5 Strategi Apabila Merasa Kusut Dalam Menyelesaikan Masalah

Menyelesaikan Masalah
Bagaimana kita boleh menyelesaikan Masalah Hidup dengan mudah? | figure.it.out by karlaHernandez

Pernahkah anda menghadapi satu masalah hidup yang sangat rumit dan menyesakkan dada serta sukar untuk dibuat solusinya?

Mungkin masalah ini telah membuat anda tidak dapat tidur malam, hilang selera makan dan berasa sangat keliru untuk membuat keputusan?

Benar?

Saya juga kerap mengalami situasi seperti ini.

Terlalu over-thinking dan menganalisa masalah tersebut dari setiap sudut.

 Hasilnya, saya akan bertambah serabut.

Semakin saya berfikir, semakin fikiran saya menjadi kusut ke dalam kekeliruan, dan lebih besar masalah yang dirasakan.

 

Jangan Terlalu Memikirkan Masalah Tersebut

Bila kita terlalu memberikan tumpuan kepada masalah tersebut, anda  rasa apa yang kita dapat?

— Sebenarnya lebih banyak masalah yang kita akan dapat.

Sebenarnya apabila lebih banyak kita memberi tumpuan kepada masalah itu, pemikiran kita menjadi lebih sempit.

Malah kita akan membungkuskan sekali diri kita dengan masalah tersebut.

 

Bersederhanalah Dalam Setiap Perkara

Saya mendapati perkara ini benar.

Jalan terbaik untuk dilakukan semasa menghadapi sesuatu masalah adalah bersederhana.

Kesederhanaan anak membuang segala kerumitan.

Tidak terlalu memikirkan secara kompleks dan tidak juga mengabaikan terus masalah yang dihadapi.

Cuma bersederhana.

Bertepatan dengan hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Telah binasa orang berlebih-lebihan.”

Alhamdulillah, saya telah menjumpai beberapa strategi yang ringkas untuk  menyelesaikan kebanyakkan masalah, Insyaallah.

Semoga strategi-strategi yang saya kongsikan ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah dalam kehidupan juga

 

5 Strategi Mudah Dan Berkesan Untuk Menyelesaikan Masalah

1. Fokuskan kepada Penyelesaian

Fokus pada penyelesaian – bukan masalah.

Saintis telah membuktikan bahawa otak  tidak dapat untuk mencari penyelesaian jika kita memberi tumpuan kepada masalah, kerana ia akan mengaktifkan emosi negatif, yang akan menghalang potensi otak untuk menyelesaikan masalah.

Bukan bermakna kita harus mengabaikan masalah, tetapi hanya perlu tahu masalah itu dan kemudian memberi tumpuan kepada cara-cara untuk menyelesaikannya.

Sentiasa tanya diri – Apa yang dapat menjadi penyelesaian?


2. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu yang negatif

Masalah yang dihadapi adalah sebenarnya satu peluang.

Ya, satu peluang untuk meningkatkan keupayaan diri menghadapi rintangan serta sebagai satu indicator untuk dimana kita memfokuskan perhatian kita.

Oleh itu hadapilah masalah ini secara tenang dan tanpa ragu kepada Allah.

Di saat kita mencari solusi dalam menyelesaikan masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.

Baca juga artikel ini:


3. Sentiasa berfikiran terbuka

Sangat penting!

Sangat penting untuk sentiasa berfikiran terbuka kerana ia akan membuatkan kita sentiasa kreatif untuk mencari penyelesaian masalah.

Jangan terasa “janggal” apabila mengeluarkan idea-idea penyelesaian yang nampak bodoh, kerana selalunya idea-idea bodoh inilah yang akan mencetuskan penyelesaian hebat kepada masalah yang dihadapi.


4. Permudahkan masalah!

Ringkaskan masalah tersebut dengan membuat kesimpulan.

Buang semua perincian masalah itu dan menjadikannya lebih besar, lebih luas.

Selalunya kita hidup dengan sentiasa merumitkan segala benda dalam kehidupan dan akhirnya inilah menjadi masalah kepada kita.

Cuba meringkaskan setiap perkara dengan satu penyelesaian yang  mudah

Strategi ini selalunya menjadi!


5. Ubah Cara pemikiran

You cannot dig a hole in a different place by digging it deeper.”  

Tukar cara pendekatan kita melihat sesuatu masalah tersebut.

Lihatlah setiap perkara dalam sudut yang baru.

Walaupun  merasakan ia janggal, pendekatan baru biasanya akan merangsang penyelesaian fresh dan baik

 


Selamat menyelesaikan masalah!

Semoga cara diatas dapat membantu mempermudahkan anda menyelesaikan masalah yang mendatang dalam hidup.

Sebarang komen dan penambahan terhadap artikel diatas adalah sangat dialu-alukan =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

34 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Anybody
Anybody
4 tahun yang lalu

Thanks..lebih konfiden apabila bce kt ats dn membuatkn sy sse sedikit tng ?

Hamba yg tak berdaya
Hamba yg tak berdaya
4 tahun yang lalu

Banyak masalah tak dpt diselesaikan. Family aku duduk rumah keda seramai 8org. Aku ank kedua sedang study. Adik adik kecil lgi. So ibu aku yg urus smue. Ibu aku sllu ckp dh pnt duduk keda mcm ni.ayah keje kt luar pergi rumah org beki mesin smue.jdi ibu aku la Mne nk handle keda mne nk handle anak anak. Ya allah aku tak kuat. Dng abg aku yg slh jln. Aku sllu pikir mcm mne nk settle kan. Tapy tak bdaya.

Hamba yg tak berdaya
Hamba yg tak berdaya
4 tahun yang lalu

Banyak masalah tak dpt diselesaikan. Family aku duduk rumah keda seramai 8org. Aku ank kedua sedang study. Adik adik kecil lgi. So ibu aku yg urus smue. Ibu aku sllu ckp dh pnt duduk keda mcm ni.ayah keje kt luar pergi rumah org beki mesin smue.jdi ibu aku la Mne nk handle keda mne nk handle anak anak. Ya allah aku tak kuat. Dng abg aku yg slh jln. Aku sllu pikir mcm mne nk settle kan. Tapy tak bdaya.

trisno
trisno
4 tahun yang lalu

Berita sangat bermanfaat sangat

liyana
liyana
5 tahun yang lalu

kusut..serabut..apabila anak tdak mnghrgai dan mnghormati sy sbgai ibu

aqasha
aqasha
5 tahun yang lalu

sangat bermanfaat :D

hamba Allah
hamba Allah
5 tahun yang lalu

terima kasih..it really helps :)

Syafii
Syafii
5 tahun yang lalu

Alhamdulillah hirobbilalamin..
Luarbiasa sekali

hamba allah
hamba allah
6 tahun yang lalu

sya x dpt berfikir secara waras , mslah sy hadapi amat menyerabutkan

Nur Fansuri
Nur Fansuri
6 tahun yang lalu

Terima kasih