BACAAN TAHIYAT AKHIR Dan TAHIYAT AWAL (Bantuan Rumi & Audio)

tahiyat akhir

Bagaimana cara bacaan Tahiyat Akhir dan Tahiyat Awal?

Ini adalah panduan mudah dan lengkap untuk bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir, yang dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan arab.

Sasaran pembaca panduan ini adalah untuk mereka yang baru belajar solat, kanak-kanak dan muallaf.

Apa yang menarik:

Bantuan audio juga disediakan supaya dapat membantu anda menyebut dengan betul.

Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan..

Pengenalan

Bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir adalah rukun dalam solat.

Oleh itu, lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul.

Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.

Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.

Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal.

Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat.

Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.

Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah.

Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat.

Syarat-Syarat Tasyahud (Tahiyat)

Ada beberapa perkara yang disyaratkan dalam tasyahud:

  • Memperdengarkan dirinya sendiri bacaan Tasyahud
  • Berurutan bacaan perkataan-perkataan tasyahud. Jika diselangi diantara bacaannya pertaan asing atau diam yang panjang, maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan-perkataan yang warid dalam bacaan yang sempurna.
  • Membaca tasyahud dalam duduk yang diikuti oleh salam.
  • Bacaan tasyahud dalam bahasa arab.
  • Menjaga bacaan makhraj-makhraj huruf tasyahud.
  • Menjaga bacaan baris-baris sabdu dalam tasyahud.
  • Membaca tasyahud dengan tertib. Membaca tasyahud dengan tertib ialah syarat yang jika ia tidak dibaca dengan tertib, bacaannya akan mengubah maknanya.
Takrif tertib

Tertib boleh ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian.

perbezaan duduk tahiyat awal dan akhir
perbezaan duduk tahiyat awal dan akhir

Bacaan Tahiyat Awal

Nota

Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

tahiyat awal
Bacaan Tahiyat Awal
Tahiyat Awal Dalam Rumi

Attahiyyatul Mubarakaatush SolaWaaTuth ThayyiBaTu Lillaah,

AssaLaaMu’aLaika AyyuHan Nabiyyu WarahMatulLaahi WabaraKaaTuh,

Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.

AsyHadu alLaa ilaaHa ilLalLaah,

WaAsyHadu Anna MuhamMadan RasuuLullaah.

AllahHumma Solli ‘Alaa Sayyidina Muhammad

Makna bacaan Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan Tahiyat Akhir

Nota

Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

tahiyat akhir
Bacaan Tahiyat Akhir
Tahiyat Awal Dalam Rumi

AtTaHiyaTul MubaRakaTush SolawaTuth ThayYiBaTu Lillah.

Assalamu’alaika AyyuHan NabiyYu WarahMatullaHi WaBaRaKaTuh.

Assalamu’Alayna Wa ’Alaa ‘ibaDilLaHis Solihin.

Asyahadu alLaa ilaHa ilLallah.

Wa ’AsyHadu Anna Muhammadar Rasulullah.

AllahumMa Solli ’Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.

Kama SollayTa ’Ala Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim.

Wabarik ‘Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.

Kama BarakTa ‘Alaa Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim Fil ‘AlaMin inNaka Hamidum-Majid.

Makna bacaan Tahiyat Akhir

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.

Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Syarat Sah Selawat Dalam Tahiyat

Terdapat beberapa syarat semasa mengucapkan selawat dalam bacaan Tahiyat.

  • Hendaklah dibaca sehingga dia dapat mendengar — sekiranya pendengaran dia baik.
  • Hendaklah menggunakan lafaz “Muhammad” ataupun “Ar-Rasul” ataupun “An-Nabi”. Tidak memadai ataupun tidak sah selawat sekiranya hanya menyebut Ahmad.
  • Membacanya dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu kerana jahil, harus membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa yang diketahuinya. Namun, dia diwajibkan mempelajarinya dalam bahasa Arab.
  • Lafaznya hendaklah dalam bahasa Arab, sekiranya tidak mampu membaca dalam bahasa Arab, dia boleh membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa, tetapi dia wajib mempelajarinya dalam bahasa Arab.
  • Menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan segala syaddah (sabdu) ketika membacanya. Sekiranya berubah makhraj ataupun tidak mempedulikan syaddahnya, ataupun tersalah menyebut kalimatnya sehingga mengubah makna, batal bacaan tasyahudnya dan wajib mengulangi semula.
  • Membaca mengikut susunan ayat yang sudah diajar Rasulullah.

