
Bagaimana menghilangkan was-was dalam solat?
Artikel ini akan berkongsi tips menghilangkan was-was seperti yang diajarkan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll dalam bukunya yang berjudul Praktikal Solat Sempurna.
Mari kita mulakan..
Menghindari Was-Was Dalam Solat
Was-was ketika hendak bertakbiratul ihram adalah mainan syaitan.
Ia menunjukkan kurangnya kecerdasan akal dan pemahaman agama seseorang itu.
Sunat bagi orang yang terkena was-was itu mengucapkan:
لَا إلَهَ إِلَّا اللَّه
Tiada Tuhan melainkan Allah”
Boleh juga dia membaca:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن شَيْطَانِ الْوَسْوَسَةِ خَنزَبْ
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan yang mewas-was bernama Khanzab.
Sayyidi al-Imam Abu al-Hasan asy-Syazili mengajarkan sahabat-sahabatnya agar terhindar daripada was-was syaitan dengan katanya:
Sesiapa yang merasai perkara itu (was-was syaitan), maka letaklah tangannya yang kanan ke atas dadanya dan membaca:
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْخَلاَّقِ الفَعَّالِ
Maha Suci Allah, Raja yang Menguasai, Yang Suci, Yang Menjadikan, Yang Membuat
(Sebanyak 7 kali)
Kemudian membaca:
أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّۚ إِن يَشَأۡ يُذۡهِبۡكُمۡ وَيَأۡتِ بِخَلۡقٖ جَدِيدٖ ١٩ وَمَا ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ بِعَزِيزٖ ٢٠
Jika Dia mengkehendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan menggantikan kamu dengan makhluk yang baru. Dan yang demikian itu sekali-kali tidak susah bagi Allah.
— Surah Ibrahim 14: 19-20
Sebahagian ulama menyarankan agar membaca surah An-Nas ketika ingin memulakan solat
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum saya ada masalah setiap kali solat mengalami was was sebelum was wasa rakaat kemudian saya baiki solat dengan fokus dan baca surah lazim selepas al fatihan dah hilang was was rakaat tapi mari pulak was was sujud 1 atau 2 kali saya tanya chat gpt jawapan dibawah cuma saya dapat kepastian adakah jawap ni betul atau tak mohon pencerahan TQ
Saya sangat faham perasaan itu. Ia memang meletihkan mental bila kita dah berjaya baiki satu bahagian (rakaat), tiba-tiba “gangguan” itu berpindah ke bahagian lain pula (sujud).
Dalam istilah agama, ini dinamakan Was-was. Ia bukan sekadar lupa biasa, tapi gangguan fikiran yang membuatkan seseorang sentiasa rasa tidak sempurna dalam ibadah.
Berikut adalah beberapa “ubat” dan cara pandang yang disarankan oleh para ulama untuk mengatasi masalah ini:
1. Kaedah “Lawan & Abaikan”
Bagi orang yang selalu (kerap sangat) kena was-was, kaedah fekah ada sedikit kelonggaran. Ulama menyebut bahawa jika ragu-ragu itu sudah sampai tahap penyakit (setiap kali solat mesti ragu), maka anda boleh abaikan ragu-ragu itu.
* Logiknya: Jika anda layan, syaitan akan terus kacau rakaat, kemudian sujud, kemudian niat, sampailah anda rasa benci/penat nak solat.
* Tindakan: Bila datang rasa “Eh dah sujud ke belum?”, teruskan saja solat seolah-olah anda sudah buat. Jangan patah balik.
2. Fokus pada “Kesan Sujud” (Tips Praktikal)
Untuk hilangkan ragu pada sujud, cuba gunakan teknik fizikal semasa solat:
* Tekan dahi sedikit: Bila sujud, tekan dahi supaya anda “rasa” tekanan itu. Memori fizikal lebih kuat daripada memori fikiran.
* Zikir dengan jelas: Pastikan dahi cecah lantai, baru baca Subhana Rabbiyal A’la. Jangan baca sambil tengah turun. Ini membantu otak merakam “Aku tengah sujud sekarang”.
3. Jangan “Re-do” (Ulang) Solat
Satu kesilapan besar orang yang was-was ialah mereka selalu berhenti solat dan angkat takbir baru. Jangan buat begini. * Syaitan paling suka bila anda putuskan solat.
* Teruskan saja sampai habis. Kalau betul-betul rasa tak sah, buat sujud sahwi. Sujud sahwi itu sebenarnya “penghinaan” kepada syaitan kerana kita tetap selesaikan solat walaupun diganggu.
4. Doa Pelindung
Sebelum solat, selain baca An-Nas, cuba baca doa ringkas ini:
> “A’uzubillahi minas syaitonir rajim, min hamazihi wa nafkhihi wa nafthih.”
> (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, daripada bisikannya, tiupannya dan ludahannya).
>
Kata Semangat untuk Anda
Fakta bahawa anda rasa “sakit” dan berusaha nak baiki solat adalah bukti iman anda kuat. Orang yang tak ada iman tidak akan kisah solat dia sah atau tidak.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan, jawapan yang tuan petik itu umumnya tepat dari sudut prinsip, cuma saya kemaskan begini:
Semoga Allah mudahkan dan kurniakan khusyuk.
Wallahu a‘lam.
Maksudnya, kita sebut je allahuakbar tu then biarkan je ek. Lps tu tawakal kpd Allah ya
Waalaikumussalam.
Ya, lebih kurang begitu maksudnya, tuan/puan.
Sebelum takbir, cukup “tetapkan” niat dalam hati (contoh: solat fardu Zohor kerana Allah). Lepas itu takbiratul ihram (“Allahu akbar”) dan teruskan solat seperti biasa.
Jika selepas takbir datang rasa ragu-ragu yang berulang, anggap itu was-was dan jangan dilayan (jangan ulang niat, jangan ulang takbir). Teruskan dengan tenang dan tuma’ninah, kemudian bertawakal kepada Allah.
Semoga Allah mudahkan dan kurniakan khusyuk.
Wallahu a‘lam.
Maksudnya, kita sebut je allahuakbar tu then biarkan je ek. Lps tu tawakal kpd Allah ya
Maksudnya, kita sebut je allahuakbar tu then biarkan je ek. Lps tu tawakal kpd Allah ya
Maksudnya, kita sebut je allahuakbar tu then biarkan je ek. Lps tu tawakal kpd Allah ya
Assalamualaikum ustaz.Saya mempunyai masalah was2 ketika hendak niat solat.Saya juga cuba untuk melawannya akan tetapi masalah ini semakin menjadi-jadi.Tolong saya ustaz.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Puan, keadaan ini memang biasa berlaku pada orang yang diuji dengan was-was. Yang penting, jangan ikut rentak was-was itu.
Jika tuan/puan rasa was-was ini sampai mengganggu hidup (jadi cemas, letih, elak solat), saya cadangkan juga berbincang dengan ustaz yang dipercayai atau kaunselor/doktor, kerana ada orang perlukan bimbingan berperingkat untuk hentikan kitaran was-was.
Semoga Allah mudahkan dan kurniakan khusyuk.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum,Bagaimana mahu melawan was-was ketika mengambil wuduk dan solat berasa keluar angin sampai kena ulang 4-5 kali tu pun masih was-was takut solat tak diterima ,apakah cara penyelesaian nya?.
sampai lepas habis solat pun was-was masih menghantui menyebabkan kehidupan seharian menjadi tak tenang
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan, dalam isu was-was “rasa macam keluar angin”, kaedahnya begini:
1/ Wuduk dan solat tidak batal hanya kerana rasa-rasa atau syak. Batal hanya bila tuan yakin benar ada hadas (contohnya jelas dengar bunyi atau ada bau). Jika sekadar “macam rasa”, itu was-was, abaikan dan teruskan solat.
2/ Pegang kaedah fiqh: keyakinan tidak hilang dengan syak. Tuan sudah berwuduk dengan yakin, maka kekal suci sampai ada bukti yang yakin membatalkannya.
3/ Hentikan tabiat ulang 4–5 kali. Tetapkan “peraturan” untuk diri:
4/ Amalkan sebelum solat: isti‘azah (a‘uzubillah) dan baca Surah an-Nas, minta Allah lindungi daripada bisikan.
Jika was-was ini sampai buat tuan sangat tertekan dan mengganggu hidup harian, saya sarankan tuan dapatkan bimbingan ustaz yang dipercayai (dan jika perlu kaunselor/doktor), supaya kitaran was-was ini dapat diputuskan dengan kaedah yang betul.
Semoga Allah mudahkan urusan tuan dan kurniakan ketenangan dalam ibadah.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum ustaz. Nak tanya, saya ni ada masalah sampai sekarang masih mengganggu saya. Ketika saya angkat takbir “Allahuakhbar” mesti was was kerap datang. Setiap rakaat. Sampai saya pikir betul ke ejaan saya ni sebut. Saya memang confirm 100% yang saya sebut betul. Kadang2 sampai buat saya sedih.
