
Kalau lah diikutkan hati remaja ku ini, memang aku tak sanggup nak memutuskan hubungan yang sudah memakan masa dua tahun ini.
Tapi disebalik rasa itu, aku percaya Allah sudah tentukan yang terbaik untuk ku walaupun bukan sekarang tetapi In Sha Allah di akhirat sana.
Perempuan, sungguh hatinya sangat nipis tak seperti kebanyakan lelaki.
Pertengahan tahun 2009, dengan takdirNya aku mengenali seseorang. Perkenalan kami mungkin seperti kebanyakan remaja lain juga. Kami mula kenal dari satu insiden di mana salah seorang dari kawan kami telah memberi nombor telefonku kepadanya.
Jadi dipendekkan cerita, kami mula rapat dan mengenali isi hati masing-masing melalui sms sahaja.
Tidak pernah pun melihat paras rupa. Hanya kata-kata sms dan juga suara dari telefon. Itupun kadang-kadang sahaja.
Dari hari ke hari kami mula rasa persahabatan itu sudah bertambah erat. Malah katanya, hubungan kami sudah seperti lebih dari teman tapi mesra. Apa tidaknya, setiap hari kalau boleh kami sentiasa mengirim sms.
Sehinggalah, aku diizinkan memasuki salah satu pusat matrikulasi.
Dia? Dia melanjutkan pelajaran peringkat asasi di salah satu universiti terkemuka di Malaysia. Namun begitu, hubungan kami masih seperti dahulu, malah aku rasakan makin erat.
Entah. Susah untuk aku rungkaikan kenapa.
Setelah berfikir dengan akalku yang hanya berusia lapan belas tahun ketika itu, aku mengambil keputusan untuk menjarakkan sedikit hubungan kami.
Caranya, aku menetapkan hanya hujung minggu kami dibenarkan ber’sms’.
Walau sangat berat hatinya, tetapi dia tetap menerima. Namun entah mengapa, hatiku sendiri tidak betah dengan tindakanku sendiri. Jadi kami terus ber’sms’ setiap hari seperti kebiasaannya.
Mengapa aku memutuskan hubungan?
Sehinggalah satu hari, ketika di makmal komputer dimana sedang aku melayari satu laman web berunsur islamik, aku menemui sesuatu. Sesuatu yang membuat aku membuka mata dan hati aku seluas-luasnya sampailah hari ini.
Satu artikel benar-benar menarik perhatian aku. Artikel tentang cinta remaja yang aku baca itu sangat berkait rapat dengan hubungan aku dengan si dia.
Malah sangat-sangat refleks kepada hubungan kami. Penulis artikel itu membicarakan bagaimana cinta yang dia dan pasangannya jaga selama ini sebenarnya satu cinta yang haram.
Seperti penulis itu, kami juga akan sentiasa mengejutkan antara satu sama lain untuk menunaikan solat subuh. Malah sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat jika ada di antara kami yang lemah tersungkur dalam pelajaran.
Kami juga beranggapan bahawa hubungan kami selama ini adalah sebagai hubungan percintaan yang islamik!
Ok, mungkin bukan hubungan cinta kerana aku tidak pernah menyatakan perasaan cinta aku padanya.
Malah satu ayat cinta pun tidak pernah keluar dari mulutku walau berkali-kali dia menyatakannya padaku. Aku masih pada pendirian aku, iaitu tidak akan bercinta dengan sesiapa sebelum aku berkahwin. Apa yang aku nak, biarlah aku bercinta dengan suamiku sahaja.
Bercerita tentang hubungan cinta yang islamik, kami betul-betul berusaha ke arah itu. Sungguh melucukan apabila aku mengingati semua itu. Berjanji setia tidak akan ber’sms’ kosong. Berjanji untuk saling mengingati tentang hal-hal berkaitan Islam.
Bila difikirkan balik, itu semua alasan kami untuk terus ber’sms’ setiap hari. Cuma diselitkan dengan hal-hal agama. Sungguh memalukan mempergunakan Islam untuk kepentingan sendiri.
Namun setelah aku membaca artikel di laman web itu, aku mula sedar selama ini hubungan yang kami katakan halal itu sebenarnya haram.
Bagaimana pula ia menjadi haram?
Aku hairan namun setelah mendapat pencerahan dari artikel itu, aku yakin aku tidak salah.
Haramnya hubungan kami apabila adanya rindu pada si dia. Setiap kali aku membayangkannya, setiap kali itulah dosa kecil ku bertambah.
Malah rasa rindu itu juga dikatakan salah satu zina hati.
Apabila zina hati dibiarkan merebak, ia akan berterusan menjadi zina yang maha dahsyat lagi. Ya Allah, macam mana aku tidak mengetahuinya sebelum ini.
Pada masa itu, aku betul-betul keliru. Apakah benar semua ini?
Kerana aku tidak pernah mendengar perkataan zina hati semasa aku di sekolah dulu-dulu. Selepas beberapa masa aku tenangkan fikiran, aku mengambil langkah untuk memutuskan hubungan yang ada antara aku dengan si dia.
Sudah tentu, siapalah yang hendak tanggung dosa-dosa kecil sehingga menjadi dosa besar sedangkan dosa-dosa sebelum ini sudah banyak yang bapaku perlu tanggung.
Tapi bagaimana?
Bagaimana untuk aku menyatakan hasratku ini padanya.
Aku cukup yakin yang si dia susah untuk menerimanya malah menolak untuk memutuskan hubungan ini. Ya, ternyata benar sangkaanku.
Disebabkan aku tidak mahu memberi sebab yang sah kenapa aku hendak memutuskan hubungan kami, ia menjadi bertambah sukar untuk aku tinggalkannya.
Mungkin juga, hubungan kami yang sudah terlalu lama ketika itu menyukarkan aku untuk meninggalkannya.
Dengan berat hati, aku meneruskan jua hubungan terlarang itu. Dalam rasa bersalah, aku berusaha untuk tidak menyakiti hatinya.
Kerana bagi aku, tidak patut aku membuat si dia bersedih. Hari demi hari yang aku lalui selepas mendapat tahu bahawa hubungan kami itu sebenarnya haram, aku rasakan semuanya tidak kena.
Rasa bersalah kerana memutuskan hubungan
Rasa senang bersamanya selama ini sudah semakin pudar. Mungkin kerana rasa bersalah ini menebal. Pernah juga aku cuba meninggalkannya tanpa sebab, tanpa sms tapi tidak lama.
Rasa bersalah aku dengan hubungan terlarang itu tidak cukup untuk aku menghapus rasa bersalahku pada si dia.
Mungkin si dia terlalu baik untuk aku sakiti. Aku takut jika aku meninggalkannya, si dia akan bertindak di luar batas. Tambah satu lagi dosa aku dengan memudaratkan orang.
Setahun kemudian, setelah aku layak memasuki universiti, aku mula memikirkan satu idea yang aku kira sangat ideal untuk aku meninggalkannya.
Aku membohonginya yang aku tidak layak ke universiti dan bersedia untuk memulakan kerja-kerja yang biasa sahaja.
Sangkaanku si dia akan meninggalkanku kerana aku sudah tidak setaraf dengannya. Namun semua usaha aku itu sia-sia. Si dia tetap bersama denganku untuk memberi kata-kata semangat seperti sebelumnya.
Si dia terlalu baik. Sangat baik.
Ya Allah, jadi bagaimana untuk aku lari dari semua ini?
Selepas beberapa ketika, aku memberitahunya perkara sebenar yang hakikatnya aku sedang menyambung pelajaran di salah satu universiti di timur Semenanjung.
Si dia tersangat marah dan kecewa denganku.
Tetapi, marahnya bukan kerana aku menipunya tetapi marah kerana si dia tahu niat aku untuk meninggalkannya. Mungkin ini masanya untuk aku kembali kepadanya dan bahagiakannya. Itu fikirku.
Namun, aku seolah-olah tidak senang dengan semua ini.
Aku rasakan setiap hari dan masa yang aku lalui dengannya itu sia-sia. Bagaimana ianya sia-sia sedangkan niat aku hanyalah untuk membahagiakannya?
Ini semua kerana dosa-dosa yang lahir dari hubungan kami.
Mungkin dosanya tidak kelihatan kerana kami tidak pernah bertemu malah tidak pernah pun bersua muka. Namun, aku tahu setiap kata-kata sayangnya padaku itu dosa yang tidak pernah aku nilai.
Puas sudah aku mengangkat tangan berdoa pada Yang Esa supaya dibukakan hati si dia untuk menerima keputusan aku itu dan memudahkan setiap jalan aku untuk meninggalkannya.
Namun, Allah masih menguji aku dengan sikap si dia yang keberatan untuk memutuskan hubungan kami.
Terkadang aku fikir, mungkin si dia adalah jodoh sebenar aku. Jadi sebab itulah, Allah masih mahu kami sentiasa berhubung. Entahlah. Jodoh dan semuanya datang dari Allah. Aku masih ragu-ragu tentang itu.
Bukan mudah melupakan, tetapi kuatlah kerana Allah
Hinggalah awal tahun 2011, aku dipinjamkan kekuatan oleh Allah untuk betul-betul melepaskan si dia. Aku juga hairan kenapa pada saat itu hati aku seperti ikhlas merelakan hubungan yang sudah lama ini terputus.
Mungkin Allah telah mendengar doa-doa ku sebelum ini. Alhamdulillah Ya Allah. Walaupun masih teringatkannya, namun aku percaya Allah sentiasa memegang hati ku erat.
Bukan mudah bagi seseorang perempuan untuk meninggalkan seseorang yang sudah menjadi sebahagian dari hidupnya. Sungguh bukan mudah!
Aku sendiri sudah beberapa kali mahu melepaskan si dia namun hati ini masih belum kuat. Alhamdulillah berkat doaku untuk kembali mencintai apa yang aku patut cintai selama hampir dua tahun itu termakbul juga.
Alhamdulillah
*******
Artikel ini adalah perkongsian ke Inbox kami ([email protected]) daripada Ain Syazana, [ Blog ]. Semoga perkongsian yang dikongsikan oleh beliau memberi makna dan manfaat kepada kita semua =)
Apakah pandangan anda pula? Catatkan buah fikiran anda pada ruangan komen dibawah
Assalamualaikum.
Saya suka story ni.
mudah-mudahan kita semua dapat iktibar dan pedoman.
keep up the good work!!
Salam. Sy amirul yg komen semalam. Di sini sy ada soalan yg ingin ditanya. Adakah sy masih lg boleh berdoa mengharapkan dia kembali pada sy suatu hari nanti tapi dgn cara yg halal (nikah)? Kerana sekelumit hati ini masih sayangkan dia tapi sy masih dlm proses mengejar cinta Ilahi.. harap ada sesiapa boleh menjawab soalan sy ini. Terima kasih.
Alhamdulillah kalau itu niat awak (untuk menjadikan dia halal). Malah tak ada salahnya memandangkan awk juga sedang memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Saya harap dia juga sedang memperbaiki dirinya ke arah yg kebih baik sekarang ni. Jika awak betul2 ikhlas sayangkan dia kerana Allah, In sha Allah, Allah kurniakan dia untuk awak. Jika tak, Allah pasti jodohkan awak dengan seseorang yang lebih baik yang jauh lebih sesuai dengan awak. In sha Allah :)
Salam. Terima kasih atas share artikel ni. Semua situasi ini mmg sama dgn sy skg. Dan yg ditinggalkan itu adalah sy. Mmg perit terima keputusan cmni. Tp, setelah bnyk berdoa, Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati sy utk baca artikel ni & sy mula fhm segalanya. Apa yg mmpu sy buat skg ialah doakan kesejahteraan dirinya dan andai benar dia jodoh sy, mohon Allah permudahkan jodoh kami. Sekali lagi. Terima kasih dan salam.
Ya ALLAH…betul2 mcm kisah saya…berminggu cuba cari artikel ttg cinta terlarang ni..alhamdulillah jumpe jgk lepas taip ‘zina hati’ dia gugel…tp keadaan sy masih ta berupaya meninggalkan si dia..lagi2 si dia sgt2 baik..malah anak yatim piatu yg sentiasa tggal keseorangan…keadaan hidup si dia membuatkan sy takut di balas dosa kerana menyakiti hati anak2 yatim piatu…sy betu2 buntu..kerana sy betul2 trase berdosa kerana setiap hari bermesej dgn insan yg belum halal buat saya…sy mintak sgt sis dpt bantu saya….btw..tengs atas perkongsian yg amat bermakna ini…
Terima kasih sebab sudi baca artikel saya :)
Awak, kalau lah dia betul2 ikhlas sayangkan awak dia tak akan menyalahkan awak jika awak buat keputusan untuk tinggalkan hubungan yang haram ni (maaf kalau terlalu kasar). Cuma sebelum awak tinggalkan dia tanpa sebab seeloknya awak jelaskan pada dia tentang zina hati ni. Harap dia faham dan juga dapat sama2 muhasabah diri. Memang ramai yang masih confuse tentang zina hati. Saya dulu pun begitu. Tapi bila kita sendiri rasa hubungan tu macam lebih yang tak elok dari yg elok lebih baik kita kembali cinta pada yang sepatutnya. Semoga awak kuat untuk ambil keputusan ni. Dan semoga Allah hadirkan jodoh yang terindah untuk awak seindah hati awak. Amin Ya Allah :)
Tengs awk ats nasihat tu…sy mmg trase sgt lemah mase na jelaskan pd si dia..menggigil tngan waktu brmsj n cube jlaskan sebaik mgkin mksud sy…tp nmpaknya pengkahiran yg ta berapa baik…si dia marah sgt smpai ta reply msj sy…tapela..sy redha…sbb sy buat niat kerana ALLAH…si dia mgkin ta fhm srng…tp hope suatu hari nnt dia akan fhm…berat sgt hati ni na meninggalkan si dia…lg2 memandgkan si dia berhajat bersedia na kawen lg 3 ke 4 tahun…ambik masa yg sgt lame…mane mgkin sy snggup biarkan diri dihimpit dosa sehngga tempoh begitu…sy redha ;'(…sy tahu keputusan yg sgt drastik memndgkan kami bahagia dan ta pernah ad isu yg melampau utk bergadoh dan berpisah sbb masing2 saling memahami…cume kali ni isu ni sgt berat..si dia lgsung ta na memahami..or mgkin memahami tp si dia saje ta na faham sbb ta snggup na brpish dgn saya…sy begitu lemah dan kesian dgn keadaan si dia..smpai sy rase sy ni kejam n ta berhati perut kerana tggalkan org yg ikhlas betul2 syg saya..YA ALLAH…berat betul dugaan kali ni…’nikmat’ yg ALLAH beri pun satu dugaan juga…sy redha….sy redha
..sy redha…sy redha….sy redha….!_!
