Hukum Puasa Tapi Tidak Solat

puasa tapi tidak solat

Apakah hukum puasa tapi tidak solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan soalan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya ingin bertanyakan satu soalan berkenaan orang yang puasa tapi tidak mengerjakan solat lima waktu?


JAWAPAN:

Solat lima waktu adalah rukun Islam yang paling penting diantara rukun-rukun yang lain.

Didalam dunia orang yang tidak mengerjakan solat dinamakan sebagai fasiq yang tidak boleh dipercayai dan diakhirat nanti tempat yang Allah janjikan padanya ialah api neraka.

Firman Allah:

فَخَلَفَ مِن بَعدِهِم خَلف أَضَاعُـواْ الصَّلَوةَ وَاتَّبَعُواْ الشَّـهَوَتِ فَـسَوفَ يَلقَـونَ غَـيّاً

Ertinya:

Maka dibelakang mereka nanti akan ada keturunan mereka yang mensia-siakan solat. Mereka mengikut akan hawa nafsu dan nanti akan bertemu dengan azab neraka.”

(Maryam : 59)

Yang membezakan orang beriman dengan orang kafir ialah meninggalkan solat yaitu orang yang meninggalkan solat adalah sama perangainya dengan orang-orang kafir.

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. Nabi saw bersabda:

بـَيْـنَ الـرَّجُلِ وَبَـيْـنَ الكُفْـرِ تَرْكُ الـصَّلاَةِ

Ertinya:

Antara seseorang itu dengan kekufuran ialah meninggalkan solat.”

(Hadith Abu Daud & Tirmizi)

Maka orang yang berpuasa tapi tidak solat itu adalah orang yang membina satu rukun agamanya dan meruntuhkan satu rukun yang lain yaitu solat.

Berkata Dr Ahmad Tayyib:

الإسلام دينٌ كاملٌ ومتكاملٌ تَشُدُّ أركانه بعضُها بعضًا، فلا يليق بالمسلم الذي يخشى الله ويتقيه أن يأتي ببعض الأركان ويترك البعض الآخر، ومن يصوم ولا يصلي يكون قد أقام ركنًا من أركان الإسلام وهدم ركنًا آخر، فهو كمَن آمن ببعض الكتاب وكفر بالبعض الآخر، وهؤلاء توعدهم الله بأشد العذاب يوم القيامة. دار الإفتاء المصرية

Ertinya:

Islam adalah agama yang sempurna dan saling menyempurnakan yang rukun-rukunya saling menguatkan satu sama lain.

Maka tidak layak dengan seorang Islam yang takut akan Allah hanya mengerjakan sebahagian rukun Islam dan meninggalkan sebahagian rukun yang lain.

Siapa yang berpuasa dan tidak solat adalah ia mendirikan satu rukun dari segala rukun Islam dan meruntuhkan rukun yang lain.

Samalah dia dengan orang yang hanya beriman dengan sebahagian Quran dan kufur dengan sebahagian Quran.

Mereka itulah yang Allah janjikan dengan azab yang sangat pedih pada hari kiamat.”

(Darul Ifta Mesir)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments