Cara Mengawal Marah: Konsep Pause

pause

Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan.

Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik.

Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita.

Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.

Aplikasi konsep pause mudah sahaja. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:

1) Diam

2) Berfikir

Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan dua perkara diatas.

Langkah yang pertama, kita perlu diam.

Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.

Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.

1. Mengapa aku perlu marah?

2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?

3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?

Sekiranya persoalan-persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti keadaan sebenar.

Kita kembalikan diri kita kepada beberapa aspek rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah.

Lalu akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita itu.

Sir Walter Scot, seorang pengarang Scotland mengatakan bahawa “Timbang rasa adalah laksana lantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan hati, akal dengan akal dan tubuh dengan jiwa.

Oleh itu, konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yang meluap – luap itu. 

Masih marah? mari baca entri ini pula, => Memendam Rasa Marah

 

Sumber:

Nurulain Ahmad ( Buku: Give & Take Antara Hamba & Pencipta )

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

9 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nor
Nor
8 tahun yang lalu

Macam mana bila sy tengah marah tapi buat teknik ni..tp suami asik tanya kenapa2..kenapa sy marah berulang kali..sy diam supaya sy lebih rasional..tapi suami fikir diam tanda protes..sy xtahu mcm mana nk hadapi semua ni..adakah sy salah sebab tidak menjawab soalannya? Sy dah terangkan bagi sy masa untuk berdiam diri..tapi lagi teruk jadinya..apa yg patot sy buat?

luthfisetyawanan
luthfisetyawanan
10 tahun yang lalu

terima kasih pencerahannya,akan saya lakukan jika saya marah,

MaYa's Suria
MaYa's Suria
11 tahun yang lalu

Kadangkala marah tu perlu sebab ianya adalah salah satu emosi yg harus di lepaskan.Tetapi ianya perlu secara terkawal agar tidak menyakiti mana-mana pihak.

mohd. hafidz
mohd. hafidz
11 tahun yang lalu

Aku pernah baca konsep pause ni dalam buku Psyco-Cybernetics hasil tulisan Dr. Maxwell Maltz, dia cakap, kalau kita mudah marah, apa perlu kita buat kita pause, macam mana caranya?

Just say to yourself, “I delay my anger”…

Cakap jer…

Katakan anda tengah marah, just say to yourself, “tak perlu marah-marah lah hafyz…” (andai kata nama anda hafyz laa…)

Hanya dengan cakap macam itu, secara automatik, pertimbangan waras mula menguasai fikiran anda…

l3ngch4i
l3ngch4i
Reply to  mohd. hafidz
10 tahun yang lalu

trima ksih smua, sedikit sbyk ianya dpt membantu

sani
sani
Reply to  mohd. hafidz
5 tahun yang lalu

bagus alhamdulillah jumpa 1 ilmu..insyaAllah