Maksud Tamakninah & Saktah Dalam Solat

tamakninah

Apakah maksud tamakninah?

Apa pula maksud saktah?

Dalam artikel ini saya akan menerangkan maksud tamakninah dan saktah secara ringkas dan mudah.

Maksud Tamakninah

Tamakninah ialah berhenti seketika dalam solat sekadar menyebut Subhanallah.

Tamakninah wajib dilakukan ketika rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Sekiranya seseorang meninggalkan tamakninah dalam solat, maka solatnya tidak sah mengikut pandangan mazhab Syafi’e, Maliki dan Hanbali.

Manakala mazhab Hanafi menyatakan bahawa solat tersebut sah tetapi berdosa.

Hal ini demikian kerana Nabi SAW menganggap orang yang meninggalkan tamakninah dalam solat sebagai pencuri.

Rasulullah SAW bersabda:

Sejahat-jahat pencuri ialah yang mencuri ketika solat.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana dia mencuri di dalam solatnya?”

Baginda menjawab: “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya”

— Riwayat Ibnu Syaibah, Tirmizi dan al-Hakim

Oleh itu mengikut pandangan jumhur ulama, orang yang meninggalkan tamakninah, solatnya adalah tidak sah dan berdosa.

Tamakninah dalam bahasa mudah bawa maksud BERTENANG.

Ibarat memandu kenderaan, waktu di simpang hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula.

Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah

Menjaga Saktah Dalam Solat

Apakah yang dimaksudkan dengan saktah?

Saktah bermaksud diam atau berhenti sejenak pada sebelum atau selepas sesuatu bacaan.

Disunatkan menjaga lima saktah dalam solat terutamanya bagi imam.

  1. Saktah selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah
  2. Saktah selepas selesai membaca doa iftitah
  3. Saktah selepas ولا الضالين  iaitu disunatkan berhenti sejenak sebelum mengucapkan آمين supaya tidak disangka آمين itu sebahagian daripada surah al-Fatihah.
  4. Saktah selepas آمين iaitu sebelum membaca surah. Disunatkan bagi imam berhenti sejenak sekadar meluangkan kadar masa untuk makmum membaca surah al-Fatihah, kecuali jika makmum itu seorang yang pekak, maka tidaklah disunatkan berhenti sebentar untuknya.
  5. Saktah selepas membaca surah, iaitu berhenti sejenak sebelum turun untuk rukuk.

Semoga artikel ini memberi kefahaman kepada anda.

Jika ada sebarang persoalan, bolehlah tinggalkan soalan pada ruangan komen di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Amir Hamzah B
Amir Hamzah B
2 tahun yang lalu

Sempoi lah

Baihaqi
Baihaqi
3 tahun yang lalu

Alhamdulillah terima kasih atas ilmu yg diberi

Muhammad Firdaus Bin Zulkefli
Muhammad Firdaus Bin Zulkefli
3 tahun yang lalu

Tamakninah semasa baca i’tidal macm mana ya? adakah ia dibuat sebelum kita membaca rabbana lakalhhamd atau selepas membacanya ??

Last edited 3 tahun yang lalu by Muhammad Firdaus Bin Zulkefli