Hikmah Mengapa Kita Diuji Sebegitu..

friends by iamkimji (devianart)
Hikmah daripada ujian sentiasa memberi kebaikan | friends by iamkimji (devianart)

sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)

Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata.

Lama mana pun kita sanggup tadah telinga. Seluas luasnya kita berlapang dada. Nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.

Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri.

Orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa.

Serius. Takkan sama.

Mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu.

Mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,

takpe, aku okay. terima kasih ye” padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri.

Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.

Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?

Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini?

Mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut.

Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.

Saat itulah solat, doa, segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini.

Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan.

Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati.

Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.

Kenapa AKU yang diuji sebegini?

Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri?

Mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?

Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan.

kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..

Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap

*******

Artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami oleh Twinkle Bluestarz. Semoga memberi manfaat kepada semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

50 thoughts on “Hikmah Mengapa Kita Diuji Sebegitu..”

  1. Artikel yang memberi kesan di hati saya. Saya sedang diuji.Nasihat daripada artikel ini menyedarkan saya.
    Saya sentiasa menantikan bahan daripada blog ini.

    Reply
  2. Subhanallah, ujian ini terlalu melukakan hati saya. Pedihnya tak terperi. Ya Allah, dekatlah pada hamba hina ini. Sembuhkanlah hati ini.

    Reply
  3. Assalamualaikum…dlm bnyk2 blog ini la blog yang paling deep dan terkesan buat saya
    17 tahun perkahwinan..4 orang anak sepasang lelaki dan perempuan…wanita dan ibu bekerjaya…
    Awal ramadhan ahad 5 June 2016 terbongkar segalanya….Rupanya Suami menduakan saya..berkahwin selama 6 tahun dan mempunyai 2 anak lain. Allahuakhbar…saya keliru saya down saya sakit saya menyalahkan diri sendiri….Menangis2 sehingga kehari ini (11 ramadhan). Selama bertahun saya mempercayai menyayangi dia 100% tidak pernah sedetik pun syak wasangka. Saya perlu bangkit tapi belum kuat…Ramadhan bulan mulia saya memperbanyakkan Doa sujud kepadaNYA.

    Reply
    • sabar kak, Allah sayangkan kita sebab tu Allah uji kita. Memang sakit apabila kepercayaan kita terhadap suami sekelip mata je hancur. Allahuakhbar. astarfirullah…..

      Reply
    • Allahuakbar….ikhlaskan hati akak utk menerima ujian ini sebagai tanda kasih sayangNya agar kita kembali mengasihinya…sy pun mengalami nasib yg hampir sama. Di saat sy melahirkan buah hati yg keenam pada bulan puasa baru-baru ini..tersingkap suami yg dikasihi bermain cinta dgn isteri orang. Di dalam keadaan yg masih berpantang..sy seakan hilang arah bila terjumpa msg suami bersayang2 dgn si dia. Allah itu maha besar..suami tidak mengaku pengkhianatan yg telah dilakukan terhadap sy yg setia bersamanye selama 13thun.Dalam masa kurang24 jam tanpa disangka..sy sendiri pun masih xpercaya Allah permudahkan jalan utk membuktikan kecurangannya sehingga dia xboleh mengatakan tidak lg. hari ini usia ank keenam kami 43 hari. Sy belajar utk memaafkannya demi ank2 yg masih kecil walaupun ia amat perit. Saya anggap ini tanda kasih sayang Allah kepada sy agar kembali mentaatinya..yelah kadang2 bila busy atau penat..memang sy abaikanNya. Sy sedar selama ini cintaNyalah yg patut kita kejar..bukannya cinta manusia yg penuh kepalsuan. Kepada yg membaca luahan hati ini..tolong doakan saya agar terus istiqomah mencintaiNya..aminn.

      Reply
      • Allahuakbar… Saya juga baru dpt tahu suami kahwin 2 minggu lepas… Dgn kawan skolah lama balu anak Lima.. berat hati ni untuk hadapi kekuatan yang peritnya tak terkata. Saya sedang cuba pujuk hati ini utk terima ketentuan Allah swt. Tak tahu bagaimana… Rasa hati ini seperti kosong dan kehilangan. Artikel ni Sgt bagus… Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita dlm menempuhi ujian ini, dan berikan yang lebih baik pada kita dan anak-anak…

        Reply
  4. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana temukan dgn blog ni.smoga hati ini terus kuat.utk dia mzs smoga awak bahagia

    Reply
  5. iya.. ya..
    kita begitu mudah s’t menguatkn orang yg datang pd kita dg bnyak mslh dan beban yg berat..
    tp dsa’at kita yg dhadapkn dg sebuah kepahitan,kekecewa’an dan luka yg menyayat ht_
    kita t mampu untuk mnguatkn dri sndri..
    bhkn untuk skedar mnghibur diri..
    tersenyumpn trsa berat…
    wallahu a’lam…

    Reply
  6. terima kasih. membaca blog ini dpt memberi ketenangan utk hati sy yg sedang di uji. semoga Allah memberi kekuatan utk sy melalui ujian ini.

    Reply
    • Mungkin ini atas ptunjuk Allah tiba2 saya mbuka blok ini d saat hati saya sdang bergejolak, tak tenang, tak tentram. Stelah mbaca n merenung. Alhamdulilah hati ini mnjdi tenang. Trimksh banyak. Smga Allah sllu mlindungi sy dri penyakit hati. Aamiin.

      Reply
  7. trma ksih admin…hati ni sdkit tenang lpas bca post admin ni….semoga Allah tunjukkan segala hikmah atas apa yg berlaku pd sy skrg ni…insyaAllah…amin..

    Reply
  8. Terima kasih.. di saat diri ini diuji, saat terbaca tulisan admin, diri ini sedar kekhilafan diri.. benar, hikmah Allah itu ada.. cepat @ lambat saja.. terima kasih.. teruskan membantu orang lain walau hanya pada tulisan. =)

    Reply
  9. kadang – kadang bila aq nak pandai adew jew orang nak hiner aku, carik kelemahan aku. hiner aku dalam haty, kater aq kat kepaler, hiner aq kat mulot.. wei, aku adew perasaan jugak macam orang laen.. aq penat wei asek kenew hiner… sampai bilerw aq nak kenew hiner wei, aku pown adew perasaan macam orang laen, bukan macam tunggul api x dew perasaan……………… malah perasaan aq lebih dalam drp perasaan orang laen, tolonglah jangan hiner aq kalau korang tidak mahu dihiner aq pown mahukan ketenangan dan kedamaian.. kalau korang nak rasa apa yg org laen rasew belajar drp kesalahan orang laen, bukannyanyer nak salahkan orang laen..

    STOP SUSAHKAN ORANG LAEN K……………………

    Reply

Leave a Comment