7 Rutin Pagi Ini Akan Menjaga Kebahagiaan & Keceriaan Anda Sepanjang Hari

rutin pagi seorang muslim

Apa yang  istimewa tentang waktu pagi?

Bagaimana dengan setiap pagi yang anda lalui? Tenang?

Waktu pagi adalah sangat penting.

Ia adalah asas utama bagaimana sesuatu hari itu akan berlangsung.

Bagaimana kita memilih untuk meluangkan waktu pagi boleh menentukan bagaimana dan apa yang akan berlaku disepanjang hari kita

7 rutin pagi ini, jika dilakukan setiap hari secara konsisten pasti akan menjadikan anda sentiasa ceria dan gembira:

1. Bangun awal pagi secara konsisten

Jika hari-hari anda selalunya berserabut dan huru-hara, penyelesaiannya adalah mudah, bangun lebih awal daripada biasa.

Untuk melakukan ini, tentulah dengan kita perlu tidur lebih awal pada malam yang sebelumnya.

Jika anda bangun lebih awal daripada Subuh, lakukan solat Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat. Membaca Al-Quran dan selepas itu boleh membuat persediaan ke tempat kerja.

Secara konsisten, cuba bangun lebih awal 10 minit pada setiap minggu sehingga 6-9 minggu, dan anda akan merasakan perubahan dari hari ke hari.

Percayalah, rutin ini akan membantu anda mengelakkan stress, keletihan, kelewatan ke tempat kerja dan sakit kepala yang dijangka.

Mood dan keceriaan kita disepanjang hari juga akan sentiasa terpelihara sepanjang hari.


2. Solat Subuh dan Dhuha

Kebahagiaan itu adalah anugerah daripada Allah kedalam hati kita.

Apabila kita bangun pada waktu pagi, perkara yang harus kita utamakan adalah solat dan mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih diberikan peluang untuk hidup.

Oleh itu jangan tinggalkan solat subuh, kerana orang yang solat subuh akan dipelihara oleh Allah dan dilapangkan hatinya.

Selepas itu solat Dhuha, tanda kita bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah. Lagi pun mereka yang mengamalkan solat Dhuha akan membuka pintu rezeki yang melimpah-limpah kepada kita.

Bukan kegembiraan yang menyebabkan kita bersyukur, tetapi bersyukurlah untuk membuatkan kita gembira.

Bila kita mulakan hari kita dengan rasa syukur, insyaaAllah kita akan jumpa banyak kebaikan disepanjang hari kita.


3. Bersenam sekurang-kurangnya seminit-dua

Mudah, tetapi selalu dilupakan..

Senaman dan regangan badan pada waktu pagi mempunyai manfaat yang penting.

  • memperbaiki flexibiliti dan kordinasi otot
  • meningkatkan peredaran darah ke organ-organ yang penting
  • meningkatkan tahap kecerdasan fizikal dan mental

Jika anda tidak pasti bagaimana untuk stretching dengan cara yang betul, terdapat ratusan tutorial yang bagus dilaman Youtube.

Pilih satu yang dirasakan sesuai dengan anda dan amalkan untuk seminit atau dua pada setiap pagi anda.

Saya jamin anda akan rasa lebih bertenaga selepas ini.


4. Amalkan minum segelas tinggi air masak sebelum makan benda lain

Pernahkah anda merasa dahaga selepas bangun daripada tidur?

Tubuh badan kita terdiri daripada 60% peratus air. Jika kita tidur sepanjang malam tanpa minum sedikit pun air, badan kita pasti akan mengalami dehidrasi.

Oleh itu penuhi keperluan badan anda.

Elakkan daripada meminum kopi, teh atau minuman lain, sebelum anda mengambil terlebih dahulu segelas yang tinggi air masak.

Dengan melakukan ini, badan anda semulajadi akan terjaga dan lebih bertenaga.


5. Ringkaskan semua perkara

Salah satu kesilapan saya sebelum ini adalah, cuba untuk membuat terlalu banyak perkara dalam pagi saya.

Apabila saya bangun pagi, selepas solat subuh, saya selalu cuba untuk membuat sebanyak mungkin perkara. Membalas emel, membaca, basuh baju, bersenam, menulis, membuat sarapan dan sebagainya.

