Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik. Bertenang, Teruskan Berdoa Dan Tunggu Kebahagiaan Itu Datang

Allah tahu apa yang terbaik
Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita. Kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita..

 Jika akhirnya kamu tidak bersama dengan orang yang sering kau sebut dalam doamu, mungkin kamu akan dibersamakan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu. “

Di setiap pengakhiran solat, tidak pernah sekalipun kita terlupa untuk mendoakan kebahagiaan antara  kita dan dia.

Tanpa henti meminta semoga Allah mengekalkan hubungan yang dibina atas dasar cinta.

Kita yakin dia yang terbaik.

Yakin dia jodoh yang memang Allah tetapkan untuk dijadikan peneman untuk setiap langkah menghadapi hari-hari yang mendatang.

Kita mahukan segala impian dan harapan jadi kenyataan. Jadi realiti.

Tapi..

…tanpa diduga segalanya hanya sementara.

Semua kegembiraan dan kebahagiaan itu akhirnya terhenti di pertengahan jalan. Segalanya musnah. Hancur berkecai.

Dunia seolah-olah gelap. Kita rebah runtuh sama seperti cinta yang berkecai itu.

Dan di saat itu, kita mula ragu.

Marah. Sakit hati. Curiga.

Segalanya jadi bercelaru. Kucar-kacir.

 

Syaitan memulakan peranannya..

Saat hati rawan, makin mudah kita diperdaya.

Saat hati rapuh, segalanya akan nampak salah di mata. Amarah mengusai hati, jiwa dan fikiran.

Kita mula mempersoalkan segalanya. Setiap apa yang kita pernah doakan dahulu.

Di hati terdetik:

 “ Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa supaya dijodohkan dengan dia. Tapi kenapa Allah tetap ambil dia dari aku? 

Kita terlupa. Kita hanya manusia. Hamba yang lemah.

Kita hanya merancang tapi tak semua perancangan yang kita rangka itu adalah sebaik-baik perkara untuk diri kita.

 

Manusia Merancang Dengan Cita-Cita. Tapi Allah Merancang Dengan Cinta.

Banyak perkara yang kita terlepas pandang dalam tempoh kita merancang itu. Kadang-kadang cinta buat kita jadi buta hati.

Yang buruk kekal nampak indah. Kekal cantik. Semuanya hanya kerana cinta yang menguasai diri.

Untuk cinta kadangkala kita rela menidakkan yang Ya dan mengiyakan yang Tidak. Buta lagi membutakan jika paksinya bukan Tuhan. – Tribulasi 365 Hari, Dr. Anwar Fazal.

Tarik nafas.

Bertenang.

Cuba ambil masa untuk bersendiri.

Bukan bersendiri untuk menangis meratap. Bukan untuk berduka.

Tapi cuba untuk muhasabah diri kita sendiri. Cuba untuk imbas kembali apa yang kita telah lakukan sepanjang tempoh percintaan kita dahulu.

Ya, memang betul. Tak pernah sekalipun kita terlupa untuk doakan kebahagiaan antara kita dan dia berkekalan.

Tapi tanya diri kita kembali, ikhlaskah hati kita saat kita meminta itu ? Adakah hanya kerana cinta pada manusia semata-mata ?

 Jodoh itu unik. Seringkali yang dikejar-kejar menjauh. Yang tak sengaja mendekat. Yang seakan sudah pasti menjadi ragu. Yang awalnya diragukan menjadi pasti. Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan. Yang tak pernah difikirkan, bersanding dipelaminan.

– Unknown.

Allah itu Maha Adil.

Dia mendengar setiap permintaan kita. Setiap pengharapan. Setiap bait-bait doa.

Walaupun kita seorang pendosa, Allah masih tetap memakbulkan soa-doa kita. Tanpa sebarang perasaan benci.

Tapi jika begitu, kenapa Allah masih tidak memakbulkan apa yang kita mohon itu?

Kenapa Allah biarkan hati kita berduka atas kebahagiaan yang hanya tinggal angan-angan?

Kenapa Allah biarkan kita bersedih andai benar Dia sayangkan kita?

Kita terlupa siapa diri kita. Siapa kita yang sebenarnya. Apa hak kita untuk mempertikaikan setiap aturan Sang Pencipta?

Allah tak kejam. Tak pernah sekalipun Dia kejam pada hambaNya.

Kita hanya tahu menunding jari. Hanya tahu menyalahkan setiap takdir yang ditetapkan bila mana keinginan dan kemahuan kita tidak dipenuhi.

Tanpa kita sedar Allah pegang semua permintaan kita itu kemas-kemas.

Allah tak tunaikan semuanya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.

Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.

Sabar.

Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.

Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya. Ke jalan yang sepatutnya.

Dia berikan perpisahan agar kita sedar itu bukan yang terbaik buat kita. Bukan bermakna Allah tak sayangkan kita.

Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan di dunia ini.

Dan itu akan membuat dia punya harapan hanya untuk allah saja.

Syeikh Abdul Kadir Jailani.

 

Allah Tahu Apa Yang terbaik. Dia Aturkan Semuanya Jadi Cukup Indah.

Kita hanya perlu yakin dan menanti saat dan ketika itu tiba. Dekatkan diri padaNya. Menangislah memohon ampun di atas dosa-dosa lalu.

Semoga Dia permudahkan jalan kebahagiaan kita.

Bila tiba masanya, kebahagiaan yang sebenar akan kunjung tiba.

Kebahagiaan yang kita sendiri tak pernah terfikir dan terlintas. Apatah lagi kebahagiaan yang hadir bersama redha Allah.

Trust in Allah timing. Rely on His promises. Wait for His answers. Enjoy His blessings. Relax in His remembrance.

 

Janganlah Kita Salahkan Takdir Andai Perpisahan Berlaku..

Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah dah peliharakan diri kita dari kedukaan yang lebih dalam.

Atas sebab itu Dia sedarkan kita dari mimpi dan impian palsu itu lebih awal.

Cinta, jika bukan bermisikan syurga, nikmat bahagia tidak akan kekal lama.

Yang namanya cinta akan tiba hanya bila kita terlebih dahulu mendahulukan Tuhan dan ayahbonda dalam semua perkara.

Percayalah ‘dia’ nanti akan muncul di depan mata tanpa disangka-sangka.

Saat itu barukita tahu betapa benarnya untuk meletakkan cinta pada tempatnya sebelum hadirnya ‘dia’ – Diagnosis2

Andai Allah tak sayangkan kita, mungkin Dia akan biarkan kita terus hanyut dengan cinta palsu yang kita bina sendiri itu.

Dan akhirnya kita rebah tersungkur bersama luka yang dalam hingga tak mampu lagi untuk bangkit kembali.

Maka, yakinlah dengan ketentuan Allah.

“La tahzan innallaha ma’ana.”

“Don’t be sad. Allah is with us.”

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

46 thoughts on “Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik. Bertenang, Teruskan Berdoa Dan Tunggu Kebahagiaan Itu Datang”

  1. Saya berkenan dengan seorang lelaki ini. Saya cuba nak approach dia tapi ada saja halangan.

    Malas nak fikir bab2 jodoh nih, nanti sakit hati je

    Reply
  2. Terima kasih ya yang membuat cerita ni mcm aku sangat sedih sangat kerana cerita ni membuat aku menangis tau?

    Reply
  3. Assalamualaikum wbt
    Alhamdullillah Allahuakbar
    Satu pengisian yang mampu menyedarkan kita. Satu pengalaman yang membuat diri lebih dekat dengan Allah. Satu pukulan yang membuat diri untuk bangkit semula.
    Kenapa? Sebab Allah
    Aku dipilih terpilih untuk mengharungi onak dan duri. Aku diberi musibah untuk aku sedar siapa yang lebih layak untuk aku mencintai dan dicintai. Aku sebagai diriku tidak pernah menyalahi takdirmu. Kerna penghujungnya aku pasti kembali kepadamu. Kerana disaat aku menangis sakit kecewa putus harapan Engkau ada sebelahku. Siapakah yang layak untuk aku meminta? Jawapannya Allah swt.. kesedaran ini membuat diriku lebih matang.. kerana aku milikMu.. permintaan tanpa kusedari terlalu byk yg telah Engkau berikan. Sesungguhnya Ya Allah aku berserah dan aku menyerah.. sebaik pencaturan dalam hidupku Engkaulah lebih layak buat seisi alam.. Aku bersyukur diatas segalaNya. Aamin Ya rabb

    Reply
  4. terima kasih dgn artikel ini..
    sy sudah berkahwin slama 4 thn, tiada anak. sebelum berkahwin, baru baru berkahwin, suami mempunyai kekasih lain diam2, terbongkar lepas 3 minggu kahwin. Ya Allah dugaan hebat bg sy. Sepanjang perkahwinan sy bergaduh, penah ditakliq cerai dan sy langgar taqlik itu dgn kerana tak sanggup hati ini dilukai oleh suami sendiri. tapi kami rujuk semula kerana sayangkan perkahwinan ni hinggalah hari ini. Suami masih ingin berkawan dgn bekas kekasihnya. Dan masing tak tepuk sebelah tangan. Allah saja la yg tau perasaan ni.
    Suami block sy smua social media, dgn alasan tidak suka sy check kehidupan dia.
    Ya Allah, sy terpikir, perkahwinan apakah ini? sy rasa diri sbg org orang asing. dan bermacm sy lalui. sy ingin bercerai kerana tak sanggup hati ini dilukai.. tp sy sayangkan Allah juga.. sy cuba bersabar kerana Allah. Doakan kekuatan hati utk sy ya smua