Fadhilat & Kelebihan Tahiyat

Apakah kelebihan Tahiyat?

Tahiyat merupakan saat kita mempersembahkan penghormatan kepada Pengurus langit dan bumi yang dibesar-besarkan, yang diagung-agungkan, yang dipuja dan dipuji.

Terdapat empat bentuk penghormatan yang dipersembahkan dalam tahiyat:

  1. Penghormatan khusus kepada al-Kholid, Pencipta kita dengan lafaz yang bermula dengan اَلتَّحِيَّاتُ (segala penghormatan / ucapan selamat)
  2. Penghormatan kepada Rasulullah dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ (salam sejahtera ke atas kamu)
  3. Penghormatan dan kesejahteraan ke atas diri kita sendiri dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْنَا (salam sejahtera ke atas kami)
  4. Penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh dengan lafaz عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ (hamba-hamba yang soleh)

Setelah kita melafaz penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh, kita perkukuhkan keanggotaan kita dalam kumpulan besar makhluk-makhluk Allah yang soleh di dunia ini dengan melafaz syahadah.

Hal ini membuktikan bahawa penyaksian tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sama dengan penyaksian mereka.

Keimanan kita juga sama dengan keimanan mereka terhadap Allah dan rasul pesuruhNya.

Penutup

Saya berharap panduan ini dapat membantu anda.

Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

241 thoughts on “BACAAN TAHIYAT AKHIR Dan TAHIYAT AWAL (Bantuan Rumi & Audio)”

  1. Assalamualaikum Ustaz.

    Semasa saya baca Asyhadu Alla Ilaha Illah Wasyadu Anna Muhammadar Rasullulah dalam tahiyat akhir. Semasa saya baca dua kalimah syahadah pada tahiyat akhir bila saya sebut “Wasyadu Anna Muhammadar Rasullulah” masa tu baru perasan dan terus angkat jari selepas “Asyhadu Alla Ilaha Illah”. Sah kah solat saya ustaz?

    Reply
  2. Asalamualaikum ustaz saya nak bertanya adakah sah solat jika baca surah tahiyatul akhir 3 x . Ni disebabkan penyakit was -was mohon ustaz balas ye

    Reply
  3. Assalamualaikum Ustaz.

    Semasa saya solat pada tahiyat akhir saya membaca “Salihin” tidak menyebut “Solihin”. Adakah sah solat saya ustaz jika saya sebut “Salihin” di tahiyat akhir. Assalamualaina wa la ibadilahis “Salihin” mengikuti bacaan dalam rumi.

    Reply
  4. Assalamualaikum Ustaz.

    Boleh kah baca “Allahumma Solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad” di tahiyat awal tanpa “saiyidina”. Kadang² saya terbaca pula ayat tu pada tahiyat awal.

    Reply
  5. Asalamualaikum ustaz, Sya terlupa hampir dua kali ulang terlupa JugA sebutan ” fil alamin inaka hamidunmajid” sah kah solat Saya ….cuma Sya terlupa

    Reply
    • Wassalam,

      Sah, sebab bacaan yang wajib dalam tahiyat adalah sehingga Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad sahaja, yang selebihnya adalah sunat sahaja.

      Reply
  6. ustaz kenapa ada page yg lain dia tulis “asyhadu alla” dan page ni dia tulis “asyhadu anlaa” tkpe ke . ke same je?

    Reply
  7. Ustaz kalau untuk dua ii waktu tahiyat awal dan akhir waktu bahagian “Allahumma sholli ala Muhammad wa ala ali Muhammad ” tu baca “Allahumma sholli ala saidina Muhammad wa ala Ali saidina Muhammad” boleh dan sah ke solat ? Harap ustaz reply terimakasih

    Reply
      • Terima kasih ustaz , maaf nk tanya satu lgi boleh ? , lepas beri salam masa tahiyat akhir tu boleh ke bangun terus dari solat atau mmg wajib kene baca doa dan selawat

        Reply
      • pastu ustaz , sayyidina dgn saidina ni sama je ke maksud dan sebutan dia , sbb selama sy solat sy guna saidina masa tahiyat

        Reply
  8. Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, adakah boleh sekiranya saya membaca selawat begini di dalam solat?

    Allahumma solli’ala Sayyidina Muhammad wa’ala alihi Sayyidina Muhammad.

    Reply

Leave a Comment