CARA & BACAAN SUJUD SAJADAH / TILAWAH (Lengkap)

Bagaimana cara dan bacaan sujud sajadah atau tilawah?

Sujud sajadah ini biasanya dilakukan pada Solat Subuh berjemaah pada Hari Jumaat.

Oleh itu, artikel ini akan memberi panduan secara lengkap dan mudah tentang bagaimana kaedah untuk melaksanakan sujud sajdah ini.

Mari kita mulakan..

Pengenalan

Apakah maksud sujud sajadah?

Sujud sajadah ialah sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca dan mendengar ayat-ayat sajadah dalam al-Quran.

Nama lain bagi Sujud sajdah adalah sujud tilawah. Perkataan “tilawah” disini bermaksud bacaan.

Sujud tilawah bermaksud sujud yang dilakukan apabila kita membaca ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran.

Sujud sajadah terbahagi kepada kepada dua iaitu:

  1. Sujud sajadah di dalam solat
  2. Sujud sajadah di luar solat

Hukum Melakukan Sujud Sajadah

Hukum melakukan sujud sajadah adalah sunat.

Di dalam solat, sekiranya sujud tilawah dilakukan sebelum atau bukan pada ayat sujud sajadah, maka perbuatan ini akan membatalkan solat tersebut.

Di dalam solat jemaah, sekiranya imam melakukan sujud tilawah, maka makmum wajib untuk turut melakukan sujud tilawah

Batal solat makmum sekiranya tidak turut melakukan sujud tilawah bersama imam.

Namun jika dalam solat jemaah, imam tidak melakukannya, maka makmum tidak perlu sujud tilawah kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam –iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.

Ayat Sujud Sajadah

keberkatan istikharah

Ayat-ayat al-Quran yang disunatkan sujud tilawah (sajadah) padanya ada 14 tempat.

Di dalam al-Quran, ayat-ayat ini diberikan tanda kubah masjid atau ditulis perkataan sajadah.

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah al-A’raf, ayat 206

Maksudnya:

Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.


2. Surah Ar-R’ad, ayat 15

Maksudnya:

Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.


3. Surah an-Nahl, ayat 50

Maksudnya:

Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.


4. Surah Isra’, ayat 109

Maksudnya:

Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.


5. Surah Maryam, ayat 58

Maksudnya:

Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.


6. Surah al-Hajj 18

Maksudnya:

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.


7. Surah al-Hajj, ayat 77

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).


8. Surah al-Furqan, ayat 60

Maksudnya:

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): “Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!” Mereka bertanya: “Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?” Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.


9. Surah an-Naml, ayat 26

Maksudnya:

“Allah! – Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar “.


10. Surah As-Sajdah, ayat 15

Maksudnya:

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.


11. Surah Fussilat, ayat 38

Maksudnya:

Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu.


12. Surah an-Najm, ayat 62

Maksudnya:

Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).


13. Surah al-Insyiqaq, ayat 21

Maksudnya:

Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?


14. Surah al-‘Alaq, ayat 19

Maksudnya:

Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Surah Yang Dikecualikan Dari Sujud Sajadah

Imam al-Syafi’e meletakkan sujud tilawah pada empat belas tempat sahaja dalam al-Quran dengan menolak ayat dalam surah Sad sebagai ayat sajadah, sebaliknya menganggapnya sebagai sujud syukur yang sunat dilakukan pada luar solat.

Ia haram dilakukan dalam solat dan boleh membatalkannya.

Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i daripada Ibn Abbas r.a bahawa Nabi SAW pernah sujud ketika membaca surah Sad, dan katanya yang bermaksud:

Nabi Daud pernah sujud untuk bertaubat, dan kita juga sujud sebagai tanda kesyukuran (kerana taubat Nabi Daud telah diterima Allah)

(Riwayat al-Nasa’i dalam Sunan al-Nasa’i, kitab Iftitah: Bab sujud al-Quran, sujud pada surah Sad)

Bacaan Sujud Sajadah

Bacaan sujud sajadah adalah seperti berikut:

Bacaan sujud sajadah

Bacaan sujud sajadah dalam rumi:

Sa-ja-da  waj-Hi-ya  lil-la-dziy  kho-la-qo-hu  wa-shaw-wa-ra-Hu  wa-syaq-qo  sam-‘a-Hu  wa-ba-sho-ro-Hu  bi-hau-li-hi  wa-quw-wa-ti-Hi  fa-ta-baa-ro-kaL  Laa-Hu  ah-san-ul  khoo-li-qiyn .

Maksudnya:

Aku sujudkan wajahku ini kepada Allah yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya dan kudratNya. Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.

Cara Sujud Sajadah

Sujud Sajadah Dalam Solat

Kebiasaan di Malaysia dan kawasan nusantara ini khasnya, umat Islam hanya mengadakan sujud tilawah ataupun dipanggil juga sebagai sujud sajdah iaitu pada solat subuh pagi Jumaat.

Cara-cara melakukan sujud tilawah didalam solat adalah apabila selesai membaca ayat al-Quran yang disunatkan sujud sajdah padanya, maka disunatkan terus sujud dan membaca tasbih sujud sajadah.

Surah yang lazim dibaca ialah Alif Lam Mim Sajdah; dibacakan pada rakaat pertama.

Apabila sampai kepada:

… maka teruslah sujud

Bacaan tasbih ketika sujud sajadah ialah:

tasbih sujud sajadah
Bacaan sujud sajadah

Bacaan dalam rumi:

Sajada Wajhiya Lilladzi Khalaqahu Wa Sawwarahu Wa Shaqqa Sam’ahu Wa Basarahu Bi-Hawlihi Wa Quwwatih, Fatabarakal-Allahu Ahsanul Khaaliqin

Maksudnya:

Aku sujudkan wajahku ini kepada Allah yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya dan kudratNya. Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.

Seterusnya kembali semula berdiri tanpa perlu mengangkat tangan dan meneruskan bacaan sambungan ayat al-Quran tadi.

pergerakan sujud tilawah

Sujud Sajadah Diluar Solat

Cara melakukan sujud tilawah di luar solat pula adalah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca tasbih sujud tilawah (seperti di atas ↑).

Kemudian kembali duduk dan memberi salam.

Sujud Tilawah Dalam Solat Berjemaah

1. Jika imam sujud tilawah kerana bacaannya sendiri, maka wajiblah makmum sujud bersamanya.

Jika tidak dilakukan, batallah solat makmum tersebut.

Jika imam tidak sujud, maka makmum tidak boleh sujud.

Jika makmum sujud juga, maka batallah solatnya.


2. Sekiranya imam sujud sedangkan makmum tidak tahu (tidak sedar) sehingga imam mengangkat kepalanya daripada sujud, maka dia dimaafkan kerana tertinggal dan dia tidak boleh lagi sujud.

Sekiranya dia mengetahui sedang imam dalam keadaan sujud, maka wajiblah dia sujud.


3. Jika imam turun sujud dalam solat sirriyyah (tidak baca lantang), maka hendaklah makmum mengikutinya kerana dianggap imam itu telah membaca ayat sajadah.


4. Sekiranya makmum turun untuk sujud, kemudian imam mengangkat kepalanya ketika makmum itu sedang bergerak untuk sujud, maka dia mesti berdiri semula bersama imam dan tidak boleh sujud.

Demikian juga keadaan orang lemah yang turun sujud bersama imam.

Apabila imam bangun daripada sujud sebelum orang yang lemah itu sampai di tempat sujud (lantaran cepatnya imam dan lambatnya makmum yang lemah itu), maka hendaklah dia kembali bersamanya dan tidak boleh meneruskan sujud.

Catatan

Masalah ini tidak sama dengan masalah mendahului imam dengan satu rukun, bahkan masalah ini ialah pertambahan rukun dalam solat.

Oleh itu masalah ini sama dengan masalah makmum membaca ayat as-Sajdah, lalu dia sujud Tilawah di belakang imam kerana bacaanya.

