BACAAN TAHIYAT AKHIR Dan TAHIYAT AWAL (Bantuan Rumi & Audio)

tahiyat akhir

Bagaimana cara bacaan Tahiyat Akhir dan Tahiyat Awal?

Ini adalah panduan mudah dan lengkap untuk bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir, yang dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan arab.

Sasaran pembaca panduan ini adalah untuk mereka yang baru belajar solat, kanak-kanak dan muallaf.

Apa yang menarik:

Bantuan audio juga disediakan supaya dapat membantu anda menyebut dengan betul.

Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan..

Pengenalan

Bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir adalah rukun dalam solat.

Oleh itu, lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul.

Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.

Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.

Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal.

Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat.

Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.

Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah.

Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat.

Syarat-Syarat Tasyahud (Tahiyat)

Ada beberapa perkara yang disyaratkan dalam tasyahud:

  • Memperdengarkan dirinya sendiri bacaan Tasyahud
  • Berurutan bacaan perkataan-perkataan tasyahud. Jika diselangi diantara bacaannya pertaan asing atau diam yang panjang, maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan-perkataan yang warid dalam bacaan yang sempurna.
  • Membaca tasyahud dalam duduk yang diikuti oleh salam.
  • Bacaan tasyahud dalam bahasa arab.
  • Menjaga bacaan makhraj-makhraj huruf tasyahud.
  • Menjaga bacaan baris-baris sabdu dalam tasyahud.
  • Membaca tasyahud dengan tertib. Membaca tasyahud dengan tertib ialah syarat yang jika ia tidak dibaca dengan tertib, bacaannya akan mengubah maknanya.
Takrif tertib

Tertib boleh ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian.

perbezaan duduk tahiyat awal dan akhir
perbezaan duduk tahiyat awal dan akhir

Bacaan Tahiyat Awal

Nota

Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

tahiyat awal
Bacaan Tahiyat Awal
Tahiyat Awal Dalam Rumi

Attahiyyatul Mubarakaatush SolaWaaTuth ThayyiBaTu Lillaah,

AssaLaaMu’aLaika AyyuHan Nabiyyu WarahMatulLaahi WabaraKaaTuh,

Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.

AsyHadu alLaa ilaaHa ilLalLaah,

WaAsyHadu Anna MuhamMadan RasuuLullaah.

AllahHumma Solli ‘Alaa Sayyidina Muhammad

Makna bacaan Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan Tahiyat Akhir

Nota

Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

tahiyat akhir
Bacaan Tahiyat Akhir
Tahiyat Awal Dalam Rumi

AtTaHiyaTul MubaRakaTush SolawaTuth ThayYiBaTu Lillah.

Assalamu’alaika AyyuHan NabiyYu WarahMatullaHi WaBaRaKaTuh.

Assalamu’Alayna Wa ’Alaa ‘ibaDilLaHis Solihin.

Asyahadu alLaa ilaHa ilLallah.

Wa ’AsyHadu Anna Muhammadar Rasulullah.

AllahumMa Solli ’Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.

Kama SollayTa ’Ala Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim.

Wabarik ‘Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.

Kama BarakTa ‘Alaa Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim Fil ‘AlaMin inNaka Hamidum-Majid.

Makna bacaan Tahiyat Akhir

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.

Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Syarat Sah Selawat Dalam Tahiyat

Terdapat beberapa syarat semasa mengucapkan selawat dalam bacaan Tahiyat.

  • Hendaklah dibaca sehingga dia dapat mendengar — sekiranya pendengaran dia baik.
  • Hendaklah menggunakan lafaz “Muhammad” ataupun “Ar-Rasul” ataupun “An-Nabi”. Tidak memadai ataupun tidak sah selawat sekiranya hanya menyebut Ahmad.
  • Membacanya dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu kerana jahil, harus membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa yang diketahuinya. Namun, dia diwajibkan mempelajarinya dalam bahasa Arab.
  • Lafaznya hendaklah dalam bahasa Arab, sekiranya tidak mampu membaca dalam bahasa Arab, dia boleh membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa, tetapi dia wajib mempelajarinya dalam bahasa Arab.
  • Menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan segala syaddah (sabdu) ketika membacanya. Sekiranya berubah makhraj ataupun tidak mempedulikan syaddahnya, ataupun tersalah menyebut kalimatnya sehingga mengubah makna, batal bacaan tasyahudnya dan wajib mengulangi semula.
  • Membaca mengikut susunan ayat yang sudah diajar Rasulullah.

Fadhilat & Kelebihan Tahiyat

Apakah kelebihan Tahiyat?

Tahiyat merupakan saat kita mempersembahkan penghormatan kepada Pengurus langit dan bumi yang dibesar-besarkan, yang diagung-agungkan, yang dipuja dan dipuji.

