
Apakah kelebihan Malam Nisfu Syaaban?
Apakah hukum, doa dan amalan-amalan yang digalakkan pada malam tersebut?
Artikel ini akan menjelaskan beberapa kelebihan, doa dan amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada malam tersebut.
Semoga bermanfaat..

Artikel ini telah dikemas kini dengan panduan yang lebih lengkap dan terperinci mengenai Malam Nisfu Syaaban.
Klik di sini sekarang untuk membaca versi terbaru: PANDUAN LENGKAP AMALAN DAN DOA NISFU SYAABAN
Maksud Nisfu Syaaban
Nisfu adalah bermaksud separuh (Nisf). Oleh itu Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaaban, iaitu pada malam ke-15 (iaitu pada siangnya 14 Syaaban).
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Mengapakah malam Nisfu Syaaban begitu istimewa?
Banyak kelebihan malam nisfu syaaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
- Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
- Lailatul Baraah (malam pelepasan),
- Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
- Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
- Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
- Lailatul Syafaah (malam syafaat)
- Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
- Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.
Hadis Sahih Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Berikut adalah beberapa hadis yang menceritakan kelebihan malam Nisfu Syaaban yang dipetik dari laman Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel ini telah dikemas kini dengan panduan yang lebih lengkap dan terperinci mengenai Malam Nisfu Syaaban.
Klik di sini sekarang untuk membaca versi terbaru: PANDUAN LENGKAP AMALAN DAN DOA NISFU SYAABAN
1. Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
[Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]
2. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal”.
[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]
3. Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”.
[Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]
4. Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
[Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]
5. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
[Majma’ al-Zawaid, 8:68] Imam al-Sakhawi menyatakan bahawa perawi-perawinya tidak ada dipertikaikan. [Lihat: al-Ajwibah al-Mardhiyyah, 1:325]
Setelah melihat hadith-hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban telah berlaku perselisihan antara para ulama’ dalam menyatakan hukum berkenaan hadith ini
Sebahagian mereka mengsahihkan hadith ini dan sebahagian lagi sebaliknya.
Berdasarkan hadith-hadith yang kami nyatakan, ia menunjukkan akan sabitnya hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban sehinggakan Ibn Hibban mengsahihkan satu riwayat daripada Mu’az bin Jabal tanpa memerlukan sokongan daripada jalur yang lain.
Untuk itu, kami cenderung untuk mengatakan bahawa hukum hadith ini sahih dengan kesemua jalur-jalurnya yang lain dan ini menunjukkan bahawa hadith ini mempunyai asal.
Walaubagaimanapun, kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit namun amalan tertentu pada malam tersebut adalah tidak ada sama sekali melainkan amalan yang bersifat umum seperti memperbanyakkan zikir, istighfar kepada Allah SWT, solat-solat sunat, berdoa, bersedekah dan lain-lain lagi.
— Mufti Wilayah Persekutuan
Amalan Pada Malam Nisfu Syaaban

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada Malam Nisfu Syaaban.

Artikel ini telah dikemas kini dengan panduan yang lebih lengkap dan terperinci mengenai Malam Nisfu Syaaban.
Klik di sini sekarang untuk membaca versi terbaru: PANDUAN LENGKAP AMALAN DAN DOA NISFU SYAABAN
Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.
Berikut adalah amalan-amalan yang boleh dikerjakan:
Solat Sunat Mutlak
Solat ini tergolong dalam kategori solat Sunat Mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban.
Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat semasa qiamullail.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban:
1. Lafaz niat:
Usolli Sunnata Lailati Nisfi Sya’bana Rak’ataini Lillahi Taala
Niat dalam Melayu:
2. Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan Surah al-Kafirun. 3. Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca Surah al-Ikhlas. 4. Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 kali.Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Taala
Nota
Para ulama’ khilaf tentang solat ini. Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazzali (505H) adalah antara ulama’ yang membolehkannya, dalam kitab Ihya’ Ulumid Din, 1/209-210
Haruslah difahami bahawa mengerjakan solat sunat Mutlak atau solat Sunat Awwabin, boleh dilakukan pada mana-mana malam sekalipun, termasuklah malam Nisfu Sya’ban.
Membaca Surah Yasin Sebanyak 3 Kali
Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali.
Disebutkan oleh Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nablusi dalam kitabnya
Fadha’il al-Ayyam wa asy-Syuhur, ms. 38, antara amalan para solehin pada malam ini, selepas solat fardhu Maghrib dan Sunat Ba’diahnya, dibaca Surah Yaasin 3 kali.
Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas Solat Isyak.
Bacalah Yasin dengan niat supaya:
- Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat
- Menambah rezeki
- Ditetapkan dan meningkatkan iman dan mati dalam husnul khatimah
Rujukan Bacaan Yasin Rumi

Ini adalah panduan ringkas Surah Yasin & Doa yang dipermudahkan dengan transliterasi rumi serta audio.
Anda akan dibimbing secara lengkap dengan bacaan-bacaan sebelum membaca Surah Yasin dan juga doa selepas yasin.
Doa Nisfu Syaaban
Selepas selesai membaca Yasin, bacalah Doa Nisfu Syaaban.
Antara doa malam Nisfu Syaaban yang ma’thur boleh dibaca adalah seperti berikut:






Audio bacaan doa
Bacaan Doa Dalam Rumi:
Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Alhamdulillahi Rabbi ‘Alamin Wassolatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrofil Mursalin Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Wasohbihi Ajmain.
Allahumma Ya Dzalmanni Walaa Yamunnu ‘Alaika Ya DzaljalaaLi Wal Ikraam Ya Dzat-Thauli Wal In’Aami Laa Ilaha illa Anta Zahral-lajin WajaaRal Mustajiirina Wa AmaaNal Kho’iifinn.
Allahumma In Kunta Katabtani Indaka Fii Ummil-Kitaabi Syaqiyyan Au MahruuMan Au Mathrudan Au Muqtaran Alayya FirRizqi FamHu Allahumma BiFadlika Fii Ummil-Kitaab SyaQooWatii WaHirMaaNi Wa ThorDhii RizQii Wa AsBitNi InDaka Fii Ummil-Kitaabi Sa’iidan MarZuQon MuwafFaqon LilKhaiRoti FainNaKa Qulta WaQauLukal-Haqqu Fii KiTaaBikal Mursali YamHullahHu Ma YaSyaa’ Wa YusBiThu Wa’InDaHu Ummul-Kitaab.
iLaaHi BitTaJallil A’Zomi Fii Lailatil Nifsi Min Syahri Sya’Banal MukarRamil-Lati YufRoQu FiiHaa Kullu AmRinn HakiiMin WaYubRomu An TakSyiFa ‘AnNaa Minal BaLaa’i Maa Na’Lam WaMaa Laa Na’lam WaMaa Anta Bihi ‘Alamu InnaKa Antal A’azDzulKariim.
Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi WaSohbihi WaSallam Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan sekalian keluarganya serta sahabat baginda.
Ya Allah pemilik (semuanya) baik anugerah dan yang tidak dianugerahi, wahai yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai yang memiliki kurnia dan kenikmatan, tiada Tuhan kecuali Engkau.
Engkaulah tempat berlindung,tempat memohon pertolongan dan pengaman bagi orang yang ketakutan.
Ya Allah, jika Engkau telah menulis di dalam Ummul Kitab nasib kami sebagai orang yang sengsara, atau yang diharamkan mendapatkan kenikmatan, atau yang ditolak, atau yang disempitkan rezekinya, maka demi kemuliaan-Mu ya Allah, hapuskanlah kesengsaraan kami, keterhalangan kami dari nikmat, ketertolakan dan kesempitan rezeki kami.
Dan tetapkanlah di dalam Ummul Kitab yang ada di sisi-Mu, kami sebagai orang yang bahagia, mendapat rezeki, mendapat taufik untuk melakukan kebaikan.
Sesungguhnya Engkau telah berfirman dengan firmanMu yang hak di dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Nabi utusanMu, “Allah (berkuasa untuk) menghapus dan menetap yang dikehendakiNya dan di sisiNya Ummul Kitab.”
Ya Allah, dengan tajalli-Mu yang Maha Agung pada Malam Nisfu Syaaban yang mulia ini, yang di dalamnya dipisahkan dan dikukuhkan seluruh persoalan penting, kami mohon agar dihindarkan dari malapetaka yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui dan Engkau Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mulia.
Semoga salam dan sejahtera dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan pemelihara Alam.
Nota
Doa ini ma’thur dan masyhur. Daripada Ibn Mas’ud berkata:
Tidaklah seseorang hamba yang berdoa dengan doa ini, melainkan akan diluaskan kehidupannya.”
Pada malam ini juga, sangat baik untuk memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta keampunan Allah untuk ibu bapa dan keluarga kita.
Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan kelebihan malam Nisfu Sya’ban:

