Saatnya Menunggu Lafaz Sakinah

 Lafaz Sakinah
Lafaz Sakinah | waiting….by ~thresca

Saatnya Menunggu Lafaz Sakinah..

Menjejak usia ke 20 an, tidak lari dan tidak lain tidak bukan, soalan yang pasti kedengaran, “bila lagi giliran awak?” “awak dah berpunya ke?” “bila lagi nak makan nasi minyak”.

Huh. Persoalan tentang perkahwinan. Pelbagai jenis bentuknya.

Pasti. Peluh besar.

Sejak akhir-akhir ini juga kita sering di dedahkan dengan berita-berita mereka yang bertemu jodohnya awal di laman-laman sosial. Khususnya facebook.

Lagi bertambah-tambah ujiannya apabila tidak ketinggalan apabila ada antara yang menjadi pemerhati di situ mempunyai keinginan untuk mengikut jejak langkah, walaupun tidak berkemampuan lagi.

Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing.

Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan.

Bukanlah menjadi kesalahan sebenarnya.

Kerana itu mungkin hak privasi mereka yang suka untuk berkongsi dengan masyarakat umum.

Nasihat buatku juga untukmu..

Bersabarlah dalam menunggu waktu bahagia kita.

Kerana sampai saatnya kita juga akan menempuhinya.

Cuma bila dan di mana, sampai saatnya ini tetap menjadi rahsia Dia Yang Maha Agung kerana Dia ingin kita ‘membina’ diri kita selengkapnya sebelum menjejaki ‘alam’ yang indah itu.

Bersangka baiklah denganNya Yang Maha Pengasih.

Dia belum izinkan untuk kita berada dalam ikatan yang suci bersama pasangan yang kita nikahi kerana Dia ingin kita bercinta denganNya secara eksklusif tanpa gangguan daripada sesiapa.

Dia ingin kita menghabiskan waktu-waktu malam kita yang sunyi dengan hanya merintih dan berkasih padaNya yang satu tanpa gangguan dari sesiapa.

Ingatkah kita tentang ayat ini :

 Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar. [64:15]

Dikhuatiri sekiranya kita belum lagi siap membina diri kita, kita tidak mampu membina keluarga yang sakinah dan mawaddah. Nikmatilah masa ‘single’ ini sepuasnya untuk kita memperbaiki iman.

Bagaimana mahu menjadi imam, jika solat pun kita sering lengahkan?

Bagaimana mahu menjadi tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia, andai pengurusan jadual kehidupan dan diri sendiri pun masih tunggang terbalik?

Tidak cukup lagi. Ada lagi masalah emosi yang perlu dibaiki. Kehidupan berumahtangga itu menemukan antara dua jiwa. Mekah dan Madinah.

Bagaimana kita mahu bertindak menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah andai emosi diri dan pemikiran kita juga masih berada dalam tahap yang tidak bisa di kawal?

Ketap bibir.

Nak lagi?

Bagaimana pula tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Sudah tertunaikah semuanya? Bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Alim.

Dia inginkan kita yang masih ‘single’ ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.

Bukankah apabila kita memudahkan urusan kedua ibu bapa kita, Allah juga akan mudahkan urusan kita?

Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan kita.

Ada lagi?

Ya. Masalah umat. Sebarkanlah dakwah.

Infakkanlah diri kita dalam jalan dakwah. Dengan kita mengajak orang lain amar makruf nahi munkar, harap-harapnya akan menjadi satu saham yang dinilai oleh Allah di sana nanti.

Allah berfirman : Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Di harapnya dengan pertolongan kita di jalan Allah, Allah juga akan menolong kita dalam urusan jodoh kita.

Percayalah, apabila kita berusaha bersungguh dalam medan dakwah ini. Kita jatuh cinta. Cinta pada si dia akan hadir kemudiannya.

Ini adalah hadiah buat hati yang sedang menunggu saat lafaz sakinah.

Bersabarlah. Kerana Allah tidak pernah beri sesuatu yang bukan pada tempatnya. Sampai saatnya nanti kita juga pasti mampu tersenyum bersama memandang bulan dan bintang bersama si dia yang halal.

Hadiah. Untukmu.

lafaz sakinah
lafaz sakinah | lafaz sakinah |

.

# Artikel ini adalah perkongsian daripada Ieza Miera ke inbox emel akuislam. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
kurungbiru23
kurungbiru23
9 tahun yang lalu

Salam.
sungguh artikel ini sgt menarik *thumbs up*, wlpn ramai rakan sebaya sy yg sudah bernikah, akan tetapi tiada rasa cemburu utk mereka malah gembira, kerana aku rasa belum cukup puas utk berbakti kpd kedua ibubapa sementara Tuhan masih meminjamkan emak & abah di sisi. Alhamdulillah :)
Banyak lagi yg perlu diperbaiki oleh diri ini, smada utk dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya maut itu lebih dekat disisi dan ianya pasti utk setiap makhluk bernyawa sedangkan jodoh itu belum tentu menjadi milik ku.

“Di sepanjang perjalanan, tenanglah bersama janji Tuhan, walau sekadar dengan satu janji kematian” – #gojibundy by Riduan A.dullah.

lili
lili
11 tahun yang lalu

Assalamualaikum
Bukan hendak komen…jauh sekali untuk menidakkan apa yang ditulis…
Melalui pemerhatian dan pengalaman boleh dikatakan ramai juga yang ada sifat-sifat ‘belum bersedia’ yang diterangkan dalam artikel ini tetapi telahpun bertemu jodoh…
Mungkin takdir atau dosa seseorang adalah juga sebabnya…
Walau apapun sebabnya, sesungguhnya hanya ALLAH sahaja MAHA MENGETAHUI..

nini azmaniey
nini azmaniey
11 tahun yang lalu

Alhamdulillah DIA telah tunjuk jalan yg sebenarnya.. sabar lah duhai hati! akan tiba masanya sinar menanti di hadapan.. kini telah kutemui cnta yg hakiki.. :)