Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH.
Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita.
Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.
Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan.
Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.
Lafaskan doa anda untuk sahabat kita.
Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.
Mari Mendoakan dan Didoakan Sahabat
Setelah solat, doakanlah sahabat kita.
Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH.
Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.
Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain.
Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya.
Ini sungguh luar biasa.
Inilah sebuah ketulusan yang nyata.
Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya.
Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.
Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda?
Padahal anda tidak pernah memintanya.
Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.
Memaafkan kesalahan sahabat kita.
Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan.
Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.
Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita.
Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar.
Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.
Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?
Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita.
Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.
Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.
Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.
Maafkanlah kesalahan~kesalahan sahabat kita.
Sangat tidak wajar jika kita menghukum seorang sahabat dengan tidak memberi maaf dan tidak tersenyum kepadanya.
Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.
Maafkanlah… maafkanlah dia..
Lafaskanlah dengan lidah bahawa kita memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.
Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas
Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam
Jangan memendamAku ingin kita tetap bersahabat selamanya…
Tinggalkan Komen Anda..
Saya suka cerita ni amat menarik dan tersentuh hati terima kasih thnks LEAYANA,AYU,ALIAH,SYARAFINA,MASRIFAH,JALILAH,MAISARAH,FATIHAH,ANDINA,SUCI,NADIA DAN KWAN YG LAIN LAIN kerana ada waktu saya memerlukan korang sejujurnya korang kn yg dapat menukar kesedihan menjadi kegembiraan HIDAYAH sayang korang ????????
MybestfriendDaniArdiansyah
Masha Allah
This is the best
SAHABAT sehati sejiwa.berkorban apa saja.menangis ketawa berduka pilu siapa yg tahu.hanya penemam setia sentiasa disisi.sesibuk mana pun dy…akn tetp menemani d kala aqu perluknnya..sepantas kilat.pe sj yg brlaku pd diriqu dy tahu.segalanya.sehingga ke hari ini aqu gelar dy SUPER HERO.Insyaallah slagi hayat dikandung badan..qu xkn brhentii berdoa agar Allah beri Rahmat dan Berkat di setiap perjalanan hidup mu dunia akhirat.Amin..
Amin
Salam.. a very good sharing..recently me and my fwen fighting over small thing..I tried to be professional by not reply any harsh word given frm her which I thought that is the best way. But somehow, I don’t know that my action lead her to move from our house which causes heartbroken to me..I’m totally depress and upset with her word and to stop her from moving out from our house,I then choose to be the first party to ask for her forgiveness.. But as she not reply it, I assumed that she won’t forgive me…I keep on thinking “why should I ask for her forgiveness when I’m not the one who start this argument??” tapi ternyata hikmah dari setiap perpisahan dan perkara yang berlaku pasti ada..I believe that Allah want to give both of use the best things..Saya mula belajar perkataan redha selepas terbace artikel2 dari laman blog saudara…thank again untuk perkongsian ini..Sy doakan smoga rakan saya berbahagia dengan setiap keputusannya dan semoga Allah merahmatinya dimana sahaja dia berada..amin
Maafkan aku .
thnx ngan pengkongsian ini..saya akan cb tok jdi sahabat y setia w/pon ketika susah
mohon share :)
Kadang2 saya cukup terasa hati apabila ada segelintir kawan yang suka mencari saya waktu mereka susah, dan apabila senang dengan mudah mereka lupakan saya. Tapi, saya cuba kuatkan semangat untuk sentiasa berfikir positif dan cepat2 ingat Allah ada, Allah segala kekuatan bagi saya. Betapa sebenarnya, persahabatan itu adakala menguji keimanan saya namun indahnya bila kita benar2 mengerti apa itu persahabatan dan keikhlasan dalam berkawan. Pinta saya, untuk diri saya. saya harap saya mampu menjadi sahabat yang baik bagi sahabat2 yg mengenali saya. Cukuplah saya mendidik diri saya untuk sentiasa muhasabah diri mungkin kerana kekurangan yang ada pada saya dan semoga Allah memberkati persahabatan saya dan kawan2 yg mengenali saya. Ameen.
saye pon slalu alami perkara cm ni…kdg2 dah mlz nk ckap ngan diorg…tp tanpa dirg cm mn kite nk jadi y lebih baik..tol x???
Mesti untung kan orang yang dapat berkawan dengan awkk
18 RAMADHAN 1432 HIJRAH / 18 AUGUST 2011
ary nie saye dh saketkan aty kwn saye
sedih sangat….
Jangan sedih ii Allah kan ada