Fatwa ini tersebut dalam Ar-Raudhah.

Perbezaan antara masalah ini dengan masalah jika makmum turun di belakang imam untuk sujud biasa, tiba-tiba imam mengangkat kepalanya, maka makmum wajib sujud dan mendapatkan imam dalam qiam.

Ini kerana sujud biasa itu daripada rukun solat, sedangkan sujud tilawah bukand daripada rukun solat.


5. Jika seseorang yang solat sebagai makmum, maka dia tidak boleh sujud kerana bacaannya sendiri ataupun kerana bacaan selain imam.

Jika dia sujud, maka batallah solatnya.

Nota

Makruh makmum membaca ayat sajadah di belakang imam atau mendengar pada bacaan lain selain imamnya.

Penutup

Semoga panduan ini dapat membantu anda.

Jika anda ada sebarang pandangan atau pertanyaan berkenaan dengan topik ini, sila tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.

InsyaaAllah saya akan cuba membantu anda.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

108 thoughts on “CARA & BACAAN SUJUD SAJADAH / TILAWAH (Lengkap)”

  1. Assalammualaikum wtb… Boleh x kta baca sampai ayat 15 surah sajdah… Sujud tilawah… Bangun dah baca surah lain… Sebab belum hafal sepenuh nya… Mohon pencerahan…segala yang baik nya dari Allah swt… Yang fakir Dan kurang ilmu itu saya…

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Ya, dibolehkan untuk membaca Surah al-Sajdah hingga ayat 15 sahaja, kemudian terus sujud tilawah, dan selepas bangun, sambung bacaan dengan surah lain sama ada di dalam solat atau di luar solat.

      Dalam mazhab Syafi‘e:

      • Sujud tilawah sunat dilakukan apabila membaca ayat sajdah seperti ayat 15 ini.
      • Tidak wajib menghabiskan satu surah penuh sebelum sujud.
      • Selepas bangun dari sujud, boleh sambung mana-mana bacaan lain atau terus rukuk.

      Cuma satu perkara perlu diperhatikan: Jika dalam solat, ayat sajdah itu dibaca sebagai sebahagian bacaan biasa, maka sujud tilawah adalah sunat. Tapi kalau dibaca semata-mata untuk menambah sujud tilawah dalam solat, ia makruh dan ada pandangan menyatakan ia tidak wajar dilakukan, kecuali dalam solat Subuh hari Jumaat.

      Jadi tuan tidak perlu risau. Amalan tuan adalah dibolehkan, dan tidak bercanggah dengan syarak. Hafalan yang belum lengkap bukan halangan, dan Allah sentiasa menilai kesungguhan hambaNya.

      Semoga Allah menerima amalan puan dan terus memberi kekuatan untuk beristiqamah.

      Wallāhu a‘lam.

      Reply
  2. Ustaz, dlm isu sajdah ni, saya ada soalan berkenaan makmum yg tersilap rukuk, sedangkan imam turun sujud… Ketika makmum tu sedar, imam masih dalam keadaan sujud. Apa makmum perlu buat? Dari rukuk terus turun sujud, atau kena berdiri semula dulu, baru turun sujud?

    Reply
    • Waalaikumussalam.

      Dalam situasi ini, jika makmum tersilap rukuk sedangkan imam sudah turun sujud, makmum perlu segera berdiri tegak (iktidal) dahulu, kemudian barulah turun sujud mengikut imam. Ini kerana berdiri selepas rukuk (iktidal) adalah rukun solat yang tidak boleh ditinggalkan.

      Namun, jika selepas berdiri sekejap (iktidal) makmum dapati imam sudah bangun ke sujud kedua atau duduk antara dua sujud, makmum ada dua pilihan:

      1. Berniat keluar daripada berjemaah (mufaraqah) dan sambung solat bersendirian hingga selesai.
      2. Terus ikut imam, tetapi selepas imam beri salam, makmum kena tambah satu lagi rakaat kerana rakaat yang tadi itu tidak dikira.

      Yang penting, makmum jangan sengaja lewat mengikuti imam sehingga tertinggal dua rukun utama secara berturut-turut kerana ini boleh membatalkan solat.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  3. 1.Ustaz,nak Tanya selpas turun sujud sajadah tu banggun berdiri Dan dengr imam baca smbungan ayat tersbut kan? Atau imam akan baca hbis semasa sujud tdi?
    2.apabila berdiri kita baca alfatihah mcm biasa?? Dan rukuk ..sujud..? Banggun semula untk rakaat terakhir di sudahi dengan tahiyat akhir?? Betul x?
    3.niat dalm solat subuh kan?
    Bole ustaz bg cara solat sujud sjadah dengn sepenuhnya sbb sya nk ke mekkah bln 1 ni.trima kaseh.msih xfhm n keliru cara mengerjakan solat tersbut

    Reply
    • Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Apabila imam membaca ayat sajdah dalam solat (contohnya, surah As-Sajdah ayat 15), imam akan berhenti pada ayat tersebut dan semua makmum akan melakukan sujud sajadah sekali. Selepas sujud, imam akan bangun berdiri dan menyambung bacaan ayat seterusnya daripada surah tersebut. Bacaan surah tidak dihabiskan semasa sujud.

      Selepas itu, solat diteruskan seperti biasa, iaitu dengan rukuk, iktidal, sujud dua kali, dan seterusnya. Pada rakaat terakhir, solat akan diakhiri dengan tahiyat akhir dan salam.

      Niat solat Subuh tidak berubah dan dilakukan seperti biasa: “Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”

      Sujud sajadah dalam solat hanya dilakukan sekali apabila terdapat bacaan ayat sajdah, dan ia tidak memerlukan niat khas. Dengan itu, solat diteruskan seperti solat Subuh biasa, tetapi ditambah sujud sajadah jika terdapat bacaan ayat sajdah dalam rakaat pertama.

      Semoga penjelasan ini memudahkan puan memahami cara melaksanakan sujud sajadah dalam solat Subuh, khususnya ketika menunaikan ibadah di Mekah. Semoga ibadah puan diterima dan diberkati Allah.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
        • Sama-sama, puan. Alhamdulillah, syukur jika penjelasan tersebut dapat memberikan pencerahan dan kefahaman kepada puan tentang sujud sajdah.

          Jika ada lagi persoalan atau memerlukan penerangan lanjut, jangan segan untuk bertanya.

          Semoga Allah SWT memberkati usaha tuan dalam memahami ibadah dengan lebih baik. 😊

          Reply
  4. Salam ustaz.
    Adakah semasa sujud sajadah makmum tidak membaca apa-apa hanya sekadar sujud mengikut imam adakah ianya membatalkan solat

    Reply
    • Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Ketika sujud sajadah dalam solat berjemaah, makmum hanya perlu mengikut imam dalam melakukan sujud tersebut. Tidak membaca apa-apa semasa sujud sajadah tidak membatalkan solat, kerana rukun makmum adalah mengikut pergerakan imam, bukan membaca bacaan tertentu.

      Dalam mazhab Syafie, bacaan semasa sujud sajadah adalah sunat, bukan wajib. Oleh itu, jika makmum tidak membaca apa-apa ketika sujud sajadah (kerana mengikut imam atau tidak hafal bacaan), solat tetap sah selagi sujud dilakukan dengan sempurna mengikut rukun.

      Kesimpulan:

      • Tidak membaca apa-apa ketika sujud sajadah tidak membatalkan solat.
      • Makmum hanya perlu mengikuti imam dalam melakukan sujud sajadah.
      • Jika mampu, makmum digalakkan membaca doa sujud sajadah, tetapi ia bukan syarat sah.

      Semoga penjelasan ini membantu.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  5. Maaf ustaz. Gambar orang sujud yang diletakkan sepertinya kurang sesuai kerana dalam gambar tersebut, sepertinya individu itu meletakkan sesuatu di dahi ketika sujud. Maaf kalau tersilap

    Reply
  6. Didoakan semoga penulis mendapat pahala berterusan dari Allah SWT apabila tulisan² dan panduan² yang diterbitkan dibaca dan diamalkan oleh ramai pihak. Jariah ini sangat baik.

    Reply
    • Amin, ya Allah. Terima kasih atas doa yang begitu tulus dan menyentuh hati.
      Doa seperti inilah yang menjadi pembakar semangat untuk terus berkongsi ilmu. Semoga Tuan juga dikurniakan keberkatan hidup, limpahan rahmat dan pahala jariah yang tidak putus-putus, hasil daripada setiap sokongan dan dorongan yang diberikan. 🤲🏼

      Reply
  7. Berkenaan solat sunat terawih berjemaah… sekiranya imam terlebih rukun solat adakah wajib makmum ikut ataupun tunggu ? bagaimana dengan solat sunat tu adakah di kira sah

    Reply
    • Dalam Mazhab Syafie, jika imam terlebih rukun dalam solat sunat terawih, makmum diharuskan mengikut tindakan imam. Solat masih dianggap sah asalkan syarat dan rukun solat terpenuhi.

      Untuk memperbaiki kesilapan, imam disarankan melakukan sujud sahwi. Makmum boleh mengikuti imam dalam sujud sahwi atau, jika perlu, memisahkan diri dari jemaah dan melanjutkan solat secara individu

      Jadi, dalam situasi imam terlebih rukun, penting untuk mengikut imam dan bersedia melakukan sujud sahwi jika imam melakukannya, sebagai cara untuk memperbaiki kesalahan yang terjadi selama solat berjemaah.

      Reply
  8. Salam wbt admin…nk tanya seandainya x dpat nk hafal bacaan sujud sejadah ada ker bacaan lain yang mudah untuk di ingat

    Reply
    • As Salam,

      Sujud tilawah boleh dilakukan pada bila-bila masa, termasuklah pada waktu subuh hari Jumaat, walaupun dalam solat yang dilakukan secara sendirian.

      Oleh itu, jika ketika solat Subuh pada hari Jumaat anda membaca ayat sujud atau mendengar ayat tersebut (contohnya melalui bacaan imam dalam solat Jemaah), anda boleh melakukan sujud tilawah sebagai tanda penghormatan kepada ayat tersebut, mengikut panduan dan syarat yang ditetapkan dalam mazhab Syafi’i.

      Reply
  9. Assalamualaikum Ustaz..maafbertanya..sy membaca al Qu’ran..jumpa ayat as Sajadah..apakah sy perlu memakai telekung sembahyang penuh utk lakukan sujud ini..kerana masaitu sy hanya mengaji Dan pakai kain tudung sahaja..

    Reply
    • Waalaikumsalam.

      Sujud tilawah merupakan ibadah yang disunnahkan. 

      Mengenai pakaian, sebaiknya puan memakai pakaian yang menutup aurat serta memakai tudung yang menutup kepala dan leher. Walaupun demikian, jika puan sedang membaca Al-Quran dan tidak mengenakan telekung, puan masih boleh melakukan sujud tilawah dengan memastikan aurat tertutup, seperti memakai tudung dan pakaian yang longgar.

      Namun, lebih baik jika puan mengenakan telekung yang lengkap sebelum membaca Al-Quran, terutamanya ketika puan tahu akan membaca atau mendengar ayat sujud.

      Reply
    1. Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin membaca sujud sajadah dlm solat subuh berjemaah pd pagi jumaat, saya baca surah tersebut berpandukan pd kitab yg saya letakkan didepan saya diwaktu solat.

    Soalannya : bolehkah saya baca sehingga separuh surah saja sbb surah yg berikut saya terpaksa buka dimuka surat sebelah lg. ? Saya takut pergerakan saya dlm solat akan membatalkan solat saya.

    Atau bolihkah saya membaca surah yg lain utk rakaat yg kedua iaitu surah Al-A’la atau lain2 surah.?

