Tips Melawan Kesedihan Dan Kekecewaan Bila Ia Datang Menyapa

kesedihan dan kekecewaan
kesedihan dan kekecewaan | Broken heart by ~beetleman

Ramai yang menitiskan air mata di saat sedih, kecewa. Setiap manusia sudah diciptakan begitu. Inilah yang dinamakan fitrah.

Namun, kadang-kadang, kesedihan dan kekecewaan kita itu berpanjangan.

Ramai yang sedih kerana kehilangan sesuatu yang di sayangi, kegagalan dalam sesuatu pekerjaan dan pelbagai lagi.

Semua ini lah yang dinamakan mehnah dan juga tribulasi buat kita semua di dunia ini. Sukar dan perit untuk melalui semua ini.

Jadi di sini, ingin saya berkongsi sedikit bersama sahabat dan juga seluruh pembaca tentang bagaimana untuk kita mengurangkan rasa sedih dan kecewa itu.

Dengan harapan semua ini dapat memberi manfaat kepada anda dan juga saya.

Kadang-kadang hati kita terasa gelisah dengan apa yang membuatkan hati kita sedih dan kecewa. Ada sesetengah dari kita, bertindak di luar kewarasan akal.

Ada yang marah kepada insan lain yang mungkin menjadi penyebab kepada kesedihan kita itu, ada yang berfoya-foya dan membuang masa bersama rakan. Semua itu usaha mereka untuk hilangkan kekecewaan.

Tidak kurang juga mereka yang berkurung di dalam bilik, tidak makan, tidak bercakap dan sudah tidak seperti manusia lain. Pada peringkat awal kita mengalami kesedihan dan kekecewaan ini, mungkin murung itu perkara biasa.

Tetapi, wajarkah jika kemurungan itu berpanjangan? Apakah ianya member kesan yang baik untuk kita? Sama-sama kita renungkan seketika.

Apabila kesedihan dan kekecewaan ini datang menyapa, berilah ruang dan waktu untuk diri kita berehat sekejap, muhasabah diri kita.

Kerana mehnah dan tribulasi yang kita hadapi itu datang dari Allah.

Kadang-kadang melalui ujian itu, DIA ingin mengingatkan sesuatu kepada kita. Itulah pentingnya untuk kita berfikir sejenak, renungkan kehidupan kita selama ini. Mana yang tidak elok, kita cuba perbetulkan.

Ingat lah kembali apa tujuan kita hidup. Adakah ianya hanya untuk mendapatkan apa yang kita inginkan? Adakah kita yang menguasai dunia ini? Dan adakah tempat tinggal kita selamanya di dunia ini?

Kita hidup ini, bukan hanya untuk mendapatkan apa yang menyeronokkan hati kita.

Saya dan anda juga pernah melalui saat-saat kesakitan dan kesedihan dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Kadang-kadang, saya sendiri rebah dan terasa sudah tidak terdaya lagi untuk bangun. Tetapi, bila difikirkan kembali, ‘apakah tujuan aku hidup?’.

Persoalan tu benar-benar menusuk ke jiwa.

Dan saat ini harus kita ingat, di dunia ini cuma persinggahan, tempat untuk kita mencari sedikit bekalan untuk dibawa kembali kepadaNYA nanti.

Seterusnya, sematlah di jiwa dan minda kita bahawa semua yang ada di dunia ini termasuklah tribulasi dan mehnah yang kita dapat itu adalah datang dari Allah.

Apa yang kita sayang itu juga datang dari Allah, kejayaan dan kegagalan itu juga datang dari Allah. Hatta, perasaan sayang, kecewa, sedih dan gembira itu juga datang dari Allah.

Kesedihan Dan Kekecewaan
Kesedihan Dan Kekecewaan

Semuanya datang dari Allah.

Jadi, usah lah kita bersedih berpanjangan, kerana Allah bersama kita dalam apa jua keadaan dan semua itu datang dari Allah

Dan pastinya perasaan sedih dan kecewa itu juga lama-kelamaan akan pergi.

Dekatkan lah diri pada Allah. InsyaAllah DIA akan membantu kita.

Seseorang yang berusaha menjadi hamba yang soleh dan solehah itu, pasti akan mengaturkan langkahnya di bumi ini dengan rapi dan kemas.

Langkah itu bertunjangkan satu matlamat iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Di saat kesedihan, cubalah pujuk hati, ucapkanlah “Ya Allah, hamba terima semua yang berlaku ini untuk mendapatkan keredhaan-Mu, kuatkanlah hamba untuk menghadapi semua ini.”

Memang kadang-kadang walau sejauh mana pun kita memujuk hati ini, terdetik juga kesedihan itu walau se saat. Kan?

Walaupun begitu, cubalah untuk terus mendidik hati kita untuk sentiasa bergerak hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Percayalah pada Allah. DIA menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kita.

Apabila kita redha, DIA akan meredhai hidup kita. Dan di setiap kesedihan itu, pasti DIA telah mempersiapkan sesuatu yang membahagiakan kita.

Yang terakhir, banyakkanlah berzikir dan berdoa.

Semua ini terlalu mudah untuk kita lakukan kerana perlakuan ini tidak terhad. Di mana pun kita berada, kita boleh untuk berzikir dan berdoa.

Perkara ini cukup penting walaupun mudah. Kerana kedua-dua aspek inilah yang akan menghubungkan hati kita dengan Allah setiap masa.

Penutup:

Semua yang dinyatakan di atas ini hanyalah sedikit perkongsian buat sahabat. Mungkin ada tips-tips lainnya untuk mengurangkan kesedihan dan kekecewaan itu.

Tetapi inilah yang sentiasa saya praktikkan untuk diri ini.

Kadang-kadang air mata itu tetap mengalir di saat kesedihan dan kekecewaan. Tetapi dengan perkara di atas ini, serba sedikit saya mampu memujuk hati ini.

Jika terdapatnya pertambahan, boleh lah kita kongsi bersama. Semoga hidup kita sentiasa di berkati oleh NYA.

Teruskan berusaha menjadi manusia yang lebih baik walaupun dosa masa lampau kita itu mungkin terlalu besar dan memberi kesan mendalam pada hidup kita. Namun, percayalah pada Allah. Yakinlah pada DIA.

.

# Artikel ini adalah perkongsian daripada Haziyatul Najihah Hasin ke inbox pages kami. Semoga artikel  yang beliau kongsikan memberi manfaat kepada semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

24 thoughts on “Tips Melawan Kesedihan Dan Kekecewaan Bila Ia Datang Menyapa”

  1. x taw nk kata yg mcmnna…
    Dia yg mulakn..bri harapan..k’diaman k’lengkapan d’sediakn..
    Bila detik utk hidup b’sama..dia sepikn diri tanpa berita.. x taw nk jwp apa pd klurga..

    Klu dah x suka..bg taw saja..
    hati ni dah redha dlm paksa.

    .kecewa sgt..murung…k’sendirian..mcm x boleh nk hadapi dunia lg…
    ????????????????

    Reply
  2. Saya sgt sedih.. sbb sy berbisnes tp suami sy mcm xmberi smngat.. dia ckp bisnes brg kcntikan brg untuk kurus msti cntik dn mesti kurus.. itu buat sy btul2 sedih… sy sdang mncuba… mbuat yg tbaik spaya jd cntik dn kurus.. buat di jga.????????????????..tp skarang sy rasa down sgt3.. mnangis dia ckp mcm tu….

    Reply
  3. Saya sangat sedih kerana tanah yg sy beli ada masalah, susah nak masuk api air dan masalah jps, pej tanah , mpsp.. kemudia, pelukis pelan sy susah nak dihubungi duit dh beri, masalahnya sampai sekarang diam membisu.. kontraktor rumah pulak, terlalu mahal.. sy kecewa sgt dan tertekan.. rasa tiada harapan.. semua impian sy seakan2 musnah berkecai.. masa, tenaga dan wang sia2 saja.. tapi sy fikir Allah pasti akan hadir dlm setiap masalah sy utk bantu sy.. sy xtahu nak fikir apa lg.. mcm2 dh sy lalui, san sy penat. Ya Allah, tolong lah hambaMu yg lemah ini..

    Reply
  4. Pada saya perkara yang paling susah nak dibuat adalah memujuk hati agar memahami semua ini adalah takdir dari ALLAH SWT.. kerasnya hati nak menerima semua ini walaupun keputusan itu melalui kita sendiri.. Subahanallah ada hari kecundang juga dengan perasaan sendiri.. Andai dapat di padam, Andai dapat dilupakan.. Kuasa ALLAH SWT tu sangat besar, inilah akibat bila kita terlalu bergantung pada yang namanya ”manusia”.. semoga ALLAH SWT membuangkan cinta dunia dan cinta manusia yang melebihi cinta kepada ALLAH SWT.. ketemuakan aku dengan jodoh yang mencintaiku keranaMU YA RABBI..