    Reply
  5. Thanks you so much …..expect nothing, accept everthings…on bad or good that all aways have something meaning

    Reply
  6. take sangka…..entah laa.. Aku simpati.. Kat sorang kwn aku…. Never mind.. aku nk share kat dia.. Ade hikmah di sblik semua yg berlaku DLM setiap hubungan dia yg selalu ptus tgh jln…

    Reply
  7. Life sometimes can b quite brutal..a lot of times falling down too deep..
    Just like a broken mirrors ..still not look the same even u fixed it..
    But always believe
    Be yourself,love yourself..
    Live live to da fullest
    Always do something makes u happy

    Life is great

    Reply
  8. Alhamdulillah..Allahuakbar..penulisan yang sangat memberi motivasi pada diri ini..hampir sebulan tersungkur kerana “cinta palsu” duniawi..sebagai wanita hati ini terlalu tipis dan mudah rapuh..Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk bangkit semula.Yang penting kembali pada Allah..solat taubat setiap hari berbakti pada mak ayah setiap hari.semua itu lah kunci kekuatan untuk kita bangkit semula..

    Reply
    • post yg baik utk jiwa sy skrg ni. jiwa terlalu lemah nak menghadapi semua masalah yg berlaku dlm sekelip mata. sy ada kenal seorg lelaki yg begitu baik dan die sebaik2 manusia yg sy kenal. hidup sy tiada istilah sunyi dgn kehadiran die. setiap apa yg sy buat dia ingin tahu dan setiap pg smpai ke mlm sentiasa ada msg dpt dr dia. terlalu byk pesanan setiap hari utk ingatanku.kita sama2 menjaga hati msg2 dan dia terlalu menitikberatkan kesihatan dan keselamatan dan pemakanan sy tanpa berkira wang ringgit yg die keluarkan. semuanya demi sy yg dia cintai. sy hargai pengorbanan yg die buat.ikhlas dr hati ni. namun tak diduga xgf nya kembali semula menangih kasih setelah 2 tahun lebih mhilangkan diri. die menjelaskan yg hatinya sudah tiada utk xgfnya kerana selama mereka bersama sudah tersiksa jiwa dan raga. hati sy makin berbunga dan kasih syg makin bertambah kepadanya. namun dlm masa yg sama xgf die terus menangih sehingga smpai mengugut kebahagian kami. xgf die hanya bg tau sy yg die akan dapatkan apa yg die nak dan tak mustahil bg hidupnya dan tak ku sangka dalam sekelip mata sidia dirampas dgn menggunakan ilmu hitam, ilmu pengasih-ilmu pugai yg mana famous di sabah. kekasih hati hilang sekelip mata, ilmu pugai yg membuatkan die lupa siapa sy dan memori bersama telah hilang dan hidup die skrg sudah dlm kawalan ppuan tu. air mata bcucuran tanpa henti. sshnya nk menerima hakikat..betapa kejamnya hati perempuan bila nafsu melebihi segalanya. bagaimana sy nak mengadapi situasi ini skrg. family memujuk utk melupakan sidia tapi betapa sshnya hati ini. terlalu byk kenangan terindah bersama dgn sidia. apakah hikmah disebalik semuanya..tiada lagi org yg pedulikan diri sy..tiada org lg yg pedulikan kesihatan sy. tiada org lg yg bertanya itu dan ini..tiada lg..sob sob sob..

      Reply
  9. Artikal yg baik.sedikit dpt melembutkn hati sy tuk memaafkn c dia.mmg bukn mudah nk hapuskn kemurungan..lbih2 lg melibat hati perasaan n masa depan.selepas trpisah hdup sy pnuh tanda tanya.xlepas bdoa meminta petunjuk padaNYA.Alhamdulillah…masalh yg sy hadapi mjd ringan dsbbkan kehadiran seorang lg llki misteri(selepas bbrp kali tunaikn solat sunat)pd mula nya hati keras tuk gantikn dy yg dh tetap brtaktah dihati.Allah maha mbolak-balik hati hamba2nya.sy trima c dy n menjalinkn hubungan ats niat kerana Allah.dgn KuasaNYA jgk hubungan yg penuh dgn pembohongan trjalin i2 hanya sekejap shja.sy akui semasa dlm hubungan yg dlebelkn sbg couple i2..byk lg prkara2 negatif brbanding positif yg terkesan.Astagafirullah alazim…Alhamdulillah sy dh lakukn bbrp kali solat taubat.yg bt sy sukar nk melepasi sume ne..masalh brbagai2 bentuk jgk skali gus menimpa sy.prkara brlaku brkali2 n bbagai2 watak2 bru sejenis dtg brtandang stp kali hati ne kuat hnya tuk c dy dn bkali2 jgk nyawa ne rase dh hujung tanduk.bukn ego tp kebenaran yg Allah dh tetpkn.wallahualam..Alhamdulillah wlwpn mgambi mase yg panjng tuk
    kluar dr sume i2..d c ne masih terkilan pd c dy yg prtama brtaktah dihati.bunyi cam xlogik n kelakarkan…tp i2 lah hakikatnya.Insyaallah sy sedang muhasabah diri wlwpn bukn lg jadi yg TERBAIK untuk c dy d masa hadapn n yg paling penting..stp apa yg sy lakukan..semua niat kerana ALLAH SWT.Ya Allah tuntunlah aku sentiasa kejalanMU.Lahawla wala quwataillabillah aliyal azim.Amin Ya Rabbal Alamin…

