Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud:
Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia).”
Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud:
“Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?”
Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua..
… betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.
Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan.”
Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.
Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing.
Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.
Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi …
Adab tidur seterusnya ialah bersederhana dalam menyediakan tempat tidur, selagi tidak terlalu bermewah dengan tilam berharga ribuan ringgit dan katil terukir mewah, hingga membazir dengan rezeki Tuhan.
Apatah lagi untuk mempamerkan kemewahan dan kemampuan dalam berbelanja. Rezeki kurnia Allah SWT sepatutnya digunakan untuk mencari keredaannya
Antara perkara yang dibenci oleh Allah adalah perbuatan membazir, Allah SWT berfirman kepada para pembazir melalui firman-Nya yang bermaksud :
“Dan hari (ketika) orang – orang yang engkar dihadapkan ke neraka (mereka menempelak): ‘kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu dan kamu telah bersenang – lenang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang telah menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu telah fasiq” (surah Al-Ahqah ayat 20)
Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s, ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): “Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang telah aku bertaubat, tetapi setelah itu aku melakukannya kembali. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan”. “Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi …