Hukum Tertinggal Rukun Dalam Solat Dan Sedar Lepas Salam

tertinggal rukun dalam solat

Bagaimana jika kita tertinggal rukun atau perbuatan dalam solat dan hanya tersedar selepas salam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Selepas memberi salam baru kita teringat telah tinggal satu rukun contohnya fatihah adakah boleh kita masuk semula atau kena qadha semua sekali dari awal solat?

JAWAPAN:

Seorang yang telah memberi salam dari solatnya kemudian baru teringat dia telah meninggalkan satu rukun maka hendaklah ia masuk semula di dalam solat dengan syarat belum lagi panjang jarak masa antara beri salam dan teringatnya itu atau belum lagi dia lakukan perkara yang membatalkan solat seperti makan dan minum atau memegang najis.

Berkata Imam Nawawi :

فلو تذكر بعده – أي السلام – أنه ترك ركنا بنى على ما فعله إن لم يطل الفصل ولم يطأ نجاسة

Maksudnya :

Maka jika teringat seorang itu selepas beri salam bahawa dia telah meninggalkan satu rukun maka sambunglah atas apa yang dia tinggal itu selama belum lagi lama perceraian dan tidak menyentuh ia akan najis.”

(Kitab Ar-Raudhah)

Dan tidak mengapa jika selepas dari salam itu telah berpusing dari kiblat atau berjalan sedikit atau berkata-kata sedikit.

Tersebut pada kitab I’anah At-Talibin :

وخرج بالشك ما لو تيقن ترك فرض بعد سلام فيجب البناء ما لم يطل الفصل، أو يطأ نجسا، وإن استدبر القبلة أو تكلم أو مشى قليلا.

Maksudnya :

Dan keluar dengan syak itu perkara yang diyakinkan tinggal satu rukun kemudian daripada beri salam maka hendaklah menyambung tempat tertinggal itu selama belum panjang perceraian atau belum terkena najis sekalipun telah berpaling dari kiblat atau berkata atau berjalan sedikit.”

Oleh itu jika sudah panjang masa perceraian antara beri salam dan teringat itu nescaya tidak boleh lagi ia menyambung sembahyangnya itu tetapi wajiblah dimulakan dari awal.

Kadar Masa Perceraian

Para fuqaha’ berselisih pada kadar lama manakah yang dikatakan panjang perceraian dari masa beri salam kepada masa teringat itu.

Menurut wajah yang paling kuat ialah jika jarak antara memberi salam dengan masa teringat itu sekurang-kurang sempat serakaat sembahyang yang ringkas maka itu sudah dikira panjang dan jika kurang dari itu dikira tidak panjang perceraian.

Tersebut pada kitab Hilyatul Ulamak Fi Ma’rifati Mazahibi Al-Fuqahak:

نسي ركعة من ركعات الصلاة وذكرها بعد السلام فإن لم يتطاول الفصل أتى بها وبنى على صلاته وإن تطاول الفصل استأنفهاوفي حد التطاول أوجه أحدها قال أبو إسحاق إن مضى قدر ركعة فهو تطاول وقد نص عليه الشافعي رحمه الله في البويطي

Maksudnya :

Seorang terlupa satu rakaat dari rakaat-rakaat solat dan hanya teringat selepas memberi salam maka jika belum panjang masa perceraian hendaklah dia menyambung semula akan rakaat tersebut dan masuk ke dalam sembahyang dan jika sudah panjang masa perceraian maka hendaklalah ia mulai dari awal.

Dan pada kadar panjang mana itu menurut wajah yang paling kuat salah satunya ialah yang berkata oleh Abu Ishaq jika telah berlalu kadar satu rakaat maka ia dikira panjang.

Telah menaskan atasnya oleh Imam Syafie di dalam kitab Mukhtasar Al-Buwaithi.”

Disini Saya Buat Contoh Cara Untuk Masuk Semula ke Dalam Solat

Contoh Pertama:

Katakan seorang telah meninggalkan baca fatihah pada rakaat terakhir dan dia teringat selepas memberi salam maka hendaklah dia berdiri kemudian membaca fatihah sebab tadi dia terlupa membaca kemudian rukuk semula dan lakukan semua rukun yang selepas rukuk hingga kepada memberi salam.

Dan sunat dia lakukan dua kali sujud sahwi sebelum memberi salam.


Contoh Kedua:

Selepas memberi salam maka seorang itu baru teringat bahawa dia hanya kerjakan tiga rakaat sembahyang zuhur maka hendaklah dia berdiri dan baca fatihah kemudian rukuk kemudian iktidal dan turun sujud dan baca tahyat akhir serta sujud sahwi sebelum memberi salam.

Maka jadilah rakaat yang baharu ditambah ini sebagai rakaat yang kurang dari sembahyang zuhur tersebut.


Contoh Ketiga:

Dan kalau terlupa sujud dua kali dan teringat selepas memberi salam bahawa tadi dia hanya sujud sekali sahaja pada rakaat terahir maka hendaklah dia masuk dengan cara duduk kemudian sujud sekali sahaja dan membaca semula tahyat akhir dan sujud sahwi kemudian memberi salam.

Dan perlu diingat jika sudah panjang masa perceraiaan antara memberi salam dan teringat itu atau sudah makan minum atau terkena najis nescaya tidak boleh lagi disambung bahkan wajib dimulakan dari awal sembahyang.


Semoga dengan keterangan yang ringkas ini memberi faham kepada pihak tuan.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

44 thoughts on “Hukum Tertinggal Rukun Dalam Solat Dan Sedar Lepas Salam”

  1. Assalamualaikum wbt, ustaz.
    Maaf bertanya. Bagi contoh-contoh cara untuk masuk semula ke dalam solat seperti yang sudah ustaz kemukakan, adakah kita perlu niat solat semula sebelum menyambung rukun yang tertinggal? Atau tidak perlu niat semula?

    Reply
  2. Assalamualaikum wbt, ustaz.
    Maaf bertanya. Bagi contoh-contoh cara untuk masuk semula ke dalam solat seperti yang sudah ustaz kemukakan, adakah kita perlu niat solat semula sebelum menyambung rukun yang tertinggal? Atau tidak perlu niat semula?

    Reply
    • Waalaikumussalam wbt.

      Dalam mazhab Syafi‘e, jika puan sedar tertinggal rukun selepas salam dan belum lama pemisah serta belum buat perkara yang membatalkan solat, maka puan hanya menyambung (bina atas) solat yang tadi, bukan memulakan solat baru.

      Jadi tidak perlu niat solat semula (dan tidak perlu takbiratul ihram baru). Cukup kembali ke tempat rukun yang tertinggal dan teruskan rukun-rukun selepasnya hingga selesai, kemudian salam. (Sujud sahwi juga disunatkan sebelum salam seperti dalam contoh.)

      Namun jika sudah panjang terpisah atau sudah berlaku perkara yang membatalkan solat, maka tidak boleh sambung, dan perlu ulang solat dari awal dengan niat baharu.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  3. Assalamualaikum wbt, jika imam dah rukuk, makmum baru masuk takbir.
    Apakah wajib tomakninah atau Kadar bacaan subhanallah bagi makmum yang hendak takbir kedua untuk rukuk?

    Dalam kes saya, setelah takbir masuk solat, saya terus takbir ke rukuk mengikuti imam tanpa tamakninah.

    Itu sahaja, terima kasih

    Reply
    • Waalaikumussalam wbt.

      Dalam mazhab Syafi‘e, tomakninah rukuk itu rukun (minimum berhenti seketika sekadar “Subhanallah” sekali). Takbir kedua untuk turun rukuk itu sunat; jika nak kejar imam boleh ditinggalkan.

      Rakaat hanya dikira jika tuan sempat rukuk bersama imam dengan tomakninah sebelum imam bangun. Jika rukuk terlalu cepat tanpa tomakninah, rakaat itu tidak dikira dan tuan perlu tambah satu rakaat selepas imam salam.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
      • Assalamualaikum ustz, jika seseorang terlupa sujud sahwi dan dia telah memberi salam, orang tersebut telah melakukan perkara yang sepatutnya membatalkan solat seperti pergerakan lebih 3 kali dan badan lari drpd kiblat. Dalam kes saya, saya terus buat banyak pergerakan seperti melipat sejadah…

        Tetapi jarak pemisah solat tersebut belum lagi panjang kerana memang baru lepas salam dan belum lagi sampai 1 rakaat panjang, sata terus sujud sahwi dan menghabiskan solat.. apakah solat saya sah ustz?

        Reply
  4. Assalamualaikum ustaz. Ketika solat, ketika iktidal saya yakin dah rukuk, pastu sy kembali semula rukuk dan iktidal, sebab tak yakin sepenuhnya sama ada rukuk sy sempurna atau tidak. Adakah perkara ini sengaja menambah rukun fi’li atau tidak ustaz?

    Reply
      • Waalaikumussalam warahmatullah.

        Dalam mazhab Syafi‘e, jika puan yakin sudah rukuk, kemudian datang ragu-ragu sama ada rukuk itu “sempurna”, maka ragu itu diabaikan (pegang keyakinan asal) dan tidak perlu ulang rukuk.

        Namun puan ulang rukuk kerana ragu (bukan sengaja “tambah-tambah” rukun). Maka insya-Allah solat puan sah, dan sujud sahwi yang puan buat itu langkah yang baik. Untuk akan datang, bila sudah yakin rukun dibuat, jangan ulang kerana ragu semata-mata.

        Wallahu a‘lam.

        Reply
  5. Assalamualaikum, kadang kadang manusia belum belajar lagi beberapa ilmu dalam solat. Dalam kes saya.

    Saya ragu ragu dalam solat sebab ketika rukuk saya meletakkan tangan di betis Dan bukan dekat lutut. Saya pada ketika waktu itu sedang sujud teringat perkara tersebut terus memutuskan untuk pergi kembali semula ke rukuk kerana saya takut tidak sah solat kalau tidak rukuk dengan cara betul, saya meneruskan solat Dan melaksanakan sujud sahwi.

    Lepas solat saya terus search dalam isu saya ni Dan mendapati bahawa solat masih sah walaupun tangan letak di atas betis semasa rukuk..

    Jadi soalan saya,
    Apakah solat dikira sah walaupun saya menambah rukun Dan sujud sahwi?(Dalam keadaan saya belum tahu ilmu tersebut)

    Reply
    • Waalaikumussalam.

      Dalam mazhab Syafi‘e, letak tangan di betis ketika rukuk tidak membatalkan solat (yang sunatnya tangan di lutut). Jadi sebenarnya tuan tidak perlu kembali rukuk hanya kerana posisi tangan.

      Namun, tuan kembali rukuk kerana menyangka rukuk pertama tidak sah (jahil/tersalah faham), bukan berniat “tambah-tambah” rukun. Maka solat tuan insya-Allah sah, dan sujud sahwi yang tuan buat itu baik sebagai langkah berhati-hati. Untuk akan datang, cukup teruskan solat dan ikut posisi rukuk yang disunatkan.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  6. Apakah hukum sah atau tidak sembahyang subuh seseorang yg terlupa sujud kedua pada rakaat pertama , kemudian ingat selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua, tetapi sembahyang diteruskan dengan menambah satu rakaat lagi dan sujud sahwi .

    Reply
    • Waalaikumussalam wbt.

      Dalam mazhab Syafi‘e, tertinggal satu sujud ialah rukun. Jika teringat sebelum ruku‘ rakaat kedua (contohnya selepas membaca al-Fatihah), sepatutnya kembali untuk lakukan sujud yang tertinggal itu, kemudian sambung semula solat secara tertib dan ulang bacaan yang terputus.

      Namun jika diteruskan sehingga selesai ruku‘ dan dua sujud rakaat kedua, maka rakaat pertama terbatal, rakaat kedua menjadi rakaat pertama, dan perlu tambah satu rakaat lagi untuk mencukupkan Subuh.

      Ketika itu solat adalah sah. Sujud sahwi dalam keadaan ini sunat (ia tidak mengganti rukun yang tertinggal).

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  7. Assalamualaikum ustaz. Jika kita dah rukuk tapi xde tomakninah, sy sedar bila iktidal, maka saya berdiri lalu rukuk semula dgn tomakninah, dan melakukan rukun yg seterusnya. Adakah saya dah melakukan pergerakan yg betul? Adakah solat saya sah ustaz?

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah.

      Ya, tindakan puan itu betul dan solat adalah sah.

      Dalam mazhab Syafi‘i, rukuk dan tomakninah adalah dua rukun berasingan yang wajib dilakukan. Jika seseorang tersedar bahawa rukuk tadi tiada tomakninah (contohnya terlalu cepat), maka perlu ulang semula rukuk dengan sempurna sebelum meneruskan rukun seterusnya.

      Jadi, apabila puan sedar semasa iktidal lalu kembali rukuk dengan tomakninah, itu adalah langkah yang tepat untuk menyempurnakan rukun yang tertinggal.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  8. Assalamualaikum ustaz. Ketika duduk antara dua sujud,ada muncul ragu dah Iktidal ke belum, dan takde keyakinan awal, maka saya berdiri dulu, pastu rukuk, pastu iktidal, pastu teruskan rukun yg seterusnya smpi tahiyyat akhir. Betul ke cara sy nk kembali pd rukun iktidal? Klu sy terbaca bacaan rukuk dlm hati, xper ke? Sbb sy bkn niat nk tambah rukun, cuma nak kembali pada rukun yg ragu td. Sblm salam sy dh lakukan sujud sahwi. Solat sy sah ke ustaz?

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Dalam situasi ini, insya-Allah solat itu sah, kerana:

      1. Awak ragu tentang rukun iktidal, dan kerana tiada keyakinan awal bahawa ia telah dilakukan, maka tindakan tuan kembali berdiri untuk lakukan iktidal adalah betul kerana dalam keadaan syak tanpa keyakinan, rukun itu perlu ditunaikan semula untuk memastikan kesempurnaan solat.
      2. Bacaan rukuk yang terlintas dalam hati tidak membatalkan solat selagi ia bukan dilakukan dengan sengaja untuk menambah rukun, dan hanya lintasan dalam hati atau refleks bacaan, ia tidak dianggap sebagai menambah rukun secara sengaja.
      3. Awak juga telah lakukan sujud sahwi sebelum salam, dan ini adalah langkah yang sangat baik dalam mengatasi keraguan serta melengkapkan solat.

      Justeru itu, insya-Allah solat awak sah dan tidak perlu diulang. Apa yang awak lakukan menunjukkan sikap berhati-hati dalam menjaga kesempurnaan solat, dan itu adalah satu perkara yang sangat terpuji.

      Wallahu a’lam

      Reply
  9. Assalamualaikum ustaz. Ketika solat maghrib, saya ada baca surah al fatihah secara laju pada rakaat ketiga. Sblm rukuk dh yakin dah lengkap 7 ayat surah al fatihah. Ketika rukuk, dia muncul keraguan samada bacaan sy ada salah ke tak. Tp sy yakin bacaan sy betul. Ketika iktidal dia dtg blk keraguan, tp sy abaikan. Sy sampai terfikir nk kembali baca surah al fatihah atau tidak, tp sy teruskan solat smpi selesai tanpa kembali bc al fatihah semula, sbb sy amik keyakinan awal yg bacaan sy dh betul. Lps solat, sy practice bc surah al fatihah sbb nk check bacaan sy ketika solat. Bila sy baca, sy yakin betul. Adakah solat sy sah sekiranya berlaku keraguan bacaan al fatihah ketika solat, tp sy abaikan keraguan itu smpi selesai solat? Sbb ada sorg ustaz ckp klu kita teruskan solat dalam keadaan masih ragu, solat blh jd batal.

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Terima kasih atas soalan yang dikongsikan. Semoga Allah terus memelihara kesungguhan awak dalam menjaga solat.

      Berdasarkan situasi yang awak jelaskan, solat awak adalah sah, insya-Allah. Ini kerana:

      1/ Awak yakin bacaan al-Fatihah telah lengkap dan betul sebelum rukuk. Keyakinan ini menjadi asas yang sah bagi meneruskan solat.

      2/ Keraguan yang muncul selepas itu adalah waswas, dan waswas tidak memberi kesan terhadap kesahihan solat selagi mana ia tidak membawa kepada perbuatan yang membatalkan solat (seperti bercakap atau menambah rukun secara tidak sah).

      3/ Dalam kaedah fiqh disebut:

      اليقين لا يزول بالشك

      Yakin tidak hilang dengan sebab syak (ragu-ragu).

      Maka apabila seseorang sudah yakin telah membaca dengan betul, kemudian datang keraguan, maka keraguan itu diabaikan, dan tidak perlu kembali mengulang bacaan. Ini sepertimana yang awak telah lakukan, ia adalah tindakan yang tepat.

      Berkenaan pandangan sesetengah pihak bahawa “solat boleh batal jika diteruskan dalam keadaan masih ragu”, ia perlu difahami dalam konteks ragu yang berterusan dan tidak disertai dengan keyakinan langsung terhadap bacaan yang dilakukan.

      Namun dalam kes tuan, ragu itu hanya lintasan yang datang dan pergi, dan tuan masih berpaut kepada keyakinan awal. Maka tidak termasuk dalam kategori yang membatalkan.

      Semoga Allah terus menetapkan hati awak dan kita semua dalam ibadah. Abaikan lintasan waswas, dan teruskan solat dengan tenang.

      Wallahu a’lam

      Reply
  10. Assalamualaikum ustaz. Ketika sy berdiri utk membaca surah al fatihah pada rakaat yg kedua, sy ragu sama ada sy dah lakukan duduk antara dua sujud atau tidak pd rakaat pertama. Sy belum start baca al fatihah utk rakaat kedua lg sbb lama berfikir ttg itu. Bila dah yakin yg sy dh duduk antara dua sujud tu, baru sy baca surah al fatihah. Adakah solat sy sah sekiranya keraguan itu dalam tempoh yg lama dan kembali ingat yg sy dah duduk antara dua sujud?

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah.

      Solat puan adalah sah, insyaAllah. Keraguan yang berlaku sebelum memulakan bacaan Al-Fatihah rakaat kedua, dan kemudian puan kembali yakin bahawa telah duduk antara dua sujud pada rakaat sebelumnya, tidak menjejaskan kesahan solat.

      Dalam fiqh, jika seseorang ragu tetapi belum melakukan rukun seterusnya, dan akhirnya yakin telah lakukan rukun sebelumnya, maka solat tetap sah dan tidak perlu sujud sahwi.

      Yang penting:

      • Ragu itu berlaku sebelum meneruskan rukun yang baru, dan
      • Tuan akhirnya yakin bahawa rukun tersebut telah dilakukan.

      Solat sah dan tidak perlu ulang atau sujud sahwi dalam kes ini.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  11. Assalamualaikum ustaz, jika saya tambah rakaat, selepas salam kerana terlupa rukun, seperti sujud, adakah sah solat ataupun batal kerana tidak terus duduk, saya mempunyai rasa was-was yang tinggi, sudah cuba untuk membuangnya tapi perasaan tersebut selalu datang, jadinya solat saya sentiasa akan menambah rakaat selepas salam kerana takut tidak sah dan tidak diterima, kemudian, ketika mula menambah rukun perlu takbiratul ihram yang baharu dan mula dari awal untuk satu rakaat sahaja kan ustaz?. penat rasanya beribadah macam ni ustaz, saya harap ustaz dapat membantu.

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah,

      Jika awak terlupa rukun dalam solat (contohnya sujud atau rukun lain yang wajib), solat tidak terbatal, tetapi rakaat tersebut perlu diperbaiki.

      Cara betul untuk membetulkan kesilapan:

      1️⃣ Jika masih dalam solat dan belum salam → kembali ke rukun yang tertinggal dan teruskan solat seperti biasa.

      2️⃣ Jika sudah salam dan baru teringat ada rukun yang tertinggal → bangun dan tambah satu rakaat sahaja untuk menggantikan rakaat yang tidak sempurna.

      3️⃣ Tidak perlu takbiratul ihram seperti solat baru, cukup dengan berdiri dan teruskan rakaat yang tertinggal.

      4️⃣ Sebelum salam, lakukan sujud sahwi sebagai langkah berhati-hati.

      Penting:

      • Tidak perlu menambah rakaat setiap kali waswas. Jika tiada bukti yang jelas bahawa ada rukun yang tertinggal, anggap solat sudah sah dan jangan ulangi.
      • Waswas adalah gangguan syaitan. Rasulullah ﷺ bersabda: “Jika seseorang merasa ragu dalam solatnya, maka tinggalkan keraguan dan ambil yang meyakinkan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 362)

      Jika waswas masih mengganggu, cuba baca:

      أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ (A’udzu billahi minasy-syaithanir rajim)

      Dan yakin bahawa Allah menerima solat hamba-Nya yang berusaha dengan ikhlas.

      Semoga Allah mempermudahkan ibadah awak dan menghilangkan rasa waswas.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  12. Assalamualaikum ustaz. Ketika solat asar, pada rakaat yg ketiga, mula2 yakin dah duduk antara dua sujud. Ketika nak tahiyyat akhir, sy jadi ragu dah duduk antara dua sujud ke belum pada rakaat ketiga td. Maka, saya jadikan rakaat keempat sbg rakaat ketiga dan saya bangun utk tambah satu rakaat, dan telah buat sujud sahwi. Adakah solat saya sah ustaz?

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      1. Hukum Ragu dalam Solat

      Dalam solat, jika ragu tentang sesuatu rukun yang telah dilakukan, perkara asas yang perlu dilakukan ialah:

      • Ambil kira yang yakin dan tinggalkan perkara yang diragui.
      • Dalam kes ini, jika puan ragu sama ada telah duduk antara dua sujud pada rakaat ketiga, maka tindakan puan menjadikan rakaat keempat sebagai rakaat ketiga dan menambah satu rakaat lagi adalah betul.

      2. Sujud Sahwi

      Sujud sahwi yang dilakukan untuk menampung keraguan tersebut juga adalah tindakan yang tepat. Sujud sahwi bertujuan untuk menampung kekurangan atau kesilapan kecil dalam solat.

      Solat puan adalah sah kerana puan telah mengambil langkah yang betul, iaitu mengikut keyakinan (menganggap rakaat keempat sebagai ketiga), menambah satu rakaat, dan melengkapkannya dengan sujud sahwi.

      Semoga Allah menerima solat puan dan mempermudahkan urusan ibadah. 😊

      Reply
  13. Assalamualaikum ustaz.

