Niat & Cara Solat Sunat Musafir (Panduan Lengkap)

solat sunat musafir

Bagaimana niat dan cara mengerjakan solat sunat musafir?

Ini adalah panduan lengkap tatacara Solat Sunat Musafir. Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Doa musafir juga turut disediakan.

Apa yang menarik:

Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan transliterasi ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan..

Waktu Mengerjakan Solat Musafir

Apabila hendak bermusafir sama ada berziarah, menunaikan haji atau umrah, berniaga dan seumpamanya dengan perjalanan melebihi 60 batu (dua marhalah), disunatkan solat sunat dua rakaat.

YouTube video

Solat sunat musafir didirikan dengan harapan supaya perjalanan diberkati Allah SWT.

Ibn Abi Syaibah ada meriwayatkan dengan sanadnya daripada al-Mut’im bin al-Miqdam katanya, Rasulullah SAW bersabda:

Tiada yang ditinggalkan oleh seorang hamba ke atas ahlinya lebih afdal daripada solat dua rakaat di sisi mereka, ketika dia hendak bermusafir. 

— Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannaf Abi Syaibah

Niat Solat Sunat Musafir

Niat solat musafir adalah seperti berikut:

niat solat musafir أُصَلِّي سُنَّةَ السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

 Usolli Sunnatas-Safari Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat kerana hendak musafir dua rakaat sunat kerana Allah Taala.

Cara Solat Sunat Musafir

Ringkasan Cara Melakukan Solat Sunat Musafir

  • Solat Sunat Musafir dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat kerana hendak musafir dua rakaat sunat kerana Allah Taala.”.
  • Bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim dalam setiap rakaat. Untuk surah lazim, anda boleh membaca surah al-Kafirun.
  • Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan anda menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
  • Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas. Kemudian lakukan lagi rukuk dan sujud.
  • Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam.
  • Apabila telah selesai solat, berdoalah dengan penuh penghayatan, memohon kepada Allah SWT supaya diberi kesalamatan sepanjang musafir dan keluarga yang ditinggalkan.

Cara mengerjakan Solat Sunat Musafir adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat dalam hati.

takbiratul ihram

2. Kemudian, bacalah doa Iftitah.

Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan.

doa iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin


3. Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


4. Kemudian, baca Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-kafirun (atau surah yang lain).

surah al-kafirun

Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum ‘abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain.


5. Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.

rukuk solat
sujud

Rakaat Kedua

6. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


7. Baca surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, pada rakaat kedua juga dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


8. Membaca Surah al-Ikhlas

Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:

surah al-ikhlas

Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain.


9. Solat diteruskan dengan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua.

tahiyat akhir

10. Solat diakhiri dengan memberi salam.

salam

Doa Selepas Solat Sunat Musafir

Sesudah salam, anda boleh membaca salah satu daripada doa di bawah:

Doa 1

Allahumma Bika Asta’iiNu Wa ‘Alaika AtawakkaLu. Allahumma ZallilLi Su’UuBata Amrii, Wa Sahhil ‘Alayya Masyaqqah Safari, Warzuqnii Minal Khayri AkTsaRa MimMa AthLub, WasRif ‘Anniy Kulla Syarrin.

Robbish-RahLii Sodri, WayassirLii Amri, Allahumma Inni AstahFiDzuKa Wa AstauDi’Uka Nafsii Wa DiiNii Wa AhLii Wa AQoRiBii Wa Kulla Maa An ‘AmTa Alayya Wa ‘AlayHim Bihi Min AaKhiRoTin Wa Dunya, FahFazNaa Ajma’in Min Kulli Suu’in Yaa Karim.

Maksud doa:

Ya Allah, kepadaMu aku memohon dan bertawakkal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku, berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.

Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku, dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku dan pada mereka dalam hal akhirat dan dunia, dan hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia

(Hadis direkodkan oleh At-Tabarani)


Doa 2
doa musafir

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Subhaanal Lazii Sakh KhaRaLana Hazaa Wa Maa KunNaLaHuu MuqRinin Wa Inna iIaa Rabbina Lamung Qalibuun.

Allahumma inna Nas Aluka fii Safarinaa Hazaal Birra Wattaqwaa, Waminal Amali Maa Tardhaa.

Allahumma Hawwin ‘Alainaa SafaraNaa Hazaa Wa Atwi Anna Bu’dah. Allahumma AntasSoohiibu FissaFari Wal KhaliiFatu Fil Ahli.

Allahumma innaa Na ‘Uuzubika Min Wa’thaa issaFar, Waka Aa Batil Mang Zhori Wa Suu ilmung Qalabi fil Maali Wal Ahli.


