Apakah yang dimaksudkan dengan Huruf Hijaiyyah?
Huruf hijaiyyah adalah abjad bahasa arab. Huruf-huruf inilah yang akan membentuk kalimah dan ayat Al-Quran. Ia ditulis dari kanan ke kiri.
Bilangan keseluruhan huruf hijaiyyah adalah 29 huruf kesemuanya.
Bilangan Huruf Hijaiyyah Dan Cara Sebutannya
Jumlah bilangan huruf hijaiyyah dan cara sebutannya dipaparkan dalam jadual di bawah:
Bil | Huruf Hijaiyyah | Cara Sebutan |
---|---|---|
1 | ا | Alif |
2 | ب | Ba |
3 | ت | Ta |
4 | ث | Tsa |
5 | ج | Jim |
6 | ح | Ha |
7 | خ | Kho |
8 | د | Dal |
9 | ذ | Dzal |
10 | ر | Ro |
11 | ز | Zai |
12 | س | Sin |
13 | ش | Syin |
14 | ص | Sod |
15 | ض | Dhod |
16 | ط | Tha |
17 | ظ | Z |
18 | ع | Ain |
19 | غ | Ghain |
20 | ف | Fa |
21 | ق | Qaf |
22 | ك | Kaf |
23 | ل | Lam |
24 | م | Mim |
25 | ن | Nun |
26 | و | Waw |
27 | ﻫ | Ha |
28 | ء | Hamzah |
29 | ي | Ya |
Sebutan Huruf Hijaiyyah Apabila Mempunyai Baris
Bagaimana baris memberi kesan terhadap sebutan huruf hijaiyyah?
Apabila huruf-huruf hijaiyyah ini diletakkan baris, seperi baris atas, bawah atau depan – maka sebutan vokal huruf-huruf ini juga akan turut berubah.
Tiga baris asas adalah:
- Baris Atas (Fathah) ⇾ ـَ
- Baris Bawah (Kasrah) ⇾ ـِ
- Baris Hadapan (Dhommah) ⇾ ـُ
Baris atas (fathah) adalah diambil dari huruf ا maka bacaannya adalah seakan vokal a
Baris bawah (kasrah) pula diambil dari huruf ي maka bacaannya adalah seakan vokal i
Manakala Baris Depan (Dhommah) diambil dari huruf و maka bacaanya adakah seakan vokal u
Contoh bacaan:
تَ (Ta)
تِ (Ti)
تُ (Tu)
Selain daripada baris asas diatas, sebutan huruf hijaiyyah juga berubah apabila bertemu tanda-tanda lain seperti:
- Baris dua hadapan (Dhommatain) ـٌ
- Baris dua bawah (Kasratain) ـٍ
- Baris dua atas (Fathatain) ـً
- Baris sabdu (Shaddah) ـّـ
- Baris mati (Sukun) ـْـ
- Alif Kecil (Alif Maddah) ــٰ
- Tanda panjang (Mad)
Tempat Keluar Huruf (Makhraj Huruf Hijaiyyah)
Apakah maksud makhraj?
Makhraj ialah tempat menahan / menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan.
Menurut pendapat imam al-Khalil Bin Ahmad dan kebanyakkan ahli qiraat dan ulama nahu seperti Imam Ibn Al-Jazari, tempat keluar huruf hijaiyyah terbahagi kepada 5 bahagian:
- Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong (al-Jauf ٱلْجَوْفُ) — hurufnya adalah: ا و ي
- Bahagian kerongkong (al-Halq ٱلْحَلْقُ) — hurufnya adalah: ء ە ح ع خ غ
- Bahagian Lidah (al-Lisan ٱللِّسَانُ) — hurufnya adalah: ت ث ج د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ق ك ل ن ي
- Bahagian bibir mulut (asy-Syafatan ٱلشَّفَتَانُ) — hurufnya adalah: ف و ب م
- Bahagian pangkal hidung (al-Khoisyum ٱلْخَيْشُومُ) — hurufnya adalah: ـٌ ـٍـً / نْ مْ
Kemudian daripada lima tempat ini, ia dipecah-pecahkan menjadi sebanyak 17 bahagian makhraj.
Penerangan berkaitan makhraj ini akan diterangkan dalam panduan seterusnya.
Sifat-Sifat Huruf Hijaiyyah
Apakah maksud sifat huruf?
Maksud sifat-sifat huruf adalah perkara-perkara yang terjadi atau berlaku kepada huruf yang ketika diucapkan atau ketika keluar dari makhrajnya.
Dalam ilmu tajwid, sifat bagi setiap huruf adalah perkara yang perlu diperhatikan dengan betul, kerana ia sangat penting untuk menentukan huruf itu boleh di-idgham-kan atau disatukan ke dalam mana-mana huruf lain, atau sebaliknya.
Dalam perkara ini, para ulama tajwid menyenaraikan 17 sifat bagi huruf-huruf abjad arab (hijaiyyah) yang mana antara sifat-sifat ini terbahagi pula kepada dua bahagian, iaitu:
- Sifat-sifat berlawan
- Sifat-sifat tidak berlawanan
Dua bahagian sifat huruf hijaiyyah ini saya akan terangkan pada bahagian di bawah ini ?⇣
Sifat-Sifat Berlawanan
Bahagian pertama adalah sifat-sifat yang berlawanan. Sifat-sifat yang berlawanan ada 5 kumpulan iaitu:
1. al-Jahr (ٱلْجَهْرُ) lawannya al-Hams (ٱلْهَمْسُ)
- Jahr menurut bahasa: Nyaring
Maksudnya ialah keluarnya suatu huruf dalam keadaan tersekatnya nafas ketika menyebutnya dengan tekanan kuat pada makhrajnya.