    Apakah hukum sekiranya seorang imam lupa untuk melakukan rukuk dan meneruskan solat sehingga selesai tanpa sujud sahwi..

    Sekiranya imam mmg terlupa dan makmum tidak memberikan isyarat bahawa imam tertinggal rukuk

    1) Adakah sah solat tersebut?
    2) Apakah sah solat makmum?
    3) Apakah yg harus makmum lakukan sekiranya terjadi hal tersebut

    Sekian,

    Terima kasih

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Berikut adalah penjelasan lengkap berdasarkan situasi yang dinyatakan:

      1. Adakah Sah Solat Imam?

      Sekiranya imam terlupa melakukan rukuk dalam solat, solat imam tersebut tidak sah, kerana rukuk adalah salah satu rukun solat. Tanpa rukuk, solat dianggap tidak sempurna.

      Firman Allah SWT:
      “…Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha, ayat14)

      Rukun solat perlu dilakukan secara tertib dan tidak boleh ditinggalkan, sama ada sengaja atau kerana lupa.

      2. Adakah Sah Solat Makmum?

      • Jika makmum sedar bahawa imam telah tertinggal rukuk, maka solat makmum juga tidak sah sekiranya mereka terus mengikuti imam sehingga selesai tanpa membetulkan kesilapan tersebut.
      • Jika makmum tidak sedar imam tertinggal rukuk, maka solat makmum dianggap tidak sah, kerana rukuk adalah rukun yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang solat.

      3. Apa yang Harus Makmum Lakukan Jika Imam Lupa Rukuk?

      • Jika makmum sedar imam tertinggal rukuk, makmum wajib memberikan isyarat kepada imam, seperti mengucapkan “Subhanallah” bagi lelaki atau menepuk tangan bagi wanita.
      • Jika imam tetap tidak menyedari kesilapannya, makmum boleh memutuskan ikutan dan menyempurnakan solat secara bersendirian.

      Semoga penjelasan ini membantu tuan memahami situasi yang berlaku

      Reply
  14. Assalamualaikum ustaz. Jika kita terlafaz salam selepas memberi salam yg kedua hanya utk pastikan sebutan salam tu betul adakah ia menambah rukun ustaz? Sdgkan niat dia hanya utk check bacaan saja.

    Reply
    • Wa’alaikumussalam

      Jika seseorang melafazkan salam sekali lagi selepas salam kedua dengan niat untuk memeriksa atau memastikan bacaan salam itu betul, ia tidak dianggap sebagai menambah rukun dalam solat. Salam yang wajib hanyalah sekali, dan mengulangi lafaz salam selepas itu tidak membatalkan atau menambah rukun solat, asalkan niatnya bukan untuk menambah salam sebagai sebahagian daripada rukun.

      Oleh itu, solat awak tetap sah, dan lafaz salam tambahan untuk memeriksa sebutan tersebut tidak menjejaskan kesahihan solat. Perbuatan ini hanya dianggap sebagai lafaz tambahan dan bukan niat untuk menambah rukun.

      Semoga penjelasan ini memberikan ketenangan.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  15. Assalamualaikum. Jika kita ragu dah iktidal ke belum, dan terus muncul keyakinan yg kita dah lakukan iktidal, pastu muncul blk keraguan semula, adakah kita blh amik yg yakin yg kita dh lakukan iktidal? Adakah sah solat jika kita mengabaikan keraguan tersebut?

    Reply
    • Waalaikumussalam.

      Dalam keadaan ragu-ragu semasa solat, prinsip yang dipakai dalam mazhab Syafi’e ialah mengambil yang lebih yakin. Jika seseorang merasa ragu-ragu sama ada dia sudah melakukan iktidal atau belum, dia perlu berpegang kepada keyakinan yang asal, iaitu belum melakukan iktidal. Namun, jika selepas itu muncul keyakinan yang kuat bahawa dia telah melakukan iktidal, maka dia boleh mengambil keyakinan tersebut dan tidak perlu mengulang iktidal.

      Jika keraguan tersebut datang berulang kali selepas keyakinan muncul, abaikan keraguan tersebut. Dalam fiqh, perkara sebegini dikenali sebagai was-was, dan kita disarankan untuk tidak melayan perasaan ragu-ragu yang berlebihan kerana ia boleh merosakkan fokus dalam solat.

      Maka, solat awak sah sekiranya awak berpegang kepada keyakinan yang iktidal sudah dilakukan dan tidak melayan was-was yang timbul semula.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  16. Assalamualaikum. Ketika menyebut salam “assalamualaikum warahmatullah” dalam solat, jika perkataan “kum” tak pasti dengar ke tidak, tapi mulut mmg ada menyebut perkataan “kum” ketika menyebut assalamualaikum, adakah sah solat atau batal?

    Reply
    • Waalaikumussalam.

      Dalam solat, menyebut salam adalah rukun qauli (rukun yang berkaitan dengan bacaan), dan ia mesti dilakukan dengan betul. Namun, sekiranya mulut memang telah menyebut perkataan “kum” dalam “assalamualaikum” tetapi anda tidak pasti sama ada ia didengar atau tidak, solat tetap sah selagi mulut telah bergerak untuk menyebutnya dengan betul.

      Perkara utama di sini ialah niat dan perbuatan. Jika anda yakin bahawa mulut anda telah menyebut perkataan “kum,” walaupun anda tidak mendengar bunyinya dengan jelas, maka itu sudah mencukupi. Solat tidak akan batal hanya kerana bunyi tersebut tidak didengar dengan jelas, asalkan bacaan dilakukan dengan cara yang betul.

      Oleh itu, solat anda sah dan tidak perlu diulangi.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  17. Assalammualaikum. Jika terlupa sujud dan masuk balik dalam keadaan duduk perlu takbiratul ihram ke. Terima kasih.

    Reply
  18. Assalamualaikum macam mana dengan yang tertinggal sujud dan tahiyat awal ..? Apakah tidak sah solat ..sebab Saya bingung imam tertinggal sujud kedua dan terus tahiyat awal ..lepas sujud pertama imam baca tahiyat awal lepastu bdiri tegak ..Saya tunggu nak sujud imam bediri Pula

    Reply
    • Waalaikumussalam.

      Dalam situasi seperti yang awak jelaskan, di mana imam tertinggal sujud kedua dan terus ke tahiyat awal, solat masih sah, tetapi imam wajib melakukan sujud sahwi untuk menampung kesilapan tersebut.

      Berikut adalah panduan dalam situasi ini:

      1. Imam tertinggal sujud kedua:
       – Jika imam tersilap meninggalkan sujud kedua dan terus ke tahiyat awal, imam sepatutnya sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan. Setelah menyedari kesilapan itu, imam perlu segera kembali untuk melakukan sujud kedua sebelum meneruskan solat. 
        
      2. Jika tidak kembali sujud:
      – Jika imam tidak kembali sujud dan terus berdiri, imam boleh melengkapkan solat dan kemudian melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam. Sujud sahwi dilakukan untuk memperbaiki kesilapan ini.

      3. Makmum:
      Bagi makmum yang menyedari kesilapan imam, makmum perlu mengikut imam dalam pergerakan solat. Dalam mazhab Syafi’e, jika imam melakukan kesilapan tetapi tidak menyedari, makmum wajib mengikut pergerakan imam, kecuali kesilapan tersebut membatalkan solat.

      Dalam kes ini, solat awak tetap sah walaupun imam tersilap meninggalkan sujud kedua, asalkan imam melakukan sujud sahwi pada akhir solat untuk menampung kesilapan tersebut.

      Sekiranya imam tidak melakukan sujud sahwi selepas menyedari kesilapan, ini menjadi tanggungjawab imam, tetapi makmum tetap sah solatnya.

      Sujud Sahwi:
      Imam atau makmum perlu melakukan dua kali sujud selepas membaca tasyahhud akhir dan sebelum memberi salam. Ini bertujuan untuk menampung kesilapan kecil dalam solat, termasuk tertinggal sujud atau tahiyat awal.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  19. Assalamualaikum, Bagaimana kalau was was , sama ada saya tertinggal duduk antara dua sujud ataupun tidak , kerana selepas tahiyat akhir , dan setelah beberapa minit berlalu , rasa was was pula yang saya belum duduk antara dua sujud masa rakaat terakhir , tapi saya antara yakin dan , yakin sebab tak mungkin saya terlupa duduk antara dua sujud , mungkin sebab ianya kebiasaan untuk duduk antara dua sujud , saya tak sedar melakukannya dan terlupa , sebab pikiran saya agak terawang awang tadi , lepas qada solat juga , saya seperti yakin yang saya memang dah duduk antara dua sujud , tapi masih was was , nak buat macam mana tu? Adakah jika terlupa rukun dan tidak mengetahuinya , atau was was , akan invalidate solat saya itu dan kena qada kalau terlepas waktu ?

    Reply
    • Waalaikumsalam.

      Dalam Islam, was-was (keraguan) adalah salah satu bisikan syaitan yang bertujuan untuk mengganggu ibadat dan ketenangan seorang Muslim. Jika seseorang selalu mengalami was-was, ia mungkin menghadapi kesukaran dalam mengekalkan ketenangan dalam solat dan ibadat lainnya.

      Begitu pun, dalam mazhab Syafi’i:

      1. Jika anda yakin telah melakukan suatu rukun solat dan kemudian merasa ragu-ragu apakah anda melakukannya atau tidak, maka anda ambil keputusan berdasarkan keyakinan awal, iaitu anda telah melakukannya.

      2. Jika anda ragu-ragu apakah telah melaksanakan suatu rukun atau tidak, dan anda tidak memiliki keyakinan awal sama sekali, maka anda anggap rukun tersebut belum dilakukan. Sebagai contoh, jika anda ragu-ragu apakah telah duduk antara dua sujud atau tidak, dan anda benar-benar tidak yakin, maka anda sepatutnya duduk dan meneruskan solat.

      3. Jika seseorang terlupa satu rukun dan teruskan hingga ke akhir solat, maka ia perlu melakukan solat semula jika waktu solat tersebut belum berlalu. Jika waktu solat sudah berlalu, maka ada perbezaan pendapat dalam mazhab Syafi’i – ada yang berpendapat perlu qada’ dan ada yang berpendapat tidak perlu.

      Jadi, berdasarkan situasi yang ustaz sebutkan, jika anda yakin atau hampir yakin bahawa anda telah duduk antara dua sujud, maka anda boleh mengabaikan perasaan was-was tersebut. Namun, jika anda merasa benar-benar ragu-ragu, dan anda rasa mungkin ada kemungkinan anda tidak duduk, maka untuk mendapatkan ketenangan, anda boleh qada’ solat tersebut.

      Dalam semua situasi, yang penting adalah untuk tidak membiarkan perasaan was-was menguasai diri kita. Salah satu cara untuk mengatasi was-was adalah dengan meningkatkan fokus dan khusyuk dalam solat serta beristighfar dan memohon perlindungan dari Allah daripada bisikan syaitan.

      Wallahu A’lam.

      Reply
  20. Assalammualaikum ustaz,
    soalan pertama ,kalau dia terlupa membaca al fatihah pada rakaat kedua adakah perlu dia membaca tahiyat awal dan menambah lagi dua rakaat?

    soalan kedua,bagaimana ingin masuk sekiranya dia terlupa duduk diantara dua sujud?

    Reply
    • Waalaikumsalam.

      Mengenai soalan-soalan yang anda ajukan:

      Soalan Pertama:
      Membaca Al-Fatihah dalam solat adalah rukun. Jika seseorang lupa membacanya:

      1. Jika dia teringat sebelum berdiri untuk rakaat yang seterusnya, dia harus kembali duduk dan membacanya, kemudian sambung dengan rukuk dan seterusnya.
      2. Jika dia sudah berdiri dan teringat ketika berdiri, maka dia harus kembali duduk jika belum melangkah jauh dalam rakaat seterusnya. Namun jika dia sudah memulakan bacaan Al-Fatihah pada rakaat yang seterusnya, dia harus teruskan solatnya.
      3. Dalam keadaan di mana Al-Fatihah ditinggalkan tanpa sengaja, solatnya menjadi tidak sah dan harus diulangi.

      Soalan Kedua:
      Jika seseorang lupa duduk di antara dua sujud:

      1. Jika dia teringat ketika ia berada dalam keadaan sujud kedua, dia harus bangun, duduk di antara dua sujud, dan kemudian sujud semula.
      2. Jika dia sudah bangkit ke rakaat yang seterusnya dan teringat, maka rakaat sebelumnya (yang lupa duduk) perlu diulangi setelah selesai solat, bersama dengan sujud sahwi (sujud lupa) di akhir solat.

      Dalam mazhab Syafi’i, kedua-dua perkara yang disebutkan di atas adalah rukun solat. Jadi, jika seseorang meninggalkannya, dia perlu kembali dan melakukannya. 

      Namun, dalam setiap situasi, jika was-was melanda, seseorang harus mempertimbangkan keyakinannya. Jika yakin telah meninggalkan sesuatu rukun, maka kembalilah dan lakukan. Namun, jika hanya merasa was-was tanpa ada bukti atau keyakinan kuat, maka was-was itu harus diabaikan.

      Wallahu A’lam.

      Reply
      • 2 tu perlu tambah rakaat dan sujud sahwi betul tak macam solat mahgrib 3 rakaat lupa duduk diantara 2 sujud pada rakaat pertama jadi kene tambah 1rakaat untuk gantikan rakaat pertama yang ragu sujud tu betul tak

        Reply

Leave a Comment