Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?
Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7# TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8# JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.
Suka Apa Yang Anda Baca?
Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!
54 thoughts on “8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat”
Tips yg sgt bgus..alhamdulillah
Sy nk kongsi jgk ni..waktu pagi sebelum subuh klau bleh kta mndi sbb ia dapat mencegah kita dari senang mendpt pnykit..tips ni sy dpt dri web lain..& klau x slah sy..ni jgk sunnah Nabi kta..
Terima Kasih artikel yang bagus untuk di kongsikan agar kita saling ingat mengingati sebab sekarang kita lebih taksub pada budaya barat dan sejak akhir-akhir ini gelombang korea pulak makin berleluasa. Peringatan untuk diri sendiri juga berbalik pada ajaran Islam InsyaAllah selamat Dunia dan akhirat. Ternyata Penjagaan Kesihatan pun Islam menitik beratkan, Islam itu INDAH.
Alhamdulillah, tips yang amat menarik dan boleh amalkan dalam harian .
tips kebersihan pada diri kita amat penting , malah kebersihan anak-anak juga penting. jadi pentingnya melatih anak-anak kita menjaga kebersihan dari kecil , ikuti selanjutnya di :-
Sememangnya bangun sebelum Subuh amat digalakkan. Seperti yang kita ketahui, kajian yang dijalankan memberitahu bahawa badan kita memerlukan rehat dan tidur hanya untuk 3 jam sahaja. Disebabkan itu kita digalakkan untuk tidur seawal 9 malam ataupun paling lewat 10 malam dan bangun pada pukul 12 tengahmalam. Badan akan jadi lebih segar dan ini lah waktu yang sangat wajib untuk menjalani ibadah tahajud. Waktu nie waktu sunyi dan nyaman.
Perkongsian yg sangat berguna. sebab tu kita disarankan untuk amalkan sunnah Rasulullah kerana terdapat hikmah dan kebaikan dalam setiap perbuatan yg dianjurkan.
wau, satu info yang bagus. cara Rasulullah menjaga kesihatan adalah yang terbaik. kita patut amalkan dan ikutinya. banyak manfaat yang dapat kita perolehi sekiranya kita mengamalkan sunnah Rasulullah. so, smua sunnah Rasulullah adalah bnda yang baik dan kita patut amalkan
Alhamdulillah perkongsian padat dengan ilmu….mohon share supaya dapat memberi manfaat kepada yang lain juga.
Izinkan saya blogwalking disini kerana saya juga seorang penulis blog tentang kesihatan & supplement ( kesihatan jasmani ) jemput baca : http://umiwarham.blogspot.com/

Alhamdulillah banyak info info yang bermanfaat boleh kita amalkan sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W
T .kasih Salam http://akufisio.blogspot.com/ :)
Terima Kasih artikel yang bagus untuk di kongsikan agar kita saling ingat mengingati sebab sekarang kita lebih taksub pada budaya barat dan sejak akhir-akhir ini gelombang korea pulak makin berleluasa. Peringatan untuk diri sendiri juga berbalik pada ajaran Islam InsyaAllah selamat Dunia dan akhirat. Ternyata Penjagaan Kesihatan pun Islam menitik beratkan, Islam itu INDAH.
Alhamdulillah, tips yang amat menarik dan boleh amalkan dalam harian .
tips kebersihan pada diri kita amat penting , malah kebersihan anak-anak juga penting. jadi pentingnya melatih anak-anak kita menjaga kebersihan dari kecil , ikuti selanjutnya di :-
http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/06/8-cara-melatih-anak-menjaga-kebersihan.html
Sememangnya bangun sebelum Subuh amat digalakkan. Seperti yang kita ketahui, kajian yang dijalankan memberitahu bahawa badan kita memerlukan rehat dan tidur hanya untuk 3 jam sahaja. Disebabkan itu kita digalakkan untuk tidur seawal 9 malam ataupun paling lewat 10 malam dan bangun pada pukul 12 tengahmalam. Badan akan jadi lebih segar dan ini lah waktu yang sangat wajib untuk menjalani ibadah tahajud. Waktu nie waktu sunyi dan nyaman.
the best info . tq sharing.
http://jasmilajamli.blogspot.com/2015/06/6-cara-kurus-dengan-cepat.html
tips saya kurus free + sihat tak payah keluarkan duit.
jemput baca dan try kalo u all nak turunkan berat badan.
Perkongsian yg sangat berguna. sebab tu kita disarankan untuk amalkan sunnah Rasulullah kerana terdapat hikmah dan kebaikan dalam setiap perbuatan yg dianjurkan.
Somoga dapat lakukan sebanyak mungkin amalan Rasulullah
As salam.entri yang sangat bermanfaat.t.kasih.jemput singgah ke blog saya jugaVitamin C merangsang pembentukan kolagen..Suplemen wajib setiap hari http://cahayanurani001.blogspot.com/2015/05/kulit-cantik-dan-cerah-amalkan-vitamin.html
Siti 010 5302853
wau, satu info yang bagus. cara Rasulullah menjaga kesihatan adalah yang terbaik. kita patut amalkan dan ikutinya. banyak manfaat yang dapat kita perolehi sekiranya kita mengamalkan sunnah Rasulullah. so, smua sunnah Rasulullah adalah bnda yang baik dan kita patut amalkan
Penawar sakit yang paling mujarab. mohon dijadikan rujukan. Tq.
perkongsian yang bagus..thumbs up!
Amalan yang bukan saja mampu menjaga kesihatan tapi juga boleh dapat pahala mengamalkan sunnah Rasullulah swt
Alhamdulillah perkongsian padat dengan ilmu….mohon share supaya dapat memberi manfaat kepada yang lain juga.
Izinkan saya blogwalking disini kerana saya juga seorang penulis blog tentang kesihatan & supplement ( kesihatan jasmani ) jemput baca : http://umiwarham.blogspot.com/
Mohon share dengan pengguna http://www.bieshoppe.com.my TQ admin
Info yang memberi kesedaran untuk semua termasuk diri saya…
Info yang sgt bermanfaat :) suka3
Assalamualaikum..mohon share ya. semoga sentiasa dalam jagaan dan kasih sayang Allah selalu :)
salam.yA Allah,kadang2 nak buat,kekalkan satu dari ni pun susah..positif2..trima kasih untuk perkongsian..-)
terasa mahu sambung pembacaan buku ‘Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit’