Bagaimanakah cara solat dengan memakai kasut?
Solat dengan memakai kasut adalah salah satu rukhsah (kemudahan) yang dalam Islam.
Oleh itu, artikel ini akan memberikan panduan berkaitan syarat-syarat solat dengan memakai kasut (khuf)
Tanpa buang masa, mari kita mulakan..
Pengenalan
Siapakah yang dibolehkan melakukan solat dengan kasut?
Pasukan keselamatan terutamanya tentera, serta para anggota sukarelawan yang terlibat dengan misi kemanusiaan di medan bencana selama berhari-hari lamanya juga tidak terlepas daripada tanggungjawab mengerjakan solat fardu.
Pun begitu, Islam memberi rukhsah terutama ketika mengambil wuduk dan pakaian solat.
Antaranya, mereka dibenarkan mengambil wuduk tanpa menanggalkan kasut (khuf) dan memakai pakaian yang sama selama berhari-hari asalkan pakaian tersebut tidak terkena najis ‘aini (zahir).
Setakat kotor, berbau, terpalit selut atau lumpur, ia dimaafkan syarak kerana kotoran itu bukanlah najis.
Malah, solat juga boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja kerana semua bumi Allah ini adalah tempat solat, sama ada di atas tanah atau di udara (solat dalam kapal terbang), dengan syarat tempat tersebut tidak terdapat najis.
Kaedah Berwuduk Dengan Memakai Kasut (Khuf)
Fardu wuduk dalam keadaan biasa ada enam perkara yang perlu dipatuhi iaitu niat mengambil wuduk dalam hati, membasuh muka, membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku, menyapu sebahagian kepala, membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali dan tertib.
Namun, dalam situasi darurat atau dalam keadaan bertugas di hutan, seperti tentera yang memakai kasut yang mempunyai banyak ikatan, mungkin sukar untuk menggalkannya dalam masa bertugas, lebih-lebih lagi jika berada di dalam kawasan musuh atau berbahaya.
Maka di sini, Islam mengharuskan menyapu kasut sebagai ganti membasuh kedua-dua kakinya.
Khuf dari segi bahasa bererti perbuatan melalukan tangan di atas sesuatu (al-mass).
Manakala dari sudut istilah pula bererti meletakkan tangan yang dibasahi air di atas khuf tertentu, pada tempat tertentu dan pada jangka masa tertentu seperti dalam situasi musafir selama 3 hari 3 malam atau bermukim selama 1 hari 1 malam.
Syarat Berwuduk Dengan Memakai Kasut (Khuf)
- Memakai kedua-dua kasut itu setelah bersuci dengan sempurna.
- Keadaan kedua-dua kasut itu pula mesti suci dan bersih.
- Kedua-dua kasut itu sifatnya kuat dan boleh digunakan untuk bergerak secara berterusan.
- Kedua-dua kasut itu mestilah tertutup rapat dan kemas pada kedua-dua kaki yang wajib dibasuh ketika berwuduk (tidak ada lubang)
- Kedua-dua kasut itu dapat mencegah air memasuki kasut hingga terkena pada bahagian kulit kaki yang mesti dibasuh.
Waktu Yang Dibenarkan Berwuduk Dengan Memakai Kasut
Orang yang bermukim iaitu orang yang tidak bermusafir dan menetap di tempatnya diharuskan menyapu kedua-dua kasutnya selama sehari semalam manakala orang yang bermusafir adalah selama 3 hari 3 malam.
Situasi ini akan menjadi batal sekiranya berlaku keadaan-keadaan berikut:
- Menanggalkan kasut
- Habis waktu sehari semalam bagi yang bermukim atau 3 hari 3 malam bagi yang bermusafir.
- Berjunub atau berhadas yang mewajibkan mandi wajib.
Setelah sempurna wuduk, maka solat boleh dilaksanakan seperti biasa.
Bezanya ialah kasut (khuf) masih dipakai ketika solat.
Rujukan & Penutup
Khuf ini biasanya berlaku dalam solat peperangan (khauf).
Solat Khauf adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berperang dengan musuh atau dalam keadaan ketakutan akibat peperangan atau bencana alam dan malapetaka.
Ia berbeza dengan solat-solat yang lain kerana mempunyai beberapa rukhsah.
Sumber rujukan saya untuk panduan ini adalah buku praktik solat waktu kritikal, yang ditulis Dr. Haji Ahmad Nasir Mohd Yusoff.
Semoga artikel ini memberi manfaat
Tinggalkan Komen Anda..
Macam saya kerja kebun pakai kasut but kebun tu MCM mana
Boleh asalkan ia kalis air dan suci dari najis
Salam Ustaz, saya bekerja di Jabatan penjara. Oleh kerana itu bolehkah saya memakai boot utk solat. Utk wuduk muka, tangan dsn kepala tiada masaalah….boot/ kasut bagaimana?
Assalamualaikum, saya kerja dalam kapal terbang. Contoh kalau saya kerja ke dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan balik ke Kuala Lumpur pada hari yg sama…bolehkah wuduk cara khuf?
Assalamualaikum…
Dalam keadaan musim covid-19 melanda skrg..kebanyakan petugas sekatan pkp ni tdiri drpd ATM/PDRM/RELA solat khuf adakah boleh dilakukan di tempat bertugas…ini kerana waktu bertugas sentiasa berubah dan jumlah keanggotaan hanya 3@4 orang. Dalam yg sama sekatan perlu dilakukan dan tidak boleh meninggalkan tempat tugas shingga tamat waktu bertugas…
Terima kasih
Wassalam tuan,
Begini tuan, disebabkan covid ini adalah masalah baru, ia memerlukan fatwa dari pihak mufti berkaitan hal ini.
Oleh itu saya tidak dapat beri jawapan.