اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي ، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي ،
وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي ، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي ، وَمِنْ شَرِّ مَنِيَّتِي .
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan pendengaranku, kejahatan penglihatanku, kejahatan lidahku, kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku.
Keterangan & Petua Beramal
Menurut al-Imam Syaraf al-Haq Muhd Asyraf Al-Siddiqi Al-Azim Abadi, Nabi s.a.w mengajar kita agar memohon perlindungan Allah dari kejahatan-kejahatan yang disenaraikan dalam versi ini iaitu:
Mendengar perkara-perkara yang dibenci Allah, melihat perkara-perkara yang dibenci olehNya, berkata tentang perkara yang sia-sia yang menjurus kepada dosa dan melakukan zina ataupun perkara-perkara yang menjuruskan daku kepadanya.
Menurut Ibnul Qayyim , antara langkah menghindarkan diri dari mengikuti syahwat ialah dengan mendalami ilmu dan mengamalkannya.
Perlaksanaannya boleh dilakukan menerusi langkah-langkah di bawah :
a. Melihat faktor-faktor yang membangkitkan syahwatnya. Apabila sudah mengenalpastinya maka hendaklah dilakukan prkara-perkara yang dapat membendungnya.
b. Hendaklah dia menundukkan pandangan dari melihat perkara-perkara yang mengajaknya kepada melakukan maksiat itu.
c. Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan baginya untuk mengurangkan kecenderungan melakukan maksiat
d. Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu di dunia lagi.
Tinggalkan Komen Anda..
[…] Sumber: AkuIslam […]