut kita syg smpai ke akhir hayat kita
kenapa dia hadir untuk buat kita menderita
Saat akak bahagia akak ada ingat ke kebahagiaan akak tu dtg nya dri ihsan allah swt
‘Allah SWT tak pernah zalim, kita ja tak nampak’ Allahu….
Yakinlah dengan kasih sayang Allah
Jika Allah kasih kan kita tiada la harapan di dunia ni :) . Renung2 kan la .
Allah sentiasa memberi harapan untuk kita kembali kepadaNya
Berkali2 diri ini menyayangi org yang tidak pernah membalas rasa ini…seumur hidup ini tidak pernh merasai cinta mungkin diri ini yang terlalu bnyk kekurangan…..dan tidak mampu menjadi yang baik…harap terus kuat menghadapi ujian allah s.w.t
InsyaaAllah, Allah tidak pernah membiarkan hamba-hambaNya
Kenapa kita org selalu benci kita …..kemana kita pergi perkara yang sama akan berlaku….walaupun kesalahan yg kecil kita buat…terus org btuduh kita teruk …tak guna!!
Sabar sis sy pun alami benda yg sama..rasa stress sgt