Kegagalan Sebagai Yuran Kejayaan!

kejayaan
Kejayaan mustahil tanpa usaha | Still not good enough by Iamno-Scientist

Kegagalan sebagai yuran kejayaan?

Betul ke?

Sebelum ke arah jawapan, saya timbulkan lagi persoalan…pernah rasa kegagalan?

Jawapan untuk kedua-dua soalan..”Ya, setiap orang PASTI pernah rasa kegagalan dan kegagalan itulah yang menjadi yuran kejayaan!”

Namun, ada juga kegagalan yang menjadi HUTANG kejayaan.

Hutang? kejayaan pun ada liabiliti?

Ya, hanya putus asa akan memberi liabiliti kepada kejayaan.

Bagaimana?

Jika kita sudah mengalah sebelum berjuang, kita akan terpaksa berkerja lebih! Lebih masa dan lebih tenaga kerana banyak masa kita terbuang kerana berhenti separuh jalan.

Akibatnya, kita jauh ketinggalan dalam mendaki gunung kejayaan.

 “Aku dah berusaha tapi..kenapa masih gagal?”

Kata bijak pandai, bukan kita merancang untuk gagal tapi kita yang gagal merancang.

Allah beri kita kegagalan bukan bererti Allah buang kita ke pulau kegagalan untuk selamanya. Selami ibrah yang Allah beri.

Jangan kita terus hidup di pulau kegagalan namun kita cuba bangkit dan pulaukan kegagalan itu. Sampai bila kita ingin terus di dalam selimut kekecewaan?

Di bantalkan dengan keluhan?

 

Kita ambil iktibar dari kisah kejayaan Col. Harland Sanders iaitu pengasas KFC.

kejayaanBeliau telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapatkan platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

Apa ikhtibarnya disini?

Bak kata pujangga, hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Contohi kegagalan? Nak ulang kegagalan? karutlah!

Bukan mengulang tapi mengkaji!

Kaji dari mana PUNCA kegagalan dan PENGHALANG kejayaan.

Jika dahulu kita gagal mengurus masa, mulakan dengan sifat menghargai masa. Secara logiknya, benda yang berharga tidak akan mungkin kita sia-siakan.

Bagaimana menghargai masa?  Hargai masa dengan mengisi masa. Bagaimana mengisi masa?

Ini jawapannya..

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

— Surah Al-Asr, 103:1-3

Hargai Masa Kerana Ia Seperti Air Yang Deras Hanya Berhenti Bila Sampai Ke Hujung

Jika dahulu kita gagal dalam merancang, mulakan dengan menentukan matlamat.

Tiada gunanya perancangan jika tiadanya matlamat.

Tentukan keutamaan daripada kemahuan. Buat analisis untuk menentukan prioriti.

Dengan cara ini mudah melihat kelancaran perancangan yang dirancang.

Kita sering gagal untuk menguasai kata kerja faham dan hafal. Kita mudah hafal tapi mudah lupa.

Kunci dalam hafalan adalah memahami.

Kita mungkin saja mudah menghafal beribu perkataan namun kita sukar memahami satu perkataan.

“Aku faham cuma tak ingat”

Jika ini yang kita alami, ertinya kita belum faham. Mengapa?

jika kita faham sudah tentu kita ingat. Jika kita ingat tidak semestinya kita faham.

“Bingung..Tak perlulah berbelit-belit!”

Tak perlu bingung. Kuasai teknik memahami. Bagaimana?

Caranya mudah. Untuk memahami perlu mengetahui dahulu. Kita perlu tahu apa yang kita baca.

Contohnya,

“Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan terbantutnya pembesaran ”

fahami ayat ini dengan bermain dengan imaginasi dan timbulkan persoalan dan jawab persoalan itu dengan cara mencari maklumat lebih tentang itu.

Apa kaitannya pembesaran dengan vitamin A? dan jika kita kembali kepada fungsi vitamin A, vitamin A adalah elemen penting untuk menghasilkan sel-sel baru.

Jika tiadanya vitamin A, sel-sel baru tidak akan dapat dihasilkan dan dengan mudah kita dapat kesimpulan yang sudah tentu pembesaran terbantut kerana tiadanya sel-sel yang baru.

Disini kita dapat memahami dengan menyeluruh tanpa menghafal bulat-bulat contoh fakta tadi iaitu “Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan terbantutnya pembesaran”.

kejayaanApabila kita dapat memahami dengan baik, sudah tentu kita dapat menerangkan kepada rakan-rakan kita dengan lebih mudah tanpa mengunakan ayat didalam nota yang di beri.

Akhir sekali, jangan masuk lubang yang pernah kita jatuh dahulu.

Jika tersungkur lekas bangun. Selagi Allah dalam hati kita kekuatan pasti ada ketika kegagalan bertandang.

Tekadkan dalam hati , kegagalan ini pasti akan ku guna untuk mencapai kejayaan. FAILURE IS SUCCESS FEE!!

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” 

— Surah Al-Inshirah 94:5-6

Artikel ini adalah perkongsian ke Inbox kami  daripada Siti Hannah Jikri [ Blog ]. Semoga perkongsian yang dikongsikan oleh beliau memberi makna dan manfaat kepada kita semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
anynomous
anynomous
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum w.b.t
Minta izin copy for assignment :)

sue
sue
8 tahun yang lalu

Saya baru dpt keputusan sem 1, 2.76 sya amat kecewa sbb teman yg rpt dgn saya semua 3.5, keatas.padahal saya ajar mereka! Sua tak percaya saya dapat sikit.saya malu nk ke kelas. SYa down sngat

masso dasuki
masso dasuki
Reply to  sue
8 tahun yang lalu

Ujian yang sebenar bukan pointer . Tapi keikhlasan hati . Sama ada redha dgn apa yg di beri atau mengalah dan merungut.

Ya kita ajar diorang. dan dioramg lagi bijak, bermakna kita hebat dalam mengajar.

KehalusanKelembutan
KehalusanKelembutan
10 tahun yang lalu

Assalamualaikum..
kegagalan adalah kunci kejayaan,
itupun jika kita ambil kegagalan tu sebgai motivasi utuk push kita puna semangat utk berjaya.
nice entry may Allah ease!