Cara Untuk Bahagia: Bagaimana sikap judgmental dan suka menilai orang akan merosakkan kehidupan?

menilai
Jangan menilai orang lain secara melulu.. | The Other… by Michel-Lag Chavarria

Salah satu perkara yang terbaik yang boleh kita buat untuk menjadikan hidup lebih gembira;

— adalah dengan belajar untuk mengelakkan diri kita dari menilai orang lain.

Don’t be judgemental

Maksud saya disini adalah, bukanlah kita perlu untuk berpura-pura untuk ‘tidak menilai’ orang lain.

Ia sememangnya telah menjadi salah satu sifat semulajadi manusia.

Kita semua mudah untuk menilai orang lain.

Saya juga tidak terkecuali

Dan walaupun sifat menilai atau judgemental ini sifat semulajadi manusia, saya tidak merasakan ia adalah suatu sifat yang boleh memberi kebaikan kepada kita.

Kita cenderung memandang rendah terhadap orang lain.

Pada masa yang sama kita merasakan bahawa diri kita lebih baik atau mulia.

Ia akan mewujudkan jurang diantara kita dan orang lain.

Cuba fikirkan sesaat:

Apabila kita terserempak dengan seseorang, dengan berdasarkan penampilan dan perbuatan mereka, apa yang akan fikirkan tentang mereka?

Dan penilaian kita terhadap orang lain selalunya buruk.

Apa akibatnya jika kita mudah untuk menilai orang lain?

Apakah keburukan yang terselindung disebaliknya?

Ini adalah beberapa akibat yang akan berlaku:

  • Kita akan langsung tidak mempedulikan apa yang seseorang itu sedang lalui
  • Kita tidak akan faham situasi yang sedang berlaku.
  • Pandangan yang tidak betul terhadap orang lain.
  • Kita akan rasa lebih hebat dan baik daripada orang lain
  • Kita akan tidak bersyukur
  • Menutup pintu silaturrahim. Kita sukar untuk cuba mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam.

 

Jadi bagaimana perkara-perkara  diatas boleh berlaku?

Mari kita ambil satu contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita, supaya saya boleh tunjukkan apa yang saya maksudkan:

Saya mempunyai seorang kawan yang sedang giat membuat perkara yang membahayakan kesihatannya.

Dia seorang yang mempunyai berat badan berlebihan dan menghidapi penyakit diabetis.

Dia gemar merokok dan suka makan makanan segera.

Dia juga kerap melakukan perkara buruk yang lain, yang mana saya langsung tidak menyukainya.

Saya menilai dia berdasarkan apa yang dia sedang buat dan lakukan. Saya terfikir perkara yang buruk terhadapnya. Berasa mual dengan sikapnya yang sebegitu.

Lama kelamaan saya menyingkirkan dia dari fikiran saya, kerana rasanya tidak berbaloi untuk cakna tentang dirinya yang sebegitu.

Perkara sebegini selalu berlaku kepada saya dan kepada kebanyakkan orang.

Cuma gantikan situasi diatas dengan pasangan kita, rakan sekerja, anak, rakan dan orang lain yang disekitar kita.

Selain daripada mengamalkan hidup yang tidak sihat, mereka mungkin suka membuat perkara lain yang kita tidak suka.

 

Apa yang ingin ditunjukkan dalam contoh ini?

Pertama sekali, saya tidak mempedulikan dan tidak mahu ambil tahu apa yang sedang dia lalui.

Saya tidak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku kepadanya.

Tetapi sebenarnya tanpa diketahui, dia sedang tertekan disebabkan oleh masalah kesihatannya.

Dia merasa rendah diri, kerisauan, ketakutan, dan hilang percayaan kepada diri sendiri.

Disebabkan oleh perasaan-perasaan yang menakutkan dan menyerabutkan ini, dia lebih senang untuk tidak memikirkan masalah kesihatannya.

Dia cuba untuk menjadikan dirinya berasa gembira dan selesa dengan merokok dan makanan ‘sedap’.

Dia cuba menghilangkan segala masalah yang bersarang difikirannya.

Padahal saya juga akan melakukan perkara yang sama jika untuk mengembirakan diri bila rasa tidak selesa sebegitu.

Bila saya merasa tidak senang hati, saya cenderung untuk mengasingkan diri dan makan dengan banyak.

Jadi saya tidak lebih hebat atau lebih baik daripada dia.

Selain itu, saya juga akan menjadi tidak bersyukur dan menghargai  kawan saya itu, disebabkan oleh masalah tingkahlaku luarannya itu.

Bila terlebih menilai beliau, saya tidak menghargai kehadirannya.

Sebaliknya saya menjadi lebih mementingkan diri, dengan lebih mengutamakan dalam fikiran bahawa saya lebih baik dan bagus daripadanya,  betapa dia menyakitkan hati saya dan bagaimana rasa sakit hati saya terhadapnya lebih besar daripada penderitaan yang dirasakan olehnya.

Saya tidak mengambil berat dan ambil tahu lebih lanjut mengenainya, apa yang dia sedang rasakan dan lalui, mengapa dan bagaimana..

…tetapi sebaliknya saya telah menilai dia dari segi luaran, dari apa yang saya lihat.

Dan dari sudut penilaian yang saya buat ini, saya tidak akan dapat menolongnya kerana saya sudah menutup pintu bicara dengannya. Dan menganggap dirinya tidak perlu diambil kesah.

Sekarang kita semua boleh melihat mengapa semua ini bahaya dalam konteks kehidupan kita.

Ia menyebabkan saya rasa sakit hati dan tidak gembira, ia mengancam hubungan saya dengan orang lain, ia menghalang komunikasi dan menghilangkan rasa prihatin saya.

Tidak membuka hati saya untuk meringankan masalah orang lain.

