NIAT & CARA SOLAT SUNAT ISYRAQ (Panduan Lengkap)

Ini adalah panduan lengkap cara melakukan Solat Sunat Isyraq.

Panduan ini akan membimbing anda secara langkah-demi-langkah dengan mudah dan lengkap.

Apa yang menarik:

Panduan solat sunat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Semoga bermanfaat..

Apa Maksud Solat Isyraq?

solat sunat isyraq

Solat Sunat Isyraq adalah solat sunat 2 rakaat yang didirikan setelah matahari terbit meninggi, yakni selepas waktu tahrim (waktu larangan untuk solat). Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan satu lagi hari kepada kita untuk bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya apabila telah selesai melaksanakan Solat Subuh berjemaah supaya duduk berzikir kepada Allah SWT sehinggalah matahari naik, kemudian mengerjakan solat sunat dua rakaat.

Rasulullah SAW menyatakan pahala yang besar bagi sesiapa yang melaksanakan ibadah tersebut, Baginda SAW bersabda:

Sesiapa yang melakukan Solat Subuh secara berjemaah kemudian dia duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia bersolat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala seperti pahala mengerjakan haji dan umrah. Berkata Rasulullah SAW “Secara sempurna, sempurna, sempurna”

— Riwayat Tirmizi

Waktu Solat Isyraq

Waktu Solat Sunat Isyraq adalah ketika matahari sudah terbit dan tingginya kira-kira segalah (3 meter), iaitu selepas Waktu Tahrim (waktu haram solat sunat). Dalam perhitungan moden: 1 jam 16 minit atau 1 jam 17 minit daripada bermulanya masuk waktu subuh.

Dalam erti kata lain, waktu ini adalah 16 atau 17 minit selepas masuk syuruq (terbit matahari). Waktu itu boleh dianggarkan bermula antara jam 7.15 pagi sehingga 7.30 pagi waktu Semenanjung Malaysia (waktu untuk Sabah dan Sarawak mungkin bermula lebih awal)

Tempoh solat ini adalah sangat singkat. (Lebih kurang 15 minit selepas syuruk sehingga masuk waktu Dhuha)

Nota

Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya  ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari.

Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Maklumat mengenai Waktu Tahrim boleh dilihat pada pautan ini: Waktu Diharamkan Solat Sunat

Jumlah Rakaat Solat Isyraq

Bilangan rakaat Solat sunat Isyraq adalah dua rakaat sahaja.

Niat Solat Sunat Isyraq

Niat solat Isyraq adalah: أُصَلِّي سُنَّةَ الإِشْرَاقِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى (Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Ta’ala)

niat solat sunat isyraq

 Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat isyraq dua rakaat kerana Allah Taala

Cara Mengerjakan Solat Isyraq

Ringkasan Cara Melakukan Solat Isyraq

  • Solat Isyraq dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja Aku Solat Isyraq Dua Rakaat Kerana Allah Taala”
  • Kemudian bacalah surah al-Fatihah. Setelah itu, bacalah surah-surah lazim seperti Surah al-Kafirun.
  • Seterusnya lakukan rukuk, sujud dua kali dan bangun semula untuk rakaat kedua dengan menjaga tuma’ninah.
  • Rakaat kedua dimulakan dengan takbir intiqalat. Kemudian bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim yang seterusnya seperti Surah al-Ikhlas.
  • Kemudian lakukan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir untuk rakaat kedua. Akhiri Solat Isyraq dengan memberi salam.
  • Selesai solat, sempurnakan solat dengan bacaan wirid dan doa selepas solat Isyraq.

Tatacara lengkap mengerjakan Solat Sunat Isyraq secara langkah demi langkah adalah seperti di bawah ini:

Doa Sebelum Mendirikan Solat Isyraq

Sebelum mendirikan Solat Sunat Isyraq, disunatkan untuk membaca doa ini terlebih dahulu:

 Al-ḥamdu lillāhilladzī aqālanā yawmanā hādhā wa-lam yuhlīknā bi-dhunūbinā 

Maksud doa:

“Segala puji bagi Allah yang telah memberikan hari ini kepada kami dan tidak membinasakan kami kerana dosa-dosa kami”

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Isyraq

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Isyraq dalam hati:

niat solat dhuha

 Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat Sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Bacalah Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain al-Kafirun


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


11. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


12. Seterusnya Membaca Surah Al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

  • Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.

13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

 SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

tahiyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Doa Solat Isyraq

Berikut adalah antara doa yang boleh dibacakan selepas selesai Solat Sunat Isyraq. Doa ini dipetik daripada Kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin, tulisan Syeikh Abdus Samad al-Falimbani.

doa solat sunat isyraq

Alhamdulillahillazi Ja’ala Yauma ‘Aafiyatan WaJaa Asy-syamsa Min Matla’ihaa, Allahummar Zuqni Khairo Haazal Yauma, Wadfa’ Annii Syarrohu. Allahumma Nawwir Qalbi Binuuri Hidaayatika Kama Nawwartal Ardho Binuuri Syamsika Abadan Abadaa Birahmatika Ya Arhamar-rohimin.


Maksudnya:

Segala puji kembali pada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.

Catatan

Boleh membaca apa-apa sahaja doa selepas Solat Sunat Isyraq. Doa-doa ini adalah panduan daripada para ulama.

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Sunat Isyraq

Terdapat beberapa kelebihan yang bakal diperolehi jika mengerjakan Solat Sunat Isyraq:

1. Diberi Pahala Haji Dan Umrah

Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah, setelah itu dia duduk sebentar sambil berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat sunat dua rakaat, baginya pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna

— Hadis riwayat al-Tirmizi

Selain daripada berzikir, masa tersebut juga boleh dipenuhi dengan membaca al-Quran, mendengar kuliah, bertistighfar dan berselawat sehingga matahari mulai terbit.

Setelah itu, barulah mengerjakan solat Sunat Isyraq sekitar 5 hingga 10 minit selepas matahari terbit dengan harapan agar memperoleh ganjaran orang yang melaksanakan haji dan umrah.

Solat Sunat Isyraq juga merupakan tanda dan bukti kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan pada hari tersebut.

Sehingga kita dapat menikmati suasana hening pagi dengan membesarkan, memuji dan mengagungkan Allah SWT menerusi Solat Sunat Isyraq ini.

2. Pahala Umpama Berjihad Di Jalan Allah

Kebiasaannya di awal pagi, ramai yang sibuk bertarung dengan kesesakan di jalan raya untuk pergi bekerja mencari rezeki untuk nafkah isteri dan anak-anak.

Jika niat betul, insyaAllah pahala umpama keluar berjihad di jalan Allah.

Sabda Nabi ﷺ :

memang jihad di jalan Allah itu hanya yang terbunuh (dalam perang) sahaja? Siapa yang bekerja untuk menghidupi orang tuanya maka dia berada di jalan Allah, siapa yang bekerja menghidupi keluarganya maka dia berada di jalan Allah, tetapi siapa yang bekerja untuk bermewah-mewah (memperbanyak harta) maka dia berada di jalan thaghut

— Riwayat ath-Thabrani

Soal Jawab Berkaitan Solat Isyraq (FAQ)

Berikut disenaraikan beberapa soal jawab lazim isu berkaitan Solat Isyraq:

Apa Itu Solat Isyraq?

Solat Sunat Isyraq adalah solat sunat 2 rakaat yang didirikan setelah matahari terbit meninggi, yakni selepas waktu tahrim (waktu larangan untuk solat)

Apakah Tujuan Solat Isyraq?

Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan satu lagi hari kepada kita untuk bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan.

Waktu Solat Isyraq

Solat Sunat Isyraq dilakukan ketika matahari sudah terbit dan tingginya kira-kira segalah (3 meter), iaitu selepas waktu yang diharamkan solat.

Dalam perhitungan moden: 1 jam 16 minit atau 1 jam 17 minit daripada bermulanya masuk waktu subuh.

Dalam erti kata lain, waktu ini adalah 16 atau 17 minit selepas masuk syuruq (terbit matahari)

Berapa Rakaat Solat Isyraq?

Bilangan rakaat solat ini adalah dua rakaat sahaja.

Apakah Hukum Mengerjakan Solat Isyraq?

Hukum mengerjakan Solat Isyraq adalah sunat.

Kelebihan Solat Isyraq

Sesiapa yang mengerjakan Solat Isyraq dijanjikan pahala sebesar mengerjakan umrah dan haji secara sempurna. Selain itu, menurut riwayat ath-Thabrani sesiapa melakukan Solat Isyraq dikurniakan pahala seumpama berjihad di jalan Allah.

Apakah Beza Antara Solat Isyraq Dan Solat Dhuha?

Terdapat khilaf di kalangan ulama mengenai kedua-dua jenis solat ini.

Menurut Imam Ghazali solat Isyraq berbeza dengan solat Dhuha. Solat sunat Isyraq bukanlah solat sunat Dhuha. la adalah solat tersendiri yang habis waktunya setelah ia mencorong dan naik matahari.

Perbezaannya adalah dari segi waktu. Waktu solat isyraq bermula daripada terbitnya matahari sehingga naik setinggi satu tombak. Waktu ini disebut Dhahwah (ضحوة)

Waktu Dhuha pula bermula daripada matahari setinggi satu tombak sehingga waktu istiwa’ (matahari tepat di atas langit).

Demi Matahari dan cahayanya yang terang-benderang. Dan bulan apabila ia mengiringinya. Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata. Dan malam apabila ia menyelubunginya dengan gelap-gelita.

— Surah Asy-Syams, ayat 1 hingga 4

Selepas selesai waktu solat ini dan telah masuknya waktu dhuha, kita boleh mengerjakan Solat Sunat Dhuha pula. Solat Sunat Dhuha terkenal sebagai amalan pembuka rezeki dan membuatkan hati kita tenang sepanjang hari.

Diharapkan panduan ini dapat membantu anda belajar Solat Sunat Isyraq dengan mudah.

Anda juga boleh meninggalkan komen pada ruangan di bawah jika ada apa-apa persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut.

Nota Rujukan:

  1. Kitab I’anah ath-Thalibin — Syaikh Abu Bakar Bin Muhammad Shaththa ad-Dimyathi
  2. Kitab Nihayah az-Zain fi Irsyad al-Mubtadi’in — Syaikh Abu Abdul Mu’thi, Muhammad Bin Umar Bin Ali Nawawi al-Jawi
  3. Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
  4. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
  5. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
  6. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
  7. Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
  8. 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
  9. Anugerah Allah Dalam Solat Rawatib — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

363 thoughts on “NIAT & CARA SOLAT SUNAT ISYRAQ (Panduan Lengkap)”

  1. Assalamualaikum. Adakah wanita yang berjamaah solat subuh di rumah, kemudian melaksanakan solat sunat Isyrak mendapat kelebihan yang sama, iaitu pahalanya sama seperti seperti mengerjakan Umrah ?

    Terima kasih Ustaz

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Terima kasih atas soalan yang baik.

      Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk mengingati Allah hingga matahari terbit dan melaksanakan solat sunat Isyrak, akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna seperti yang disebutkan dalam hadis Riwayat Tirmizi. 

      Bagi wanita yang solat Subuh berjemaah di rumah (contohnya bersama keluarga), ulama berpendapat bahawa mereka juga boleh mendapat kelebihan yang sama, kerana wanita disunatkan solat di rumah, dan solat berjemaah di rumah juga mempunyai fadhilat yang besar. Jadi, insyaAllah, mereka juga berpeluang mendapat pahala seperti yang disebutkan.

      Namun, bagi mereka yang solat Subuh bersendirian, fadhilat khusus yang dijanjikan untuk solat Subuh berjemaah mungkin tidak diperoleh sepenuhnya. Tetapi, solat sunat Isyrak itu sendiri tetap mempunyai ganjaran yang besar, dan amalan ini masih sangat digalakkan walaupun solat Subuh dilakukan secara bersendirian.

      Wallahu a‘lam.

      Semoga jawapan ini membantu dan moga Allah SWT menerima segala amalan kita dengan sebaik-baiknya. Terima kasih atas soalan yang diberikan.

      Reply
  2. Assalamualaikum, selepas solat subuh berjemaah di masjid dan pulang terus ke rumah. Soalannya ialah bolehkah kita melakukan solat sunat Israk di rumah?

    Reply
    • Waalaikumussalam.

      Bagi menjawab soalan ini, menurut pandangan Mazhab Syafie, solat sunat Israq adalah digalakkan dilakukan selepas terbit matahari sehingga naik segalah (kira-kira 15-20 minit selepas matahari terbit). Solat ini mempunyai ganjaran yang besar, seperti yang disebut dalam hadis-hadis.

      Namun, adalah lebih afdhal jika solat sunat Israq dilakukan di masjid selepas menunaikan solat Subuh berjemaah dan menunggu sehingga waktu Israq tiba. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:

      *”Barangsiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian dia duduk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit, kemudian dia solat dua rakaat (solat Israq), maka dia mendapat pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna.”* (Riwayat al-Tirmizi, 586).

      Namun, jika seseorang itu pulang ke rumah selepas solat Subuh berjemaah di masjid dan ingin melakukan solat sunat Israq di rumah, ia tetap sah dan dibolehkan. Walaupun begitu, ganjaran yang disebut dalam hadis tadi lebih afdhal dicapai jika dilakukan di masjid.

      Oleh itu, jika keadaan mengizinkan, sebaiknya solat sunat Israq dilakukan di masjid. Tetapi jika tidak, melakukannya di rumah juga dibenarkan dalam syarak.

      Semoga jawapan ini membantu.
      Wallahu a’lam.

      Reply
  3. Ada kekeliruan jika anda mengatakan waktu solat isyraq selepas 1 jam 16 minit selepas subuh sebab waktu itu berubah mengikut musim, lebeh tepat jika anda hanya bubuh berapa minit selepas waktu syuruk.
    Terima kaseh.

    Reply
    • Assalamualaikum.

      Itu hanya anggaran mengikut keadaan di Malaysia tuan. Tetapi benar seperti kata tuan, ia boleh berubah mengikut musim dan geolokasi. InsyaAllah saya akan memperbaiki bahagian ini. Terima kasih atas teguran. 🙏

      Reply
  4. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad wa’ala Ali Saiyidina Muhammad Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah Allahumma Aamiin
    Soalan saya boleh tak bg masa atau anggaran waktu sunat Isyrak yg boleh dimulakan jam berapa hingga jam berapa dlm anggaran? terima kasih mohon pencerahan 🙏

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Solat Isyrak adalah sunnah yang dilakukan selepas terbit matahari. Masa yang disyorkan untuk melaksanakan solat Isyrak adalah bermula selepas matahari sepenuhnya terbit, yang kira-kira 15 hingga 20 minit selepas waktu Subuh berakhir. Ia boleh dilakukan sehingga masuk waktu Dhuha.

      Oleh itu, masa tepat untuk solat Isyrak bergantung pada waktu Subuh dan Dhuha di lokasi anda. Sebagai contoh, jika matahari terbit pada jam 7:00 pagi, anda boleh mula melaksanakan solat Isyrak sekitar jam 7:15 hingga 7:20 pagi dan boleh meneruskannya sehingga waktu Dhuha. Boleh dilakukan sehingga sebelum masuk waktu Zuhur, cuma ia dipanggil Solat Dhuha.

      Untuk waktu yang lebih tepat, disarankan untuk merujuk kepada jadual waktu solat khusus untuk lokasi anda.

      Wallahu a’lam

      Reply
  5. Assalamualaikum, saya mahu tanya 3 soalan
    Soalan 1
    Boleh ke saya hanya berselawat ke atas nabi dulu sebelum masuk waktu israq(kiranya lepas habis sembayang subuh, saya berselawat sambil tunggu waktu israq)
    Soalan 2
    Boleh ke saya qada solat sementara menunggu masuk waktu israq.
    Soalan 3
    Kalau saya baca “Subhanallahi wa bihamdihi, Subhanallah-il ‘Azhim” sahaja sementara menunggu masuk waktu israq.

    Reply
    • Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Berikut adalah jawapan untuk ketiga-tiga soalan anda:

      Soalan 1:
      Tidak ada masalah untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bila-bila masa, termasuk setelah menunaikan solat Subuh dan semasa menunggu waktu Israq. Berselawat kepada Nabi adalah amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam dan membawa banyak keberkatan.

      Soalan 2:
      Mengqadha’ solat yang terlepas adalah wajib dan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa ada batasan waktu.

      Soalan 3:
      Membaca “Subhanallahi wa bihamdihi, Subhanallahil ‘Azim” adalah zikir yang sangat baik dan dapat dilakukan setelah solat atau pada bila-bila masa. Zikir ini termasuk dalam amalan yang disunatkan oleh Rasulullah SAW untuk dilakukan sebanyak mungkin setiap hari. Anda boleh membacanya sambil menunggu waktu Israq.

      Dalam semua kes, penting untuk mengingat bahwa niat kita dalam beribadah haruslah kerana Allah SWT dan untuk mencari redha-Nya, serta menghindari riak atau perasaan ujub. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT. Amin.

      Reply
        • Maaf atas ralat tersebut. Solat qadha tiada waktu larangan, ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja.

          Saya minta maaf sekali atas kesilapan ini.

          Reply
  6. Assalamualaikum.. Sy solat subuh di rumah dan menunaikn solat isyraq di rmh jg.. Bole ke begitu

    Reply
  7. Nak tanya. Boleh tak sembahyang sunat israq dilakukan di rumah setelah berwirid dan baca quran setelah tiba waktunya.

    Reply
  8. Boleh ke lakukan solat isyraq ini pada ketika waktu jam sekitar 9 atau 10? Dan bole diikuti dengan solat dhuha pada waktu 10?

    Reply
  9. Berapa kali mengangkat tangan utk takbir Allahuakbar dari rakaat pertama sehingga 4 raka’at solat

    Reply
    • Menurut mazhab Syafi’i, pengangkatan tangan dilakukan pada empat tempat dalam solat, iaitu:

      1. Takbiratul ihram (takbir ketika memulai solat). 
      2. Takbir ketika pergi ke rukuk.
      3. Ketika bangun dari rukuk (sambil mengucapkan “Sami’Allahu liman hamidah”).
      4. Takbir ketika pergi ke sujud setelah membaca tasyahhud pertama (jika solat lebih dari satu rakaat).

      Jadi, untuk solat yang 4 rakaat, jumlah pengangkatan tangan adalah sebagai berikut:

      – Rakaat pertama: 4 kali (1 takbiratul ihram, 1 sebelum rukuk, 1 bangun dari rukuk, 1 sebelum sujud)
      – Rakaat kedua: 3 kali (1 sebelum rukuk, 1 bangun dari rukuk, 1 sebelum sujud setelah tasyahhud pertama)
      – Rakaat ketiga: 2 kali (1 sebelum rukuk, 1 bangun dari rukuk)
      – Rakaat keempat: 2 kali (1 sebelum rukuk, 1 bangun dari rukuk)

      Jadi total pengangkatan tangan dari rakaat pertama hingga rakaat keempat dalam solat ialah 11 kali.

      Reply
      • Salam. Apa maksud yg dikatakan 1 sebelum sujud setelah tasyahhud pertama? Mungkin saya tersilap faham sbb sblm ni ada dengar yg satu lagi tmpt angkat tgn ialah ketika bangkit dr tasyahud pertama sblm Al Fatihah di rakaat ke 3. Mohon pencerahan. Tkasih.

        Reply
        • Waalaikumussalam,

          Dalam Mazhab Syafi’i, tempat mengangkat tangan (takbir) dalam solat adalah pada empat keadaan utama:

          1. Takbiratul Ihram: Mengangkat tangan semasa takbir pertama untuk memulai solat.

          2. Takbir ketika rukuk: Mengangkat tangan sebelum rukuk setelah membaca surah.

          3. Bangun dari rukuk: Mengangkat tangan sambil mengucapkan “Sami’Allahu liman hamidah.”

          4. Bangkit dari tasyahhud awal: Mengangkat tangan ketika berdiri dari tasyahhud pertama menuju rakaat ketiga.

          Penjelasan yang menyebut “takbir sebelum sujud setelah tasyahhud pertama” mungkin menyebabkan kekeliruan, kerana tempat yang betul untuk takbir keempat adalah ketika bangkit dari tasyahhud pertama ke rakaat ketiga. 

          Saya minta maaf atas kekeliruan dan kesilapan tersebut.

          Reply
  10. Adakah mrngerjakan solat israq selepas solat subuh berjemaah di masjid kita duduk ditempat duduk solat tanpa beralih tempat atau boleh duduk dimana-mana dalam masjid dengan berzikir sementara menunggu waktu masuk solat israq?

    Reply
  11. Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya tentang zakat harta/ pendapatan:
    1. Bolehkah diberikan kepada pusat tahfiz.
    2. Kalau boleh, saya beri hanya melalui bank in. Maknanya tidak lafaz secara bersemuka. Tapi semasa bank in saya lafaz/ niat mengeluarkan zakat

    Mohon pencerahan. T.kasih

    Reply
    • Waalaikumussalam.

      1. Mengenai soal zakat harta atau pendapatan, secara umumnya boleh diberikan kepada pusat tahfiz jika mereka termasuk dalam salah satu dari kategori penerima zakat seperti yang ditetapkan. Contohnya, jika pusat tahfiz tersebut memerlukan bantuan kewangan untuk operasi mereka atau untuk membantu para pelajar yang miskin dan memerlukan bantuan, maka boleh diberikan zakat kepada mereka.

      2. Mengenai cara penyaluran zakat, tidak perlu untuk berlafaz secara bersemuka semasa memberikan zakat. Niat dalam hati sudah cukup, dan ia perlu ada pada masa mengeluarkan zakat. Oleh itu, jika awak niat mengeluarkan zakat semasa melakukan transaksi bank, itu sudah cukup. Niat tersebut merupakan bagian penting dalam ibadah zakat dan memastikan ibadah tersebut diterima oleh Allah.

      Reply
  12. assalamualaikum, solat sunat ishraq ni dilakukan hanya jika solat subuh berjemaah sahaja ke? bagaimana jika solat sendirian di rumah, boleh lah kerjakan solat sunat ishraq?

    Reply
    • Wassalam,

      Boleh, tiada masalah mengerjakan Solat Sunat Isyraq walaupun solat subuh bersendirian di rumah :-)

      Reply

Leave a Comment