Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Menghadapi Penceraian?

penceraianPenceraian adalah seperti kehancuran hidup bagi sesetengah orang.

Tiada yang dapat menggambarkan kesedihan dan kepedihan yang dihadapi oleh mereka yang menghadapi situasi ini.

Namun masyarakat selalu memandang ringan betapa huru-haranya sesuatu penceraian.

Pada luarannya, ia hanya mungkin nampak seperti dua pihak sudah tidak sehaluan lagi.. tetapi sebenarnya disebalik itu, kita semua tidak tahu pelbagai kesukaran dan tekanan yang dihadapi oleh pasangan yang sedang menghadapi perkara ini.

Punca penceraian mungkin dari pelbagai sebab.

Mungkin berpunca dari pasangan yang mendera dari segi fizikal, mental dan emosi. Mungkin juga ia berkaitan pasangan yang curang, atau terlibat dengan masalah lain seperti penagihan dadah.

Atau alasan yang paling mudah dan nyata, anda berdua sudah tiada jodoh dan tidak boleh bertoleransi lagi.

Walau apa pun alasannya disebalik penceraian anda, jangan pernah lupa bahawa Allah (SWT) tidak pernah meninggalkan anda.

Dialah yang akan memberikan kemudahan sesudah kesusahan.

Disebalik setiap ujian, pasti ada ibrah atau pengajaran yang Allah ingin tunjukkan kepada kita.

Disepanjang melalui fasa yang sukar ini, sangat penting untuk anda sentiasa sedar bahawa Allah menguji siapa yang Dia sayang, dan anda jangan sesekali putus harapan terhadap kasih sayang Allah.

Penceraian mungkin boleh menjadi satu kejadian yang paling menyakitkan, tetapi mungkin ini salah satu ujian yang terindah Allah hadirkan untuk anda dalam hidup ini.


1. Berpegang Pada Solat dan Doa

Solat itu sendiri adalah langkah paling utama untuk menguatkan hati.

Saya tahu, menghadapi detik penceraian adalah saat yang sukar.

Kita bukan sahaja rasa dilumpuhkan oleh pelbagai tanggungjawab, terutamanya memikirkan masa depan anak-anak, tetapi juga tekanan dari emosi yang berkecamuk.

Apabila menghadapi kesukaran dan ujian yang mencabar seperti ini, perkara paling pertama sekali adalah kita perlu bersujud.

Kita perlukan masa untuk berhubung dengan Allah bersendirian dan melepaskan tekanan dengan bercakap dengan Allah dan memohon pertolongannya.

Allah berfirman:

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

Al-Baqarah 2:153 


2. Menjaga Pertuturan

Menghadapi penceraian melibatkan anak-anak bukanlah perkara mudah untuk dihadapi dengan tenang dan sabar.

Oleh itu sangat penting untuk kita mengawal percakapan dan tidak membenarkan kemarahan mempengaruhi lidah kita. Bukan sahaja sebagai ibu dan bapa, malah sebagai seseorang hamba yang takutkan Allah.

Mungkin ada saatnya anda rasa terlalu marah, tetapi dalam situasi seperti ini, setiap kata-kata anda selalunya akan menjadi setajam pedang.

Ia mungkin melukakan hati orang lain tanpa sedar, malah ia sukar dilupakan apatah lagi dimaafkan.

Kadangkala anda mungkin marah, anda tidak mahu memaafkan. Anda sedang terluka, anda rasa dipermainkan.

Penceraian adalah sesuatu yang sukar. Terutamanya apabila peristiwa ini mencetuskan api permusuhan diantara dua pihak keluarga suami dan isteri.

Oleh amat penting untuk anda menjaga percakapan yang ucapkan supaya keadaan tidak bertambah buruk. Syaitan sentiasa mengintai peluang sebegini supaya emosi anda mengambil alih keadaan.

Jadi berhati-hatilah dan sentiasa perbanyakkan istigfar.


3. Dapatkan Pertolongan

Dapatkan bantuan moral dari seseorang, rakan atau kaunselor untuk mententeramkan emosi anda.

Jika anda masih mempunyai keluarga, anda bertuah kerana masih anda orang yang akan menyokong anda. Jika anda adalah mangsa keganasan, lebih baik mendapatkan bantuan dari pihak profesional.