Btw tengs sis…doakan sy bangkit semula…n doakam supaya sy dan si dia akn disatukan supaya smuanya mnjadi halal…amiinn… ;'(
Ya Allah..hanya padaMu aku berserah..miskipun sukar…aku redha…
Memaafkan adalah jalan yang terbaik walaupun sukar kerana dia juga hamba Allah..
Terima kasih atas perkongsian ni. Agak lama saya berfikir mengenai hal ini memandangkan saya sendiri melaluinya. Artikel ni bantu saya memahami hikmah di sebalik semua yang telah terjadi :’)
as salam… kepada penulis cerita “Bukan Mudah Memutuskan Hubungan Tetapi Kuatlah Kerana Allah”, boleh tak share web link islamik (artikel) yang awk baca sebelum ni yang telah menguatkan dan membuka hati awk. Terima kasih di atas perkongsian.
Wsalam. Terima kasih sudi baca artikel saya. Artikel yang pernah saya baca tu dari website iluvislam. Tapi saya mohon maaf byk2 sebab bila saya cari balik link nya sy dah tak jumpe. Sebab artikel tu dah lama. Maaf sangat2 ya :)
Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat. Jangan pernah sia – siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna =)
Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Saya rasa tak perlu putuskan hubungan, tapi hanya perlu melarikan diri daripada hubungan terlarang… Persahabatan perlu kekal selamanya… May Allah bless you dear sister!! Frankly speaking, I’ve been through this such experience 5 years ago. And actually after we kind of ‘broke up’, I feel much more better…sebab tidak berharap dan tidak memberi harapan… harapan hanya perlu diberi pada Nya, pemilik mutlak hati-hati kita…
Sukarnya orang perempuan meninggalkan cintanya kerana apa yang lahir dari hatinya tiada yang palsu..
saya setuju. cinta lah pada yg Esa. kita hambanya..Pemilik yg mutlak.
Siapa kata bila belajar agama mesti berpisah? Islam bukan melarang kita berkasih sayang,tapi jagalah batas yang dah ditetapkan.sy tulis kembali satu nasihat dari UAI,bila belajar agama sepatutnya kita ajak dia sama2 mendekati agama.Bukan tinggalkan dia terkontang-kanting dengan dosa yang pernah sama-sama lakukan.Sudah fitrah ada rasa suka,cinta,sayang..Usahakan la ke arah pernikahan,suruh dia cari duit masuk meminang,rancang baik2,bagi tempoh,bagi galakan.Yang salahnya berhubungan sekadar untuk suka2.. Anda usaha untuk bernikah tu Allah larang ke? Usaha tanpa doa itu sombong,doa tanpa usaha itu bohong.Bukan senang nak cari pasangan baik zaman sekarang,anda dah jumpa yang baik,kemudian nak tinggalkan? Berapa ramai yang masih belum bernikah kerana terlalu extreme sampai tak mahu langsung berhubungan.Moga Allah permudahkan urusan kita semua.Cubalah nilai dari sudut yang lain
Yup apa yang awak cakap tu memang betul. Tapi kalau dari awal kita rasa hubungan tu byk yang tak elok dari elok lebih baik kita cari solution nya. Orang kata sebelum nak cari yang baik kita terlebih dulu perlu jadi yang terbaik. Jadi bagi saya lebih baik saya tinggalkan dia awal2 untuk perbaiki diri saya. Saya tak tinggalkan dia tanpa sebab. Saya dah jelaskan semuanya. Dan Alhamdulillah dia faham. Saya tak mintak dia tunggu saya sebab saya taknak sekat kebahagiaan dia dengan orang lain :)
Cinta bukan zina hati. Zina hati ialah azam untuk berzina.
http://www.youtube.com/watch?v=URNqtdDnfM8
Banyakkan sedekah Al-Fatihah kepada insan yang kita sukai..bknnya dengan kata2 cinta yang tidak tentu keikhlasannya..tetapi ubahlah dengan menyedekahkan Al-Fatihah buatnya..InsyaAllah dengan izin-Nya..si dia akan menjadi milkmu
sama la!! saya pun tak pernah jumpa si dia.. herm, baru je melepaskan, kuar plak artikel ni, bertambah yakin sy dgn kputusan yg di ambil…
Alhamdulillah saya harap perkongsian dari pengalaman saya ni dapat memberi input untuk pembaca semua. In Sha Allah semoga kita terus istiqomah dalam penghijrahan hati kita ni. Moga Allah redha dan memegang hati kita erat. Terima kasih semua :)
Terima kasih Ain sebab sudi berkongsi artikel dengan pembaca-pembaca semua =)
saya ingin bertanya,saya mula menyukai seseorang, namun saya sering terfikir bahawa ianya adalah salah.Saya ingin memperoleh cinta Allah.Saya cuba untuk melupakannya,namun tidak mampu dan saya cuba untuk menyedekahkan Al-Fatihah buatnya setiap hari supaya saya dapat melupakannya.Tetapi semakin hari saya semakin mengingatinya..bagaimanakah caranya untuk saya melupakannya..Kami jarang berhubung..cuma kadangkala didlm fb sahaja dan kami tidak pernah menyatakan perasaan masing2.
esok genap 5bulan saya lepaskan si dia. sungguh hati ini tak kuat pd mula nya, kami bercinta mcm dunia ni kami yg punya. bila saya decide nk putuskan hubungan ni, mmg sedih bagai nak gila, tp alhamdulillah semua tu tak lama. sy pujuk hati ni untuk bangkit semula. saya gagahkan juga untuk kuat kerana Allah. saya yakin Allah ada menemani saya .insyaAllah moga Allah redha :”)
rupanya,ramai yang diuji begini.. sy juga mengalami perkara yang sama..sama..sehingga Allah jauhkan dia dari saya sbb sy merasa sama seperti yang penulis ceritakan. (Rasa berdosa, tetapi sukar untuk melepaskan..berdoa selalu moga Allah berikan jalan untuk kami, jauhkan kami daripada dosa ini..) dan kemudian, Allah jauhkan kami sekrang yang sudah berbulan lamanya, dan saya kembali cuba mencari cintaNYA..sungguh, cinta Allah lebih indah. Allah hadirkan banyak kebaikan, memberi peluang untuk kembali pada DIA YANG SATU dan Allah maha mendengar, sangat sayang pada kita..mohonlah padaNYA tanpa putus asa.Mengadulah pada dia, saat kita letih..
Moga Allah berkati penulis yang berkongsi ceritanya..moga ALLAH merahmati kita..aamiin..
Apa yang saya faham mengenai zina hati adalah dimana kita mengimaginasi zina dengan orang lain ,Rindu akan makhluk Nya bukan lah satu kesalahan. Maaf lah kalau saya silap mengenai hal ini
memang betul bukan mudah untuk melepaskan,,, tetapi kita terpaksa melepaskan sesuatu yang belum tentu menjadi milik kita..
Subhanallah… semacam kisah hidup sendiri yang diceritakan…. YA ALLAH berilah kekuatan padaku menghadapi
Sesungguhnya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambaNya… terbaik buat kami menjaga ikhtilad.
Ya Allah, jika dia adalah jodoh yang terbaik buatku, satukan hati kami, temukan kami pada waktu yang terbaik. Jika dia bukan jodohku, damaikanlah hati-hati kami… temukanlah jodoh yang terbaik buat kami, jika bahagia di dunia ini adalah mendapat jodoh. Jika bahagia di dunia ini tanpa jodoh, bahagiakanlah hati-hati ini YA ALLAH…
InsyaAllah.. kuatlah kerana Allah.
bercakap mmg mudah tapi kalau kita cuba mcam mana kita nak tahu kita kuat ke tak kan..
InsyaAllah, Allah bersama kita :)
Kan.. InsyaAllah, Allah akan bantu kita ke arah kebaikan. Satu mujahadah =)