Hukum Jamak Solat Jumaat Dengan Solat Asar

Jamak Solat Jumaat

Apakah hukum jamak Solat Jumaat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Adakah boleh orang yang musafir pada hari jumaat dia jamak solat jumaat?


JAWAPAN:

Orang yang musafir pada hari jumaat afdhal dia kerjakan solat zuhur akan tetapi harus hukumnya jika dia hendak menunaikan solat jumaat dan apabila harus dia tunaikan solat jumaat maka harus pula dia tunaikan jumaat tersebut secara jamak iaitu dengan solat asar akan jamak takdim.

Tidak harus dia kerjakan solat jumaat itu secara jamak takhir.

Berkata Syeikh Bujairimi, ertinya:

Dan bermula solat jumaat itu adalah sama dengan solat zuhur iaitu pada hukum jamak taqdim iaitu seperti bahawa sampailah seorang musafir pada sebuah kampung pada hari jumaat maka yang afdhal pada keadaan dirinya ialah dia kerjakan solat zuhur.

Akan tetapi jikalau dia solat akan jumaat serta penduduk kampung itu maka harus baginya pada keadaan ini dia jamak dengan solat asar serta jumaat iaitu jamak taqdim.

Dan tertegah menjamakkan jumaat itu sebagai jamak takhir kerana tidak terjadi jumaat dengan melambatkan dari waktunya.”

(Hasyiah Bujairimi ‘ala Khatib)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

YouTube video

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments