Doa Agar Ditetapkan Hati (Istiqamah)

Bagaimanakah doa agar ditetapkan hati?

Berikut doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditetapkan hati (istiqamah) atau konsisten terhadap sesuatu:

Rabbanā Lā Tuzig Qulūbanā Ba‘Da Iż Hadaitanā Wa Hab Lanā Mil Ladunka Raḥmah, Innaka Antal-Wahhāb

Maksudnya:

(Mereka berdoa dengan berkata) Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.

Keterangan Ayat

Antara isi doa orang berilmu yang beramal dengan ilmunya itu adalah, “Ya Allah janganlah kiranya Engkau jadikan hati kami terpaling daripada hidayah yang telah Engkau berikan. Dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu” bermaksud, “Kurniakan ketetapan dalam hati kami akan iman dan hidayah itu.” Sebahagian ulama pula mentafsirkannya sebagai memohon keampunan Allah. (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat ke-8, Surah Ali ‘Imran)

Menurut sebuah hadis riwayat Ahmad, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim yang dianggap sebagai sahih olehnya bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya,

Al-Mizan itu berada di tangan (kekuasaan) Allah. Dia akan meninggikan sebahagian golongan dan merendahkan yang lain sehingga ke hari kiamat. Hati manusia berada di antara dua jari Allah Al-Rahman (berada dalam kekuasaan Allah). Jika berkehendak, Dia akan menjadikannya istiqamah dalam kebenaran dan jika dikehendaki-Nya akan disesatkan-Nya.”

Khasiat Dan Cara Beramal

Disebabkan terlalu mudahnya hati itu berubah, kita digalakkan beramal dengan doa ini dan doa memohon ketetapan hati yang diamalkan oleh Nabi ﷺ (ad-Durr al-Manthur, tafsir ayat 8 Surah Ali-‘Imran)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments