
Ini adalah panduan lengkap cara melakukan Solat Sunat Isyraq.
Panduan ini akan membimbing anda secara langkah-demi-langkah dengan mudah dan lengkap.
Apa yang menarik:
Panduan solat sunat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Semoga bermanfaat..
Apa Maksud Solat Isyraq?

Solat Sunat Isyraq adalah solat sunat 2 rakaat yang didirikan setelah matahari terbit meninggi, yakni selepas waktu tahrim (waktu larangan untuk solat). Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan satu lagi hari kepada kita untuk bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan.
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya apabila telah selesai melaksanakan Solat Subuh berjemaah supaya duduk berzikir kepada Allah SWT sehinggalah matahari naik, kemudian mengerjakan solat sunat dua rakaat.
Rasulullah SAW menyatakan pahala yang besar bagi sesiapa yang melaksanakan ibadah tersebut, Baginda SAW bersabda:
Sesiapa yang melakukan Solat Subuh secara berjemaah kemudian dia duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia bersolat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala seperti pahala mengerjakan haji dan umrah. Berkata Rasulullah SAW “Secara sempurna, sempurna, sempurna”
— Riwayat Tirmizi
Waktu Solat Isyraq
Waktu Solat Sunat Isyraq adalah ketika matahari sudah terbit dan tingginya kira-kira segalah (3 meter), iaitu selepas Waktu Tahrim (waktu haram solat sunat). Dalam perhitungan moden: 1 jam 16 minit atau 1 jam 17 minit daripada bermulanya masuk waktu subuh.
Dalam erti kata lain, waktu ini adalah 16 atau 17 minit selepas masuk syuruq (terbit matahari). Waktu itu boleh dianggarkan bermula antara jam 7.15 pagi sehingga 7.30 pagi waktu Semenanjung Malaysia (waktu untuk Sabah dan Sarawak mungkin bermula lebih awal)
Tempoh solat ini adalah sangat singkat. (Lebih kurang 15 minit selepas syuruk sehingga masuk waktu Dhuha)
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari.
Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Maklumat mengenai Waktu Tahrim boleh dilihat pada pautan ini: Waktu Diharamkan Solat Sunat
Jumlah Rakaat Solat Isyraq
Bilangan rakaat Solat sunat Isyraq adalah dua rakaat sahaja.
Niat Solat Sunat Isyraq
Niat solat Isyraq adalah: أُصَلِّي سُنَّةَ الإِشْرَاقِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى (Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Ta’ala)

Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat isyraq dua rakaat kerana Allah Taala
Cara Mengerjakan Solat Isyraq
Ringkasan Cara Melakukan Solat Isyraq
- Solat Isyraq dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja Aku Solat Isyraq Dua Rakaat Kerana Allah Taala”
- Kemudian bacalah surah al-Fatihah. Setelah itu, bacalah surah-surah lazim seperti Surah al-Kafirun.
- Seterusnya lakukan rukuk, sujud dua kali dan bangun semula untuk rakaat kedua dengan menjaga tuma’ninah.
- Rakaat kedua dimulakan dengan takbir intiqalat. Kemudian bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim yang seterusnya seperti Surah al-Ikhlas.
- Kemudian lakukan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir untuk rakaat kedua. Akhiri Solat Isyraq dengan memberi salam.
- Selesai solat, sempurnakan solat dengan bacaan wirid dan doa selepas solat Isyraq.
Tatacara lengkap mengerjakan Solat Sunat Isyraq secara langkah demi langkah adalah seperti di bawah ini:
Doa Sebelum Mendirikan Solat Isyraq
Sebelum mendirikan Solat Sunat Isyraq, disunatkan untuk membaca doa ini terlebih dahulu:

Al-ḥamdu lillāhilladzī aqālanā yawmanā hādhā wa-lam yuhlīknā bi-dhunūbinā
Maksud doa:
“Segala puji bagi Allah yang telah memberikan hari ini kepada kami dan tidak membinasakan kami kerana dosa-dosa kami”
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Niat Solat Sunat Isyraq
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Isyraq dalam hati:

Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Atau niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat Sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

2. Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
3. Kemudian, Bacalah Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.
Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain al-Kafirun
4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua
10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.
(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

11. Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
12. Seterusnya Membaca Surah Al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
- Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.
13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah
Doa Solat Isyraq
Berikut adalah antara doa yang boleh dibacakan selepas selesai Solat Sunat Isyraq. Doa ini dipetik daripada Kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin, tulisan Syeikh Abdus Samad al-Falimbani.

Alhamdulillahillazi Ja’ala Yauma ‘Aafiyatan WaJaa Asy-syamsa Min Matla’ihaa, Allahummar Zuqni Khairo Haazal Yauma, Wadfa’ Annii Syarrohu. Allahumma Nawwir Qalbi Binuuri Hidaayatika Kama Nawwartal Ardho Binuuri Syamsika Abadan Abadaa Birahmatika Ya Arhamar-rohimin.
Maksudnya:
Segala puji kembali pada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.
Boleh membaca apa-apa sahaja doa selepas Solat Sunat Isyraq. Doa-doa ini adalah panduan daripada para ulama.
Boleh rujuk panduan doa selepas solat pada pautan ini: WIRID & DOA SELEPAS SOLAT
Fadhilat Dan Kelebihan Solat Sunat Isyraq

Terdapat beberapa kelebihan yang bakal diperolehi jika mengerjakan Solat Sunat Isyraq:
1. Diberi Pahala Haji Dan Umrah
Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah, setelah itu dia duduk sebentar sambil berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat sunat dua rakaat, baginya pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna
— Hadis riwayat al-Tirmizi
Selain daripada berzikir, masa tersebut juga boleh dipenuhi dengan membaca al-Quran, mendengar kuliah, bertistighfar dan berselawat sehingga matahari mulai terbit.
Setelah itu, barulah mengerjakan solat Sunat Isyraq sekitar 5 hingga 10 minit selepas matahari terbit dengan harapan agar memperoleh ganjaran orang yang melaksanakan haji dan umrah.
Solat Sunat Isyraq juga merupakan tanda dan bukti kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan pada hari tersebut.
Sehingga kita dapat menikmati suasana hening pagi dengan membesarkan, memuji dan mengagungkan Allah SWT menerusi Solat Sunat Isyraq ini.
2. Pahala Umpama Berjihad Di Jalan Allah
Kebiasaannya di awal pagi, ramai yang sibuk bertarung dengan kesesakan di jalan raya untuk pergi bekerja mencari rezeki untuk nafkah isteri dan anak-anak.
Jika niat betul, insyaAllah pahala umpama keluar berjihad di jalan Allah.
Sabda Nabi ﷺ :
memang jihad di jalan Allah itu hanya yang terbunuh (dalam perang) sahaja? Siapa yang bekerja untuk menghidupi orang tuanya maka dia berada di jalan Allah, siapa yang bekerja menghidupi keluarganya maka dia berada di jalan Allah, tetapi siapa yang bekerja untuk bermewah-mewah (memperbanyak harta) maka dia berada di jalan thaghut
— Riwayat ath-Thabrani
Soal Jawab Berkaitan Solat Isyraq (FAQ)
Berikut disenaraikan beberapa soal jawab lazim isu berkaitan Solat Isyraq:
Solat Sunat Isyraq adalah solat sunat 2 rakaat yang didirikan setelah matahari terbit meninggi, yakni selepas waktu tahrim (waktu larangan untuk solat)
Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan satu lagi hari kepada kita untuk bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan.
Solat Sunat Isyraq dilakukan ketika matahari sudah terbit dan tingginya kira-kira segalah (3 meter), iaitu selepas waktu yang diharamkan solat.
Dalam perhitungan moden: 1 jam 16 minit atau 1 jam 17 minit daripada bermulanya masuk waktu subuh.
Dalam erti kata lain, waktu ini adalah 16 atau 17 minit selepas masuk syuruq (terbit matahari)
Bilangan rakaat solat ini adalah dua rakaat sahaja.
Hukum mengerjakan Solat Isyraq adalah sunat.
Sesiapa yang mengerjakan Solat Isyraq dijanjikan pahala sebesar mengerjakan umrah dan haji secara sempurna. Selain itu, menurut riwayat ath-Thabrani sesiapa melakukan Solat Isyraq dikurniakan pahala seumpama berjihad di jalan Allah.
Terdapat khilaf di kalangan ulama mengenai kedua-dua jenis solat ini.
Menurut Imam Ghazali solat Isyraq berbeza dengan solat Dhuha. Solat sunat Isyraq bukanlah solat sunat Dhuha. la adalah solat tersendiri yang habis waktunya setelah ia mencorong dan naik matahari.
Perbezaannya adalah dari segi waktu. Waktu solat isyraq bermula daripada terbitnya matahari sehingga naik setinggi satu tombak. Waktu ini disebut Dhahwah (ضحوة)
Waktu Dhuha pula bermula daripada matahari setinggi satu tombak sehingga waktu istiwa’ (matahari tepat di atas langit).
Lakukan Solat Isyraq Sebagai Tanda Syukur
Demi Matahari dan cahayanya yang terang-benderang. Dan bulan apabila ia mengiringinya. Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata. Dan malam apabila ia menyelubunginya dengan gelap-gelita.
— Surah Asy-Syams, ayat 1 hingga 4
Selepas selesai waktu solat ini dan telah masuknya waktu dhuha, kita boleh mengerjakan Solat Sunat Dhuha pula. Solat Sunat Dhuha terkenal sebagai amalan pembuka rezeki dan membuatkan hati kita tenang sepanjang hari.
Diharapkan panduan ini dapat membantu anda belajar Solat Sunat Isyraq dengan mudah.
Anda juga boleh meninggalkan komen pada ruangan di bawah jika ada apa-apa persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut.
Nota Rujukan:
- Kitab I’anah ath-Thalibin — Syaikh Abu Bakar Bin Muhammad Shaththa ad-Dimyathi
- Kitab Nihayah az-Zain fi Irsyad al-Mubtadi’in — Syaikh Abu Abdul Mu’thi, Muhammad Bin Umar Bin Ali Nawawi al-Jawi
- Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
- Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
- Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
- Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
- Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
- 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
- Anugerah Allah Dalam Solat Rawatib — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
Assalamualaikum ustaz
boleh x mengerjakan solat sunat walaupun solat wajib belum abis di ganti. contih solat tahajud
Boleh solat sunat macam biasa (walaupun belum cukup qada/ganti solat yg tertinggal sebelum2 ni)…. tapi kita perlu teruskan juga qada solat yang kita tinggalkan sebelum ini (qada/ganti sedikit demi sedikit, hari demi hari).. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ … saya sekarang pun ada niat juga berusaha qada/ganti semula semua solat saya yang saya tertinggal sebelum2 ini.
Salam ustaz…solat sunat isyraki ni kita boleh lakukan dalam masa 12 minit setelah syuruk ye ustaz. Maknanya , contoh syuruk skang pukul 7.22 di daerah petaling..jadi, start 7.22 tu dah boleh solat kan…masa hanya 12 minit kan. Terima kasih atas pencerahan
Jika syuruk (matahati terbit) pukul 7.22, waktu solatnya ialah selepas 12 minit matahari terbit iaitu pukul 7.34.
Terima kasih ustaz…saya dah faham. Subhanallah, sebelum ni saya solat betul² masuk syuruk..Subhanallah..Astaghfirullah.
Terima kasih atas pencerahan.MasyaAllah
Bolekah solat sunat isyrak sendirian di rumah
Boleh ?
As’slmualaikum ustaz nak tanya ada perbezaan ke antara solat Israq dgn solat fajar ..mohon pencerahan
Wassalam.
Solat fajar juga dikenali sebagai solat qabilyyah subuh, dilakukan pada masuk waktu subuh sebelum solat fardu subuh.
Manakala, solat isyraq dilakukan selepas waktu syuruk.
Alhamdulillah terima kasih ustaz…baru saya faham sekarang
Sama-sama Saleha ?
Assalamualaikum ustaz… Sy nak tnya.. Boleh ke sy solat isroq dirumah?
Wassalam.
Boleh dilakukan di rumah.
asalamualaikum ustaz, saya nak tanya..saya
solat syuruk dalam jam 6.40 ..boleh kah tu
ustaz, sebab ustaz cakap waktu syuruk dalam
jam 7pagi ..
Wassalam.
Masih belum boleh pada waktu tu.
6.40 tu masih waktu subuh sekarang ini.
Assalamualaikum ustaz..anggaran yg paling tetap untuk mengerjakan solat sunat isyraq adakah betul2 selepas waktu syuruk atau diberi masa 12 minit selepas waktu syuruk tersebut?
Wassalam
12 minit selepas waktu syuruk.
Terima kasih ustaz..inn syaa allah..akn diamalkn
Sama-sama. ?
Assalammuaikum ustaz
Sy ingin bertanya blh ke sy solat sunat dhuha tidak membaca surah dhuha tapi sy gantikan dgn surah yg sy tahu sahaja seperti surah2 al lkhlas surah an.nas dan surah al falaq tapi sy ingin sgt2 buat solat2 sunat tapi sy x pandai nk baca surah2 yg panjang sy gantikan dgn surah yg pendik sahaja sy harap ustaz blh memberi jawapan pada sy?
Wassalam
Boleh, tiada masalah.
Kita bebas untuk membaca mana-mana surah atau potongan ayat al-Quran.
Assalamualaikum Ustaz. Bolehkah Solat Sunat Ishraq dilakukan tanpa melaksanakan Solat Jemaah Subuh di masjid tp melaksanakan Solat Subuh sendirian di rumah dan menunggu hingga waktunya?
Wassalam. Boleh puan.
Alhamdulillah terima kasih ustaz.
Alhamdulillah
terima kasih
Sama-sama ?
Assalamualaikum ustaz.
Bolehkah solat sunat israq dilakukan di rumah
Wassalam,
Boleh, tiada masalah.
Assalamualaikum..Jutaan tkasih ustaz..Semoga Ustaz sentiasa dlm rahmat Allah..
Wassalam.
Sama-sama.
Terima kasih kerana sudi mendoakan saya.
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin penjelasan. Habis rakaat kedua sebelum salam, kita baca tahiyat akhir atau terus beri salam?
Terima kasih.
Wassalam.
Kena baca tahiyat akhir dahulu sebelum salam.
Assalamualaikum Ustaz..
Sy solat isroq pada pukul 7pg setiap hari.. Adakah waktu itu waktu solat isroq.?
Wassalam
Waktu solat ini kira-kira antara jam 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi iaitu selepas matahari naik kira-kira tiga meter.
Terima kasih ustaz yer.. Kadang sy x berapa nak faham.. takut terlepas dan belum masuk waktu.. Sb tu sy selalu solat isroq pada pukul 7pg… Tolong beri penjelasan yer ustaz..
InsyaaAllah sekarang ini sudah boleh buat Isyraq ?
Alhamdulillah ustaz…
Antara jm brp waktu yg diharamkan solat..
Boleh rujuk artikel ini mengenai waktu yang haram untuk solat: https://akuislam.com/blog/ibadah/waktu-haram-solat/
Terbaikkk
Alhamdulillah. Panduan yang sangat lengkap dan mudah untuk diakses. Jazakallah
Apa kah doa solat sunat Israq dari ayat Quran?
Saya ingin subscribe melalui email
Terima kasih. Ia amat memberi manfaat.