Artikel ini telah dikemas kini dengan panduan yang lebih lengkap dan terperinci mengenai Malam Nisfu Syaaban.
Klik di sini sekarang untuk membaca versi terbaru: PANDUAN LENGKAP AMALAN DAN DOA NISFU SYAABAN
1. Telah berkata Imam al-Syafie RA:
Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”.
— Lihat: al-Um, 1:264
2. Ibnu Rajab RA mengatakan:
Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”.
— Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247
Oleh itu, hidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, baca al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa dengan niat:
- Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
- Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
- Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
- Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
Soal Jawab Lazim Berkaitan Malam Nisfu Syaaban
Berikut disenaraikan beberapa soal jawab lazim berkaitan Malam Nisfu Syaaban:
Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Semestinya pengampunan Allah s.w.t tersebut berasaskan amalan-amalan soleh yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Galakan serta amalan-amalan tersebut seperti yang dinyatakan dalam hadis berikut: “Apabila datang malam Nisfu Syaaban maka hendaklah kamu bangun mendirikan solat-solat sunat pada malamnya dan melaksanakan puasa sunat pada siang harinya. Kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut bermula dari terbenam matahari”. (H.R Ibnu Majah)
(Kanzul Ulum al-Jami’ lilahkami al-Syari’yyah fi al-Fiqhi al-Syafie: ms 215).
Kesemua amalan pada Malam Nisfu Syaaban tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum.
Tidak wajib. Tiada Nas yang mewajibkan bacaan Yasin sebanyak 3 kali pada Malam Nisfu Syaaban. Amalan membaca Yasin 3 kali adalah amalan para solehin seperti yang disebutkan oleh Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nablusi dalam kitabnya Fadha’il al-Ayyam wa asy-Syuhur
Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada Malam Nisfu Syaaban. Semua amalan-amalan pada malam ini adalah bersifat umum.
Terdapat hadis yang sahih jelas menunjukkan kelebihan malam Nisfu Syaaban ini iaitu: Daripada Abu Musa al-Asya’ri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t menilik (hamba-hambaNya) pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampunkan seluruh hamba-hambaNya melainkan orang melakukan syirik dan orang munafik.” (H.R Ibnu Majah).
Khilafiah Pendapat Ulama Mengenai Malam Nisfu Syaaban
Terdapat khilafiah pendapat ulama terhadap malam Nisfu Syaaban.
Kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum.
Terpulanglah kepada kita yang mana dirasakan lebih baik. Memetik kata-kata Ustaz Muhadir bin Haji Jol:
Nilailah sesuatu qadhiah (isu) dengan neraca ilmu yang tahqiq (benar), melalui irsyadat (panduan) daripada para masyaikh yang bersanad. Luaskanlah iththila’ (pembacaan) agar bertemu kebenaran.“
Disebutkan:

“Sesiapa yang banyak membaca, maka sedikitlah bangkangannya.”
Walau bagaimana pun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Amin
Tahniah atas perkongsian ilmu yg hebat. abaikan kata2 golongan dengki dgn kebaikan umat islam. mereka tak suka melihat umat islam beramal soleh dekat dgn Allah tp suka ummah hancur bersama kebobrokan dunia. teruskan tugas dakwah mulia ini….
InsyaaAllah tuan
Alhamdulillah, perkongsian yang sgt baik. jazakallahukhairan. Abaikan golongan pendengki , tak suka bila umat Islam beramal melakukan kebaikan, lbh suka melihat kehancuran ummah yg hanyut dgn kebobrokan dunia. Teruskan tugas dakwah yg mulia ini… sampaikan…
Assalamu’alaikum. Sebagai muslim saya perlu menyampaikan komentar. Beragama itu harus dengan dalil yang jelas, karena agama bukan buatan manusia. Harusnya Admin jelaskan status hadist yang disampaikan (shahih, hasan, dhaif, …) karena tidak semua hadist itu bisa dipakai dasar. Penelusuran di koleksi hadist 9 imam (LIDWA) ada beberapa hadist shahih yang menjelaskan Nabi banyak berpuasa pada bulan sya’ban (Tirmidzi 1378, Nasa’i 2146, 2152,2312), adapun keutamaan beramal pada malam nisfu sya’ban hadistnya dha’if/lemah (Ibnu Majah 1378). Wassalam.
Mohon share yer ☺…
Salam. Lemah menurut siapa? menurut penafsiran kelompok tertentu, hadits keutamaan nisfu syaban…banyak sekali..
ini hadits yang bagus, langsung diriwayatkan oleh mantu, cucu dan cicit Nabi Muhammmad, (biasanya para pembenci ahlul bait nabi langsung mendhaifkan); It has been reported from Imam Ja’far Sadiq (as) that on the commencement of this month, Imam Zainul Abideen (as) would gather his companions and address them, “O my companions, do you know which month this is? It is the month of Shabaan about which the Holy Messenger (saaw) used to say that it is dedicated to him. So keep fasts during this month in the love of your Holy Prophet (saaw) and to attain closeness to your Creator. By Allah in whose hands is my soul, I have heard from my father, Hussein ibn Ali (as), that he had heard from Commander of Faithful (as), that whoever keeps fast during Sha’baan in the love of the Holy Prophet (saw) and to attain closeness to Allah will become a friend to Allah and on the Day of Judgment will be close to Allah by His grace and Paradise will be assured to him.”
izn copas ya
Islam itu Indah, manusia itu berpandukan pada 2 perkara iaitu akal dan nafsu.
Bagi mereka yg mengunakan akal nya, maka Islam itu jadi Indah disaat menyampaikan atau pun membuat teguran.
Bagi mereka yg mengunakan nafsu nya,
maka Islam itu jadi buruk di saat menyampaikan atau pun membuat teguran.
Masukkan jari mu ke dalam laut dan angkat,yg jatuh setitik itu adalah Ilmu yg engkau miliki dan yg selautan lg itu adalah Ilmu Allah yg tidak engkau ketahui dan tuntutlah Ilmu itu hingga ke luang lahat dan hakikatnya, air yg jatuh setitk itulah Ilmu yg engkau miliki.. Wallahu a’lam.
Assalam….
Klo sekiranya itu baik buatmu maka lakukanlah n klo sekiranya itu buruk buatmu maka tinggalkanlah.
To admin thx utk artikelnya
LOVE THIS FACT. Thank you!
Yg Baik n elok semua dr Allah swt..yg Baik xsalah kita ikuti..rujuklah pada yg arif..xperlu tunjuk alim dalam blog Ni dengan burukkn orang lain..bertaubatlah wahai bangsa pendengki Dan HATI BUSUK!!!
Cara kau ni mcm puak Syiah. Bila nak marah, melenting2
Apabila seseorang mengatakan sesorang busuk hatinya.. Pandanglah semula ke dalam hati kita.. Siapakah kita untuk menilai org lain.. Bersangka baik lah.. Tegurlah dengan hikmah..
Kalo ceramah pake leptop ada hadisnya nggak ? Kalo da’wah lewat internet dengan cara coment bid’ah, sesat, kafir artikel orang ada hadisnya nggak?
Maaflah..semua nya duk bercakap mcm hebat sgt ada belaja hadith ke? Kalau rasa apa yang disampaikan tu belum cukup kuat atau sempurna..apa kata korang semua pergi cari buku hadith dan berbuat amal Ibadah dari mengutuk dan bercakap2..kita ni sesame Islam..memang kena tegur menegur..tapi dengan cara berhemah..kalau semua pun duk kutuk je,siapa yang nak pertahankan orang Islam sendiri? Bercakap ada batasnya..jangan main serkap jarang je..kita duk kutuk pun dah tambahkan dosa..kalau rasa nak buat dan tambah amal Ibadah,tak ada masalah..Islam itu indah dan tak ada paksaan..kalau duk tahu cakap je,tapi diri sendiri pun sama lebih baik diam je..jangan cepat perkecilkan orang dan cakap buruk..
Yang blm tau perawinya coba cari sendiri jangan sellu disuapin saya cari sendiri ada
Alhamdulillah… Saya jadi tau tentang malam nifsu syaban,….
Trimakasih
Baik-baiklah dalam berbicara wahai saudara-saudaraku.
Artikel ini sangat bermanfaat bagi sya terimakasih ya
Saya minta tolong jangan sembarangan ngemong agama, karena kalo hanya pakai akal ga bakalan nyampe untuk menafsirkan yang berkenaan dengan agama, karena ada hal yang panca indra kita tidak mampu, bicaralah apa yang pernah kalian alami seperti ceritakan anda dapat hidayah, cerita ini adalah fakta dan tak akan pernah hilang dari ingatan
salam http://www.sugiatno.com
Ni kok ga ada periwayat hadisya siapa, status hadisya sahih / hasan / daif -_- ni mah bisa jadi fitnah ama pembodohan agama kalau tidak ada dasar pastinya (Al-quran dan sunnah) -_- bisa jadi karangan ini
Akan jauh lebih bagus bila hadis hadis tersebut disebutkan perawinya,
Hadis Hadis yang tidak ada perawinya seperti disebutkan di atas seakan – akan hadis karangan,
ad amalan pd bulan sya’ban yaitu puasa 7 atau 9hari di bulan sya’ban sma dengan puasanya para nabi 70.000 insya allah krena sya prnah mndengarnya
assalamu’alikum wr.wb
Alhamdulillah,, mdh2n amalan kita semua direrima oleh Allah.. Mari berlomba2 dlm kebaikan.. Yg menghujat, saling menjatuhkan, maaf itu nmanya OON SUROON
Alhamdulilah saya jadi tau betapa istimewa nya mlm nisfusaban.