    Reply
  5. Sy seorg pelajar agama,tetapj sering saje leka dalam mengingati tujuan utama sy hidup dn belajar..sy lebih suke bersuka ria.. tpi sering saje merasa diri ni terlalu jauh dari Allah..ape yg patut sy lakukan

    Reply
  6. saya dari bulan 1 asyik pikir mati..banyak kesilapan yang sya buat menghancurkn hdup..malam n saya akan bunuh diri..maafkan saya..saya dah terlalu letih dengan penysalan

    Reply
    • awak. jgn sampai bunuh diri. saya jugak melakukan benda yg saya sesali. tapi percayalah. sesuatu yg terjadi aats kehendak Allah untuk mengajar kita. saya pun masih dalam proses eblajar. banyak juga sy menangis. dalam sehari tidak pernah saya tidak meratapi. tapi harus kuat. sematkan dalam diri kuat kerana Allah. insyaAllah semua ini akan berlalu pergi satu hari nanti apabila awak sudah diberikan kebahagian yang lain oleh Allah

      Reply
  7. Assalamualaikum, memang benar tatkala kita kesedihan tiada seorang yang lebih memahami diri kita selain dari Allah. Antara perkara yang selalu sy lakukan ialah 1) Memujuk hati sendiri, kerana kita yang tahu apa yang sedang kita lalui. 2)Menangis untuk melembutkan hati supaya lembut hati nak memaafkan dan meredhakan segala ujian yang sedang dihadapi, tapi bukan meraung atau meratapi tapi sekadarnya. 3) Fikir setiap masalah itu adalah ujian, kerana setiap ujian ada markahnya dan ada had masanya. Jadi kita hanya perlu bersabar setiap detik itu untuk menyelesaikan dengan tenang disamping mohon bantuan daripada Allah. 4) dan paling utama berfikir tentang mati.. ya memang benar, mati itu kesudahan untuk segala ujian kita. Bukan bermakna membunuh diri tapihanya mengenangkan bekalan yang kita ada untuk menghadapi mati..

    Reply
  8. Ya Allah…aku lemah sangat. Aku rasa keseorangan. Semua kerana keegoaanku, ketamakan, dan terlalu percaya pada sesuatu yg x pasti. Tapi aku perlu katakan ini ketetapan Allah. Qada dan Qadarnya. Rezeki aku dah tiada di situ. Ini jalan yg aku pilih. Dan Allah telah tetapkannya. Mmg benar dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Dengan menyerahkan segalanya pd Allah hati jadi redha. Tapi tak dapat tidak pasti terasa kekecewaan itu walau sesaat. Bukan sesaat tetapi lebih dari sesaat. Mungkin ini kifarah dari Allah. Dia nak aku lebih dekat dengannya. Sbb aku selalu berdoa aku ingin berubah. Tapi aku tetap sama. Ya Allah kau tunjukkanlah hikmah dari semua dugaan ini agar aku tak rasa bersalah dengan diri sendiri. Bukakanlah rezeki untuk aku seluasnya. Demi keluargaku.Demi masa depan kami. Jadikanlah segala yg telah berlaku sebagai suatu pengajaran agar aku lebih berhati-hati memilih jalan hidup.

    Reply
  9. Bila sya b’jauhan saya pasti t’ingat dekat die. .bila b’sama sya rasa benci sangat-sngat. .aper perasaan sya thadap si dia. .

    Reply
  10. subahanallah, alhamdulillah…terimakasih saudara, sy sebnar dlm kesedihan yg teramat2..mari sy ceritakn msalah sy agar dpt sedikit luahan rasa utk menenangkn jiwa..sy serupakn pelajar baik dan semua hasil2 kerja sy mendpt perhatian kawn2 dan pensyrah sy, pndek kt kerja sy selalu mendpat markah a, kwn2 sy yg rendah mrkah dr sy, sy akn memberi nasihat kpd mrk n xkurang ada yg cemburu..satu hari pensyarah sy mahu sy membuat hsail kerja dn meletakkn harapn kpd sy agar dia dpt bnggakn hasil work sy kpd org yg..ini tujuan beliau agar semua org akn snjung kpd beliau krn pandai mendidik pelajar..harapn beliau musnah, sb sy tidak pandai atau buat atas kemahuan beliau yg tinnggi gunung sdngkn sy juga ada kelemahan..akhirnya, di bg sy markah c, kwn2 sy sumenya kutuk sy..xkurang ada yg fitnah sy. kat sy ni pemalas..sy tidak keruan, berbulan2 menangis kenangkn uijan ini, fikir apa aku nak kerja nanti, sy marahkn allah dan org yg mmbuat sy sedih..sy hampir bunuh dir..solat sy tinggalkn kn marah..akhirny sy sedar yg allah sygkn sy..dn sy patutny bangga.sejak hari tu, sy byk munsabahkn diri..semoga mmberikn petunjuk dr-Nya..amin.

    Reply

Leave a Comment