Bagaimanakah cara istinjak yang betul?
Panduan ini akan membantu anda memahami maksud dan cara istinjak yang betul secara mudah dan ringkas.
Artikel ini juga akan membantu anda mengetahui syarat-syarat dan benda yang tidak boleh dilakukan semasa istinjak.
Tanpa buang masa, jom kita mulakan..
Apa Maksud Istinjak?
Istinjak adalah menyucikan najis dari tempat keluarnya, sama ada qubul atau dubur (Jalan hadapan atau jalan belakang). Sama ada dengan batu atau dengan air. Hukum melakukan istinjak adalah wajib.
Najis yang perlu dibersihkan sama ada najis yang biasa seperti tahi dan air kencing atau yang jarang-jarang seperti air mazi, air mani atau darah.
Cara-Cara Istinjak
Disini adalah langkah-langkah yang betul untuk melakukan istinjak:
- Hilangkan najis dengan menggunakan benda-benda yang kesat seperti batu atau tisu.
- Basuh qubul atau dubur menggunakan air mutlak sehingga hilang rupa, warna, dan bau najis itu. Ini adalah cara istinjak yang utama.
- Sekiranya tidak ada benda-benda kesat, memadai beristinjak menggunakan air.
- Sekiranya diberi pilihan antara menggunakan benda-benda kesat atau air, lebih utama menggunakan air.
Syarat-Syarat Menggunakan Batu atau Benda Kesat
Syarat menggunakan batu atau benda kesat semasa istinjak adalah seperti berikut:
- Benda yang dijadikan alat bersuci perlu suci, kering dan kesat sehingga dapat menghilangkan najis. Contohnya batu, kayu, daun dan tisu.
- Najis yang hendak disucikan itu belum kering dan tidak dibasahi oleh air atau benda-benda lain.
- Najis itu tidak meleleh dari tempat keluarnya. Contohnya air kencing tidak melebihi kepala zakar dan najis yang keluar dari dubur tidak melebihi bahagian punggung yang bertangkup ketika berdiri.
- Mengulanginya sebanyak tiga kali menggunakan sekurang-kurangnya tiga ketul batu atau tiga penjuru batu untuk batu besar. Apabila perlu ditambah, sunat ditambah mengikut bilangan ganjil seperti lima, tujuh dan seterusnya.
Benda-Benda yang Tidak Boleh Digunakan untuk Istinjak
Terdapat beberapa syarat mengenai objek-objek yang tidak boleh digunakan untuk istinjak.
- Najis atau benda yang sudah terkena najis.
- Makanan seperti roti atau tulang.
- Benda-benda yang mulia seperti lembaran ilmu dalam buku, maksud al-Quran dan potongan hadis.
Adab-Adab Membuang Air dan Istinjak
Berikut adalah adab-adab dalam membuang air dan melakukan istinjak
Adab Memilih Tempat
- Tidak boleh membuang air di tempat laluan awam, di dalam lubang binatang, di dalam tanah atau dinding, di bawah pokok dan di dalam air yang bertakung.
- Membuang air di atas kubur adalah haram.
- Seeloknya perlu membuang air di tempat yang disediakan iaitu tandas.
- Tidak mengadap atau membelakangi kiblat apabila terpaksa membuang air di tempat terbuka iaitu tidak berdinding atau jaraknya dengan dinding lebih dari tiga hasta (150cm)
- Tidak membawa benda-benda yang bertulis ayat-ayat al-Quran atau nama-nama Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Adab Masuk dan Keluar Tandas
- Sunat masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan.
- Tidak boleh membawa masuk benda-benda yang bertulis nama-nama Allah SWT atau ayat-ayat al-Quran serta nama Rasulullah.
- Sunat membaca doa sebelum masuk tandas dan doa keluar dari tandas.
- Tidak memandang najis dan kemaluan.
- Tidak berkata-kata ketika membuang air kerana hukumnya makruh.
- Beristinjak menggunakan tangan kiri. Makruh menggunakan tangan kanan kecuali terpaksa.
- Memakai alas kaki untuk memastikan kaki bersih daripada najis.