Mengasingkan diri mungkin baik untuk anda untuk sementara waktu, tapi lama-lama dalam bersendirian adalah sangat berbahaya terhadap iman kita dan inilah yang disukai syaitan.

Dekatkan diri anda dikalangan orang-orang yang sentiasa mengingatkan anda kepada Allah, dan menggalakkan anda menambahkan ilmu untuk menguatkan hubungan anda dengan Tuhan.


4. Isi Masa Dengan Perkara Berfaedah

Carilah perkara yang boleh mengisi masa lapang anda agar jiwa anda tidak selalu terbawa oleh emosi bila bersendirian.

Contohnya seperti cuba menghafal al-Quran.

Saya amat menyarankan anda agar mengisi masa dengan menghafal al-Quran kerana secara jujurnya ia akan membantu anda lebih daripada yang anda dapat bayangkan.

Ia bukan hanya meningkatkan keyakinan dan hubungan kita dengan Allah (SWT), tetapi ia akan menolak kita belajar memahami al-Quran  dengan lebih baik.

SubhanaAllah, tiada kata yang akan dapat menggambarkan keindahan belajar memahami al-Quran dan perasaan tenang yang menyelubungi jiwa.

Bagaimana ayat-ayat kalam Allah melembutkan hati dalam sesaat dan membuatkan kita tenang, dan bagaimana sesetengah ayat memperbetulkan kembali perspektif kita mengenai ketaatan terhadapNya.

Selain dari menghafal al-Quran, anda juga boleh membuat perkara lain pada masa yang sama.

Berikan diri anda sesuatu untuk dicapai, dan luangkan sedikit masa dalam hidup anda untuk melakukannya.

Walaupun hanya dua jam dalam sehari, jika anda membawa fikiran anda jauh dari hal penceraian, insyaaAllah ia akan banyak membantu anda dari segi kekuatan jiwa dan mental.


5.  Sentiasa Melihat Sudut Positif Dalam Setiap Perkara

Dalam sepanjang tempoh penceraian, sangat mudah untuk kita melihat perkara-perkara negatif  berbanding pelbagai rahmat Allah yang telah dikurniakan selama ini.

Ini adalah satu perkara yang bahaya kerana ia akan membuatkan kita semakin tertekan.

Oleh itu, bila mana kesukaran hidup menekan anda ke bawah, ingatlah firman Allah terhadap pengikut Nabi Musa apabila mereka diancam untuk dibunuh:

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu”.

– Ibrahim 14:7

Kita selalu lupa bahawa setiap sekecil-kecil perkara dalam kehidupan ini adalah rahmat daripada Allah.

Oleh itu ambil sedikit masa untuk muhasabah dan membuat refleksi kembali terhadap perkara-perkara yang kita harus bersyukur.

Ini mungkin rasa syukur mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong, sahabat yang membantu, kesihatan yang baik, dan segalanya yang membuatkan hidup kita berjalan lancar.

 

InsyaaAllah, Semuanya Akan Menjadi Semakin Baik..

Secara jujur, dapatkah anda mengucapkan alhamdulillah dan syukur secara ikhlas setelah Allah menguji anda dengan kesukaran sebegini?

Kebanyakan daripada kita sukar untuk menerima tiang terakhir dalam rukun iman, iaitu qadar (takdir).

Pasti hati kita selalu terdetik:

mengapa perkara ini harus terjadi pada aku? apa kesilapan aku sehingga dihukum begini? Jika aku boleh kembali semula ke masa dulu, pasti aku akan lakukan perkara sebaliknya!”

Dalam situasi ini, kita harus meletakkan keyakinan kita terhadap Allah dengan sepenuhnya.

Kita harus yakin bahawa setiap apa yang telah ditakdirkan itu adalah yang paling terbaik, dan sesuai dengan kehidupan kita.

Terpulang kepada kita sama ada dapat melihat hikmah disebaliknya.

Dan Allah menguji hamba yang Dia sayang untuk menguatkan dan menyediakan hamba tersebut untuk perkara-perkara yang akan mendatang.