Terdapat empat bentuk penghormatan yang dipersembahkan dalam tahiyat:

  1. Penghormatan khusus kepada al-Kholid, Pencipta kita dengan lafaz yang bermula dengan اَلتَّحِيَّاتُ (segala penghormatan / ucapan selamat)
  2. Penghormatan kepada Rasulullah dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ (salam sejahtera ke atas kamu)
  3. Penghormatan dan kesejahteraan ke atas diri kita sendiri dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْنَا (salam sejahtera ke atas kami)
  4. Penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh dengan lafaz عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ (hamba-hamba yang soleh)

Setelah kita melafaz penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh, kita perkukuhkan keanggotaan kita dalam kumpulan besar makhluk-makhluk Allah yang soleh di dunia ini dengan melafaz syahadah.

Hal ini membuktikan bahawa penyaksian tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sama dengan penyaksian mereka.

Keimanan kita juga sama dengan keimanan mereka terhadap Allah dan rasul pesuruhNya.

Penutup

Saya berharap panduan ini dapat membantu anda.

Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

241 thoughts on “BACAAN TAHIYAT AKHIR Dan TAHIYAT AWAL (Bantuan Rumi & Audio)”

  1. Asalamualaikum. Ustaz.. Kalau duduk tahiyat awal tu.. Bila tahiyyat akhir.. Duduk cara tahiyyat awal.. Solat tu sah lagi ke.. ?..sekrg ni bru je sy thu.. ?Hri hri sy solat.. Tk perasan lah pulak.. Sah lgi ke??

    Reply
  2. Assalamualaikum, saya nak bertanya. saya baru belajar solat. Tapi bacaan saya selama nie salah semasa baca tahiyat akhir. Adakah tak sah solat saya selama ini?

    Reply
    • Wassalam.

      Jika silap baca tahiyat maka tidak sah solat sebab tahiyat merupakan sebahagian daripada rukun solat.

      Sekurang-kurangnya, awak baca betul sehingga selawat nabi dalam tahiyat tersebut (seperti tahiyat awal), maka solat awak sudah sah.

      Reply
  3. Ustaz apa hukum kita ulang bacaan ketika solat dgn sengaja uai kata x batal ulang berapa banyak kali harap dibalas

    Reply
  4. Assalamualaikum ustaz apa hukum terpijak semut yang keluar cairan lalu kita memijaknya lalu bawak masuk dalam solat harap dibalas

    Reply
  5. assalamualaikum nak tanya boleh ke baca tahyat akhir dan tahyat awal dalam bahasa melayu) mohon penjelasannya. terima kasih

    Reply
  6. Tahiyat akhir dalam rumi ada yang salah. Ayat akhir tak ada na. Sepatutnya fil alamin na innaka hamidummajid

    Reply
  7. Assalamualaikum ustaz saya was2 tentang hingus saya sebelum tido saya lap hingus saya pakai tangan dan bila saya bangun subuh dan solat subuh selepas solat saya baru teringat saya x basuh bekas hingus dan saya was2 tentang perkara ini kerana hingusnya tidak terlihat harap dibalas

    Reply
  8. Salam ustaz, kekadang pada waktu tahiyyat awal dan akhir saya selalu lupa bacaan nya dan kekadang ayat saya akan jadi tonggang tebelik, apa hukum nya? Dan sejujur ya saya dah tinggal kn solat bertahun2 dan mendiri kan nya semula semenjak dah bersuami, saya yang ajak suami saya untuk ajar tapi itulah selalu lupa. Dan ketika bermakmum ayat saya jadi terlupa adakah imam yg akan salah?

    Reply
    • Wassalam.

      Tahiyat adalah rukun dalam solat, jadi ia mesti dibaca dengan betul.

      Untuk sementara waktu ini, puan boleh cetak bacaan tahiyat dan letakkan didepan tempat sujud supaya puan boleh tengok jika terlupa.

      InsyaAllah, lama kelamaan puan akan ingat.

      Reply
  9. Assalamualaikum ustaz masa saya nk angkat takbir ketika solat jumaat tangan saya bergerak sendiri lebih drp 3 kali dan saya ulang kembali takbir saya. ketika takbir kali kedua tangan saya bergerak lebih tiga kali saya bergetar sbb tidak mkn adakah batal solat jumaat saya harap dibalas

    Reply
    • Wassalam,

      Allah kenapa berhenti solat? Tak batal solat sebab macam itu.

      Yang batal adalah pergerakan yang ‘sengaja’ berturut-turut, contohnya menggaru gatal. Kalau bergetar, bergerak tak sengaja dan bergoyang sikit tu tak membatalkan solat pun.

      Reply

Leave a Comment