Jika akhirnya kamu tidak bersama dengan orang yang sering kau sebut dalam doamu, mungkin kamu akan dibersamakan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu. “
Di setiap pengakhiran solat, tidak pernah sekalipun kita terlupa untuk mendoakan kebahagiaan antara kita dan dia.
Tanpa henti meminta semoga Allah mengekalkan hubungan yang dibina atas dasar cinta.
Kita yakin dia yang terbaik.
Yakin dia jodoh yang memang Allah tetapkan untuk dijadikan peneman untuk setiap langkah menghadapi hari-hari yang mendatang.
Kita mahukan segala impian dan harapan jadi kenyataan. Jadi realiti.
Tapi..
…tanpa diduga segalanya hanya sementara.
Semua kegembiraan dan kebahagiaan itu akhirnya terhenti di pertengahan jalan. Segalanya musnah. Hancur berkecai.
Dunia seolah-olah gelap. Kita rebah runtuh sama seperti cinta yang berkecai itu.
Dan di saat itu, kita mula ragu.
Marah. Sakit hati. Curiga.
Segalanya jadi bercelaru. Kucar-kacir.
Syaitan memulakan peranannya..
Saat hati rawan, makin mudah kita diperdaya.
Saat hati rapuh, segalanya akan nampak salah di mata. Amarah mengusai hati, jiwa dan fikiran.
Kita mula mempersoalkan segalanya. Setiap apa yang kita pernah doakan dahulu.
Di hati terdetik:
“ Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa supaya dijodohkan dengan dia. Tapi kenapa Allah tetap ambil dia dari aku?
Kita terlupa. Kita hanya manusia. Hamba yang lemah.
Kita hanya merancang tapi tak semua perancangan yang kita rangka itu adalah sebaik-baik perkara untuk diri kita.
Manusia Merancang Dengan Cita-Cita. Tapi Allah Merancang Dengan Cinta.
Banyak perkara yang kita terlepas pandang dalam tempoh kita merancang itu. Kadang-kadang cinta buat kita jadi buta hati.
Yang buruk kekal nampak indah. Kekal cantik. Semuanya hanya kerana cinta yang menguasai diri.
Untuk cinta kadangkala kita rela menidakkan yang Ya dan mengiyakan yang Tidak. Buta lagi membutakan jika paksinya bukan Tuhan. – Tribulasi 365 Hari, Dr. Anwar Fazal.
Tarik nafas.
Bertenang.
Cuba ambil masa untuk bersendiri.
Bukan bersendiri untuk menangis meratap. Bukan untuk berduka.
Tapi cuba untuk muhasabah diri kita sendiri. Cuba untuk imbas kembali apa yang kita telah lakukan sepanjang tempoh percintaan kita dahulu.
Ya, memang betul. Tak pernah sekalipun kita terlupa untuk doakan kebahagiaan antara kita dan dia berkekalan.
Tapi tanya diri kita kembali, ikhlaskah hati kita saat kita meminta itu ? Adakah hanya kerana cinta pada manusia semata-mata ?
Jodoh itu unik. Seringkali yang dikejar-kejar menjauh. Yang tak sengaja mendekat. Yang seakan sudah pasti menjadi ragu. Yang awalnya diragukan menjadi pasti. Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan. Yang tak pernah difikirkan, bersanding dipelaminan.
– Unknown.
Allah itu Maha Adil.
Dia mendengar setiap permintaan kita. Setiap pengharapan. Setiap bait-bait doa.
Walaupun kita seorang pendosa, Allah masih tetap memakbulkan soa-doa kita. Tanpa sebarang perasaan benci.
Tapi jika begitu, kenapa Allah masih tidak memakbulkan apa yang kita mohon itu?
Kenapa Allah biarkan hati kita berduka atas kebahagiaan yang hanya tinggal angan-angan?
Kenapa Allah biarkan kita bersedih andai benar Dia sayangkan kita?
Kita terlupa siapa diri kita. Siapa kita yang sebenarnya. Apa hak kita untuk mempertikaikan setiap aturan Sang Pencipta?
Allah tak kejam. Tak pernah sekalipun Dia kejam pada hambaNya.
Kita hanya tahu menunding jari. Hanya tahu menyalahkan setiap takdir yang ditetapkan bila mana keinginan dan kemahuan kita tidak dipenuhi.
Tanpa kita sedar Allah pegang semua permintaan kita itu kemas-kemas.
Allah tak tunaikan semuanya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.
Sabar.
Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.
Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya. Ke jalan yang sepatutnya.
Dia berikan perpisahan agar kita sedar itu bukan yang terbaik buat kita. Bukan bermakna Allah tak sayangkan kita.
Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan di dunia ini.
Dan itu akan membuat dia punya harapan hanya untuk allah saja.
– Syeikh Abdul Kadir Jailani.
Allah Tahu Apa Yang terbaik. Dia Aturkan Semuanya Jadi Cukup Indah.
Kita hanya perlu yakin dan menanti saat dan ketika itu tiba. Dekatkan diri padaNya. Menangislah memohon ampun di atas dosa-dosa lalu.
Semoga Dia permudahkan jalan kebahagiaan kita.
Bila tiba masanya, kebahagiaan yang sebenar akan kunjung tiba.
Kebahagiaan yang kita sendiri tak pernah terfikir dan terlintas. Apatah lagi kebahagiaan yang hadir bersama redha Allah.
Trust in Allah timing. Rely on His promises. Wait for His answers. Enjoy His blessings. Relax in His remembrance.
Janganlah Kita Salahkan Takdir Andai Perpisahan Berlaku..
Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah dah peliharakan diri kita dari kedukaan yang lebih dalam.
Atas sebab itu Dia sedarkan kita dari mimpi dan impian palsu itu lebih awal.
Cinta, jika bukan bermisikan syurga, nikmat bahagia tidak akan kekal lama.
Yang namanya cinta akan tiba hanya bila kita terlebih dahulu mendahulukan Tuhan dan ayahbonda dalam semua perkara.
Percayalah ‘dia’ nanti akan muncul di depan mata tanpa disangka-sangka.
Saat itu barukita tahu betapa benarnya untuk meletakkan cinta pada tempatnya sebelum hadirnya ‘dia’ – Diagnosis2
Andai Allah tak sayangkan kita, mungkin Dia akan biarkan kita terus hanyut dengan cinta palsu yang kita bina sendiri itu.
Dan akhirnya kita rebah tersungkur bersama luka yang dalam hingga tak mampu lagi untuk bangkit kembali.
Maka, yakinlah dengan ketentuan Allah.
“La tahzan innallaha ma’ana.”
“Don’t be sad. Allah is with us.”
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum, saya nak tanya , saya baru lepas ditinggalkan, dalam 2 bulan ni. Saya xnak cerita panjang, cuma nak tanya , ex saya block wassapp, Telegram, tapi satu dia x block saya , iaitu Instagram. Dia selalu tengok apa saya post. Padahal dia yg tinggalkan saya. Katanya tak ada hati . Boleh beritahu kenapa dia masih x block kat IG ?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Kepada semua yang singgah di laman blog ni.
Alhamdullilah,Hidayah Allah itu sungguh hebat dari segi bermacam cara.tiada sangka bila singgah di blog ni banyak muhasabah untuk diri.cukup memberi inspirasi dan membakar semangat buat diri.Artikal yang lebih pada mengenal kelemahan diri antara hamba dan Pencipta.
Yakinlah..sahabat semua termasuk saya.tiada satu doa pun yang ditolak olehNYA.melainkan di tunai dengan kesesuaian masa dan keadaan.yakin,sabar,usaha dan terus berdoa.insyallah..amin
Kredit buat tuan empunya blog ini.
Wassalam.
Alhamdulillah. Semoga menjadi asbab kebaikan buat kita semua termasuk diri saya sendiri.
Dunia ini tempat ujian
dan tidak kekal
Asal kita syurga
nikmat yg kekal
jgn sedih berlebihan sgt hal dunia
yg penting jaga hubungan dgn Allah
baik sedia bekal amalan sebelum dijemput tuhan
“Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya di akhirat jualah akan disempurnakan balasan kalian. Barangsiapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya”-surah ali ‘imran ayat 185
Kepada sesiapa yang nampak post ku ni,nama aku Ash-SiddiQ,tolong doakan aku dapat bersama semula dan dipertemukan dalam perkahwinan bersama wanita aku cintai bernama Siti Nur Hatizah binti Barahim..Aamiinn Ya Rabb
Insyallah..amin
saya dah break for almost 2 years and non stop doa dia jodoh saya. Dia ada pengganti tapi tetap doa kan dia untuk menjadi jodoh saya. Perlu ke saya berhenti berdoa ?
Periksa semula doa awak tu. Allah tak suka doa yang memaksa. Doa ni, adalah tempat kita bergantung pada Allah bukan kerana inginkan meminta semata-mata. Kena rendahkan diri ketika berdoa. Kerana Allah yang berkuasa keatas diri kita. Lagipun, dia dah kahwin. Sebaiknya, awak doakan kebahagiaan dia saja.
kena sangat dgn situasi saya sekarang.. saya dalam fasa untuk bangkit semula selepas seminggu patah hati dalam mengenali hati budi seorang lelaki..
alhamdullilah lebih tenang dah dapat terima takdir nie..
Terima kasih Ya ALLAH
Seolah dh dirancang, aku dh bookmark artikel ni bberapa bulan lpas sebelum bercinta, n dua hari lepas putus, jodoh sampai itu je. Harini terdetik nk buka baca. Kena sgt dgn situasi aku sekarang :(
Terima kasih Allah :)
x tau nak kata apa? tapi sangat ??
Dgn mngingti Allah insha Allah hidup akn tenang
hahaha aku ktwa tgk posting ni.ape kbahagiaan yg dtg kt diri aku?nk cari psangan idup pn suwey je.oh lupa allah itu jahat ustaz.
Astaghfirullah hal azim…bawak mengucap brader…jangan sangka buruk dgn Allah…kau ckp mcmni…kau rasa mcmni pernah ke kau baiki hubungan kau dgn allah…kita semua hambanya…kalau hidup kita ada je serba tak kena…muhasabah balik diri ni…mcm mana hubungan kita dgn allah….aku harap kau berubah la brader
astaghfirallah al-azim. apa la yg kamu cakap skg ni. Allah swt tu maha pencipta, maha adil dr segala segi mukjizat sekalian alam. cuba baiki dlu kdudukan kita dgn Allah swt. Allah swt xkan skali² mnghampakan umatnya. kita sbg org yg beriman, apa yg perlu cuba brsangka baik dgn sesuatu yg trjadi. jgn la kita letakkan diri kita ni slalu ‘luck’ yg xbaik. sya rasa xda sape² dlm dunia ni mau kan nasib yg xelok. smua mau yg baik. mau yg indah. pastikan? insyallah sya yakin, kamu pasti akan jd manusia yg lg hebat bila kamu prbetulkan jarak kamu dgn Allah swt. insyallah