Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?
Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7# TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8# JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.
Suka Apa Yang Anda Baca?
Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!
54 thoughts on “8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat”
Alhamdulillah sharing yang bagus sekali semoga kita mencontohi sifat sifat yang terpuji Rasulullah SAW ..memang di zaman serba moden ini kita amat memerlukan sifat sifat yang sebegini terutamanya kepada setiap umat Islam..mudah2 an kita akan mempraktikkan hingga ke anak2 cucu kita… lawati my blog : kaykacip.com
terimakasih ;)
Info yang sangat bermanfaat…♥
Allah, Allah… hebatnya Rasullullah saw… mmg semua org ingin utk mengikut cara kehidupan rasul kita…semoga di permudahkan…
Subahanallah……hebatnya Rasulullah…… Mampukah kita lakukan seperti itu. Makan pun sampai kenyang baru nk berhenti. Selagi tak kenyang, tak berhenti kan. Sebab tu lah dapat macam-macam penyakit. Malah penyakit pelik-pelik pun ada. Lepas baca artikel ni, terasa sangat nk berubah. TQ Admin.
Hai. Saya tertarik dengan info yang saudara kongsikan iaitu kita hanya memerlukan 3 jam tidur sahaja. Benarkah? Boleh saudara kongsikan kajian yg berkaitan? Terima kasih :)
Alhamdulillah hebatnya cara Rasulullah s.a.w menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya menjaga kesihatan diri sendiri , kebersihan diri dan kulit memang sangat-sangat digalakkan dalam Islam. Jika kita mengamalkannya bukan sahaja diri kita sihat malah dapat ganjaran pahala kerana mengikut sunnah.
Jika anda ada masalah atau penyakit kulit rawatlah segera supaya tidak mengganggu ibadah anda. Untuk rawatan altenatif pelbagai penyakit kulit boleh layari website kami http://glowgelenggang.com/blog/
Satu lagi tips yang bagus, amalkan makan lebih banyak buah, terutama buah tempatan seperti betik kerana ia bantu menguatkan sistem imum secara semulajadi dan bagus juga untuk mereka yang nak kurus
Saya mengamalkan pengambilan produk Forever Living yang kebanyakan daripada bahan utamanya adalah madu lebah, propolis, jeli raja dan sebagainya. Kandungan produk ini amat menitikberatkan pengambilan bahan semulajadi dan tiada bahan pengawet. Anda juga boleh mencubanya. Boleh layari website yang saya kendalikan: http://www.foreverliving-malaysia.com/
Salam,Alhamdulillah Info yang sangat bermanfaat kepada saya
dan sekeluarga tentang sunnah Rasullulah s.a.w.
.
Semua yang lain juga mendapat manfaat dari perkongsian ini
.
wasalam
thanks infonya mas

Alhamdulillah. Terima kasih utk perkongsian ini.
Assalamualaikum…

Sama-sama kita lakukan sunnah ini. Mohon perkongsian tentang kita hanya perlukan tidur 3 jam sahaja
Hai. Saya tertarik dengan info yang saudara kongsikan iaitu kita hanya memerlukan 3 jam tidur sahaja. Benarkah? Boleh saudara kongsikan kajian yg berkaitan? Terima kasih :)
izinkan saya copy ye
terima kasih
terima kasih sangat infonya bermanfaat
Allah hebatnya rasul allah. memang menjadi impian nadia untuk mengikuti kehidupan rasul.
semoga di permudahkan kami yang allah.
Info yang sangat bermanfaat…
Dapatkan jadikan diri ini lebih baik dari semalam…
Alhamdullilah
Assalamualaikum…
Saya mohon share di blog saya yea :)
Terima kasih !
http://minimeyra.blogspot.my/2016/08/11-berita-best-untuk-kaki-masjid-kalau.html
Terima kasih atas info admin. Mohon share
terbaik, info yang membantu. semoga admin sentiasa dirahmati.. amiin
Alhamdulillah hebatnya cara Rasulullah s.a.w menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya menjaga kesihatan diri sendiri , kebersihan diri dan kulit memang sangat-sangat digalakkan dalam Islam. Jika kita mengamalkannya bukan sahaja diri kita sihat malah dapat ganjaran pahala kerana mengikut sunnah.
Jika anda ada masalah atau penyakit kulit rawatlah segera supaya tidak mengganggu ibadah anda. Untuk rawatan altenatif pelbagai penyakit kulit boleh layari website kami http://glowgelenggang.com/blog/
Satu lagi tips yang bagus, amalkan makan lebih banyak buah, terutama buah tempatan seperti betik kerana ia bantu menguatkan sistem imum secara semulajadi dan bagus juga untuk mereka yang nak kurus
Alhamdulillah. Terima kasih utk perkongsian ini.
Tips ni mmg berguna, lagi-lagi amalan yang digunakan oleh rasulullah :) jom kongsi ilmu bersama http://www.gayahidupsihat.com

Solah Sabri