Hikmah Mengapa Kita Diuji Sebegitu..

friends by iamkimji (devianart)
Hikmah daripada ujian sentiasa memberi kebaikan | friends by iamkimji (devianart)

sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)

Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata.

Lama mana pun kita sanggup tadah telinga. Seluas luasnya kita berlapang dada. Nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.

Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri.

Orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa.

Serius. Takkan sama.

Mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu.

Mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,

takpe, aku okay. terima kasih ye” padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri.

Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.

Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?

Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini?

Mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut.

Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.

Saat itulah solat, doa, segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini.

Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan.

Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati.

Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.

Kenapa AKU yang diuji sebegini?

Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri?

Mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?

Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan.

kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..

Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap

*******

Artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami oleh Twinkle Bluestarz. Semoga memberi manfaat kepada semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

50 thoughts on “Hikmah Mengapa Kita Diuji Sebegitu..”

  1. Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan blog ini. Terima kasih kerana blog ini banyak membuka hati dan minda saya, mendekatkan lagi saya dengan Allah. Semoga hidup admin dicucuri rahmat Allah. Syukran.

    Reply
  2. 1st artikel yg bt hti sy berubah….time hati tgh down dgn dugaan ….lose hope…kdg2 sampai terfkir knp aku diduga mcm nie….berat sgt2…rupa2nya allah swt nk suruh refleks diri,kenang balik ape yg terjadi sblm nie,byknye dosa..lalainye dgn dunia sampai kdg2 lp allah swt .pasrah dgn apa yg terjadi….akan ade yg lebih baik..Alhamdulillah,thank you for this…..jpe artikel ni dlm link kat fb…trus search and sume artikel lam blog nie ade smthing untuk kita bermuhasah diri…

    Reply
  3. alhamdulillah.. mlalui pmbacaan ilmiah ini sy mndpat sdikit kekuatan ntok mnmpuh dugaan yg sdg diuji… :) trima kasih admin diatas pngkosian artikel ini… yaa stiap ujian pasti ada hikmah yg bakal trsingkap… in sha Allah..

    Reply
    • Alhamdulillah.. semoga artikel yang dikongsi ini mampu memberi manfaat. Terima kasih dan kredit kepada penulis artikel ini =)

      Reply
  4. Alhamdulillah..dua tiga hari ni..hati sy xsetenang hari lalu.insyallah dgn mbaca semua artikel akuislam ni, sy mdapat sedikit kekuatan tk sy hadapi hari2 mendatang..insyallah..
    Terima kasih..

    Reply
    • hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.. Insyaallah, semoga apa yang awk baca dapat mengingatkan awak kepada Allah =)

      Reply
  5. terima kasih :) yg mengilhamkan untuk menulis adalah DIA. mohon doa untuk istiqomah. terima kasih untuk admin akuislam atas kesudian publishkan artikel.moga Allah redha :)

    Reply

Leave a Comment