Kenapa Harus Terburu – Buru Berkahwin?

Terburu - Buru Berkahwin
Terburu – Buru Berkahwin

“Sudah ade kekasih ke belum?”

“Kenapa masih takde pakwe/makwe?”

“Masih takde yang berkenan ke?”

“Memang jenis suka bersendirian ae?”

Kita diserang bertubi-tubi dengan pelbagai aneka soalan yang mencengkam jiwa.

Tidak boleh berhelah, tidak boleh mencari alasan. Tengok kiri dan tengok kanan, semuanya sama sahaja.

Banyak sudah teman-teman bergandingan, berjalan seiringan, makan sekali, study sama-sama, keluar bersama dan berbual mesra.

Luluh juga pertahanan hati, suasana disekeliling kita memaksa kita untuk hidup seperti mereka.

Kita tidak mahu dicap kolot, jual mahal dan suka mengasingkan diri. 

Pupus kemulian diri, menjaga kehormatan adalah sangat berat hampir separuh mati.

Hidup terasing dari suasana masyarakat yang merayu setiap hari. Memadu kasih, menyapa sayang akhirnya bukanlah sesuatu yang istimewa.

Tidak istimewa kerana tiada masa menunggu yang panjang. Tidak pula menarik hati kerana boleh bertukar ganti sesuai dengan selera.

Mudah sekali menjalinkan hubungan dan mudah sekali memutuskan hubungan. Mencintai  dan dicintai menjadi tidak asyik lagi.

Masa muda dilihat serba sempurna sekadar memuaskan mata, mamanjakan hasrat jiwa dan mengabaikan larangan Allah.

Kenapa Harus Terburu – Buru Berkahwin? 

Apa yang membuat kita berasa harus menyemai cinta di usia belia?

Apa yang membuat kita perlu berlatih, mengolah hati dan mengolah perasaan untuk sesuatu yang bernama “cinta yang terlarang?”

Apa yang membuatkan kita bersusah payah menyesakkan fikiran dan jiwa untuk sesuatu yang hanya menghasilkan pundi-pundi dosa?

Apakah bila cinta tidak menghampiri, ia tidak akan datang selamanya?

Apakah kalau kita tidak merasakan sekarang, kita akan menjadi makhluk paling aneh didunia?

sama sekali tidak.

Kenapa Harus Terburu – Buru? Masa muda adalah masa produktif.

Masa muda adalah masa untuk mengumpulkan bekal untuk hidup yang semakin mendatang. Inilah masa untuk memberi erti kepada dunia yang kita huni.

Inilah masa untuk mengasah kemampuan, mengumpulkan kemahuan dan berharap adanya perubahan yang besar dalam hidup kita.

..

nota rujukan:

– kerana cinta harus memilih (burhan sodiq)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
gadis
gadis
10 tahun yang lalu

sudah lama saya nak putuskan hubungan dengan kawan lelaki saya. namun sukar kerana kami sekelas, berjumpa hampir setiap hari. apa yang harus saya lakukan? dia seorang yang insyaAllah cukup solatnya namun kata2 sayang untuk saya sudah tidak asing lagi. saya tahu ianya salah, tapi apa yang harus saya lakukan agar dia faham bahawa saya bukan membenci atau mahu putus segala hubungan dengannya, tapi saya mahu mencari keredhaanNya..

rene
rene
12 tahun yang lalu

this situation seems like me…makcik2 saye selalu bertanya soalan2 di atas…i do have all that kind of feeling when i see many couples around me…but…mybe i’m not ready yet..^^ so, I hope that I could find someone soon insyaallah~~~

liza
liza
12 tahun yang lalu

tq..

media serius
media serius
12 tahun yang lalu

teruskan menulis blog ni.. artikel yg manfaat.. tahniah dari mediaserius.com :)

siti nur syahirah
siti nur syahirah
12 tahun yang lalu

assalamualaikum….. it’s a good article to share….