Ditolak Itu Sangat Menyakitkan. Bagaimana Mengawal Perasaan Saat Kita Ditolak?

ditolak
kehidupan ini sentiasa ada penolakan. * conceal by katherinebaker

Kita semua pernah ditolak.

Saat kita ditolak itu sungguh sakit rasanya. Bukan?

Dan kebanyakkan orang tidak dapat menerima penolakan dengan baik.

Kita kena akui itu.

Saya juga tidak terkecuali.

Sememangnya semua orang akan dikecewakan dalam pelbagai sudut disepanjang kita hidup ini.

kita tidak dapat lari.

Anda mungkin mengalami  penolakan bila memohon kerja, meminang seseorang dan dalam cinta, atau mungkin meminta kenaikan gaji dari bos anda.

Kadang-kadang, proposal atau idea kita dalam perbincangan ditolak mentah-mentah, tanpa didengar terlebih dahulu.

Saya tahu itu adalah pengalaman yang pahit untuk dilalui, namun bersyukurlah kerana itu adalah salah satu pelajaran yang Allah ingin berikan kepada kita.

Ya, pelajaran.

Supaya kita dapat mengenal realiti kehidupan yang sebenar dan belajar sesuatu daripadanya untuk kehidupan kita pada masa hadapan.

Yang paling penting, jangan biarkan pengalaman pahit ini menjejaskan kebahagiaan yang kita rasakan selama ini.

Terimalah penolakan itu dengan baik sebagai salah satu cabaran hidup, dan sentiasa jangan berputus asa untuk mencari jalan baru dalam mencapai kehidupan yang lebih baik.

 

1. Ambil masa untuk tenangkan diri

Jika anda merasa sedih apabila ditolak, itu perkara normal.

Tiada salahnya kita kita sedih. Ambillah masa untuk tenangkan diri. Cari tempat yang aman, tarik nafas dalam-dalam dan duduk diam-diam menikmati suasana.

Tetapi jalan lama-lama dalam bersedih, hanya ambil sedikit masa untuk memberikan kelegaan kepada hati kita. Let it go.

Kita juga boleh melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan untuk melupakan kekecewaan seperti bermain video game, membaca buku, menonton filem, dan keluar dengan rakan-rakan.

Yang penting kita mampu tenang dan tidak membiarkan kemurungan menyelubungi kita.

Pada pengalaman saya, perkara yang terbaik untuk menenangkan hati adalah dengan berwuduk dan melakukan solat sunat. Selepas itu, bacalah surah Yassin.

InsyaaAllah, selepas itu anda akan merasakan ketenangan yang diperlukan.


2. Jangan simpan dalam hati

Ada masanya dalam hidup ini, kita ditolak disebabkan oleh masa yang silap.

Jika kita mengajak seseorang untuk keluar makan, sedangkan dia sudah pun makan, memanglah mereka akan menolak. Jika kita ingin meminjam wang dari kawan kita, sedangkan pada waktu itu dia juga memerlukan wang, pastinya permintaan kita akan ditolak,

Sesetengah penolakan memang tiada kaitan pun dengan diri kita.

Oleh itu jika kita dikecewakan, bukan bermakna orang tidak menyukai atau berkira dengan kita, tetapi ia mungkin berkaitan masa yang tidak sesuai.


3. Kembangkan fikiran positif apabila ditolak

Ini adalah point yang paling penting dan diperlukan.

Mungkin sukar pada awalnya sebab kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif.

Syaitan juga giat meniupkan ‘fikiran jahat’ semasa kita kita sedang kecewa kerana hati kita dalam keadaan yang tidak stabil.

Namun, insyaaAllah kita sebagai orang Islam yang beriman pasti dapat melakukannya.

Sebab itulah kita digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila kita mengalami kekecewaan apabila ditolak.

Bercakaplah kepada diri sendiri dengan positive.

Contohnya:

  • “Dia tidak menjemput saya ke majlis kesyukuran di rumahnya mungkin kerana dia terlalu kalut sehingga terlepas pandang untuk menjemput saya”
  • “Dia menolak lamaran saya kerana kami tiada banyak persamaan. Mungkin timbul masalah dimasa hadapan jika dia menerima saya. InsyaaAllah, Allah akan jodohkan saya dengan orang yang sesuai dan lebih baik lagi”
  • “Kertas kerja saya ditolak kerana ada beberapa perkara perlu ditambahbaik lagi. InsyaaAllah saya akan berusaha lagi”

Secara tidak sedar, kita akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat lagi.

Latih minda untuk lebih fokuskan kepada kepada kebaikan dan kelebihan diri kita.

Pemikiran negatif hanya akan melemahkan kita dan memerangkap kita dalam kesedihan.


4. Kita perlu tahu bahawa semua orang pernah ditolak

Terdapat 6 billion umat manusia di atas muka bumi ini.

Kita semua cantik, unik dan berbeza.

Pasti ada saatnya kita diperlukan dan pasti ada masanya kita ditolak. Disingkirkan. Direject.

Semua orang pernah mengalaminya. Pasti!

Bahkan Nabi Muhamad sendiri ditolak ketika berdakwah  di Thaif.

Robert Kiyosaki dan J.K Rowling juga pernah ditolak manuskrip mereka oleh penerbit buku.

Oleh itu jangan terperangkap dengan permainan emosi. Ini adalah perkara biasa dalam realiti kehidupan.