Maksudnya:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Maha Suci Tuhan yang telah mempermudahkan kami dan kami tidak syirik kepadaNya, juga kepadaNya kami kembali.

Ya Allah, kami memohon kepada perjalanan kami ini kebaikan, ketaqwaan dan amalan yang Engkau redhai. Ya Allah, mudahkanlah bagi kami perjalanan kami dan pendekkanlah bagi kami perjalanan ini.

Wahai Tuhan kami, Engkaulah Pengiring di dalam perjalanan ini dan Penjaga keluarga kami. Ya Tuhan kami, kami memohon dipelihara daripada sebarang kesusahan perjalanan ini dan perkara-perkara yang buruk yang dilihat dan berlaku kepada harta dan keluarga kami.

Doa Semasa Bangun Daripada Duduk Sebelum Memulakan Langkah

Ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah, hanya denganMu aku berpegang teguh. Ya Allah, penuhi keperluanku dan apa yang aku abaikan, tambahkanlah bagiku ketakwaan, ampunilah dosaku, dan tunjukkan bagiku kebaikan di mana sahaja aku berada.

– Hadis diriwayatkan oleh Ibnu As-Sunni

Mulakan Perjalanan Dengan Langkah Kanan Dan Membaca Doa

Maksudnya:

Ya Allah, saya berlindung kepadaMu daripada sesat ataupun disesatkan, menjadi hina ataupun dihinakan, menzalimi atau dizalimi, tidak mengendahkan atau tidak diendahkan.

(Hadis direkodkan oleh Abu Daud)

Maksudnya:

Dengan nama Allah aku bergantung kepada Allah, dan tiada daya dan upaya kami kecuali dengan keizinanMu, Ya Allah.

(Hadis direkodkan oleh At-Tirmizi)

Doa Semasa Turun Ataupun Keluar Dari Rumah

Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan yang dijadikan.

(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Doa Perlindungan Bagi Keluarga Yang Ditinggalkan

Maksud doa:

Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku, dan nikmat-nikmat yang Engkau berikan kepadaku kepada mereka dalam hal akhirat dan dunia, dan hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia

(Hadis direkodkan oleh at-Tabrani)

Bertawakkal Dan Menyerahkan Seluruh Pergantungan Kepada Allah Bagi Memelihara Keluarga Dan Harta Yang Ditinggalkan

Maksudnya:

Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah menghilangkan simpananNya

(Hadis direkodkan oleh Ibnu Majah)

Doa Menaiki Kenderaan

Setelah berapa di dalam kenderaan, bacalah doa berikut sebelum berlepas:

1. Semasa mahu menaiki kenderaan:

Bismillah

Dengan nama Allah

2. Ketika berada di atas kenderaan:

Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah

3. Kemudian diikuti dengan bacaan doa menaiki kenderaan:

SubHaNallazi SahKhaRa Lana HaaZa WaMaa KunNa Lahu MuqRinin Wa Inna Ila RabbiNa LamunQolibun

Maha Suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kepada Tuhan kami akan kembali

(Surah az-Zukhuf ayat 13-14)

4. Selepas itu lafazkan tahmid:

Alhamdulillah (3x)

Segala puji bagi Allah

5. Diikuti pula dengan lafaz takbir:

Allahu akhbar (3x)

Allah Maha Besar

6. Diakhiri dengan bacaan berikut:

SubhaNaka Inni ZhoLamTu Nafsi, FaghFirLi, InnaHu Laa YaghFiRuz-DzuNuuBa illaa Anta

Maha suci Engkau, sesungguhnya aku menzalimi diriku, maka ampunilah dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau

(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi, dan An-Nasai’e daripada Ali Bin Rabi’ah, Hadis hasan)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Aishah
Aishah
4 bulan yang lalu

Terima kasih tuan penulis atas perkongsian ilmu, semoga Allah merahmati tuan penulis sekeluarga dunia dan akhirat.amin.

hassanah hj aziz
hassanah hj aziz
2 tahun yang lalu

Salam sdr. Mohon share untuk beramal. Qobiltu ijazah. Terima kasih sdr. Semoga Allah berkati hidup dunia akhirat sdr. Aamiin ?

Zahar
Zahar
3 tahun yang lalu

Apa maksud takbir intiqalat Dan bagaimana bacaannya

hamba Allah
hamba Allah
3 tahun yang lalu

assalamualaikum, blh tak bagi audio bacaan untuk doa solat musafir

Awanis
Awanis
3 tahun yang lalu

Lafaz niat solat sunat Selepas pulang dari musafir