Huruf-huruf bagi ketegori ini ada 18 iaitu:
ب ج د ذ ر ز ض ط ظ ع غ ل م و ي ق ن ء - Hams menurut bahasa: Sembunyi
Maksudnya huruf yang keluar dengan keadaan terlepas, kerana tidak memberikan penekanan kepada makhraj huruf berkenaan.
Huruf-huruf bagi kategori ini ada 10 iaitu:
ت ث ح خ س ش ص ف ه ك
2. asy-Syiddah (ٱلشِّدَّةُ) lawannya ar-Rakhawah (ٱلرَّخَاوَةُ)
- Syiddah menurut bahasa: Kuat
Maksudnya ialah huruf yang keluar dengan terhimpit nafasnya ketika menyebutkan huruf berkenaan.
Huruf-huruf bagi kategori ini ada 8, iaitu:
ا ب ت ج د ط ق ك - Rakhawah menurut bahasa: Lembut
Maksudnya ialah terlepasnya suara ketika menyebutkan suatu huruf berkenaan.
Huruf-huruf bagi kategori ini ada 16, iaitu:
ث ح خ ذ ر ز س ش ص ض ظ ع غ ف و ي
3. Isti’laa’ (ٱلاِسْتِعْلَاءُ) lawannya Istifaal (ٱلاِسْتِفَالُ)
- Isti’la’ menurut bahasa: Meninggi
Maksudnya ialah terangkatnya lidah ke lelangit hingga memenuhi mulut ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.
Huruf-huruf bagi kategori ini ada 7 iaitu:
خ ص ض غ ط ق ظ - Istifaal menurut bahasa: Merendah
Maksudnya ialah terangkatnya lidah ke lelangit, ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.
Huruf-huruf bagi kategori ini ada 21, iaitu:
ا ب ت ث ج ح د ذ ر ز س ش ع ف ك ل م ن و ه ي
4. Ithbaq (ٱلإِطْبَاقُ) lawannya Infitah (ٱلاِنْفِتَاحُ)
- Ithbaq menurut bahasa: Menutup / Mendempik
Maksudnya ialah meletakkan lidah dan mengatupnya pada lelangit, ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.
Huruf-huruf bagi kategori ini ada 4 iaitu:
ص ض ط ظ - Infitah menurut bahasa: Membuka
Maksudnya ialah merenggangkan lidah dari lelangit, supaya nafas boleh keluar ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.
Huruf-huruf bagi kategori ini ada 24, iaitu:
ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ع غ ف ق ك ل م ن و ه ي
5. Izlaq (ٱلْإِذْلَاقُ) lawannya Ishmat (ٱلْإِصْمَاتُ)
- Izlaq menurut bahasa: Tergelincir / Melepas
Maksudnya ialah huruf yang senang dan mudah disebut, kerana semua makhrajnya terletak di sekitar hujung lidah dan bibir mulut.
Huruf-huruf bagi kategori ini ada 7 iaitu:
ا ب ر ف ل ن م - Ismat menurut bahasa: Tertegah
Maksudnya ialah huruf yang sukar diucapkan dan tidak dapat disebut dengan mudah.
Huruf-huruf bagi kategori ini ada 22 iaitu:
ا ت ث ج ح خ د ذ ز س ش ص ض ط ظ ع غ ق ك و ه ي
Sifat-Sifat Yang Tidak Berlawanan
Huruf-huruf yang mempunyai sifat jenis ini ada 7 kategori, iaitu:
- As-Sofir (Berdesir)
- Al-Lin (Lembut)
- Al-Inhiraf (Melentur)
- Al-Takrir (Berulang-ulang)
- Al-Istitholah (Berpanjangan)
- At-Tafasyyi (Berhamburan)
- Al-Qolqolah (Gementar)
Huraiannya adalah seperti dalam jadual di bawah:
Sifat Huruf | Huruf | Cara Sebutan |
---|---|---|
As-Sofir | ز س ص | Menyebut huruf-hurufnya berserta desiran angin |
Al-Lin | Menyebut huruf-hurufnya dengan lembut dan tidak memberatkan lidah | |
Al-Inhiraf | ل ر | menyebut huruf-hurufnya dengan melengkungkan lidah |
Al-Takrir | ر | Menyebut hurufnya getaran hujung lidah serta berulang |
Al-Istitholah | ض | Menyebut hurufnya dengan tepi lidah secara memanjang |
Al-Tafasyyi | ش | Menyemburkan angin diantara lidah dan lelangit ketika menyebut hurufnya |
Al-Qolqolah | ج د ط ب ق أَجْ أَدْ أَطْ أَبْ أَقْ | Melantunkan bunyi suara sewaktu menyebut huruf-hurufnya ketika waqaf (berhenti) atau bertanda sukun (mati) |
- Lihat juga tajuk Mad Asli
Tinggalkan Komen Anda..
thankyou !