Memahami Maksud Makmum Masbuk & Muwafiq

makmum masbuk dan muwafiq

Apakah perbezaan diantara makmum masbuk dan makmum muwafiq?

Artikel ini akan menerangkan secara lengkap mengenai makmum masbuk dan muwafiq, untuk membantu anda memahami hukum dalam solat berjemaah dengan lebih baik lagi.

Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.

 

Makmum Masbuk

Makmum masbuk ialah makmum yang tidak sempat solat bersama imam dari awal takbiratulihram.

Ketika makmum mula mengikuti imam, sekurang-kurangnya imam sudah pun membaca al-Fatihah dan makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah apabila imam rukuk.

Sekiranya semasa makmum masuk untuk solat jemaah, imam hampir rukuk atau sedang dalam keadaan rukuk, makmum tadi sempat mendapatkan rakaat tersebut sekiranya makmum:

  1. Terus takbir memulakan solat dengan berniat mengikut imam.
  2. Setelah berdiri sebentar (sekadar bacaan “subhanallah) teruskan rukuk untuk mendapatkan imam.
  3. Sekiranya sempat berdiri seketika bersama imam, makmum perlu terus membaca al-Fatihah sekadar yang sempat dan terus mengikut imam rukuk apabila imam rukuk.

Kecuali apabila makmum membaca bacaan-bacaan sunat seperti doa iftitah dan taawuz atau diam sahaja serta sebelum sempat dia membaca al-Fatihah imam sudah rukuk, maka makmum harus segera membaca al-Fatihah sekadar lama masa  makmum membaca bacaan sunat atau diam tadi dan terus mengikut imam rukuk.

Kesimpulannya, selagi sempat rukuk bersama imam walaupun seketika, makmum dikira mendapat rakaat tersebut.

Sebaliknya, apabila makmum masuk berjemaah ketika imam sudah melepasi rukuk, maka rakaat tadi tidak dikira.

Makmum mesti menambah rakaat yang terkurang itu selepas imam memberi salam.

 

Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Makmum Masbuk

Makmum yang masbuk sunat membaca bacaan-bacaan sunat seperti doa iftitah dan taawuz sebelum membaca al-Fatihah.

Tetapi apabila makmum berasakan tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum imam rukuk, maka makmum perlu terus membaca al-Fatihah tanpa didahului oleh bacaan yang sunat.

Bahkan, jika pada waktu itu makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya sedangkan imam telah rukuk, maka makmum perlu mengikut imam walaupun tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah.

Sebaliknya, apabila makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah apabila imam rukuk kerana leka membaca yang sunat, maka makmum perlu meneruskan bacaan al-Fatihah sekira-kira sama panjangnya dengan bacaan sunat yang telah dibacanya.

Sekiranya makmum sempat rukuk serta tamakninah bersama imam ketika imam masih rukuk, maka makmum mendapat rakaat itu.

Sebaliknya apabila imam sudah bangun dan hendak turun sujud dan makmum masih lagi meneruskan bacaannya, makmum perlu berniat berpisah dari imam (mufaraqah) atau solatnya terbatal.

 

Makmum Muwafiq

Makmum muwafiq ialah makmum yang mempunyai cukup masa bersama imam untuk membaca al-Fatihah dengan bacaan yang sederhana.

Jika makmum masih belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam rukuk, maka makmum perlu menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum rukuk.

Sekiranya makmum sempat menyelesaikan bacaan al-Fatihah sebelum imam melakukan sujud kedua, maka makmum perlu segera rukuk dan seterusnya sehingga sempat bersama imam semula.

Makmum dikira mendapat rakaat tersebut bersama imam.

Sebaliknya, apabila makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah sedangkan imam sudah duduk antara dua sujud, maka makmum perlu terus rukuk dan sebagainya untuk sempat bersama imam.

Makmum masih mendapat pahala berjemaah tetapi rakaat itu tidak dikira.

Oleh sebab itu, makmum mesti menambah rakaat yang kurang itu.

Sekiranya makmum hendak meneruskan bacaan al-Fatihah, maka makmum perlu berniat mufaraqah iaitu berpisah daripada imam dan meneruskan solat bersendirian.

Dalam hal ini, makmum tidak lagi mendapat pahala jemaah.

 

Perkara yang Perlu Dilakukan Oleh Makmum Muwafiq

Makmum yang muwafiq atau yang dapat mengikut imam semasa berdiri sama ada ketika baru masuk mengikut jemaah atau sedang dalam rakaat dan sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah, makmum wajib menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum mengikut imam rukuk.

Apabila makmum sepatutnya sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah tetapi:

  • dia sibuk membaca bacaan-bacaan yang sunat
  • atau mengulangi bacaan al-Fatihah kerana ragu-ragu dengan bacaannya sebelum itu
  • atau imam membaca dengan cepat sehingga dia tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah ketika imam rukuk

.. maka makmum muwafiq dalam kes ini diberi tempoh iaitu belum berlalu tiga rukun panjang* untuk dia menghabiskan bacaan al-Fatihahnya.

Contohnya, makmum masih boleh terus berdiri untuk menghabiskan bacaan al-Fatihah sehingga imam melakukan sujud yang kedua.

Sebelum imam bangkit dari sujud kedua, makmum perlu segera rukuk apabila bacaan al-Fatihahnya telah habis dibaca.

Sebaliknya apabila makmum masih belum selesai bacaan al-Fatihah, makmum boleh berniat mufaraqah dan menunaikan solat seterusnya secara sendirian.

*Rukun yang panjang:

— Rukun yang panjang adalah rukuk dan sujud, iktidal dan duduk di antara dua sujud tidak termasuk sebagai rukun yang panjang.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

77 thoughts on “Memahami Maksud Makmum Masbuk & Muwafiq”

  1. Assalamualaikum ustaz,

    Dalam masbuk muwafiq,

    Sekiranya imam sudah iktidal, dan makmum baru habis alfatihah dan terus ke rukuk.. apakah dikira rakaatnya?

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, tuan.

      Jika imam sudah i‘tidal (rukun rukuk imam telah berlalu), maka rakaat itu tidak boleh dikira hanya dengan tuan rukuk sendirian selepas itu. Dalam mazhab Syafi‘e, mendapat rakaat bagi masbuk ialah sempat rukuk bersama imam dengan tuma’ninah; bila imam sudah i‘tidal, maksudnya tuan sudah terlepas rukuk imam.

      Namun, jika tuan sebenarnya muwafiq (tuan bersama imam ketika berdiri tetapi lambat habiskan al-Fatihah), kaedahnya begini:

      • Wajib habiskan al-Fatihah dahulu, kemudian rukuk dan kejar imam.
      • Rakaat itu dikira hanya jika tuan sempat “catch up” semula sebelum imam bangkit dari sujud kedua (masih dalam tempoh yang dibenarkan).
      • Jika tak sempat hingga imam sudah duduk antara dua sujud / sudah jauh tertinggal, maka rakaat itu tidak dikira dan tuan perlu tambah satu rakaat selepas imam salam.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  2. Assalamualaikum ustaz,

    Apakah akan ada kesan dalam solat jika makmum baru masuk sujud kedua? Dan tidak mendapat tomakninah dengan sujud imam yang terus berdiri naik ke rakaat seterusnya?.

    I mean like, syarat makmum masbuk adalah mendapat rukuk bersama imam…

    Saya baca bacaan alfatihah lambat kerana lagi sakit tekak, sedangkan imam sudah di rukun yang lain..
    Saya sempat sujud kedua sebelum imam berdiri tapi tidak rasa mendapat tomakninah sujud bersama imam..

    Mohon penjelasan

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, tuan.

      Jika tuan baru sempat masuk pada sujud kedua (imam sudah melepasi rukuk), maka rakaat itu tidak dikira bagi makmum masbuk.

      Dalam mazhab Syafi‘e, dapat rakaat bagi masbuk ialah sempat rukuk bersama imam dengan tuma’ninah. Jadi tuan ikut imam sampai salam, kemudian tambah baki rakaat yang belum tuan dapat.

      Berkenaan tuma’ninah sujud: yang wajib ialah tuma’ninah pada sujud tuan sendiri. Jika tuan rasa sujud terlalu “terkejar” hingga tiada tuma’ninah, cuba pastikan sekurang-kurangnya ada tuma’ninah sekejap sebelum bangun ikut imam.

      Dan jika kes tuan sebenarnya muwafiq (bersama imam dari berdiri tetapi lambat habis al-Fatihah kerana uzur), rakaat itu dikira hanya jika tuan sempat habiskan al-Fatihah dan sempat “catch up” sebelum imam bangkit dari sujud kedua.

      Jika tuan ragu sempat atau tidak, ambil yang yakin: kira tidak sempat, dan tambah satu rakaat selepas imam salam.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  3. Assalamualaikum wbt, jika imam dah rukuk, makmum baru masuk takbir.
    Apakah wajib tomakninah atau Kadar bacaan subhanallah bagi makmum yang hendak takbir kedua untuk rukuk?

    Dalam kes saya, setelah takbir masuk solat, saya terus takbir ke rukuk mengikuti imam tanpa tamakninah.

    Itu sahaja, terima kasih

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, tuan.

      Dalam mazhab Syafi‘e, bila tuan masuk ketika imam sedang rukuk:

      1. Takbiratul ihram mesti dibuat dalam keadaan berdiri (jika mampu) dan bukan sambil turun rukuk.
      2. Selepas takbiratul ihram, sunat berhenti sekejap (sekadar “kadar subhanallah”) sebelum turun rukuk. Ini bukan wajib membaca “subhanallah”, tetapi sekadar memastikan tuan benar-benar sempat berdiri dan takbir selesai dengan betul.
      3. Kemudian turun rukuk dan pastikan tuma’ninah pada rukuk bersama imam. Jika sempat rukuk bersama imam dengan tuma’ninah, rakaat itu dikira.

      Jadi kes tuan: kalau takbiratul ihram tuan selesai ketika berdiri (bukan ketika sedang menunduk turun), solat sah. Cuma selepas ini elok amalkan berdiri sekejap sebelum rukuk supaya lebih yakin dan tertib.

      Wallahu a‘lam.

      Reply

Leave a Comment