Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud:
Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia).”
Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud:
“Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?”
Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua..
… betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.