Dari Mana Datangnya Ketabahan Itu Setelah Ditinggalkan?

ketabahan
ketabahan

Kalau ikutkan kisah cinta aku ini, hanyalah secebis kesakitan pada orang lain.

Jika hendak dibandingkan dengan kisah percintaan orang lain ada orang lain yang lebih teruk dipermainkan, lebih teruk diperbodohkan, lebih teruk merasai kepahitan itu.

Tapi sungguh, sejauh mana aku berada, kesakitan itu tak pernah hilang.

Masih terkilan rasa hati apabila mengingati peristiwa itu. Ditinggalkan ketika hati masih sayang..

Ada orang bertanya kepada aku;

aku tengok kau ni kejap je sedih, biasa je, kalau aku, meroyan kot, bercinta dah lama, lepas tu kena tinggal.

Ke kau memang tak sayang dia?’

Pertanyaan lagi,

aku pelik kau boleh jadi tabah, dalam masa yang singkat. Serius singkat. Orang lain sedih berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun, kau pulak seminggu je dah okay.

Ada udang di sebalik mee ke?’

 

Siapa cakap aku tak sedih?

Siapa cakap aku tak rebah?

Tiada sesiapa tahu betapa teruknya keadaan aku pada masa itu kecuali Allah dan mama.

Dan dari mana datangnya ketabahan dalam masa seminggu?

Semua orang bertanyakan soalan yang sama.

Jawapan aku mudah.

Bertaubat. Kembali padaNya.

Itu yang aku lakukan. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa.

Aku menangis mengingati dosa-dosa silamku.

Aku serahkan sepenuhnya jiwa ragaku pada Maha Pencipta.

 

Kuasa Allah Itu Hebat..

Manusia yang tidak tahu dan kurang tahu.

Aku kembali mendapat ketenangan pada hari ketiga selepas peristiwa itu.

Tidur malam ku kembali tenang.

Fikiran ku tidak lagi melayang-layang. Sakit hati aku hilang sedikit demi sedikit.

Jangan lupa amalkan ini.

Amalan yang boleh membuatkan sesiapa  menjadi tabah walau dalam masa yang singkat.


1) Memaafkan seseorang.

Maaf. Perkataan yang paling sukar diungkapkan oleh sang mantan kepadaku.

Semua kesalahan diletakkan di bahuku.

Aku redha. Aku telah memaafkan dia.

Bagi aku, tak ada sebab aku tidak mahu memaafkannya.

Walaupun dia campak aku seolah-olah aku lebih busuk dari sampah, aku percaya hukum Allah.

Biarlah orang kata aku ni hodoh, buruk asalkan aku nampak indah di mata Maha Pencipta.

Maafkanlah orang yang menyakiti hati dan perasaanmu dan kau akan rasa ketenangan itu.

Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” 

Surah Al-A’raf : 199.


2)  Bermuhasabah diri

Walaupun kita sendiri tahu sebenarnya memang bukan 100% salah kita, tak apa.

Biarkan apa kata orang. Biarkan orang sekeliling menuding jari kepada kita.

Ingatlah, tidak mati dek keji.

Mari kita bersama-sama bermuhasabah diri.

Fikir kembali apa sikap buruk kita. Kita perbaiki diri kita sendiri.

Kita buang sedikit demi sedikit sikap buruk kita.

Ingatlah, walaupun bukan untuk mendapatkan sang mantan kembali, sekurang-kurangnya persiapkan yang terbaik untuk suami kita nanti.

Insyallah..


3)  Berprasangka baik

Allah berfirman:

Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.”

— QS. Al-Hujurat : 12

Bila kita ditinggalkan, kita pastinya ada sedikit syak wasangka terhadap sang mantan.

Mesti ada. Walaupun sedikit.

Beginilah, jika benar apa kata orang, jika benar apa yang kita prasangka sebelum ni sebenarnya kenyataan, lupakan. Cuba berprasangka baik.

Tanamkan dalam hati sendiri ‘ ada hikmah di sebalik semua ini’.

Jangan sesekali menyerang atau mencetuskan pergaduhan hingga melibatkan orang sekeliling. Buruk padahnya.

Ingat, Allah Maha Mengetahui yang disembunyikan dan yang tersirat. Jangan risau.


4) Berserah segalanya pada yang Maha Esa.

Jangan terburu-buru mengejar cinta.

Berhenti seketika.

Toleh ke belakang, mungkin ada yang sedang mengejar anda, siapa tahu?

Kadang-kadang orang yang kita sayang, 9 atau 10 tahun pun, kalau sememangnya bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita pertahankan, sedaya mana pun kita usaha, kita hanya merancang. Allah yang menentukan.

Percaya pada ketentuan Allah. Percaya pada hukum Allah.

Insyallah, Allah tidak akan menguji hambanya jika Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya.

Anggap la ini ujian dari Allah.


Ia benar.

Aku telah mengamalkan semua ini dan masih mengamalkan.

Alhamdulillah, aku tak pernah rasa tenang sebegini.

Jika anda betul-betul bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati, anda pasti takot dan akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa silam dan maksiat yang pernah anda lakukan.

Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah.

Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita.

Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita.

Semuanya kuasa Allah. Percayalah..


Salam Sayang
Rahadatul Aisy

Artikel ini telah dihantar oleh Rahadatul Aisy ke inbox untuk perkongsian kepada kita semua.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

49 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Shy
Shy
3 tahun yang lalu

Sangat bermanfaat…Ini juga yg saya amalkan. Jangan tinggal solat. Jadikan doa sebagai amalan kita. Doa org yg dikianati tidak hijab tau. Kita mungkin rasa dugaan hebat sekali namun sebenarnya Allah syg kita. Allah takkan duga kita jika kita tak kuat. Muhasabah diri. Kena kuat jugak sebab tu kita kena dekatkan dengan Allah. Lesson learnt! Berubah utk mencari keredhaan Allah..

Aida
Aida
4 tahun yang lalu

Artikel yang sangat positif.. sangat membantu.. terima kasih atas perkongsian.. moga byk la hati hati yg sembuh

su
su
5 tahun yang lalu

after 3 days , sy chat dia hm , dia sndiri ckp ” ckuplah smpai sini je hubungan kita , ada jodoh kita bersama , dgn perempuan lain pun sy takkan layan ” so from that , sy takboleh salahkan dia sebab sy yg mntk putus dlu atas sbb sy kecewa dgn dia , rasa tak dihargai . lebih baik jaga hati sendiri , girls ,dont let your soul hurt , putuskan je hubungan utk jaga hati sendiri . stop cair dgn ” effort ” yg korg nmpk masa mula2 dlu dia nk kita .. tipulah tak cair , sy sndrii pun ,, dia tggu sy 7 bulan , susah dia nk dptkan sy tapi akhirnya dia senang2 je lpskan sy , means time nk break dia takde pun nk pertahankan mcm mana susah dlu dia dptkan sy . but no worries la , tak perlu buat story sedih or anything yg tak tenang , sbb ” HIGH VALUE WOMAN IS IN CONTROL ” jaga hubungan dgn allah,dongibab!

su
su
5 tahun yang lalu

mcm klu sy , hm sy yg mntk putus sbb sy bnyk sngt kecewa dgn dia , dia bnyk tipu sy .. tapi sy still maafkan dia , then , lps sy mrh dia 2 month before , dia berubah slow2 , pdhl sy yg sedih dgn dia sbb time tu dia delete chat dgn pempuan mana tah , sy marah la dia .. then since that , dia berubah and mcm nk manjauh dri sy,, berubah dri lg down saya time tu allah je tahu , bnyk lg sbnarnya .. sy pun call dia , sy mntk break ats alasan nak berubah ke arah yg benar , but dia suh sy jgn cari lain sbb dia syg sorg je , time tu sy confuse , samaada nk bebetul lupakan dia or tk hm , but act time tu sbb saya sngt2 kecewa dgn dia , then after 2 weeks tak contacs .. sy cht dia sbb sy nk jujur why sy mntk break , but at that time dia ckp dia rindu , sy suh dia moveon and cari lain

insan terluka
insan terluka
5 tahun yang lalu

sy masih lg x blh lupakan pda org y pnh sy sgyyy sdgkn die bhgia dgn y lain… sedih bila diperlakukan begini… smpai skrg masih lg begini menginggati die… mencuba utk lupa tpi kdgx gagal…

Merlyn
Merlyn
5 tahun yang lalu

aku baru jk rasa kecewa mcm ni, sakit yg teramat, bila llki yg aku sayg slama ni tipu aku. rupanya dia ada hubungan dgn janda ank 1 dan sda pun 4 thun diorang becinta. Allah sakitnya hanya tuhan yg tau hati aku ni… Hemss smoga tips ni dapt bermanfaat bgi aku.

nurul
nurul
5 tahun yang lalu

alhamdulillah sy ambil masa dlm tempoh 3 minggu utk pulihkan hati dan smgt hidup sy.. disekililing sy ada family dan kwn yg xpernah pts memberi sy smgt utk hdp.. skrg sy ada mengenali sorg lelaki yg bru kenal slme smgu.. tp niat di hati sy hny utk berkawan dgn dia wlupn dia ingin mengenali lebih dr itu.. ramai yg ingin berkenalan dgn sy tp hati sy xmudah utk terima org.. kini sy lebih menjaga hati sy dan xkan mudah utk sy terima org dlm hidup sy setelah apa yg terjadi.. bagi sy cinta dan syg sebelum nikah adalah palsu.. dlm islam tiada istilah couple.. allahu

yana
yana
6 tahun yang lalu

terima kasih utk tips ini, saya sedangkan amalkan, semoga ada keajaiban yg allah akan berikan selepas ini dlm kehidupan saya. semoga saya tabah dan kuat utk menempuh hari2 yang akan datang. allahuakbar… amiin

Ishak Bin Zainal
Ishak Bin Zainal
6 tahun yang lalu

Tksh kerana memberi tips ini memang betul info yg diberi saya telah memcubanya memang menjadi dgn izin Allah.syukur alhamdulilah setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya.

aida
aida
6 tahun yang lalu

terima kasih awak.doakan sy kuat