    Saya mohon pencerahan dr Ustaz .
    TERIMA KASIH ustaz . Assalamualaikum
     

    Reply
    • Wassalam, Ya dibolehkan.

      Selepas bangun dari sujud sejadah, boleh diam sekejap sebelum rukuk atau dibacakan surah lain.

      Reply
    1. Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin membaca sujud sajadah dlm solat subuh berjemaah pd pagi jumaat, saya baca surah tersebut berpandukan pd kitab yg saya letakkan didepan saya diwaktu solat.

    Soalannya : bolehkah saya baca sehingga separuh surah saja sbb surah yg berikut saya terpaksa buka dimuka surat sebelah lg. ? Saya takut pergerakan saya dlm solat akan membatalkan solat saya.

    Atau bolihkah saya membaca surah yg lain utk rakaat yg kedua iaitu surah Al-A’la atau lain2 surah.?

    Saya mohon pencerahan dr Ustaz .
    TERIMA KASIH ustaz

    . Assalamualaikum
     

    Reply
    • Waalaikumsalam,

      Untuk soalan pertama anda mengenai membaca separuh surah yang mengandungi ayat sajadah dalam solat Subuh berjemaah pada hari Jumaat: Dalam mazhab Syafi’i, tidak ada keharusan untuk membaca keseluruhan surah dalam solat. Anda boleh membaca beberapa ayat sahaja, termasuk ayat sajadah, selagi mana bacaan itu memenuhi syarat minimum bacaan dalam solat, iaitu sekurang-kurangnya tiga ayat pendek atau satu ayat yang panjang. Jadi, membaca sebahagian dari surah yang mengandungi ayat sujud adalah dibolehkan.

      Mengenai pergerakan untuk membuka muka surat seterusnya, pergerakan kecil seperti membalik halaman tidak akan membatalkan solat selagi mana pergerakan itu dilakukan dengan cepat dan tidak berlebihan. Namun, disarankan agar memilih bacaan yang tidak memerlukan pergerakan berlebihan untuk menjaga kekhusyukan dalam solat.

      Untuk soalan kedua, mengenai membaca surah lain untuk rakaat kedua, seperti surah Al-A’la atau surah lain: Ya, anda boleh membaca surah lain untuk rakaat kedua. Dalam solat, terutama solat fardhu, tidak ada ketetapan khusus mengenai surah apa yang perlu dibaca setelah surah Al-Fatihah. Oleh itu, anda bebas untuk memilih surah atau ayat-ayat tertentu yang anda ingin baca dalam rakaat kedua, termasuk surah Al-A’la atau surah lain yang anda mahir.

      Saya berharap penjelasan ini membantu dan memberikan kejelasan kepada anda. Semoga solat anda diberkati dan diterima. Amin.

      Reply
  10. salam
    ( Perlu diingat adalah batal atau tidak sah solat seseorang itu apabila membaca surah yang lain umpamanya membaca surah al-‘Alaq dan berniat untuk sujud.
    Tetapi, kalau kebetulan membaca surah berkenaan lalu sujud, maka tidaklah batal solatnya.) surah al-‘alaq bukankah salah satu surah sajdah? Adakah Batal sekiranya berniat untuk sujud? Mohon pencerahan, sedikit keliru

    Reply
  11. Assalammualaikum ustaz, bacaan Dalam sujud sajaddah Tu klu saya baca surah yg biasa dibaca seperti surah an nas Ka Al falaq Ka atau al iklhlas Ka boleh Ka ustaz

    Reply
    • Wassalam,

      Membaca surah-surah seperti Al-Falaq, An-Nas atau Al-Ikhlas dalam sujud sajadah tidak disunnahkan dan tidak sesuai dengan tuntunan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

      Reply
    • Tak perlu baca fatihah , apabila bangkit daripada sujud sajadah tadi , lanjutkan membaca surah sajadah sehingga selesai… Kemudian gerakan solat kembali seperti biasa ..

      Reply

Leave a Comment