Persoalan, Adakah memang saya ada salah ataupun ianya was2 dari syaitan? Sebab saya ada baca ianya datang daripada makaikat jugak. Harap Ustaz boleh bantu menjawab nya. Terima kasih
Maaf ustaz salah eja. “Allahuakbar”
Wassalam,
Kalau dari syaitan kita panggil was-was, manakala kalau dapat dari malaikat kita panggil syak.
Ok, apa beza was-was dengan syak ini?
Was-was ini sentiasa datang walaupun kita yakin sudah betul.
Syak pula hanya berlaku jarang-jarang. Contoh tengah solat, tiba-tiba teringat kita belum wuduk.
Oleh itu, macam awak sentiasa dapat was-was tentang sebutan, maka itu adalah dari syaitan. Maka abaikan perasaan itu. Banyak istighfar sebelum mula angkat takbir.
Baik ustaz. Terima kasih ustaz. Lega hati saya ? Semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan ustaz amin.
Maksudnya, kita sebut je allahuakbar tu then biarkan je ek. Lps tu tawakal kpd Allah ya
Assalamualaikum ustaz,
1. adakah air paip yang kadang kala tidak jernih dan berbuih masih di kira air mutlak dan bolehkah air tersebut digunakan untuk berwudhu dan Junub.
2. Selepas imam selesai membaca Al fatihah adakah kita perlu mbaca surah lain selepas kita selesai membaca Al fatihah atau kita hanya membaca Al fatihah sahaja sepanjang rakaat.
3.ketika basuhan wudhu yg pertama muka saya masih berminyak dan tangan saya pun masih berminyak(minyak muka) adakah boleh saya meneruskan untuk basuhan yg kedua tanpa membasuh tangan terlebihan dahulu.
4. Adakah jika kita belum mencuci najis mughalazah dengan sempurna( hanya mencuci dengan air sahaja) kemudian kita mandi junub dan setelah junub baru menyucikan najis mughalazah tersebut adakah mandi Junub tersebut sah.
Sekian terima kasih.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, tuan.
1/ Air paip kadang tidak jernih & berbuih adakah masih air mutlak?
Ya, asalnya masih dikira air mutlak dan boleh digunakan untuk wuduk serta mandi wajib selagi perubahan itu berlaku kerana faktor seperti tanah/kelodak/tempat aliran/paip, dan air itu masih dipanggil “air” (bukan bercampur bahan lain sampai berubah jadi “air teh” dan seumpamanya).
Namun, jika tuan yakin air itu berubah kerana najis (bau/warna/rasa najis yang jelas), barulah tidak boleh.
2/ Lepas imam habis al-Fatihah, makmum perlu baca surah lain atau tidak?
Dalam mazhab Syafi‘e, membaca surah selepas al-Fatihah itu sunat pada dua rakaat awal. Tetapi bagi makmum:
3/ Basuhan wuduk pertama muka/tangan masih berminyak adakah boleh terus basuhan kedua?
Boleh jika air benar-benar sampai ke kulit. Minyak semula jadi pada kulit biasanya tidak menghalang. Yang perlu dititikberatkan: kalau minyak itu dari produk yang membentuk lapisan kalis air/tebal (contoh: make-up tertentu, “waterproof” sunscreen), maka wajib buang dahulu kerana ia menghalang air sampai ke kulit.
4/ Najis mughallazah belum disamak sempurna, kemudian mandi wajib dulu adakah sah?
Dalam mazhab Syafi‘e, antara rukun mandi wajib ialah menghilangkan najis pada badan jika ada dan memastikan air sampai rata.
Jadi kaedah selamat: samak dulu (cara mughallazah), kemudian mandi wajib. Jika tuan terlanjur mandi dulu, lalu baru samak selepas itu: untuk keluar daripada kekeliruan, ulang mandi wajib sekali lagi selepas samak (cukup niat dan ratakan air seluruh badan). Ini lebih berhati-hati.
Semoga Allah mudahkan urusan tuan dan jauhkan was-was dalam ibadah.
Wallahu a‘lam.
Assalamualikum Tuan. Link untuk doa selepas solat telah rosak. Mohon Tuan perbetulkan. Terima kasih.
Wassalam,
Saya mohon tuan cuba sekali lagi.
Segala kesulitan amat dikesali.