BACAAN TAHIYAT AKHIR Dan TAHIYAT AWAL (Bantuan Rumi & Audio)

tahiyat akhir

Bagaimana cara bacaan Tahiyat Akhir dan Tahiyat Awal?

Ini adalah panduan mudah dan lengkap untuk bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir, yang dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan arab.

Sasaran pembaca panduan ini adalah untuk mereka yang baru belajar solat, kanak-kanak dan muallaf.

Apa yang menarik:

Bantuan audio juga disediakan supaya dapat membantu anda menyebut dengan betul.

Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan..

Pengenalan

Bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir adalah rukun dalam solat.

Oleh itu, lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul.

Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.

Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.

Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal.

Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat.

Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.

Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah.

Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat.

Syarat-Syarat Tasyahud (Tahiyat)

Ada beberapa perkara yang disyaratkan dalam tasyahud:

  • Memperdengarkan dirinya sendiri bacaan Tasyahud
  • Berurutan bacaan perkataan-perkataan tasyahud. Jika diselangi diantara bacaannya pertaan asing atau diam yang panjang, maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan-perkataan yang warid dalam bacaan yang sempurna.
  • Membaca tasyahud dalam duduk yang diikuti oleh salam.
  • Bacaan tasyahud dalam bahasa arab.
  • Menjaga bacaan makhraj-makhraj huruf tasyahud.
  • Menjaga bacaan baris-baris sabdu dalam tasyahud.
  • Membaca tasyahud dengan tertib. Membaca tasyahud dengan tertib ialah syarat yang jika ia tidak dibaca dengan tertib, bacaannya akan mengubah maknanya.
Takrif tertib

Tertib boleh ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian.

perbezaan duduk tahiyat awal dan akhir
perbezaan duduk tahiyat awal dan akhir

Bacaan Tahiyat Awal

Nota

Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

tahiyat awal
Bacaan Tahiyat Awal
Tahiyat Awal Dalam Rumi

Attahiyyatul Mubarakaatush SolaWaaTuth ThayyiBaTu Lillaah,

AssaLaaMu’aLaika AyyuHan Nabiyyu WarahMatulLaahi WabaraKaaTuh,

Assalaamu’alaina wa’alaa β€˜ibaadillaahish shoolihiin.

AsyHadu alLaa ilaaHa ilLalLaah,

WaAsyHadu Anna MuhamMadan RasuuLullaah.

AllahHumma Solli β€˜Alaa Sayyidina Muhammad

Makna bacaan Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan Tahiyat Akhir

Nota

Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

tahiyat akhir
Bacaan Tahiyat Akhir
Tahiyat Awal Dalam Rumi

AtTaHiyaTul MubaRakaTush SolawaTuth ThayYiBaTu Lillah.

Assalamu’alaika AyyuHan NabiyYu WarahMatullaHi WaBaRaKaTuh.

Assalamu’Alayna Wa ’Alaa β€˜ibaDilLaHis Solihin.

Asyahadu alLaa ilaHa ilLallah.

Wa ’AsyHadu Anna Muhammadar Rasulullah.

AllahumMa Solli ’Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.

Kama SollayTa ’Ala Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim.

Wabarik β€˜Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.

Kama BarakTa β€˜Alaa Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim Fil β€˜AlaMin inNaka Hamidum-Majid.

Makna bacaan Tahiyat Akhir

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.

Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Syarat Sah Selawat Dalam Tahiyat

Terdapat beberapa syarat semasa mengucapkan selawat dalam bacaan Tahiyat.

  • Hendaklah dibaca sehingga dia dapat mendengar β€” sekiranya pendengaran dia baik.
  • Hendaklah menggunakan lafaz β€œMuhammad” ataupun β€œAr-Rasul” ataupun β€œAn-Nabi”. Tidak memadai ataupun tidak sah selawat sekiranya hanya menyebut Ahmad.
  • Membacanya dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu kerana jahil, harus membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa yang diketahuinya. Namun, dia diwajibkan mempelajarinya dalam bahasa Arab.
  • Lafaznya hendaklah dalam bahasa Arab, sekiranya tidak mampu membaca dalam bahasa Arab, dia boleh membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa, tetapi dia wajib mempelajarinya dalam bahasa Arab.
  • Menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan segala syaddah (sabdu) ketika membacanya. Sekiranya berubah makhraj ataupun tidak mempedulikan syaddahnya, ataupun tersalah menyebut kalimatnya sehingga mengubah makna, batal bacaan tasyahudnya dan wajib mengulangi semula.
  • Membaca mengikut susunan ayat yang sudah diajar Rasulullah.

Fadhilat & Kelebihan Tahiyat

Apakah kelebihan Tahiyat?

Tahiyat merupakan saat kita mempersembahkan penghormatan kepada Pengurus langit dan bumi yang dibesar-besarkan, yang diagung-agungkan, yang dipuja dan dipuji.

Terdapat empat bentuk penghormatan yang dipersembahkan dalam tahiyat:

  1. Penghormatan khusus kepada al-Kholid, Pencipta kita dengan lafaz yang bermula dengan Ψ§ΩŽΩ„ΨͺΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩŽΩ‘Ψ§Ψͺُ (segala penghormatan / ucapan selamat)
  2. Penghormatan kepada Rasulullah dengan lafaz Ψ§ΩŽΩ„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„ΩŽΨ§Ω…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’ΩƒΩŽ (salam sejahtera ke atas kamu)
  3. Penghormatan dan kesejahteraan ke atas diri kita sendiri dengan lafaz Ψ§ΩŽΩ„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„ΩŽΨ§Ω…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω†ΩŽΨ§ (salam sejahtera ke atas kami)
  4. Penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh dengan lafaz عِبَادِ اللّٰهِ Ψ§Ω„Ψ΅ΩŽΩ‘Ψ§Ω„ΩΨ­ΩΩŠΩ†ΩŽ (hamba-hamba yang soleh)

Setelah kita melafaz penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh, kita perkukuhkan keanggotaan kita dalam kumpulan besar makhluk-makhluk Allah yang soleh di dunia ini dengan melafaz syahadah.

Hal ini membuktikan bahawa penyaksian tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sama dengan penyaksian mereka.

Keimanan kita juga sama dengan keimanan mereka terhadap Allah dan rasul pesuruhNya.

Penutup

Saya berharap panduan ini dapat membantu anda.

Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

220 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Na'izah
Nur Na'izah
1 bulan yang lalu

Assalamua’alaikum ustaz, adakah tahiyat awal ini perkara yang sunat dalam solat? sebab didalam penulisan ustaz yang lain mengenai 13 rukun solat.. tahiyat awal ini tidak ada. mohon beri penjelasan ustaz.

Roma
Roma
10 bulan yang lalu

Apakah cara pendek untuk membaca tahiyat akhir. Dimana harus saya henti

Sham
Sham
1 tahun yang lalu

Tolong nyahkan iklan sebab mengganggu bacaan

lynna
lynna
Reply to  Sham
8 bulan yang lalu

Guna adblocker

Nabil
Nabil
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz,kalau perkara “ibadillahissolihin tu jadi ibadillah Issolihin ubah maksud ke ustaz?

Last edited 1 tahun yang lalu by Nabil
Firdaus
Firdaus
1 tahun yang lalu

Innaka hamidum ke Innaka hamidun majid?

H
H
1 tahun yang lalu

Kalau sy menggunakan perkataan alihi di tahiyat akhir sah ke solat kita

Azlan
Azlan
1 tahun yang lalu

Assallamualaikum sy tidak dapat membuat perbuatan duduk tahiyat awal.dan akhir seperti kaki dlm gambar diatas adakah sah solat saya

Nia
Nia
Reply to  Muhamad Naim
2 bulan yang lalu

Salam, suami sy pernah nampak Ada satu hamba Allah ni angkat telephone time dalam solat, Itu sah ke?

NOR SHAMSINAR BINTI SIDEK
NOR SHAMSINAR BINTI SIDEK
1 tahun yang lalu

Terima kasih banyak2. Sangat2 bermanafaat.

Aidilya Qaisara
Aidilya Qaisara
1 tahun yang lalu

bagus kalau budak nak hafal atau orang baru masuk islam ☺️

Aidilya Qaisara
Aidilya Qaisara
Reply to  Aidilya Qaisara
1 tahun yang lalu

Mohon share ya…

Nas
Nas
1 tahun yang lalu

Salam ustaz, saya perlihat dalam lafaz bahasa arab tidak mempunyai perkataan sayidina tetapi dalam terjemahannya mempunyai perkataan sayidina (iaitu pemimpin). Apakah hukum solat saya sekiranya saya baca sayidina dalam tahiyat akhir?