Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu hanya pada orang yang kita cintai.
Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang (bertunang) pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik.
Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikharah.
Bukan Jaminan Walaupun Sudah Bertunang!
Seorang sahabat pernah menceritakan satu kejadian.
Kakaknya dipinang oleh lelaki yang baik dan soleh.
Tarikh perkahwinan telah ditetapkan.
Malah semua persiapan perkahwinan sudah selesai disediakan.
Namun takdir beberapa hari sebelum hari pernikahan, bakal suaminya dijemput oleh Allah dalam satu kemalangan. Innalillah wainna ilahi rajiun.
Jadi, apa yang silap dalam ketetapan-Nya?
Bukankah lelaki itu seorang yang soleh?
Mengapa Allah mengambil dia?
Mengapa Allah tidak memberikan kesempatan kepada dia bagi menikmati kehidupan dunia dengan lebih lama, sekurang-kurangnya sempat untuk mengecap manisnya madu pernikahan?
Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.
Namun pengajaran berharga yang dapat diambil adalah, orang yang sudah bertunang pun belum tentu menjadi jodoh kita.
Walaupun semua persiapan telah dibuat, kad jemputan sudah dihantar dan tarikh telah ditetapkan.
Sekiranya Allah berkehendakkan lain, pertunangan yang telah diikat pun boleh terlerai dengan pelbagai cara.
Bukanlah bermaksud untuk menakut-nakutkan ataupun mengajak untuk berfikir sejauh itu.
Cuma kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan — orang yang sudah bertunang dengan kita belum tentu itu adalah jodoh.
Jika yang sudah bertunang pun belum tentu menjadi jodoh, inikah pula sekadar menjadi idaman kita, ataupun orang yang kita curi-curi pandang.
Semuanya pelu dipersiapkan termasuk persiapan mental.
Kita juga perlu bersedia menghadapi perkara yang sesuai dengan kemahuan, dan bersedia juga menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.
Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu perkara menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakan dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu.”
Ibnu Athaillah berkata,
“Jangan berputus asa walaupun selepas kamu berdoa dengan banyak. Ada penundaan dalam menerima kurnia yang diharapkan.”
Allah SWT menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri kita sendiri.
Dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan
Tinggalkan Komen Anda..
Salam ustaz,nak tanya berkaitan agama sikit boleh,jika seorang lelaki telah bertanya kepada seorang wanita untuk berkahwin dan wanita itu setuju,maka mereka telah dikira bertunangkan.Jadi contoh masa bercinta telah terjadi perkara di atas,jika putus cinta maka semasa putus tu tidak diniatkan untuk putus tunang,maka adakah pasangan tu masih dikira sebagai tunangan orang walaupun telah putus?
Wa’alaikumussalam,
Dalam konteks pertunangan dalam Islam, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami.
1. Pertunangan dalam Islam bukanlah suatu ikatan yang menghalalkan hubungan sepasang lelaki dan wanita untuk berhubung secara bebas seperti suami isteri. Ia adalah satu bentuk janji untuk berkahwin.
2. Jika seorang lelaki dan wanita telah bersetuju untuk bertunang, maka mereka adalah tunangan. Namun, jika hubungan itu putus tanpa niat untuk memutuskan pertunangan secara rasmi, ia masih perlu diperjelaskan. Secara prinsipnya, jika kedua-dua pihak tidak lagi mempunyai niat untuk meneruskan pertunangan dan telah secara jelas menamatkan hubungan, maka pertunangan tersebut boleh dianggap berakhir.
3. Dalam kes di mana putus cinta berlaku tetapi tiada niat atau tindakan jelas untuk memutuskan pertunangan, adalah baik untuk mengambil langkah rasmi seperti memberitahu kedua-dua pihak keluarga atau melalui perbincangan yang formal untuk mengesahkan bahawa pertunangan telah berakhir. Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di masa hadapan.
Kesimpulannya, jika telah jelas bahawa hubungan telah berakhir dan tiada lagi niat untuk berkahwin, maka pertunangan tersebut boleh dianggap putus.
Namun, adalah lebih baik jika kedua-dua pihak membuat pengesahan secara jelas untuk memastikan semua pihak faham bahawa pertunangan telah berakhir.
Wallahu a’lam.
assalamualaikum saya ingin bertanya jikalau seseorang itu telah pun bertunang dengan pasangannya . adakah kita boleh berdoa dan meminta kepada Allah untuk dia adalah jodoh kita ? maaf jikalau soalan ini ada kesalahan…..
Wa’alaikumussalam,
Tidak ada kesalahan dalam bertanya, dan pertanyaan ini sangat relevan. Dalam Islam, pertunangan merupakan janji untuk berkahwin, namun ia belum lagi merupakan akad nikah yang sah. Oleh itu, doa adalah salah satu cara untuk memohon kepada Allah SWT tentang segala hajat kita, termasuk dalam hal jodoh.
1. Pastikan niat anda dalam berdoa adalah tulus dan tidak untuk memutuskan hubungan orang lain secara zalim. Doakan yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat.
2. Anda boleh berdoa kepada Allah SWT agar diberikan jodoh yang terbaik untuk anda, tanpa menyebut secara spesifik orang yang sudah bertunang. Contohnya, “Ya Allah, jika dia (nama orang) adalah jodoh terbaik untukku, maka dekatkanlah kami. Jika bukan, maka berikanlah aku jodoh yang terbaik menurut-Mu.”
3. Anda boleh memohon petunjuk dari Allah SWT (istikharah) untuk mengetahui apakah pilihan anda adalah yang terbaik menurut-Nya. Shalat istikharah adalah cara yang dianjurkan untuk meminta bimbingan Allah dalam membuat keputusan penting.
4. Menghormati pertunangan seseorang adalah penting. Anda tidak boleh berdoa dengan niat untuk merosakkan hubungan tersebut, kerana ini boleh dianggap sebagai tindakan yang tidak baik dalam Islam.
Dalam semua keadaan, berdoalah dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada Allah SWT, serta percayalah bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Wallahu a’lam.
betul , kita tak tahu perancangan Allah.
macam macam boleh jadi.
tapi bila kita positive dgn apa yang Allah tentukan untuk kita . InsyaAllah segalanya akan indah .