Bagaimana Untuk Menjadikan Masalah Itu Manis?

 masalah
Bagaimana kita harus menakluki masalah?

Ketika kita ditimpa sebuah kesusahan, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini.

Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekat kepadanya.

Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk kita kemudahan.

Kerana sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan.

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

– QS. al-Insyirah: 5-6 

Ketika permasalahan datang menghampiri

Jangan mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan memberontak akan keputusannya apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak adil.

Namun, mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya, diberikan penyelesaian  yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap dia memberikan ganjaran pahala untuk kita.

Tanpa malam, bulan purnama takkan indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan terasa. Tanpa dahaga sejuknya air takkan memberi banyak makna.

Begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan dan kesusahan. Setelah mendung terbitlah cerah.

Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnah-Nya. Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya.

Jika ketabahan yang kita bina, nikmat akan terasa. Jika keluhan yang sentiasa kita bina sengsara akan selalu bertambah.

Permasalahan datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki. Musibah adalah medium dalam proses pendewasaan. Tanpa permasalahan kita takkan pernah dewasa.

Tanpa kesusahan kita takkan menjadi orang yang luar biasa.

Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”

Di saat kita mencari solusi dalam suatu permasalahan, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.

Maka,senyumlah mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi permasalahan tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu bergantung kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.

Mari bersama kita menakluki masalah!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

18 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Aida
Aida
4 tahun yang lalu

Hidup umpama roda… kadang diatas.. kadang tu di bawah.. sentiasa besangka baik denganNYA..

Ilana
Ilana
6 tahun yang lalu

Penulisan yanh sangat bermanfaat. Terima kasih

iza
iza
9 tahun yang lalu

Apa pun masalah yang kita hadapi akan ada jalan keluar…
Masalah juga banyak membuatkan kita lebih berfikir membetulkan perkara yang sebelum ini kita lupa dan tak nampak.Dengan itu Allah beri kta musibah supaya kita dapat bertenang dan berfikr.Jika kita pandang dari sudut positif maka kita akan jadi lebih baik.Jika kita memandang sebagai perkara negetif maka lebih buruk hidup kita.

Saat ini saya sudah buat kesilapan bersar…memang kesalahan saya perlu diperbetulkan…bukan untuk ditangisi…saya ambil ikhtibar dan bertaubat…berusaha untuk jadii lebih baik di masa hadapan…Insyallah…terima kasih blog ini memberikan inspirasi.

Rage
Rage
Reply to  iza
8 tahun yang lalu

Masalah apa

Nazri
Nazri
Reply to  Rage
2 tahun yang lalu

Pencetus semangat untok terus hidup

Fera
Fera
10 tahun yang lalu

Saat ini saya lgi ada masalah besar. Makanya saya cari artikel cara menghadapi masalah. Setelah saya baca artikel2 ini saya akan cba menerapkan dalam menghadapi masalah saya. Semoga masalah saya terselesaikan dengan cepat, mudah dan tak menggangu pikiran saya lgi. Makasih banyak untuk admin semoga postingannya menjadi amal jariah

herdiansyah14
herdiansyah14
11 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Tulisan ini dapat menginspirasi banyak orang…

fini
fini
12 tahun yang lalu

saya rasa dengan datangnya masalah dalam diri kita….kita akan lebih rapat dan kenal ALLAH….walaupun banyak masalah yang kita hadapi….kita akan lebih banyak berfikir….
terima kasih….

nizamghazi
nizamghazi
12 tahun yang lalu

Salam, sebuah perkongsian yang menarik.
Saya masuk ke sini sebab ada someone bagi link ke sini.

Apabila ada masalah barulah otak bergerak. Dan apabila bergerak barulah idea-idea baru datang. Dan dari idea-idea tersebut akan dapat sesuatu yang berharga yang tak terjangka dari awal. Ianya ibarat percambahan gelombang neuron. – my personal option.

Oh admin. Nak tanya. Why you use akuislam as your domain? Ada jawapan yang best tak? Please reply me.

Z@ri
Z@ri
12 tahun yang lalu

Smga Allah mudahkan urusan kita Amin

shaz
shaz
12 tahun yang lalu

alhamdulillah…dengan masalah menbuatkan saya lebih dewasa…

ifaMukhtar
ifaMukhtar
12 tahun yang lalu

Alhamdulillah, dengan masalah itu banyak mengajar sy untuk lebih dewasa. lepas ni x nak dah mengeluh malah tersenyum dan bersyukur. sy x pernah hadapi sendiri, tapi Allah sentiasa ada disisi. indahnya Islam :)

Ayu
Ayu
Reply to  Muhamad Naim
8 tahun yang lalu

Terimakasih .. Sangat membantu sekali :)

Ruby
Ruby
Reply to  Muhamad Naim
8 tahun yang lalu

terima kasih..sangat membantu dan mengenali diri sndiri