Bagaimana Untuk Menjadikan Masalah Itu Manis

  masalah

masalah

Ketika kita ditimpa sebuah kesusahan, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekat kepadanya.

Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk kita kemudahan.

Kerana sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan.

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”( QS. al-Insyirah: 5-6)

Ketika permasalahan datang menghampiri

Jangan mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan memberontak akan keputusannya apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak adil.

Namun, mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya, diberikan penyelesaian  yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap dia memberikan ganjaran pahala untuk kita.

Tanpa malam, bulan purnama takkan indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan terasa. Tanpa dahaga sejuknya air takkan memberi banyak makna.

Begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan dan kesusahan. Setelah mendung terbitlah cerah.

Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnah-Nya. Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya.

Jika ketabahan yang kita bina, nikmat akan terasa. Jika keluhan yang sentiasa kita bina sengsara akan selalu bertambah.

Permasalahan datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki. Musibah adalah medium dalam proses pendewasaan. Tanpa permasalahan kita takkan pernah dewasa.

Tanpa kesusahan kita takkan menjadi orang yang luar biasa.

”Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”

Di saat kita mencari solusi dalam suatu permasalahan, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.

Maka,senyumlah mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi permasalahan tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu bergantung kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.

Mari bersama kita menakluki masalah!

 

EarthSecret

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 1,560 other subscribers

Comments

  1. fini says

    saya rasa dengan datangnya masalah dalam diri kita….kita akan lebih rapat dan kenal ALLAH….walaupun banyak masalah yang kita hadapi….kita akan lebih banyak berfikir….
    terima kasih….

    • says

      Hidup ini tidak mudah, tapi kita tidak boleh Menyerah. Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri? mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?

      Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya.. =)

  2. says

    Salam, sebuah perkongsian yang menarik.
    Saya masuk ke sini sebab ada someone bagi link ke sini.

    Apabila ada masalah barulah otak bergerak. Dan apabila bergerak barulah idea-idea baru datang. Dan dari idea-idea tersebut akan dapat sesuatu yang berharga yang tak terjangka dari awal. Ianya ibarat percambahan gelombang neuron. – my personal option.

    Oh admin. Nak tanya. Why you use akuislam as your domain? Ada jawapan yang best tak? Please reply me.

    • says

      Aku Islam – Untuk mengingatkan diri sendiri, self-reminder, kita ni seorang Islam. Apa-apa yang kita nak buat dalam hidup ni, kenalah dalam cara Islam.. cara yg boleh beri sumbangan kepada Islam.. Dan the most important is mestilah diredhai oleh Allah :)

    • says

      rite.. yakin dengan ayat Allah bahawa Dia takkan membebani hambaNya dengan sesuatu yang xdapat ditanggung. Semuanya mempunyai sebab dan musabab =)

  3. ifaMukhtar says

    Alhamdulillah, dengan masalah itu banyak mengajar sy untuk lebih dewasa. lepas ni x nak dah mengeluh malah tersenyum dan bersyukur. sy x pernah hadapi sendiri, tapi Allah sentiasa ada disisi. indahnya Islam :)

    • says

      Masalah itu akan memberikan kita pengalaman. Dan pengalaman tu adalah guru yang terbaik dalam mendewasakan kita.. Yang penting, sentiasalah berdoa kepada Allah agar sentiasa diberi petunjuk =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *