Bertaubat, Walaupun Selalu Terjebak Didalam Dosa Yang Sama

Bertaubat
Bertaubat

Sangatlah besar dosa orang yang menunda-nunda taubat.

Atau yang sengaja berniat melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudian  diatas dosanya itu.

Kita memang tidak digalakkan melakukan perkara ini.

Namun, kelemahan jiwa kita sebagai manusia, kadangkala menjebak kita dalam perbuatan dosa yang sama hingga berkali-kali, walaupun sudah bertaubat pada mulanya..

Apakah dalam keadaan sedemikian kita layak untuk bertaubat?

Bertaubat Sebelum Terlambat

Sebenarnya, Bertaubat HARUS DILAKUKAN.

Meskipun terjadi berkali-kali, seperti disebutkan dalam sebuah hadis qudsi, di mana Allah berfirman, “Seorang hamba melakukan dosa dan berdoa,

Ya Rabbi, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku.’

Rabbnya berfirman, Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu”

Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang telah ditentukan Allah, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain.

Orang itupun kembali berdoa, Ya Rabbi, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku.’

Allah berfirman, ‘Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu

Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang telah ditentukan Allah, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain.

Orang itupun kembali berdoa, Ya Rabbi, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku.’

Allah berfirman, Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu’…

[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim lihat: al-Lu’lu’ wa al-Marjan (1754) dan lihatlah: Fathul Baari juz 13 hal. 46 dan setelahnya]

Ini fenomena biasa yang terjadi dimasa ini, dimana sentiasa berlaku tarik-menarik antara para pelaku dosa dan  orang-orang yang bertaubat.

Masing-masing bersenang hati menerima kehadiran kembali seseorang yang selama ini berpisah dari mereka.

Orang-orang yang bertaubat senang menerima hadirnya pelaku dosa yang kembali bertaubat atas dosa-dosanya.

Begitu juga para pelaku dosa akan riang gembira menyambut orang soleh yang kembali menggeluti dosa-dosa.

Oleh itu, banyak orang yang menjadi korban tarik- menarik itu.

Banyak orang soleh yang akhirnya terjebak dalam dosa, yang dari dosa itu dahulu dia pernah bertaubat.

Dan sayangnya, itu terjadi berkali-kali sepanjang hidupnya.

Namun, selama dia ikhlas bertaubat dan ingin memperbaiki diri, tak ada istilah pintu taubat tertutup baginya, selama nyawa belum sampai di kerongkongan, atau matahari belum terbit dari arah barat.

Kita tidak berhak menunda-nunda taubat, dengan berpegang pada kemurahan Allah, rahmat dan ampunan Allah.

Allah memang Maha Pemurah, tetapi Allah juga Maha Perkasa, Maha Hebat siksa-Nya.

Kita harus sedar, bahawa maut boleh  menjemput kita bila-bila masa sahaja.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

31 thoughts on “Bertaubat, Walaupun Selalu Terjebak Didalam Dosa Yang Sama”

  1. Ya Allah aku pengen terlepas dari masalah hutang piutangku…,kasihan anak istriku Ya Allah…,aku pengen hidup apa adanya Ya Allah…,aku pengen bertaubat Ya Allah…,sampai terkadang aku melupakan anak istriku gara” aku mikir cara menyelesaikan hutang”ku…,ampuni aku Ya Allah…

    Reply
  2. Ya Allah aq ga mau berjudi lagi aq tobat ya Allah apa yang aq perbuat telah menghabiskan banyak sekali uang ku dan menghancurkan hidup ku ya Allah jauh kan lah aq dari iblis yang selalu berbuat hal yang sama…Ku tau allah melihat apa yang telah terjadi dalam hidup ku…maafkan aq ya Alloh..aq tidak tau apa yang harus aq lakukan…

    Reply
  3. “hamba pingin bertaubat ya Alloh, tp jgn Engkau pisahkan hamba dari istriku, hamba menyayanginya”

    sebelum datang musibah ini (istri sakit) saya adalah pelaku maksiat kelas kakap,
    meskipun tdk merugikan org tapi saya sadar betul itu dosa besar.
    pernah saya 1 kali bertaubat, jalan 6 bulan (termasuk bln ramadhan) saya tetap istiqomah dalam taubat & kesolehan saya,
    sampai akhirnya bisikan & dorongan utk kembali melakukan maksiat itu kuat sekali, saya takluk, dan saya sangat ketergantungan dengan dosa maksiat itu, hingga akhirnya musibah datang.

    berandai-andai utk memutar kembali waktu itu adalah perbuatan sia-sia
    menyesali nya pun sia-sia
    saya bertekad utk bertaubat, mulai saat ini (17-oktober-2017)

    utk semua pembaca, saya minta doa para pembaca utk mendoakan saya supaya saya istiqamah dalam bertaubat yg istiqomah sampai ajal menjemput saya, dan saya minta doanya di persatukan kembali dgn istri saya mnjd keluarga yg pandai bersyukur, thanks for all ikhwan

    Reply
  4. ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH.MOGA DIPERMUDAHKAN URUSANNYA DAN DAPAT BERKONGSI ILMU LEBIH BANYAK LAGI

    SYUKRAN♥♥♥

    Reply
  5. Coli membuat ku terjebak udah tobat 2 hari kemudian atau baru bangun tidur pasti gitu lagi tapi malamnya toba tersus dah berusaha lagi lagi dan lagi biar berhenti

    Reply
  6. Terkadang saya heran membaca sekumpulan komentar do’a pada suatu artikel. Kenapa harus ditulis pada kolom komentar do’anya? Kenapa tidak diucapkan dalam hati saja? Begitulah.

    Reply
    • Diungkapkan ke dua²nya gpp, ditulis dan di ucapkan atau didoakan dlm hati. Allah maha tahu maksud hati dan isi pikiran hambaNya yg berbuat kebaikan dan keikhlasan. Diterima atau tdk diterima doa kita, itu wilayah wewenang Allah SWA. Semoga kita termasuk hamba Allah yg sllu beramal baik dan ikhlas, aamiin yR’a

      Reply
  7. ya Allah, bantulah aq ya Allah dlm menghentikan satu dosa yang kerap aku bwat ya Allah. Sudah berkali2 aq bertaubat tapi masih lagi ulang balek. bantulah aku ya Allah. arghhhh tidakkkkk sesungguhnye aku berase sgt mnyesal sbb bwat perbuatan terkutuk tu. menyesal sngguh. tapi aq takkan putus asa untuk bertaubat dan kembali kepada Allah. setiap penyakit pasti ade penawar dye. yang penting ke BERUSAHA!!!! cuba sebaek mngkin. aku takkan berputus asa dkt sini. aq masih hidup dan pintu taubat masih terbuka. aq akn cube sebaek mngkin untuk hentikan perbuatan terkutuk tuh!!! yezzzzz JANGAN PUTUS ASA!!!! ya Allah berkatilah usahe aq ya Alla. semoga sesape yg bace comment nih tlg doakan saye agar saye dpt berhenti dri perbuatan onani. perbuatan tuh harus dihentikan dan sape ckp x bole mmg lemahhh. Insha Allah aq akan berhenti!!!!

    Reply
  8. tlg doakan aku brhnti melakukan bnde melancap nie dan aku x malu mnerima teguran korang aku nk berhenti!!!!tlg doakan ye..

    sapa2 yg blum jth ke lembah maksiat nie tlg jgn lakukan k..susah nk brhnti nnti…argh rasa marah kt diri sndiri sbab mulakan dn kmbali mlakukan bnde nie wlaupun nk brhenti masa nk time solat pasti x kn kusyuk asyik fikirkn prkara laen tgk org sexy sikit lalu dh laen fikiran…lupa x hbis2 mcm org tua yg dh nyanyuk..dn mlncap nie diibaratkn dadah kalo dh skali buat susah nk brhnti..prestasi korang mkin merosot yg paling teruk mati pucuk tau…. umur msih muda tp tmpoh hayat korang mkin skit tau..aq budak yg nk duduk spm tahun dpn aq x nyesal x sudah2 sbab x dpt buat yg trbaek nnti result teruk susah nk dpt krja paling pnting susah nk bhgiakn ibu dan bapa korang pun susah nnti abab x dpt krja…
    so sapa2 yg baca blog nie dan pemilik blog nie tlg doakan aku dpt brhenti dan kmbali ke pangkal jalan..tahun depan nk spm tlg yer..kot2 doa korang diredhai dan dimakbulkan korang.. huhuu..

    Reply
  9. AssalamUalaikum..

    Ya allah, SunGguh Pemurah Dan LGi Maha Penyayang EnGkau…:)

    [OFficial Twitter@Rahmad_saiful99]

    Reply
  10. YA ALLAH YA TUHANKU….
    KAU MAHA PENGAMPUN WALAUPUN DOSA DEMI DOSA YANG DILAKUKAN OLEH HAMBAMU NI….SUBHANALLAH…

    Reply

Leave a Comment