Kita kaya?
Kita kuat?
Kita bebas, lepas, merdeka?
Kita tidak PERLU ada orang?
Oke Sekarang, Bagaimana ketika kita MENINGGAL??
Panduan Solat, Ibadat Dan Motivasi Kehidupan
Kita kaya?
Kita kuat?
Kita bebas, lepas, merdeka?
Kita tidak PERLU ada orang?
Oke Sekarang, Bagaimana ketika kita MENINGGAL??
“Dik, kamu harus pakai tudung. Wajah kamu cantik, boleh mengundang lelaki untuk memandang..“
MUNGKIN ungkapan itu pernah anda terima daripada seorang teman. Sebuah nasihat yang bersulam rasa keikhlasan daripada seorang teman, bukan perintah ataupun cemuhan.
Memang, menjadi wanita yang cantik bukan perkara yang mudah.
Mereka sering dipersalahkan menjadi punca apabila ada lelaki yang gagal menundukkan pandangan lantaran terpasung oleh kecantikan muslimah itu.
Muslimah pada zaman moden ini rata-ratanya memang mempunyai rupa fizikal yang cantik.
Kulit putih, gigi yang rapi, mata yang berkaca, senyuman yang manis dan ditambah pula dengan kehadiran pelbagai jenis fesyen muslimah sekarang ini menjadi bukti kecantikan seseorang.
Kecantikan seorang muslimah boleh menangkap dan menyita pandangan setiap lelaki, lantas hati terpikat dan terpanggil untuk memiliki pemilik seraut wajah yang indah bak purnama itu.
Maka tidak hairanlah apabila kaum muslimah sering mendapat godaaan, sama ada berupa ucapan bernada perhatian, ungkapan luahan cinta berupa SMS dan miscall.
Tapi apakah itu semua adalah salah mereka?
Apakah ini semua berlaku lantaran kesilapan mereka kerana mempunyai wajah yang memikat?
Sedangkan semua kecantikan itu adalah anugerah daripada Allah SWT, dan mereka hanya memelihara amanah kecantikan itu dengan sebaik mungkin.
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
Patah hati atau orang muda-muda sekarang sebut, broken heart, itu biasanya kerana dua perkara, putus cinta atau ditolak pinangan / lamarannya.
Tapi kalau dilihat pergaulan zaman sekarang, sebab patah hati kebanyakan adalah kerana cinta.
Dan hubungan cinta couple ini sememangnya satu hubungan yang salah.
Kalau dilihat dari segi apa-apa pun, couple lebih banyak membuat patah hati daripada suka hati.
Status hubungan pasangan atau couple ini tidak jelas, tidak sah dan yang pasti tidak serius.
Malah banyak anak muda waktu ini terlanjur sehingga melakukan perkara yang melampau seperti zina.
Paling kurang pun berpegang-pegangan tangan.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Alhamdulillah, dewasa kini ramai yang tahu dan mampu melaksanakan solat dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah juga, kini ramai yang mulai sedar bahawa pentingnya solat dalam kehidupan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang cuba dan usaha menjaga solat. Sesiapa yang ingin perbaiki diri juga mendekatkan diri kepada Ilahi, maka langkah bijak yang perlu diambil …