Penutup
Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah berkaitan taharah dalam kehidupan seharian. Jika anda ada sebarang soalan atau kemusykilan, sila nyatakan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
Nota Rujukan
- Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
- Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum. Jika mengumpul air menggunakan tisu tandas dang menggunakan air perahan tisu tersebut untuk mencuci tempat membuang air kecil, adakah ianya suci dan diterima untuk solat? Tempat saya susah untuk mendapat tandas yang ada air. Saya yakin ianya suci tapi perlukan pandangan orang lain untuk meyakinkan kawan2 juga. InsyaAllah.
Assalamualaikum, saya nak tanya saya mengalami was was istinja kerana agak jahil dalam ilmu penyucian ketika istinja, kekeliruan saya ialah
1. Ketika istinja , ada najis di badan , pada basuhan pertama , jika menjirus air , air itu membawa najis ke bawah , perlu ke menjirus air lagi ke tempat yang pernah ada najis itu? Adakah kena dua kali , atau masa najis tu hilang masa basuhan pertama
2. Percikan ketika istinjak , bagaimana mahu bezakan yang bernajis atau tak kerana sering kali air terpercik ke badan dan akhirnya saya mandi semula, dua jam lebih kadaran juga baru habis mandi setiap kali istinja swbab takut tak bersih.
3. Ketika puasa , saya kalau buang air besar akan memasukkan air kedalam dubur guna hos air yang laju ke arah dubur , untuk mengeluarkan sisa najis yang ada kerana saya selalu tak keluar habis kalau buang air besar kerana sembelit dan sebagainya , walaupun ketika buang air besar normal pasti ada najis tertinggal dalam dubur dan saya kena masukkan air juga dalam dubur untuk buang lebihan najis , adakah ini membatalkan puasa saya , kalau ia begitu membatalkan puasa , saya kena qada puasa saya yang lepas lah ya pada hari hari yang saya yakin saya buang air besar pada hari itu , sebab saya dari dulu guna cara ini untuk buang air sebab saya tak tahulah , macam tak lawas .
4. Tempat yang bernajis tapi sudah hilang dengan waktu dan takda kesan maksudnya dibiarkan sahaja sehingga hilang takda kesan , adakah masih bernajis tempat itu?
Waalaikumussalam,
1. Dalam istinja, jika air yang digunakan untuk membersihkan najis membawa najis ke tempat lain, maka tempat tersebut perlu dibersihkan juga. Asasnya, membersihkan najis hingga hilang kesan najis adalah wajib. Jika najis hilang pada basuhan pertama, maka tidak perlu dibasuh lagi.
2. Untuk percikan air ketika istinja, penting untuk tidak terlalu was-was. Jika anda yakin bahawa percikan itu adalah najis, maka bersihkan. Jika tidak, anggap ia bersih. Terlalu was-was boleh menyebabkan kesulitan yang tidak perlu.
3. Mengenai memasukkan air ke dalam dubur ketika beristinja, ini boleh membatalkan puasa jika air tersebut masuk ke dalam rongga badan. Jika anda yakin ini terjadi, maka perlu qada’ puasa. Sebaiknya gunakan kaedah beristinja yang tidak melibatkan risiko membatalkan puasa.
4. Jika tempat yang bernajis telah kering dan tiada lagi kesan najis (baik warna, bau atau rasa), maka tempat itu dianggap suci.
Adalah penting untuk mendapatkan ilmu fiqh dari sumber yang boleh dipercayai dan tidak terlalu berlebihan dalam was-was, kerana Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan.
Baik ustaz tapi rongga badan tu seperti dalam dubur ke area rectum? Sebab pernah baca dalan mufti punya page untuk orang buasir dimaafkan rasa tapi saya tak sure dan x ingat , saya pernah ada buasir tapi kecik sahaja plus saya ni selalu sembelit tak lawas , apa pun kena masuk air untuk tolak keluar najis
Ouh ya dan juga jika basuh baju yang kena kencing dalam tandas , cukup mengalirkan air sahaja kah sehingga basah satu baju itu kerana kadang tak pasti masih ada najis atau tidak jadi saya basahkan terus satu baju tu , tapi kadang lepas tu pun masih was was walaupun takda bau
1. Dalam konteks beristinja, rongga badan merujuk kepada bahagian dalam seperti dubur atau faraj. Mengenai masalah buasir atau sembelit, jika memerlukan kaedah tertentu untuk membersihkan diri, penting untuk berhati-hati agar tidak memasukkan air terlalu dalam ke dalam rongga badan, terutama ketika berpuasa. Menurut pandangan fiqh, jika air masuk ke dalam rongga badan semasa berpuasa, ia boleh membatalkan puasa. Bagi mereka yang mengalami masalah buasir, ada kelonggaran dalam cara beristinja, tetapi sebaiknya cari kaedah yang tidak melibatkan risiko membatalkan puasa.
