Seni Dalam Bergaul

bergaul
bergaul

Pergaulan  yang sejati adalah pergaulan dari hati ke hati yang penuh keikhlasan, yang insyaallah akan terasa sangat indah dan menyenangkan.

Pergaulan yang penuh pura-pura dan tipu daya demi kepentingan sendiri pasti tidak akan pernah sunyi dari masalah.

Kita tidak boleh menjadi seseorang yang merugikan orang lain.

Rasulullah Saw. bersabda

Muslim yang terbaik adalah muslim yang membuatkan muslim lainnya selamat dan merasa aman dari gangguan lisan dan tangannya.” (HR. Bukhari)

Ada beberapa perkara yang boleh kita ELAKKAN:

Menghindari Penghinaan

Apa-apa pun yang bersifat merendahkan, ejekan, penghinaan dalam segala bentuk terhadap seseorang, baik tentang keperibadian, bentuk tubuh, dan sebagainya, JANGAN kita lakukan.

kerana tiada masalah yang selesai dengan mencela, merendahkan.

Yang ada adalah perasaan sakit hati serta rasa dendam.


Hindari Ikut Campur Urusan Peribadi

Hindari ikut campur urusan peribadi seseorang yang tidak ada manfaatnya jika kita terlibat.

Seperti yang kita maklum, setiap orang mempunyai urusan peribadi yang sangat sensitif, yang bila terusik nescaya akan menimbulkan pertengkaran.


Hindari Memotong Percakapan

Sungguh jengkel bila kita sedang berbicara kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal.

Ia berbeza dengan kata – kata yang dicelah dengan sopan dan dengan cara yang arif tentang perkara tersebut.

Nescaya kita pun akan berkecenderungan menghargainya bahkan mungkin menerimanya.

Maka latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan memberi pendapat dengan cara yang terbaik pada waktu yang tepat.


Hindari Membandingkan

Jangan pernah dengan sengaja membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah atau merasa terhina.


Jangan Membela Musuhnya, Mencaci Kawannya

Membela musuh maka dianggap menyertai dengan musuhnya, begitu juga mencaci kawannya bererti memusuhi dirinya.

Bersikaplah neutral, sepanjang diri kita menginginkan kebaikan bagi semua pihak, dan sedar bahawa untuk berubah harus bersedia menjalani proses dan tahap-tahap tertentu.


Hindari Merosakkan Kebahagiannya

Bila seseorang sedang berbahagia, janganlah melakukan tindakan yang akan merosak kebahagiaanya.

Contohnya, ada seseorang yang merasa beruntung mendapatkan hadiah dari luar negara, padahal kita tahu bahawa barang tersebut buatan dalam nagara, maka kita tak perlu menyampaikannya, biarlah dia berbahagia mendapatkan ole-ole tersebut.


Jangan Mengungkit Masa Lalu

Jika yang diungkit adalah kesalahan, aib atau kekurangan yang sedang berusaha untuk ditutupi.

Ingatlah bahawa setiap orang memiliki kesalahan yang sangat ingin disembunyikannya, termasuk diri kita.

Maka jangan pernah untuk mengungkit dan membebelkannya.

Perkara  ini sama dengan mengajak bermusuhan.


Jangan Mengambil Haknya

Jangan pernah terfikir untuk menikmati hak orang lain, setiap gangguan terhadap hak seseorang akan menimbulkan rasa tidak suka  yang tentu akan merusak hubungan.

Sepatutnya kita harus belajar menikmati hak kita, agar bermanfaat dan menjadi bahan untuk kebahagiaan orang lain.


Hati-Hati Dengan Kemarahan

Bila terasa marah, maka waspadalah kerana kemarahan yang tak terkawal biasanya menghasilkan kata-kata dan perilaku yang keji, yang sangat melukai, dan tentu perbuatan ini akan menghancurkan hubungan baik mana-mana pun.


Jangan Menertawakannya

Sebahagian besar dari sikap mentertawakan seseorang adalah kerana kekurangannnya sendiri, baik sikap, penampilan, bentuk rupa, ucapan dan lain sebagainya,

Dan ingatlah bahawa tertawa yang tidak pada tempatnya serta berlebihan akan mengundang rasa sakit hati.


Hati-hati Dengan Penampilan, Bau Badan dan Bau mulut

Tidak ada salahnya kita selalu menjaga penampilan, bau badan atau mulut kita

Kerana penampilan atau bau badan yang tidak segar akan membuat orang lain merasa terganggu, dan menghindari kita.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha
Pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
Memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi.
Dalam mencari perhatian, pertolongan dan  kasih
Dari orang lain, kita juga perlu berinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabat.

Bergaul bergaul bergaul dan bergaul lah dengan cara yang baik!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
kawan – goyangkaki
5 tahun yang lalu

[…] Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman. […]

zakirasli
zakirasli
12 tahun yang lalu

Assalamualaikum.. Sebuah entri yang bermanfaat & berguna. Mohon untuk copy dan letakkan di blog saya.. Harap pihak disini membenarkan. Dan kalau sudi jemput lawat blog saya di http://zakirasli.blogspot.com :)