    Reply
  10. Assalamualaikum, saya mengenal dia sejak 4thn lalu, sjak itu juga sya jatuh hati padanya, dan selama itu juga dia slalu menolak saya tnpa saya tau apa alasanya, tp sya slalu yakin dia adalah jodoh sya krn melalui dia sya menjadi wanita lebih baik mulai berhijab dg benar mulai memperbaiki diri mulai memperdalam ttg agama, salah kah sya jika sya slalu meminta dia pda Allah krn slama ini hanya dia akhwan yg bisa membuat saya lebih baik, membuat saya slalu ingin memperbaiki diri?? saya yakin dia imam yg tepat buat sya….

    Reply
    • Kemungkinan Allah nak uji awak. Awak berubah kerana dia atau kerana Allah? Jika benar lelaki itu memberi inspirasi untuk awak berhijrah, itu bermakna Allah pinjamkan dia sementara untuk jadi pengantara hidayah untuk awak kembali ke pangkal jalan. Allah pisahkan sekejap, untuk uji keimanan awak terhadap Allah. Jika benar dia jodoh buat kamu, Allah akan pertemukan kamu berdua dalam cara yang tak disangka-sangka.. In Shaa Allah..

      Reply
  11. saya tak lupa berdoa semoga dia adalah jodoh saya. kerana saya tahu, cuma dialah yg boleh memimpin ke syurga. dia adalah bapa terbaik utk anak2 saya. dia menantu terbaik utk ibu bapa saya. adik2 saya boleh harapkan dia jika ada masalah apa apa. cuma dia. saya harap cuma dia.salahkah saya minta dia dariNYA.

    Reply
    • Tak salah.. tp mungkin Allah tetapkn dia blm yg trbaik buat kta atau sbalikny kta blm yg trbaik utk nya. Kta kena muhasabah diri, prbaiki n koreksi diri lg.. lg n lg… “krn Allah” utk mnjd lbh baik lg.
      InshaAllah Allah berikn ganti yg lbh n trbaik nanti. InshaAllah… sama2 kta brdo’a y. Aamiin…

      Reply
  12. As slm, genap setahun sy mgenali seorang lelaki yg sy anggap ckup istimewa dlm idup sy. hub sy baik2 shj. faktor usia, pangkat tak pnh mjadi isu selama ni. malah, keluarga msg2 mgetahui dn merestui hub kami. tiba2 si dia berubah, si dia mjadi pndiam bila keluar bsama, tiada lg sms myapa stiap pg, tiada lg pgilan telifon sblm tidur. sgala2 berubah skelip mata. smlm, hnya kata2 maaf drnya. mudahnya, dirinya masih sukar mlupakan cinta lama..dia tak mampu mbahgiakn sy.. dia keliru ats sgala tndakannya..dia ase bsalah beri sy 1001 hrpn. sy mnarik nafas sdalam2nya, Alhamdulillah.. sblm segala2 pg lebih jauh…
    sy redha, some people suddenly change. one day you’re important, next day you’re nothing to them.. sy ase sy dh dpt jwpn… thnks God. toward to end, “don’t get to attached too things… learn to let go”… Inshaallah.. pcayalah, Allah s.w.t temukan kita dgn sseorang ada sbbnya dn jauhkn kita pd sseorang tentu ada sbb yg lebih baik.. dlm pd kami pnh mrancang ms dpn kami bdua.. perancangan Allah s.w.t pasti lebih baik drpd sy kecewa di kmudian hr…

    Reply
    • Saya dapat rasakan semua perasaan ditinggalkan tanpa sebarang mesej atau apa2 sahaja perkataan dpd dia. Belajar untuk redha dan melepaskan seseorang itu memang sukar pada awalnya, lama-kelamaan rasa sedih tu berkurangan. Tambahan pula, saya tiada sebarang hubungan dengan dia dan dia tidak mention something serious, mungkin disebabkan dia mempunyai ramai kawan perempuan so for him all girls just like “easy come and easy go”. Hah! Semoga dia puas dengan hidupnya.

      Reply

Leave a Comment