Adakah Dia Masih Isteriku di Akhirat Kelak?

Pernahkah anda mendengar soalan ini… 

Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?

Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.

Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.

Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:

“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

35 thoughts on “Adakah Dia Masih Isteriku di Akhirat Kelak?”

  1. Assalamualaikum..isteri sy meninggal akibat barah payudara yg dh merebak ke bahagian hati di perut..dikatakan..syahid akhirat mudah mudahan syurga utk arwah..persoalannye betul kah jika sy berkahwin lain..sy tidak akan jumpa lagi dgn isteri pertama sy di syurga (mudah mudahan dpt masuk syurga)kelak

    Reply
    • Itu semua dibawah pengetahuan Allah SWT.
      Semoga Allah mempertemukan kita dengan orang-orang yang kita sayang.

      Reply
  2. Si suami telah bercerai dengan isterinya yang ketiga.. Ni jenis kahwin cerai kahwin cerai.. Sekarang dia kahwin kali yang ke 4.Apakah dia akan bersama juga dengan isterinya yang ke 3 diakhirat kelak.. Sekiranya isteri yang ke 3 tidak berkahwin selepas diceraikan suaminya

    Reply
  3. adakah stiap kali dosa yg dilakukn oleh istri didunia akan ditanggong oleh arwah suami di alam barzah..sila terangkan dgn terperinci

    Reply
  4. assalamualaikum. bagaimanakah dengan si isteri yang kematian suami…kemudian beliau berkahwin tetapi bercerai..adakah si isteri itu dapat bersama dengan suami pertama beliau? tq

    Reply
  5. Assalamualaikum. Jika isterinya meninggal sebelum suaminya, siapakah akan menjadi isterinya jika si suami berkahwin lagi?

    Reply
  6. adakah berdosa sekiranya seorang isteri merindui dan terkenang akan suami yang sudah meninggal sedangkan si isteri sudah berkawin lagi

    Reply
    • Tidak. Kerana itu adalah fitrah manusia merindui mereka yang telah pergi.

      Cuma tidak perlu menyebut di hadapan suami yang baru mengenai perkara tersebut untuk menjaga hatinya daripada cemburu.

      Reply
    • Sdh tentu ia sesuatu yg perlu di elakkan serta jgn dizahirkan spt menziarahi kubur dsbgnya, sbb fitrah wanita mmg bersuami seorang dlm satu masa dan fitrah suami mmg xkn redha isterinya utk dikongsi, sbb tu ada hadis wanita itu milik suaminya yg terakhir ( di syurga nanti) , bgtu juga sebahagian pendapat mngatakn dia boleh memilih yg mna dia mahu ( di syurga) itu bukti wanita hnya utk seorang suami, saya tak fikir wanita yg masih punya cinta/ rindu kpd arwah suaminya akn bernikah lg , buktinya kisah Ummu darda, dan Nailah, …. kecuali jika keadaan yg mna lelaki yg dtg slps arwah suaminya ternyata lbh baik perilaku serta agama ….. mungkin akn berkhwin lg…..jd kes isteri rindu dgn arwah suami wlupun sdh bernikah lain ni mesti kes suami baru kurang baik berbanding suami lama/ arwah suami… wallahua’lam

      Reply
  7. Askum..Macam mana pula kalau wanita yang ditinggalkan kekasihnya sebab kekasihnya ingin berkahwin dengan wanita lain dan wanita yang ditinggalkan itu terus menunggu bekas kekasihnya sehingga dia meninggal dunia dan tidak berkahwin.adakah wanita itu akan bertemu semula dengan kekasihnya dan bersatu semula di akhirat?

    Reply
  8. Assalamualaikum.. Sy nak bertanya, jika pasangan kekasih yg belum berkahwin dan kedua-duanya meninggal dunia. Adakah mereka akan disatukan di syurga kelak?

    Reply
  9. mcm ne klau laki yg berkahwin lebih dri satu????adakah istri2 nya akn besma dngn atau dia kna memilih slah seorang??

    Reply
    • Di syurga , lelaki tiada had beristeri . Malah , lelaki yg paling miskin di syurga akan ada 72 isteri . Jadi semua yg pernah berkahwin dengannya dan isteri2 itu tidak kahwin lagi selepas kematian suami atau mati ketika suami masih hidup . Semuanya akan jadi isteri si suami . Xkira la ramai mana pon . Kahwin 4 pastu semua mati . Pastu kahwin lagi empat , mati jugak semua . So , kesemua lapan ni jadi isteri dy nanti .. dpat lagi isteri bidadari syurga pulak.

      Reply
  10. maaf, bagaimana pula bagi lelaki yg syahid sblm berkahwin? bagaimana penjelasan syurga mengenai lelaki pula? mohon beri pendapat?

    Reply
  11. as salam, saudara, bagaimana pula dgn suami y berkahwin rmi ? @ suami y berkhwan slps isterinya meninggal dunia?
    adakah dia akn brsm dgn semua isterinya?

    Reply
    • Di syurga , lelaki tiada had beristeri . Malah , lelaki yg paling miskin di syurga akan ada 72 isteri . Jadi semua yg pernah berkahwin dengannya dan isteri2 itu tidak kahwin lagi selepas kematian suami atau mati ketika suami masih hidup . Semuanya akan jadi isteri si suami . Xkira la ramai mana pon . Kahwin 4 pastu semua mati . Pastu kahwin lagi empat , mati jugak semua . So , kesemua lapan ni jadi isteri dy nanti .. dpat lagi isteri bidadari syurga pulak.

      Reply
  12. Assalamu’alaikum Wr.Wb.
    namun saya pernah mendengar, wanita yang menikah berulang-ulang dan masuk syurga, kemudian seluruh laki-laki yang pernah ia nikahi juga masuk syurga, maka ketika di syurga kelak ia diperbolehkan memilih suami yang paling baik akhlaknya kepada wanita tersebut, dan dinikahkan oleh Allah mereka berdua.
    Wallahu a’lam bissawab..

    Reply
  13. Asslamkm..sy nk tya bgaimanakah dgn hadis ini? yg menyatakan wanita yg msuk syurga akan memilih yg mana 1kah suaminya yg hendak dia bersama di syurga kelak jika suami2nya itu masuk syurga..sambungan dr sebuah hadis “…Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak.”
    dgn jasa baik saudara/saudari blh jelaskan..?

    Reply

Leave a Comment