Disamping juga bahaya-bahaya yang lain yang sentiasa menambahkan jurang dalam perhubungan.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.”

[al Hujurat, 49:12]

 

Bagaimana melepas sifat ‘menilai’ & Judgmental ini

Pertama sekali kita harus sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan.

Anggap sifat menilai orang ini sebagai sesuatu yang sentiasa harus dielakkan.

menilai

Mari lihat dalam konteks kehidupan kita.

Ada beberapa  petanda yang menandakan kita sebagai seorang judgemental atau suka menilai.

Jika kita berasa marah, sakit hati atau menyampah terhadap seseorang, pastinya kita akan mengata terhadapnya, bergosip dan mengumpat terhadapnya.

Ini adalah petanda anda adalah seorang yang suka menilai atau judgemental. Sila cam kan apa yang sedang berlaku.

Apabila anda sudah menyedari perkara ini, berhenti dan bertenang.

Tidak perlu untuk menyalahkan diri sendiri, tetapi persoalkan mengapa kita bersikap sedemikian:

  • Mengapa kita perlu menilai seseorang?
  • Apakah pandangan yang dibuat oleh kita terhadapnya betul dan munasabah?
  • Boleh kita teka apa yang sebenarnya seseorang itu sedang lalui sebenarnya?
  • Kelebihan apa yang ada pada dia yang boleh kita hargai?
  • Cuba keluar dari memikirkan dalam sudut pandangan kita dan cuba letakkan diri kita berada ditempatnya
  • Cuba bayangkan bagaimana jika kita sedang berada ditempatnya, melalui situasi yang sama denganya?

Bila kita selesai dengan persoalan ini, tanyakan kepada diri kita:

  • Bagaimana untuk kita boleh menolongnya?
  • Apa yang dia perlukan sebenarnya?

Sangka buruk yang harus?

Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar’.

Ini dalam bab lain, anda boleh membaca artikel yang menarik ni secara lengkap di Blog Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Penutup

Kadangkala, orang-orang sebegini hanya memerlukan seseorang yang sudi mendengar masalah mereka.

Seseorang yang boleh menjadi sahabat, seseorang yang tidak menilai dari luaran, seseorang yang mampu menerima mereka seadanya.

Adakalanya juga, mereka perlukan sesuatu yang lebih.. – iaitu nasihat, panduan dan sedikit pelukan untuk memberikan mereka semangat untuk teruskan hidup dengan lebih baik.

Tetapi semua ini tidak akan berlaku selagi kita masih lagi seorang yang judgemental.

Yang senang untuk menilai dan melabel orang lain.

Bila kita dapat membuang sifat ini, dan menggantikannya dengan rasa  menerima dan empati, kita akan menjadi sesuatu yang  sangat membantu.

Dan secara tidak langsung, kita akan merasa lebih gembira dan bahagia disepanjang berlangsungnya proses ini.

InsyaaAllah.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

9 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Lone Ranger
Lone Ranger
4 tahun yang lalu

yang lagi parah apabila menilai yang bukan sekadar luaran tetapi dalaman dan isu2 kerohanian jugak di nilai.. dinilai sombong, riya’, ujub, pendendam, pembenci, hati busuk, pendengki, tidak mendengar nasihat dan segala macam pertuduhan.. tidak setakat itu, malah disebarkan kepada orang lain.. yang paling seram kalau disebarkan jugak kepada setiap lingkungan sosial kita.. kemudian lingkungan sosial tersebut (rakan sekerja, sebangunan, sekampung) menilai dan menghukum berdasarkan apa yang didengar sahaja.. dapat tak bayangkan orang yang tidak rapat atau yang tidak pernah kita kenali menilai kita? kadang-kadang orang yang rapat dengan kita tanpa ada masalah tiba-tiba berubah menyindir atau menyakitkan hati kita..

Bukan semua juga salah, ada yang betul.. kita manusia tiada yang sempurna.. tapi berpada-padala dalam memberi nasihat jangan terlampau taksub sehingga memberi nasihat atas tuduhan atau fitnah.. beri nasihat cukup atas apa yang kita nampak lahiriahnya dan apa yang dilakukan dan jangan melebih lebih dikaitkan segala-galanya.. dalam memberi nasihat kena betul cara, tempat dan masa.. kalau tidak ianya hanya akan memburukkan keadaan..

Ilmu itu untuk dimanfaatkan dan disampaikan dan bukan digunakan untuk menuduh atau menilai orang lain..

Orang yang benar-benar hatinya bersih apabila tiada sifat-sifat mazmumah dalam hati dia (yang mana hanya dia dan Allah sahaja yang tahu) dan dia tidak nampak sifat-sifat itu pada orang lain (buruk sangka).. Wallahu a’lam..

anomm7
anomm7
5 tahun yang lalu

Terima kasih kerana menulis.

Sailormoon sedeh
Sailormoon sedeh
6 tahun yang lalu

saya faham apa penulis cuba smpaikan sebab saya sedang baru kne judge and judgement itu sangat menyedehkan saya.. Sy harap org yg judge saya tu baca blog ni..tq

yanpo
yanpo
8 tahun yang lalu

Sangat bermanfaat blognya, tapi saya tidak tau ? Apa yg penulis sedang hadapi ? apa yg penulis lalui, sehingga ada beberapa ketikan yg sulit di baca, coba jd cuba dll, thanks

Ummuhana
Ummuhana
10 tahun yang lalu

Laman yg sgt bermanfaat
Teruskan…saya follow kamu..
Jemput ziarah blog saya http://www.hanasihat.blogspot.com

Wina
Wina
10 tahun yang lalu

Perkongsian Ilmu yang sangat baik.Teruskan berkongsi ilmu agar memberi manfaat kepada semua pembaca