Pada tanggapan saya, ini adalah produktif. Tapi malah sebaliknya!

Ia hanya membuatkan saya stress dan tidak menyelesaikan semua perkara yang lakukan dengan sempurna.

Jangan jadikan pagi anda sepadat seperti sepanjang masa yang lain.

Apa yang membantu adalah lakukan perkara penting terlebih dahulu, tetapi jangan cuba untuk memaksa diri melakukan banyak agenda.

Berikan diri anda ruang dan flexibiliti.

Waktu pagi seharusnya waktu untuk kita bertenang, bukan berperang.


6. Penting! Jangan tidur selepas subuh

Sekali lagi, jangan tidur selepas waktu subuh.

Jauhi kawasan katil dan tempat tidur, terutama pada hari cuti. Isi waktu ini dengan aktiviti yang anda suka seperti bersenam atau sekurang-kurangnya membaca surat khabar.

Nabi SAW pernah melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”

(Diriwayatkan al-Baihaqi)

Jadikan awal pagi anda sebagai hadiah yang bermakna kepada diri anda.


7. Baca, lihat dan dengar perkara yang mendidik hati dan jiwa kita

Kebanyakkan orang yang hidupnya selalu gembira saya jumpa, mempunyai tabiat membaca dan mendengar pada setiap pagi.

Contohnya membaca al-Quran beserta terjemahan (wajib),  buku yang bermanfaat, artikel atau peringatan-peringatan yang bagus.

Juga mendengar dan menonton rancangan motivasi yang menggerakkan hati kita. Radio seperti IKIM.fm dan saluran televisyen di negara kita banyak menyiarkan rancangan yang seumpama ini setiap pagi.

Kuncinya adalah amalkan rutin supaya hati kita menyerap input kandungan self-improvement untuk meluaskan lagi pengetahuan dan perspektif pemikiran kita.

Mulakan hari kita dengan kata-kata dan nota ucapan yang positif, dan idea yang produktif untuk membimbing perjalanan hari kita.

Oleh itu didiklah diri kita dengan sesuatu yang positif setiap pagi, dan biarkan ia menginspirasikan kita membuatkan perkara yang positif sebelum kita kembali tidur pada malam selepas itu.

Dan beginilah hari yang membahagiakan tercipta.


Penutup

Pagi yang hebat bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan, ia boleh dibuat secara sedar.

Anda tidak perlu mempraktikkan kesemua perkara diatas, tetapi saya cabar anda untuk buat satu atau dua perkara diatas dan rasakan perubahan pada pagi anda.

Saya jamin anda akan sukakan ia sebagaimana saya sukakan pagi saya.

Terpulang kepada anda..

..bagaimana anda memulakan hari anda? Apa yang anda boleh cadangkan dan kongsikan kepada saya dan pembaca-pembaca disini.

Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Bidy Zabidy
Bidy Zabidy
7 tahun yang lalu

InshaALLAH..

nadia rojan
nadia rojan
9 tahun yang lalu

in shaa Allah

c merah pipi
c merah pipi
9 tahun yang lalu

Alhamdulillah..sy dh cube smua tips admin ne.sy brjaya lakukn hnya sbln je.lepas dr tue…stp kli slepas solat subuh trus capai bantal n tdo.skg berat badan sy plk smakin brtambah.bolh kew admin bg tips lain tuk slamatkn diri sy ne dr brtambah stress?
trima kasih.

Ramlah
Ramlah
9 tahun yang lalu

Wanna try

ashikin
ashikin
9 tahun yang lalu

Sy nk cabarlh diri sy buat semua ni..i can do it.. yess

Dr Nurul Ain
Dr Nurul Ain
9 tahun yang lalu

Alhamdulillah & terima kasih atas perkongsian yang terbaik ini.
Syukran..

Assyifa
Assyifa
9 tahun yang lalu

aku suka artikel2 ini ,,

nitip yaa http://wapvid.tk

Triana
Triana
9 tahun yang lalu

luar biasa sekali isi web nya, semoga barokah.
http://mujahidblogs.blogspot.com