2. Apabila membilas baju yang terkena kencing, cukuplah mengalirkan air sehingga yakin najis tersebut telah hilang. Tidak perlu membasahi seluruh baju kecuali jika najis tersebut telah merebak. Penting untuk memastikan bahwa najis telah dibersihkan sepenuhnya, tetapi sekali lagi, penting untuk tidak terlalu was-was. Jika tiada lagi kesan najis yang nyata seperti bau atau warna, maka dianggap baju itu telah suci.
Dalam kedua-dua situasi ini, penting untuk mencari keseimbangan antara memenuhi tanggungjawab syariah dan mengelakkan was-was yang berlebihan.
Assalamualaikum, saya nak tanya saya mengalami was was istinja kerana agak jahil dalam ilmu penyucian ketika istinja, kekeliruan saya ialah
1. Ketika istinja , ada najis di badan , pada basuhan pertama , jika menjirus air , air itu membawa najis ke bawah , perlu ke menjirus air lagi ke tempat yang pernah ada najis itu? Adakah kena dua kali , atau masa najis tu hilang masa basuhan pertama
2. Percikan ketika istinjak , bagaimana mahu bezakan yang bernajis atau tak kerana sering kali air terpercik ke badan dan akhirnya saya mandi semula, dua jam lebih kadaran juga baru habis mandi setiap kali istinja swbab takut tak bersih.
3. Ketika puasa , saya kalau buang air besar akan memasukkan air kedalam dubur guna hos air yang laju ke arah dubur , untuk mengeluarkan sisa najis yang ada kerana saya selalu tak keluar habis kalau buang air besar kerana sembelit dan sebagainya , walaupun ketika buang air besar normal pasti ada najis tertinggal dalam dubur dan saya kena masukkan air juga dalam dubur untuk buang lebihan najis , adakah ini membatalkan puasa saya , kalau ia begitu membatalkan puasa , saya kena qada puasa saya yang lepas lah ya pada hari hari yang saya yakin saya buang air besar pada hari itu , sebab saya dari dulu guna cara ini untuk buang air sebab saya tak tahulah , macam tak lawas .
4. Tempat yang bernajis tapi sudah hilang dengan waktu dan takda kesan maksudnya dibiarkan sahaja sehingga hilang takda kesan , adakah masih bernajis tempat itu?
Waalaikumussalam,
1. Dalam istinja, tujuan utamanya adalah memastikan kesan najis hilang. Jika pada basuhan pertama najis telah hilang, maka tidak perlu menjirus air lagi. Penting untuk memastikan najis itu hilang sepenuhnya.
2. Untuk percikan air ketika istinja, cuba berpandu pada prinsip asas – jika tidak ada bukti jelas yang menunjukkan percikan itu adalah najis, maka dianggap suci. Berlebihan dalam was-was boleh menyebabkan kesukaran.
3. Memasukkan air ke dalam dubur ketika puasa, terutama jika air tersebut masuk ke dalam rongga badan, boleh membatalkan puasa. Jika anda yakin ini berlaku, anda perlu qada’ puasa tersebut.
4. Jika tempat yang bernajis telah kering dan tiada lagi kesan najis, maka dianggap suci.
Salam, maaf tanya, adakah perlu membaca niat istinja semasa membasuhi kedua dua lubang? Saya diajar dari kecil niat istinja kecil dan besar, adakah ini wajib? Mohon pencerahan. Terima kasih
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Mengenai istinja’, ia adalah amalan membersihkan diri dari najis setelah buang air kecil atau besar dengan menggunakan air. Dalam Islam, kebersihan adalah sebahagian dari iman, dan membersihkan diri dari najis adalah salah satu cara menjaga kebersihan.
Dalam masalah niat, niat adalah sebahagian dari setiap amal ibadah. Namun, untuk istinja’ khususnya, tidak ada niat tertentu yang disebutkan dalam hadith-hadith Rasulullah SAW yang harus dibaca sebelum melakukan istinja’. Sebaliknya, niat untuk istinja’ ada dalam hati, yaitu niat untuk membersihkan diri dari najis.
