Seorang pengamal Ninjutsu mempamerkan kemahiran mereka kepada media dalam gimnasium di Karaj, 45 km (28 batu) barat laut Tehran 13 February 2012. Pada masa ini, terdapat kira-kira 3000 hingga 3500 pelatih wanita berlatih Ninjutsu di kelab-kelab yang dijalankan secara bebas di seluruh Iran beroperasi di bawah pengawasan Kementerian Persekutuan Sukan Seni Mempertahankan Diri negara tersebut
Wanita Ninjutsu
“Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga”
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.
Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.
Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu.
Di hari kelahiran
Beza Antara Jatuh Cinta Dan Membina Cinta
Mengapa orang berkahwin ? Kerana mereka jatuh cinta.
Mengapa rumah tangganya kemudian bahagia?
Adakah kerana mereka masih jatuh cinta? Tidak.Tetapi kerana mereka terus membina cinta.
Jatuh cinta itu mudah, dalam masa 10 minit juga boleh. Tetapi membina cinta itu sangat susah, perlukan waktu seumur hidup.
Kita hanya pura-pura tahu..
[Editorial] : Facebook AkuIslam & Penulis Jemputan Yang Special
Assalamualaikum,
Pertama sekali,
Kami admin-admin AkuIslam nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana selalu menjenguk blog akuislam.com ini. Tidak lupa juga kepada mereka-mereka yang selalu menghantar dan berkongsi artikel mereka ke inbox kami. Ribuan malah jutaan terima kasih kami ucapkan, semoga artikel anda semua dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Aminn.
Insyaallah, kami sedang berusaha untuk memberi saguhati kepada mereka yang berkongsi artikel dengan kami pada suatu hari nanti. Namun buat pada masa ini kami masih belum mampu lagi. Namun doakanlah..
Bicara Hati
Apa khabarkah wahai diri? Bagaimanakah keadaan diri?
Soalan yang acap kali kita mendengarnya. Mungkin, setiap hari soalan-soalan berbunyi seperti ini kita mendengarnya dan bertanyakannya. Tapi, nukilan ini bukan bertujuan untuk menanyakan tentang diri, ia tentang HATI!
Seperti yang diketahui bahawa, Nabi Isa a.s mampu menghidupkan kembali manusia yang telah mati. Akan tetapi, Nabi Muhammad saw pula mampu menghidupkan pula hati-hati manusia yang telah mati. Itulah kehebatan Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad saw.
“Namanya saja manusia, tapi hati tiada!” marah seorang pengemis jalanan.
Dialog diatas mungkin boleh diumpakan sebagai sebahagian hati mati.
Patah Hati
Emm… patah hati !!
Jika mendengar perkataan ini pasti yang terlintas dibenak fikiran kita dan semua orang adalah tentang cinta yang terkandas, tentang cinta yang putus sampai disini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang berlinang, tentang sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia terasa mengalami kiamat. “Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati”
Hati sanubari kita kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”. Tiada istilah lain yang lebih sedap ke? Tapi yang penting adalah bagaimana ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi tersambung, ketika cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si dia tak mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita
Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?
Tetapi kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:
Warkah Untuk Sang Mantan
Assalamualaikum..
Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah.
Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, apa perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.
Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak dari berpegangan tangan di khalayak ramai walaupun pada bulan Ramadhan? Pernah tak?