Ramlah binti Abi Sufyan (Ummu Habiba) semasa berhijrah ke Habsyah, suaminya telah murtad dan memeluk agama Nasrani.

Apabila terpaksa memilih diantara suaminya atau tetap dengan Islam, dia memilih Allah. Jadi mereka telah bercerai.

Tinggal di negara asing tanpa mempunyai saudara terdekat meninggalkan Ummu Habiba tanpa banyak pilihan, tetapi dia tetap mengambil keputusan untuk meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Allah, dan hidupnya adalah semata-mata untuk Allah.

SubhanaaAllah, tidak lama kemudian Allah telah menggantikan suaminya dengan lelaki yang terbaik pernah berjalan di muka bumi. Ummu Habiba telah dikahwini oleh Rasulullah SAW.

Apa yang boleh kita belajar dari kisah ini?

— Penceraian adalah bukan satu pengakhiran.

Ia bukan sesuatu yang melunturkan nilai dan harga diri seseorang.

Kadangkala, apabila sesuatu perhubungan tidak berjalan seperti apa yang dirancang, kita juga harus ingat bahawa apabila kita mati kelak, kita juga akan berseorangan.

Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.

Ya, memang luluh memikirkan kita kehilangan orang yang kita sangka akan menghabiskan hayatnya bersama kita.

Tetapi walau apa pun yang terjadi, kita tidak akan pernah kehilangan Allah. Dia akan sentiasa ada untuk kita.

Oleh itu, jangan jadikan kisah penceraian kita sebagai titik kelemahan kita.

Gunakan peluang ini sebagai permulaan dan pemangkin kepada kita agar lebih dekat dengan Allah SWT.

Dan saya janji, semakin dekat anda dengan Allah, anda akan menjadi insan yang semakin kuat. InsyaaAllah!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

22 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Liriahc
Liriahc
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum saya dalam proses berpisah isteri saya menuntut disebabkan kesalahan yang dilakukan dua dua tetapi isteri saya tidak dapat menerima nya . Saya sayangkan isteri saya , saya ajak isteri saya untuk kaunseling tetapi isteri menolak . Duduk berjauhan isteri duduk dirumah kakaknya , saya sedih amat sedih saya sayang isteri saya hari hari saya berdoa agar disatukan semula dan tidak berpisah pelbagai usaha saya lakukan tapi makin hari makin buntu . Saya berdoa agar isteri saya hamil dan tidak jadi berpisah dan disebabkan ada anak hubungan kami akan menjadi lebih rapat . Doakan saya dan isteri agar perpisahan tak berlaku . Kesalahan saya betul menyesal dan tidak akan saya ulangi dan kesalahan dia saya telah maafkan saya cuma ingin dia ada disisi saya saja dan bina hidup baru . Bagi saya perpisahan bukanlah penyelesaian terbaik .

MZ
MZ
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum..

Suami sy akan teruskan proses cerai terhadap sy.
Tapi sebab Corona virus.. kena tangguh sampai habis PKP.

Sebelum tu suami mmg dah bersikap dingin dan dah bagi warning, dia akan whtaspp hanya utk hal cerai.

Syg syg kan suami. Sy ikhtiar utk solat istikharah.
Selepas solat istikharah, suami terus x balas whtaspp, hanya bluetick je.

Adakah ini jawapan dr solat istikharah sy?

Rihanna
Rihanna
5 tahun yang lalu

Saya masih menanti masuk mahkamah utk pengesahan talak minggu hadapan.

Sah atau tidak, kami telah sepakat utk tetap bercerai kerana tak lagi sehaluan. Saya juga bersolat istikharah sebanyak 7x. Dua hari selesai istikharah saya disahkan hamil. Ianya sgt mengejutkan kerana ia benar2 tak dijangka. Kehamilan saya dikira high risk pregnancy kerana faktor kesihatan dan umur.

Kerana itu, kami memikirkan utk tidak bercerai atau rujuk kembali jika mahkamah mengesahkan talak yg dilafaznya.

Tapi, pada masa yg sama, seolah secara tiba2 saya melihat hal2 yg tidak menyenangkan tentang suami. Dia semakin culas solat subuh, dikejutkan berkali2 baru bangun itupun bila matahari dah tinggi. Kalau bangun masa hari masih gelap pun solat tetap dilambatkan. Dulu dia solat ke masjid walaupun subuh tapi sejak akhir2 ini tidak lagi. Dan semakin ketara sejak kami berpikir utk tidak bercerai.
Dan dia juga sudah kembali balik rumah lewat malam dan sewaktu saya menaip ini jam 8.11 pagi dia masih belum balik dr semalam slps berjumpa kawan. Dulu memang inilah sikapnya tapi dia sudah berubah, tetapi kenapa secara tiba2 dia kembali berperangai begitu?

Utk pengetahuan, suami pernah gila judi, dan berkawan dgn penjudi dan berhutang keliling pinggang. Tp dia sudah berubah selama 2 thn ini.
Saya tidak mahu menuduh dia tapi apakah Allah SWT cuba menunjukkan sesuatu kpd saya? Saya kira kehamilan saya ialah petunjuk dari istikarah tapi apakah saya tersilap?

Saya sgt keliru.

Mohd Fairuz
Mohd Fairuz
5 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Saya telah memcerai kan isteri saya selapas 14 tahun perkhawinan kerana isteri saya sering kali berlaku curang. Semasa perkhawinan saya dengan dia, sudah 4 kali dia curang terhadap saya. Dan yg terakhir dia berlaku curang dengan rakan saya sendiri. Selepas perkara ini saya ketahui, saya masih bersama nye selama 3 minggu dan akhir nya saya lepas lafas cerai kerana sikap nya yang tidak jujur kerana masih bermessage dengan orang lain.

Bila saya bertanya kan apakah kekurangan saya dan dia diam tidak dapat memberi jawapan.

Adakah jodoh saya masih bersama dia jika ada perasaan sayang yg masih tidak pudar terhadap dia. Apakah cara yang perlu saya lakukan.

Aisyah
Aisyah
5 tahun yang lalu

Salam… Sye rase sgt down skrg,, dpt tahu suami curang.. Dh 21 tahun kawin.. Ank2 pom dh besar.. Sye surirumah. Boleh ke sye teruskan hidup slpas bercerai? Tak tahu nk buat ape..

AbeNie
AbeNie
5 tahun yang lalu

Saya baru 6 bulan lalu melafazkan cerai kepada isteri (kini bekas). Pada mulanya saya tidak merasa apa-apa kerana sudah tiada cinta antara kami. Tetapi sekarang saya mendengar khabar angin bahawa dia telah menikah dengan lelaki lain, dan berita itu amat merempuh hati saya sehingga tidak dapat bernafas. Walaupun cuma khabar angin (belum dapat kepastian), hati ini remuk. Saya ingin mendapatkan kepastian, tetapi takut untuk menerima kebenaran. Adakah nasihat yg dapat membantu?

AbeNie
AbeNie
Reply to  Muhamad Naim
5 tahun yang lalu

Terima kasih.
Ada panduan tak untuk sebarang solat yg boleh dilakukan bagi menerima qadar ini?

Ku
Ku
5 tahun yang lalu

Alhamdulillah terima kasih kerana menulis artikel ini. Saya *suami* Sukar sekali menemui artikel yang bersifat adil. Hampir semuanya memihak *si isteri. Padahal si suami juga menghadapi tekanan yang sama. Allahu alam.

hati sedih
hati sedih
5 tahun yang lalu

apakah erti sebuah perkahwinan sekiranya hanya sebeleh pihak yang menjalankan tanggungjawab menguruskan makan minum, pakai, mendidik anak anak. adakah berbaloi meneruskan perkahwinan sekiranya lebih sedekad kita makan hati. adakah anak anak akan terkesan dengan perceraian sekiranya anak-anak jarang sekali bertanyakan si ayah walaupun ayah di depan mata. ….hati ini berkata kenapa harus teruskan……orang kata lepas kahwin rasa sgt bahagia dan lengkap…diri ini rasa sebaliknya.

Ozcavalera@gmail.com
5 tahun yang lalu

Alhamdulilillah..jazakumullah

No name
No name
5 tahun yang lalu

Di saat fikiran berkecamuk Dan di ambang perpisahan.. Allah ketemukan dengan artikel ini.. Sangat terkesan..semoga Ada cahaya selepas kegelapan