Jadi, walau memang ada beberapa masyarakat atau kelompok yang mengajarkan membaca niat tertentu sebelum istinja’, hal ini lebih kepada tambahan dan tidak wajib. Yang paling penting adalah niat di dalam hati untuk membersihkan diri.
Apa yang diajarkan dan disarankan dalam sunnah Rasulullah SAW ketika memasuki tempat buang air adalah membaca doa: “اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُّثِ وَالْخَبَائِثِ” (Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari jin lelaki dan jin perempuan).
Semoga penjelasan ini membantu. Jika ada pertanyaan lain atau keperluan untuk penjelasan lebih lanjut, jangan ragu untuk bertanya.
Assalamualaikum, saya nak tanya jika seluar terkena kencing setitis dua titis , atau pun seluar dalam , kalau saya basuh dengan cara melalukan air yang banyak sehingga kesan basah air tu melebihi kesan titisan kencing tu adakah memadai , saya hanya was was sahaja ada kencing ke tak terpercik sebab saya tanggal seluar sebelum buang air dan sebagainya, kalau saya was was , saya just basuh dengan biarkan air lalu di seluar walaupun saya masih memakainya . Dan juga najis yang kering takkan berpindah jika anggota badan atau benda lain keringkan ? Dan juga najis hukmi tidak berpindah juga kan walaupun dalam keadaan basah , hanya perluk lalukan air dalam satu siraman sahaja bukan , dan juga air itu statusnya mustamal
Waalaikumussalam.
1. Dalam Islam, jika pakaian kita terkena najis seperti kencing, kita perlu membersihkannya. Jika seluar terkena kencing setitis atau dua, mencuci bahagian yang kotor dengan air sehingga bersih adalah memadai. Apabila air basuhan melebihi kesan najis (dalam hal ini, kencing), ini memadai untuk menganggapnya sudah bersih dari najis.
2. Anda betul; najis yang kering tidak akan berpindah ke benda lain jika kedua-duanya kering. Jadi, jika ada najis yang kering di seluar dan tidak bersentuhan dengan benda lain dalam keadaan basah, najis tersebut tidak akan berpindah.
3. Najis hukmi, seperti darah haid, memang perlu dibersihkan dengan cara mencucinya, tetapi ia tidak akan berpindah jika benda lain bersentuhan dengannya dalam keadaan kering. Dan ya, cukup dengan satu siraman air untuk membersihkan najis hukmi.
4. Air yang telah digunakan untuk bersuci atau membersihkan sesuatu najis disebut air mustamal. Dalam kebanyakan situasi, air mustamal dianggap bersih tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci.
Walau bagaimanapun, was-was adalah satu perkara yang biasa berlaku dalam umat Islam, terutamanya berkaitan dengan isu-isu kesucian. Jika anda sering rasa was-was, adalah baik untuk berbincang dengan seorang ulama atau ahli agama yang boleh memberikan nasihat dan bimbingan yang lebih tepat mengenai perkara ini.
Ingatlah bahawa Islam itu mudah, dan kita tidak perlu terlalu membebankan diri dengan keraguan yang berlebihan.
Assalamualaikum
, saya nak tanya , saya ni jenis yang kalau buang air besar, mesti kena cebok dulu masukkan air dalam dubur sebab ada lebihan najis , saya jenis tak lawas , maaf tapi kadang kadang najis tu ada jatuh di lantai (sikit saja) , ok lepastu saya alirkan air untuk bawak najis tu ke lubang najis , tapi saya perasan kadang bila air tu kita pakai hos bila halakan ke lantai ada percikan percikan kecil , tapi air air di lantai masih lagi tidak berubah warna , kadang saya risau sebab ianya akan terpercik ke dinding dan pintu , saya khuatir bila saya alirkan air ke pintu sehingga bawah lantai , ia akan menyebar ke luar tandas takut jadi najis , sebab risau percikan tu jadi najis , sebab selalu masa alirkan air untuk tolak najis tu ke lubang akan ada percikan percikan kecil sebab direct contact dengan lantai , apa hukum percikan tu , saya ni jenis sembelit jadi najis tu tak mudah pecah sebab macam ketulan batu , bila kena air pun tak berubah air .
Dan juga semasa mandi wajib , hanya perlu cangkung sahajakan dan alirkan air di zahir dubur , yang mana rasa sahaja ? Perlu ke meneran semasa membersihkan dubur , saya khuatir terbuang air selalu sebab pelvic floor saya agak bermasalah dan saya sedang buat terapi untuk membetulkannya balik.
Ouh ya dan last sekali , bagaimana nak bezakan was was dengan keyakinan? Kadang saya keliru mana betul ni , saya tau was was akidah memang setan , tapi was was dalam kebersihan ni kadang saya pening mana satu betul ni , sebab saya ni jenis short term memory loss, jadi benda singkat memang akan lupa , memory pun tak kuat sangat sebab saya jenis zoning out kadang
Waalaikumsalam,
1) Mengenai soalan anda tentang najis, percikan air yang tidak mengandungi najis atau yang tidak mengubah warna, bau atau rasa air itu sendiri, tidak dianggap najis. Jadi jika air yang memercik tidak mengandungi najis atau tidak mengubah sifat air, ia masih dianggap suci.
2) Mengenai membersihkan dubur semasa mandi wajib, anda hanya perlu memastikan bahawa air telah mencapai bahagian luar dubur. Anda tidak perlu meneran atau memasukkan air ke dalam dubur. Dalam hal ini, penting untuk berhati-hati dan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan menimbulkan masalah kesihatan.
3) Mengenai was-was, ini adalah satu isu yang cukup rumit. Namun, sebagai garis panduan umum, jika anda merasa bimbang atau ragu-ragu tentang sesuatu yang tidak perlu diragui (seperti kebersihan atau cara solat), ini biasanya adalah was-was. Anda boleh berusaha untuk mengatasi was-was ini dengan meningkatkan pengetahuan anda tentang agama dan juga dengan berdoa kepada Allah untuk petunjuk dan kekuatan.
Semoga ini menjawab soalan-soalan anda. Semoga Allah memudahkan segala urusan anda. Amin.
Maaf saya nak Tanya kalau najis itu susah dihindari di dalam tandas adakah dimaaf? Ada satu hari ni saya rasa ada air mangkuk tandas terpercik masa saya tengah siram kemaluan pastu saya berangapan itu was was tapi hari yang seterusnya saya rasa macam yakin yang betul betul terpercik jadi adakah dimaaf? Saya ingatkan itu was was sebab saya selalu was was Sy sedang Cuba untuk buang rasa was was tapi kalini yakin saya tinggi ia terpercik
Jika yakin terpercik air tandas, maka cucilah bahagian tubuh yang terkena itu dengan air sehingga diyakini telah suci dan bersih.
maaf bertanya, boleh saya tahu… selepas qada hajat perlukah saya basuh drpd pinggang hingga ke hujung kaki… krn khuatir najis pada badan mungkin terpercik semasa istinjak?
Jika yakin ada terkena najis, maka perlu basuh.
Jika was-was sahaja dan tiada najis bila diperiksa, maka tidak perlu
Nak tanya, jika buang air besar, kita hanya menjirus air ke dubur sehingga diyakini bersih tanpa menggosok menggunakan tangan kiri, adakah suci dalam islam? Terima kasih
Assalamualaikum wrt wbt…sila beri pendapat bagi situasi yg saya akan sebutkan
Seseorang terpaksa membuang hajat ditepi jalan atau didalam hutan kerana tidak tahan kemudian dia beristinjak dengan barang kesat…kemudian dia pulang kerumah lalu mengambil wudu dan melakukan solat sesudah tiba di rumah tanpa dia membasuh kembali tempat keluar hajat…adakah solatnya sah,atau perlukah dia membasuh kembali tmpt keluar najis tersebut sebelum melakukan solat
Mohon penjelasan..terima kasih
Atas Nama Allah Yg Maha Pengasih Maha Penyayang.Demi KeEsan’Nya Allah Yg Maha Tunggal, Dan segala pendapat itu adalah Bukan diriku. MahaSuci Allah Yg Tiada Sekutu BagiNya. Dan, Segala Puji Hanya Nyata. Kerana, Allah. Yg Ada Hanya Allah.
Allah Hu Alim