Bagaimana niat dan cara mengerjakan solat sunat musafir?
Ini adalah panduan lengkap tatacara Solat Sunat Musafir. Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.
Doa musafir juga turut disediakan.
Apa yang menarik:
Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan transliterasi ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan..
- Waktu Mengerjakan Solat Musafir
- Niat Solat Sunat Musafir
- Cara Solat Sunat Musafir
- Doa Selepas Solat Sunat Musafir
- Doa Semasa Bangun Daripada Duduk Sebelum Memulakan Langkah
- Mulakan Perjalanan Dengan Langkah Kanan Dan Membaca Doa
- Doa Semasa Turun Ataupun Keluar Dari Rumah
- Doa Perlindungan Bagi Keluarga Yang Ditinggalkan
- Bertawakkal Dan Menyerahkan Seluruh Pergantungan Kepada Allah Bagi Memelihara Keluarga Dan Harta Yang Ditinggalkan
- Doa Menaiki Kenderaan
Waktu Mengerjakan Solat Musafir
Apabila hendak bermusafir sama ada berziarah, menunaikan haji atau umrah, berniaga dan seumpamanya dengan perjalanan melebihi 60 batu (dua marhalah), disunatkan solat sunat dua rakaat.
Solat sunat musafir didirikan dengan harapan supaya perjalanan diberkati Allah SWT.
Ibn Abi Syaibah ada meriwayatkan dengan sanadnya daripada al-Mut’im bin al-Miqdam katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Tiada yang ditinggalkan oleh seorang hamba ke atas ahlinya lebih afdal daripada solat dua rakaat di sisi mereka, ketika dia hendak bermusafir.
— Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannaf Abi Syaibah
Niat Solat Sunat Musafir
Niat solat musafir adalah seperti berikut:
Usolli Sunnatas-Safari Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Sahaja aku solat kerana hendak musafir dua rakaat sunat kerana Allah Taala.
Cara Solat Sunat Musafir
Ringkasan Cara Melakukan Solat Sunat Musafir
- Solat Sunat Musafir dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat kerana hendak musafir dua rakaat sunat kerana Allah Taala.”.
- Bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim dalam setiap rakaat. Untuk surah lazim, anda boleh membaca surah al-Kafirun.
- Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan anda menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
- Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas. Kemudian lakukan lagi rukuk dan sujud.
- Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam.
- Apabila telah selesai solat, berdoalah dengan penuh penghayatan, memohon kepada Allah SWT supaya diberi kesalamatan sepanjang musafir dan keluarga yang ditinggalkan.
Cara mengerjakan Solat Sunat Musafir adalah seperti berikut:
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat dalam hati.
2. Kemudian, bacalah doa Iftitah.
Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan.
Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.
Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.
Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin
3. Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam solat.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
4. Kemudian, baca Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-kafirun (atau surah yang lain).
Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum ‘abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin.
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain.
5. Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
6. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
7. Baca surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, pada rakaat kedua juga dibacakan surah al-Fatihah.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
8. Membaca Surah al-Ikhlas
Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:
Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain.
9. Solat diteruskan dengan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua.
10. Solat diakhiri dengan memberi salam.
Doa Selepas Solat Sunat Musafir
Sesudah salam, anda boleh membaca salah satu daripada doa di bawah:
Allahumma Bika Asta’iiNu Wa ‘Alaika AtawakkaLu. Allahumma ZallilLi Su’UuBata Amrii, Wa Sahhil ‘Alayya Masyaqqah Safari, Warzuqnii Minal Khayri AkTsaRa MimMa AthLub, WasRif ‘Anniy Kulla Syarrin.
Robbish-RahLii Sodri, WayassirLii Amri, Allahumma Inni AstahFiDzuKa Wa AstauDi’Uka Nafsii Wa DiiNii Wa AhLii Wa AQoRiBii Wa Kulla Maa An ‘AmTa Alayya Wa ‘AlayHim Bihi Min AaKhiRoTin Wa Dunya, FahFazNaa Ajma’in Min Kulli Suu’in Yaa Karim.
Maksud doa:
Ya Allah, kepadaMu aku memohon dan bertawakkal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku, berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.
Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku, dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku dan pada mereka dalam hal akhirat dan dunia, dan hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia
(Hadis direkodkan oleh At-Tabarani)
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Subhaanal Lazii Sakh KhaRaLana Hazaa Wa Maa KunNaLaHuu MuqRinin Wa Inna iIaa Rabbina Lamung Qalibuun.
Allahumma inna Nas Aluka fii Safarinaa Hazaal Birra Wattaqwaa, Waminal Amali Maa Tardhaa.
Allahumma Hawwin ‘Alainaa SafaraNaa Hazaa Wa Atwi Anna Bu’dah. Allahumma AntasSoohiibu FissaFari Wal KhaliiFatu Fil Ahli.
Allahumma innaa Na ‘Uuzubika Min Wa’thaa issaFar, Waka Aa Batil Mang Zhori Wa Suu ilmung Qalabi fil Maali Wal Ahli.
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Maha Suci Tuhan yang telah mempermudahkan kami dan kami tidak syirik kepadaNya, juga kepadaNya kami kembali.
Ya Allah, kami memohon kepada perjalanan kami ini kebaikan, ketaqwaan dan amalan yang Engkau redhai. Ya Allah, mudahkanlah bagi kami perjalanan kami dan pendekkanlah bagi kami perjalanan ini.
Wahai Tuhan kami, Engkaulah Pengiring di dalam perjalanan ini dan Penjaga keluarga kami. Ya Tuhan kami, kami memohon dipelihara daripada sebarang kesusahan perjalanan ini dan perkara-perkara yang buruk yang dilihat dan berlaku kepada harta dan keluarga kami.
Doa Semasa Bangun Daripada Duduk Sebelum Memulakan Langkah
Ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah, hanya denganMu aku berpegang teguh. Ya Allah, penuhi keperluanku dan apa yang aku abaikan, tambahkanlah bagiku ketakwaan, ampunilah dosaku, dan tunjukkan bagiku kebaikan di mana sahaja aku berada.
– Hadis diriwayatkan oleh Ibnu As-Sunni
Mulakan Perjalanan Dengan Langkah Kanan Dan Membaca Doa
Maksudnya:
Ya Allah, saya berlindung kepadaMu daripada sesat ataupun disesatkan, menjadi hina ataupun dihinakan, menzalimi atau dizalimi, tidak mengendahkan atau tidak diendahkan.
(Hadis direkodkan oleh Abu Daud)
Maksudnya:
Dengan nama Allah aku bergantung kepada Allah, dan tiada daya dan upaya kami kecuali dengan keizinanMu, Ya Allah.
(Hadis direkodkan oleh At-Tirmizi)
Doa Semasa Turun Ataupun Keluar Dari Rumah
Maksudnya:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan yang dijadikan.
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)
Doa Perlindungan Bagi Keluarga Yang Ditinggalkan
Maksud doa:
Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku, dan nikmat-nikmat yang Engkau berikan kepadaku kepada mereka dalam hal akhirat dan dunia, dan hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia
(Hadis direkodkan oleh at-Tabrani)
Bertawakkal Dan Menyerahkan Seluruh Pergantungan Kepada Allah Bagi Memelihara Keluarga Dan Harta Yang Ditinggalkan
Maksudnya:
Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah menghilangkan simpananNya
(Hadis direkodkan oleh Ibnu Majah)
Doa Menaiki Kenderaan
Setelah berapa di dalam kenderaan, bacalah doa berikut sebelum berlepas:
1. Semasa mahu menaiki kenderaan:Bismillah
Dengan nama Allah
2. Ketika berada di atas kenderaan:Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah
3. Kemudian diikuti dengan bacaan doa menaiki kenderaan:SubHaNallazi SahKhaRa Lana HaaZa WaMaa KunNa Lahu MuqRinin Wa Inna Ila RabbiNa LamunQolibun
Maha Suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kepada Tuhan kami akan kembali
(Surah az-Zukhuf ayat 13-14)
4. Selepas itu lafazkan tahmid:Alhamdulillah (3x)
Segala puji bagi Allah
5. Diikuti pula dengan lafaz takbir:Allahu akhbar (3x)
Allah Maha Besar
6. Diakhiri dengan bacaan berikut:SubhaNaka Inni ZhoLamTu Nafsi, FaghFirLi, InnaHu Laa YaghFiRuz-DzuNuuBa illaa Anta
Maha suci Engkau, sesungguhnya aku menzalimi diriku, maka ampunilah dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi, dan An-Nasai’e daripada Ali Bin Rabi’ah, Hadis hasan)
Tinggalkan Komen Anda..
Alhamdulilah terima kasih ustaz atas panduan yg d beri
Terima kasih tuan penulis atas perkongsian ilmu, semoga Allah merahmati tuan penulis sekeluarga dunia dan akhirat.amin.
Terima kasih atas doa dan kata-kata baik puan. Saya bersyukur dapat membantu dan menyediakan informasi yang berguna. Semoga Allah SWT juga merahmati puan dan keluarga, memberikan keberkatan, kebahagiaan, dan kejayaan dalam semua aspek kehidupan, dunia dan akhirat. Amin.
Jika ada pertanyaan lain atau topik yang ingin puan ketahui, jangan ragu untuk bertanya.
Salam sdr. Mohon share untuk beramal. Qobiltu ijazah. Terima kasih sdr. Semoga Allah berkati hidup dunia akhirat sdr. Aamiin ?
Waalaikumsalam. Terima kasih atas doa dan kata-kata baik puan. Saya menghargai kesempatan untuk berkongsi ilmu dan informasi. Semoga Allah SWT memberkati puan dan keluarga dalam segala hal, memberikan kebahagiaan, keberkatan, dan kejayaan di dunia dan akhirat. Aamiin.
Jika ada lagi pertanyaan atau topik yang ingin puan ketahui lebih lanjut, silakan bertanya. Saya sedia membantu.
Apa maksud takbir intiqalat Dan bagaimana bacaannya
Takbir intiqalat adalah takbir untuk rakaat kedua.
Bacaannya sama sahaja seperti takbir lain iaitu “Allahuakhbar”
assalamualaikum, blh tak bagi audio bacaan untuk doa solat musafir
Lafaz niat solat sunat Selepas pulang dari musafir