Janganlah kita terlalu mengikut perasaan sehingga sanggup menyalurkan kesedihan kita dengan perkara yang merosakkan seperti makan berlebihan, merokok dan mencederakan diri sendiri.

Banyakkan istigfar – InsyaaAllah dengan mengingati Allah kita pasti sentiasa waras dan bersikap wajar dalam setiap tindak tanduk kita.


5. Sentiasa yakin dengan diri kita dan apa yang telah Allah tetapkan

Belajarlah untuk sentiasa yakin dengan diri kita.

Yakinilah bahawa setiap orang sentiasa menerima kita apa adanya, dan sentiasalah cuba untuk menjadi yang terbaik boleh kita lakukan.

Libatkan diri dengan hobi dan aktiviti yang kita suka. Bergembira dan ketawalah.

Simpanlah dalam hati dan fikiran kita bahawa setiap penolakan saya kita terima itu adalah telah ditakdirkan oleh Allah.

Semua itu pasti bersesuai dengan kehidupan kita.

Mungkin Allah sedang melatih kita bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’

Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

 

Penutup: Ditolak itu bukan masalahnya, tetapi bagaimana kita mengawal perasaan apabila ditolak itu

Penolakan bukan masalah sebenar yang dihadapi oleh kebanyakkan orang.

Yang menjadi masalah disini adalah bagaimana kita mampu mengawal diri kita disaat kita ditolak itu.

Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.

Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun anda seakan-akan kehilangan keyakinan diri, dan sudah berputus asa.

Allah tidak pernah lalai.

Setiap kali penolakan yang kita terima, pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.

Antaranya:

  • Allah ingin melatih mental untuk bersedia menghadapi realiti kehidupan
  • Menerima setiap takdir yang Allah tetapkan dan sentiasa yakin denganNya.

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian, pasti ada hikmah yang berharga yang masih tersembunyi. menunggu masa untuk muncul.

Sementara itu kita harus lapangkan dada dan sentiasa berfikiran positif.

 

 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

20 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
entah
entah
4 tahun yang lalu

kalau ditolak sebanyak 18 kali org yang berbeza ? mcm mana lagi nk positif ?

MH
MH
5 tahun yang lalu

Saya baru ditolak lamaran kerana kerja gaji rendah walaupun ada kelulusan ijazah. Tak apa lah, tak kan saya berputus asa dengan rahmat Allah SWT.

Suha
Suha
5 tahun yang lalu

Saya tidak faham.. Kenapa saya sentiasa menyukai orang yang takkan mencintai saya? Lebih kurang lebih dari 5 kali saya kena tolak. Begitu juga hari ini. Saya cuba positifkan diri, tapi pada masa yang sama hati saya rasa nak menangis. Saya sentiasa cuba positifkan diri dengan mengingati bahawa hati manusia itu milik Allah. Saya tidak akan dapat menyentuh hatinya tanpa izin Allah.

salsabila
salsabila
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum, sy sdh mengungkapkan perasaan ku yg sdh 10 tahun sy pendam kpd sahabat ku, walaupun alasannya selalu sama bahwa dy menanti jodoh dr org tuanya tp sy mrs dy sdh menolak sy. Dy sdh berjanji bhw stlh pengakuan sy, kami ttp berteman. Tp sy merasa malu untuk bertemu dengannya lagi. Apa yg harus sy lakukan? Terimakasih

mariana
mariana
9 tahun yang lalu

Pernah.. Byk kali.. Sampau saya x tau apa yg lelaki nak sebenarnya..x faham dgn mereka ni..

insan terluka
insan terluka
9 tahun yang lalu

assalamualaikum. terima kasih atas perkongsian dn motivasi diatas.. sangat menghargai.. kerna br pertama kali menyatakan hasrat.Tapi sampai sekrang tiada jawapan. kecewa juga.. Namun dikuatkan kaki utk terus melangkah. tp hati menjadi benci dan tidak dpt bersemuka dengan insan tersebut. bagaimanakah?

Nabillah Halim
Nabillah Halim
9 tahun yang lalu

saya sering ditolak berkaitan cinta oleh kerana faktor fizikal saya….. sehingga kan saya berasa kurang keyakinan diri dalam semua perkara yang saya lakukan, terkadang saya merasakan kenapa saya perlu merasai semua ini, didalam keluarga saya hanya saya yang kurang menarik dari segi fizikal…. akhirnya pada suatu hari saya cuba merubah segala yang ad dengan mempercantikkan diri untuk meningkatkan keyakinan diri saya….dan alhamdulillah sekarang saya merasakan semakin ramai yang cuba mendekati saya, tetapi akibat selalu ditolak, dikecewakan , dan dihina saya sukar untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir….

Shakila Salim69
Shakila Salim69
9 tahun yang lalu

Usia perkahwinan saya telah hampir 24 tahun. Bermula tahun 2000 rmhtgga saya dh mula goyah dgn perangai suami saya yg suka tukar2 teman perempuan sampai skrg. Dh lama saya bersabar, hati saya terlalu sakit. Saya selalu berdoa semoga terbuka hati suami saya utk berubah. Tapi sampai saat ini allah msh belum makbulkan permintaan saya.

akud
akud
9 tahun yang lalu

#Out if topic

Ada ke anak yang tak ada perasaan syg ke mak dia?

akud
akud
9 tahun yang lalu

#Out of topic..

Ada ke anak yang tak ada perasaan ke mak dia?

enz
enz
Reply to  akud
9 tahun yang lalu

Ada. Saya lah orangnya